alasan semata-mata

we're just married!

Setelah menghabiskan 4 hari di kota Venice yang bersejarah, Deana dan Kai akhirnya pulang ke tanah air untuk merasmikan malam pertama di rumah baru! Haishh..baru nak rasmi? Kolam dibelakang rumah juga sedang diusahakan. Itu yang menggembirakan Deana sekali.

Loceng berbunyi berkali-kali. Segera Deana berlari menuruni anak tangga lalu skrin keselamat dibuka. CHORONG!

Segera Deana membuka pintu rumah seluas-luas yang mungkin untuk menjemput tetamunya masuk. Senyuman yang terukir diwajahnya mula lesap apabila terpandang Luhan dibelakang Chorong.

         “Ahh…kau datang juga Luhan? Rajin sungguh ikut bini kau erk?” perli Deana sambil mempelawa mereka berdua masuk kedalam rumahnya. Luhan menenguk air liurnya kelat sebelum berjalan masuk mengikut Chorong.

           “Serious, cantik giler rumah kau! Untunglah…dengar kata rumah ni korang berdua yang design?”

Deana mengangguk tanda mengiakan soalan Chorong.

           “Hei…tengoklah siapa yang datang? Tetamu tak diundang!” jerit Kai sambil berjalan kearah ruang tamu. Chorong menarik muka masam.

           “Cis, aku bagi penumbuk kang baru nak tahu?! Siut punya kawan!Jomlah Luhan, kita balik! Orang tu tak mengalu-alukan kita datang sini..” cebik Chorong geram lalu terus menarik Luhan.

          “Hei, jangan harap korang nak balik selagi  puan punya rumah bagi! Haishh…you ni, tak baik buat macam tu!” bisik Deana perlahan ditelinga Kai.

          “Well, kami duduk baliklah!” terus Chorong duduk semula diatas sofa putih tadi. Segera Deana dan Kai duduk berhadapan dengan Chorong dan Luhan.

          “dengar kata korang pergi Venice…tapi takkan barang sana untuk  kami tak ada?” perli Chorong riang.

         “Eii..tak malu mintak! Kejap, aku pergi ambil diatas!” ujar Kai lalu terus bangun dan berlalu pergi. Deana tergamam. Baru tersedar yang tinggal hanyalah dirinya sahaja.

         “Hei, macam mana dengan vacation korang hari tu? Dengar kata ada orang sampai kena demam panas sebab berjemur…”perli Deana sambil memandang Luhan. Chorong tersenyum.

          “Haha…mana kau tahu Nana? Kau tahu tak bukan main teruk demam dia hari tu… sampai nak bangun kencing pun aku yang tolong angkat!” perli Chorong sambil menampar belakang Luhan dengan kuat.

          “What? Seriously….Hei,Luhan. Tak ada benda ke nak sembang? Ke malu sebab rahsia terbongkar?” soal Deana dengan nada mengejek. Chorong terkekek-kekek tertawa.

         “Urr…aw..kau sihat?” soal Luhan teragak-agak.

Deana tersenyum puas. “La…kalau aku sakit, jawabnya atas katillah aku sekarang. Dengar kata kau doctor? Hah, takkan kau tak boleh beza benda macam tu?” perli deana. Gembira dapat menyakat lelaki dihadapannya ini.

          “laa..Nana, kau lupa ke, dia segan tu! Sebab tu tanya soalan merepek, hormone tak stabil!” Yeah, kali ini Chorong turut serta untuk mengenakan Luhan!

          “Ye ke? Kau tahu dulu, bukan main sweet lagi dia sebelum dia terbang US!”

Luhan tersentap mendengar cemuhan Deana. Chorong tertawa tidak ingat dunia. Langsung tidak sedar bahawa suasana menjadi tegang!

            “What? Ye ke? Mana you tahu?” soal Chorong ingin tahu.

           “Luhan tak cerita ke yang aku ni…kawan dia?”

Luhan sudah cuak. Peluh mula membasahi dahinya.

            “seriousloy? Patutlah..you know, malam-malam dia asyik meracau nama you…Nana..please..I bersalah….forgive me please…” ejek Chorong dengan nada menjengkelkan. Deana terkesima. Luhan dipandangnya pelik. ‘apa semua ni Luhan? Sebenarnya, apa yang sudah berlaku di US?’ Luhan segera melarikan pandangannya apabila anak mata mereka berdua bertaut.

