shopping time

we're just married!

Kai tertawa terbahak-bahak melihat Deana yang sudah terduduk dihadapannya sambil mengesat air matanya.

      “awak menangis erk? Hehe…rindu I ke?” peril Kai dengan nada mengejek. Deana mencebik meluat. Segera Deana bangun lalu berhadapan dengan Kai.

       “I tak nangis ok! Just….urmm..mata masuk habuk je!! Jangan nak fitnah orang ok. awak buat apa dalam tu lama-lama? Mengorat puteri bunian?”

Kai tersengih, “Kai, buka pintu ni!!huhuuhu…” segaja Kai melakonkan semula reaksi Deana yang cemas bagai nak rak.

      “betul-betullah!” satu cubitan selamat mendarat diatas perut Kai, menyebabkan Kai berhenti ketawa.

      “Adehh…Ok,ok…actually, hehe…I tengah main dengan kucing you!” ujar Kai sambil mengambil Snowy dari dalam bilik dan mendukungnya erat.

       “Snowy!! Dia ada dalam bilik ni?” soal Deana sambil mengusap-usap bulu lembut plus gebu Snowy.

       “Yup..nah, ambiklah…” terus Snowy disua kearah Deana.

      “No,no,no…I..urm..tak suka kucing!” bohong harus! Kalau jujur yang sebenarnya Deana takut kucing, nampaknya memang kena ‘basuhlah’ dengan Kai!

       “tak suka kucing, tapi bela…pelik!”

        "Tu kucing neneklah~" Deana tersengih sumbing. Fuh…

 

Kai mengeliat malas. Jaket yang tersarung pada tubuhnya dikemaskan sedikit apabila angin sejuk mula bertuip kearahnya. Walaupun kini masih musim panas, namun pada waktu pagi dan waktu malam suhunya mencecah 20 darjah celcius!

    Selipar berwarna kelabu disarung lalu kakinya laju sahaja mengatur langkah kearah cerun bukit. Udara segar dihirupnya nyaman…

        “Hhhmmm…..!!!!” Kai tersenyum gembira. Betul apa yang dikatakan Deana. Tempat ini memang cantik! Kai sanggup bangun pada awal-awal pagi semata-mata untuk melihat sunrise!  Batu yang besar disapu sedikit sebelum Kai melabuhkan punggungnya diatas batu itu.

        “kamu buat apa disitu Kai?” jerit nenek deana kuat dari halaman rumah yang sedang menyapu daun-daun yang gugur.

        “awal nenek sapu? Kai nak tengok sunrise…Nana kata sunrise disini cantik…” jawab Kai jujur.

Nenek tersenyum. Nak gelak pun ada tapi dtahannya. Takut kecewakan anak muda itu.

         “Kai….kat sini mana nak nampak  sunrise! Sunset adalah…Haish..buta-buta je kena kelentong dengan Nana?! Hehe..” nenek terus berjalan kebelakang rumah. Kai termangu.

         “Tak guna punya budak!! Cis..siap kau!” jerit Kai kuat. Deana tersenyum puas!

         ‘berterima kasih kat akulah bagi kau bangun awal! Tak nak nenek pandang senget kat kau yang kaki tidur~’ bisik Deana nakal sambil menyapu sampah dengan gembira. Seronok dengar jeritan Kai macam orang gila.

           PAK!!  Deana kembali ke alam nyata apabila diketuk dengan batang penyapu. Deana berpaling kebelakang sambil menggosok-gosok kepalanya yang sakit.

          “Hah…seronok? Bertuah punya isteri! Suka-suki je perkena suami Nana ye?” tidak dilupakan, cuping telinga Deana turut menjadi mangsa!

         “ADeh….mianhee nenek….Nana melawak je dengan dia…tak tahu pula sesenang tu kena tipu…” rengek Deana sambil cuba melepaskan diri dari cubitan berbisa neneknya.

        “Hhmm..apa-apalah. Barang kat dapur nenek dah habis. lepas Nana siap sapu, pergi beli dengan Kai ye…”

        “Hah? Nana da siap ni! Nana pergi dulu!!” jerit Deana laju lalu terus melemparkan penyapunya ketepi dan berlari pergi.

