the truth please

we're just married!

Deana terpisat-pisat bangun apabila tubuhnya digoncang dengan kuat. Deana membuka matanya sebelum mendapati bahawa Kai sedang tidur disebelahnya!

           “amboi korang…belakang aku bukan main sweet bagai? Nah, Nana. Ubat segugut yang kau minta tadi. Tapi doctor pesan makan dulu sebelum makan ubat tu.” Sebungkus panadol berwarna pink dihulurkan bersama-sama dengan sebungkus roti. Deana menarik muncung masam tatkala mendengar arahan dari Chorong.

           “aku tak lalulah nak makan…”

            “Nak aku tonyoh roti ni dalam mulut kau?!!” tempik Chorong kuat lalu terus mengoyak plastic roti dan menyumbatnya kedalam mulut Deana. Dengan berat hati, Deana menggigit sedikit sebelum mengunyahnya.

              “bagusnya…macam nilah sweetie Chorong…Hah, kau! Seronok bermain dengan puteri kayangan kau? Bangun cepat! Kyungsoo dah tunggu dibawah!” jerit Chorong sambil jarinya kuat menarik cuping telinga Kai.

              “Adeh,adeh!! Sakitlah bongok!” jerit kai geram lalu terus bangun dan duduk menghadap Chorong dengan wajah masam.

              “Ok sikit? I tak tahu nak buat apa tadi…so…sorry” ucap Kai perlahan sambil memandang Deana dengan wajah sayu.

            “Oklah!!” jerit Deana sebelum menyumbat roti tadi kedalam mulut Kai pula. Tak lalu nak telan dah!

             “Yah!!” jert Kai sambil menarik keluar roti tadi dari mulutnya. Matanya khusyuk memandang Deana yang sedang menelan pil berwarna merah jambu.

            ‘ubat apa tu? Aku kena siasat juga!’

            “Hah, macam mana kau boleh ada kat atas ni? Bukan ke kaki kau sakit lagi?” soalan Chorong berjaya mematikan lamunan Kai.

             “rilekslah bro! tengok ni, tak ada simen dah!” kaki kanannya ditarik keluar dari selimut putih itu.

              “Wow!! Cepat gila kaki kau dah sembuh?!!” Chorong tersenyum sebelum menampar betis Kai dengan kuat.

              “ARghh!!!” jerit Kai sekuat hati. Sakit tak tertanggung!

 

Sunyi~ walaupun restoran mamak itu bising dengan ragam pelanggannya, namun meja yang diduduki mereka berempat cukup sunyi. Semuanya sibuk melayan gajet yang berada ditangan masing-masing.

            “Korang…selfie untuk hari terakhir!” jerit Taemin lalu terus membuka camera. Handfon diangkat setinggi yang boleh untuk memuatkan mereka semua didalam gambar itu. Chorong, Kai dan Deana berhenti bermain gajet mereka. Handfon dilempar ketepi sebelum mereka mula tersenyum.

            Masa yang terakhir untuk mereka semua meluangkan masa bersama Taemin dimanfaatkan dengan sebaik mungkin walaupun pergerakaan Kai terbatas sedikit. Malam nanti Taemin akan kembali ke London untuk sambung kerja.

            “ Yah,Kai..kau tak nampaklah…rapatlah sikit dengan Nana!” arah Taemin tatkala hanya separuh dari wajah Kai yang berjaya masuk kedalam gambar. Deana memandang kai yang duduk disebelahnya sebelum tubuh Kai ditarik dengan kasar untuk mendekatinya. Kai terdiam akibat terkejut dengan reaksi spontan Deana.

Klik!!

           “Good! One more time! Kai tak tengok camera pun…sudah-sudahlah nak usya bini pun..” perli Taemin sebelum mengangkat handfonnya tinggi. Perlahan-lahan Deana memandang wajah Kai pula.

           ‘di..dia tengok aku?’

 Puk!! Kepalanya yang terasa sakit digosoknya lembut akibat diketuk oleh Chorong.

            “Haishh…tak habis-habislah korang berdua ni…Nana, tengok camera!” jerit Chorong sebelum tersenyum kearah handfon Taemin.

Klik! Satu gambar yang perfect berjaya ditangkap. Taemin dan Chorong bising berebutkan handfon Taemin untuk melihat gambar tadi. Berbeza pula dengan Kai dan Deana yang hanya terdiam sambil menunggu hidangan mereka tiba.

            Tiba-tiba pandangan Deana tertatap pada dua orang pelanggan yang baru masuk kedalam restoran mamak itu. Hatinya mula panas melihat gelagat lelaki dan wanita itu yang sedang bermesra bersama. Tertawa bersama-sama sebelum duduk disebuah meja yang agak terpencil dihujung restoran.

            Deana menarik nafas dalam-dalam lalu terus mengalihkan pandangannya. Bukannya cemburu, tetapi kecewa. Kecewa dengan permainan yang Luhan sedang bermain. Tak sangka Luhan sebenarnya bermain kayu tiga dengan Chorong.

            “ jomlah kita makan ditempat lain…lambat sangatlah service restorant ni..” bentak Deana dingin lalu terus bangun.