            “Sembang apa ni? Rancak je aku dengar dari atas?” perli Kai sambil menuruni anak tangga dengan tangannya erat memengang sebuah beg Bonia.

            “Fuyoo! Kau nak bagi aku beg Bonia ke?” jerit Chorong teruja melihat beg itu. Kai tersenyum jahat.

            “Jangan nak perasanlah! Aku bagi ni je!” sehelai kain yang bercorak kota Venice  dikeluarkan dari beg putih itu. Chorong segera menarik wajah masam tatkala melihat kain itu.

            “Kejap..ada lagilah untuk Chorong ni!” jerit deana lalu terus berlari kearah kai. Tangannya segera dimasukkan kedalam beg itu dan dua buah topi yang mempunyai tulisan Venice dikeluarkan.

            “Hah, kalau pergi pantai lagi, pakailah topi ni! Barulah sweet couple namanya!” jerit Deana lalu terus memasangkan topi itu diatas kepala Chorong dan Luhan serentak. Namun hatinya tiba-tiba dijentik sebuah perasaan. Keliru.

 

Deringan I-phone yang nyaring berjaya mengejutkan Deana yang masih dibuai mimpi indah. Segera Deana mengambil I-phonenya lalu menjawab panggilan dari Kai.

           “bagus bangun dah puan puteri kita! Cepat buat sarapan, I lambat nak ke kerja ni! Nanti papa bising, rosak eardrum aku!” jerit Kai sebelum mematikan talian. Deana termanggu. Segera Deana bangun lalu membuka pintu biliknya yang berkunci.

               “Hei, Tuan Kim Jongin, buat breakfast sendiri tak boleh ke? Mimpi apa nak makan masakan aku?” jerit Deana sambil menuruni anak tangga dengan laju. Kai tersenyum kearah Deana sebelum Deana betul-betul terpacak dihadapannya.

               “bagus! Alang-alang you ada disini, apa kata tolong I ikat tali leher ni? Tiba-tiba tersimpul pula..” rungut Kai sebelum menarik tangan Deana untuk memengang tali lehernya.

              ‘nak suruh aku sangat kan, siap kau!’ bentak hati Deana sebelum mula merungkai tali leher itu dan mengikat tali leher itu menjadi reben.

              “Ayoyo…I baru je iron tali leher ni, you pula sesuka hati ikat reben? Habis redutlah tali leher I!” rungut Kai sebelum membuka kembali ikatan reben itu. Deana tersneyum puas dapat mengenakan Kai. Segera kakinya melangkah kearah dapur untuk mula memasak.

10 minit berlalu….akhirnya juadah sarapan siap terhidang diatas meja. Segera Kai berlari anak sebelum duduk diatas meja sambil memandang juadah yang terhidang.

             “tak sangka you pandai juga masak…” puji Kai sambil meneuk air liurnya.

Deana tersenyum bangga tatkala mendapat pujian dari Kai. ‘eleh, setakat nak buat pancake, celah jari ajelah!’

              “well, ini Kim Deana-lah! Selamat menjamu selera…” Deana tersenyum sebelum kakinya mula melangkah namun ditahan oleh Kai.

             “isteri yang baik kena teman suami makan breakfast!” tangan Deana terus ditarik Kai lembut.

             “laa..kalau ye pun bagilah I nak gosok gigi. I pun nak makan sekali dengan you!” bentak Deana lalu terus bergegas naik keatas. Kai tersenyum gembira mendengarnya.

            ‘Yes!! Pagi yang perfect!’ jerit Kai riang.

 

Tatkala lampu isyarat bertukar merah, segera pedal brek ditekan sekuat hati. Tiba-tiba handphonenya berdering, tanda Deana mendapat panggilan dari seseorang. Tanpa teragk-agak, terus Deana menjawab panggilan itu.

            “Hah…anyeong…Nana..” ujar si pemanggil dengan nada terketar-ketar.

            “Anyeong…yes ini Nana. Siapa ni?” soal Deana sambil menekan pedal minyak dengan kuat apabila lampu isyarat bertukar hijau.