         “Kai!Kai! cepat start enjin kereta!!” jerit Deana kuat sambil berlari kehadapan rumah. Kai berdiri memandang Deana yang sedang berlari kearahnya dengan pandangan yang geram.

          “Tak nak!! Amboi sesuk….” Belum sempat Kai menghabiskan ayatnya, Deana terus menarik Kai laju menuju kearah kereta. Deana terus duduk di tempat duduk memandu dan enjin kereta dihidupkan.

          “Cepat tutup pintu!!” jerit Deana gelisah sebelum memecut laju menuruni bukit. Nenek hanya menggeleng-geleng kepala melihat kerenah Deana. “buat macam aku nak kejar!”

          Kai memandang kebelakang gelisah. “kenapa ni? Ada apa? Kenapa kita tinggal nenek?” soal Kai dengan nada gelisah.

         “hehe…kita sekarang tengah melarikan diri dari letusan larva…hikhikhiks….kau kena tengok muka kau tadi! Seriously lawak gila!!”  lengan Kai ditampar-tampar berkali-kali namun tangan kirinya masih setia memengang erat stereng kereta.

Bulu roma Kai tegak berdiri apabila melihat cara pemanduan Deana bagai pelumba F1 menuruni bukit. Tambah-tambah lagi melihat Deana yang tidak henti-henti tertawa.

          “AWAKKKK!!!KUCING!!!” jerit Kai terkejut apabila tiba-tiba kucing melintas dihadapan kereta mereka. Tak ada apa-apa yang boleh dilakukan sekarang sebab tali pinggang tidak dipasang!!

 

Deana tersenyum nakal kearah Kai sebaik saja brek ditekan. “Ok…seperti yang aku janjikan, kita selamat tiba di supermarket!” jerit Deana gembira melihat reaksi Kai seperti baru lepas terjun dari tingkat 10.

             “lepas ni jangan harap aku nak izinkan kau memandu lagi!” pesan Kai dengan nada dingin sebelum turun dari kereta. Segera Deana turun dari kereta lalu terus mengejar Kai.

          “laa..janganlah marah…I melawak je tadi..hehe…sorry…” rengek Deana manja sambil memeluk lengan Kai erat. Kepalanya dilentokkan diatas bahu Kai dengan penuh manja.

           “Ok..I maafkan you. Tapi, kalau you buat macam ni lagi…I tarik lessen memandu you!”

          “I janji! Tapi kalau ada emergency?”

           “emergency apanya sampai kena memandu macam orang gila?” bentak Kai geram apabila Deana memberi alasan untuk mengangkat janji. Sebuah troli diambil lalu terus Kai menolaknya masuk kedalam supermarket.

          “Hehe…kalau tiba-tiba you sakit jantung ke?”

          “Ohhh…you nak doa I ada sakit jantung la ni?” perli Kai tajam sambil tangannya sibuk memilih botol kicap yang terbaik.

           “Taklah..I just bagi contoh je tadi…ok, kalau kita kena kejar dengan anjing gila?” alasan lagi…

           “tak payah risau…anjing macam mana pun tak boleh serang kita sebab kita terkunci didalam. Senang, you lenggek sampai penyet je anjing tu…menyusahkan orang!” Kali ini tangannya sibuk memilih sos cili dan tomato.

            “Oklah…Kalau I tiba-tiba ada panggilan alam?”

            “e’eh you ni…banyak pula alasan yang beratur ye? Kalau I izinkan, you pecutlah sampai 200 km/j. Puas?” wajah Deana ditenung Kai serapat yang mungkin.

            “Hehehe…ok bos!” senyuman terukir diwajah Deana. Sebenarnya, Deana berasa segan apabila diperhati sedemikian!

           “Hhmm..bagus isteri abang ni!!Ok, nenek suruh kita beli apa ni?” kepala Deana diusapnya manja. Deana ternganga sebelum tersenyum nakal.

          “tak tahulah…” jawab Deana dengan nada perlahan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!