           “Laa…rilekslah…biasalah kalau lambat sebab kau sendiri tahu kan berdozen lagi pelanggan tengah tunggu juga..” pintas Chorong, cuba memujuk Deana yang tetiba nak pergi. Deana melepaskan keluhan berat sebelum bersuara.

            “Jomlah makan tempat lain…please..?” pujuk Deana lagi. Dia tidak mahu ada pergaduhan di restoran yang penuh dengan pelanggan itu. Confirm sangat aksi bertumbuk akan berlaku kalau mereka semua sedar akan kehadiran Luhan bersama-sama dengan perempuan lain.

             Tanpa mengendahkan yang lain, terus Deana berlalu pergi namun Kai terus bangun dan mengejar Deana perlahan-lahan sehinggalah mereka tiba dikereta.

            Lengan Deana dipegang dengan kejap sebelum Kai menarik Deana dengan kuat.

            “awak…kenapa tiba-tiba nak blah macam ni je? Kesianlah Taemin kempunan nak makan nasi kandar..” pujuk Kai dengan nada dingin. Deana melepaskan keluhan sebelum menolak tubuh Kai menghadap Luhan dan wanita itu.

             “Now, you dah faham kan kenapa I buat macam ni? So, mana diorang?”

Habis punah plan…ingat kalau buat-buat merajuk, semua akan blah dari situ…tapi rupa-rupanya Chorong dan taemin masih melekat lagi?!

Kai meneguk air liurnya kelat. Masih tidak mengerti apa yang sedang berlaku disekelilingnya.

             Deana terganga. Apa yang ditakutnya terjadi jua. Dari luar Deana dan kai dapat lihat Chorong sedang duduk semeja dengan Luhan!!

 

Chorong menarik nafas berat. Tanpa memberi amaran, terus sebuah kerusi yang kosong ditariknya dan punggungnya dilabuhkan diatas kerusi itu.

             “Hai…sorry interrupt dinner korang…tapi apa hubungan korang sebenarnya ye?” soal Chorong dengan nada dingin. Luhan menundukkan wajahnya sebelum menjawab.

              “Seohyun tak ada kena mengena dalam hal rumah tangga kita. Semua yang bermain dalam fikiran awak tu salah.”

Chorong tersengih sumbing akan tetapi Seohyun sudah tidak boleh duduk diam.

              “Jadi….awak sudah berkahwin Luhan? Dengan dia?”

Chorong menghadiahkan jelingan maut kepada Seohyun tatkala mendengar soalan cepumas Seohyun. Akan tetapi, hanya dirinya yang tahu betapa peritnya luka yang semakin mendalam di hatinya.

              “Yes. I’m his wife but he didn’t love at me. Kami ada masalah sikit dengan hubungan rumah tangga kami sejak kebelakangan ni. Well, maybe harapan you cerah untuk jadi penganti I kan? And, takkan suami I tak ada cerita langsung fasal hubungan kami pada you? Oohh…or maybe you akan jadi madu I kan?” tiada ruang langsung buat Luhan untuk menjelaskan perkara sebenarnya. Taemin hanya mampu ternganga di tepi meja itu. Tak sangka pula suami yang Chorong pernah ceritakan dahulu ialah Luhan!

              “Chorong-ah..stop it. Seohyun..just..m..my friend” terketar-ketar Luhan menerangkan perkara sebenarnya.

Pangg!! Satu tamparan kuat mengenai pipi Luhan. Dada Chorong berombak kuat menahan amarah yang terpendam.

              “Luhan, maybe ini jalan yang terbaik untuk kita berdua kan? ….Please, lepaskan I?”

Semua yang mendengarnya tergamam. Deana dan kai yang baru sahaja tiba turut ternganga luas. Segera Deana mencekup mulut Chorong sambil tersenyum sumbing.

             “hehe…just forget apa yang Chorong kata tadi ok…dia melawak je…jom!” tubuh Chorong dipaksa untuk bangun.

            “nana! Stop Nana. I’m not joking! Lelaki tak berguna ni memang patut dilupakan sebab dia suka menghancurkan hidup kaum hawa macam kita! Nana, let me go. Aku boleh jalan sendiri!” dengan kuat Chorong menyentap tangannya sebelum berlalu pergi. Namun baru beberapa langkah, wajah Luhan menjadi sasaran untuk satu tumbukan sulungnya.

             “Chorong!!”

Chorong tersenyum sinis sebelum berlalu pergi. Segera Deana dan Taemin mengejar Chorong dari belakang dengan laju.

             Kai memandang Luhan sebelum menepuk-nepuk tangannya kuat sambil tersenyum sinis. Luhan mengetap bibirnya apabila diperlakukan sedemikian.

             “Well, hebat juga ye kau ni? Mula-mula Nana and then Chorong? Daebak betul kau ni…and, maybe kau terkejut kan yang sebenarnya aku dah tahu hubungan kau dengan Nana selama ni? Ouhh…aku tak tahu nak cakap macam mana sekarang…aku…aku tak sangka kau ada dua wajah Luhan!”

             “WAIT!!! Apa yang kau merepek ni?!!” jerit Seohyun begang melihat suasana tegang yang secara tiba-tiba itu. Meja dihentaknya dengan kuat.

              “Awak nak tahu cerita sebenarnya, tanyalah sendiri lelaki yang berada dihadapan awak ni..Saya pergi dulu~”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!