            “nana. Ni Luhan.”

Deana terdiam. Langsung tidak menyangka Luhan akan menelefonnya.

            “Ehemm…yes, I know you. You suami Chorong bukan?” perli Deana dingin.

            “Nana..! ok, I suami Chorong, kawan suami you, Kai. Boleh kita berjumpa hari ni?” soal Luhan teragak-agak. Deana tersengeh meluat.

            “jumpa? Atas urusan apa ye? For your information, I sibuk hari ni. Maaflah ye!” terus talian dimatikan. I-phonenya dilempar di seat sebelah.

            ‘mana dia dapat nombor aku?’ bisik Deana sambil memandang handphonenya kosong.

 

Setelah memarkingkan keretanya, terus barang-barang untuk bakery diangkat keluar dari bonet lalu punat kunci ditekan. Kakinya laju sahaja mengatur langkah menuju kearah pintu belakang bakerynya dengan riang.

             “Nana, I tahu you akan matikan talian tadi. Tapi ini memang mustahak. Kita kena jumpa juga, ditempat lain..” ujar Luhan sambil memandang sekeliling.

             “ apa kau buat dibelakang ni? Tak nampak ke papan tanda, ‘hanya untuk kakitangan Deon Bakery?’ baik kau pergi sekarang!” tempik Deana sebelum berjalan memintas Luhan yang berdiri dihadapannya.

           “Nana, I tunggu you di tempat biasa malam ni. Around pukul 8 ok! Datang tau!” pesan Luhan sebelum menghilangkan diri. Deana memandang Luhan pergi dengan keretanya.

            “Hah! Noona lambat lagi! Semua, denda noona!!” jerit Taehyung yang tiba-tiba keluar dari dapur. Deana tersentak dengan jeritan itu lalu terus menarik cuping telinga Taehyung dengan kuat.

            “amboi…nak denda bos ke?”

 

Deana memandang jam yang tergantung didinding. Sudah pukul 8 malam. Hati Deana menjadi tidak tenteram. Dia dalam dilemma, hendak keluar atau tidak?

           “apa yang you renungkan? Malam ni I handsome terlebih ke?” tegur Kai yang duduk bertentangan dengan Deana.

           “Handsome? Tak pernah I nampak you handsome ok! Sebenarnya….” Deana terdiam. Nak ceritakan segala-galanya pada Kai ke? Nanti tak berselera pula Kai nak makan malam.

           “actually apa yang you nak kata ni? Cerita je…I dengar.” Ujar Kai sambil menyuap ayam panggang yang dihantar sebentar tadi kedalam mulutnya.

             “Hishh…sebenarnya ada kawan lama nak ajak jumpa….tapi…”

             “La..pergi ajelah. Kenapa, you takut I marah ke?” pintas Kai sebelum Deana menghabiskan ayatnya.

             “yang tu taklah…just, I tak berani….nak jumpa dengan dia..” ujar Deana perlahan.

            “You ada buat salah ke dengan dia, sampai tak berani nak face off dengan dia? Hei, isteri Jongin mana boleh jadi lemah macam ni! Sepatutnya, you jumpa…”

           “bukanlah! I tak buat salah pun dengan dia!” tempik Deana memintas Kai.

           “sebenarnya…I tak tahu nak cakap apa dengan dia…sebab dia pernah buat salah dengan I. I tak tahu nak jumpa dia dengan reaksi macam mana….” Satu keluhan dilepaskan. AYam yang berada dihadapannya ditolak sedikit.

           “Laa….I tak pernah tahu pula isteri I ni sebenarnya……penakut! Wuahahaa!! Kim Deana pengecut!!” jerit Kai sambil tertawa. Deana menarik muncung masam.

             “Hishh!! Bisinglah you ni! Tak selera nak sambung makan!” terus Deana bangun dan terus masuk kedalam biliknya. Pintu dikunci lalu dengan kuat tubuhnya dihempas diatas tilamnya. Deana memandang siling dengan pandangan kosong.

            “berdosakah aku melayan Kai sebegini?” bisik Deana sambil memeluk bear koko dengan erat. Tanpa disedari, akhirnya Deana terlelap.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!