Venice city 2

we're just married!

Deana termanggu melihat Kai yang serba hitam pada hari itu. Dari atas sampai bawah, siap bertopi dan berkaca mata hitam juga! Kaki Kai laju sahaja mengatur langkah menuju kearah Deana lalu terus duduk dihadapan Deana.

           Deana memandang jam tangannya lalu terus menayangkan wajah terkejut. Action je!

          “Lambat 15 minit! Ni mesti sebab nak bergaya macam James Bond series hodohlah kau lambat kan? Haish..ingat sikit,  kita just nak bincang fasal perkahwinan je..bukannya nak rakam filem ok!” Nescafe ais yang terhidang dihirup Deana laju sambil memandang diluar restaurant. Segaja Deana memilih tempat ditepi kaca. Senang nak tengok orang lalu lalang.

           “Hish..aku dress macam ni sebab tak nak tunjuk yang akulah lelaki tak bertuah sekali jumpa dengan kau hari ni!Ok, sorrylah sebab lambat..”

Deana tersenyum puas. Pandai pula mengaku kesalahan dia!

             “Ok, just aku nak tahu sikitlah. Sampai bila kita nak ikut je cakap parents kita? Well, aku tak sanggup jadi anak patung diorang sampai tua. Aku pun ada taste juga..” Skrip yang dihafal malam tadi segera dimulakan. *sorry ayat terbelit skit~

             “ Amboi…sedapnya mulut tu ye? Penapis dalam mulut kau dah expired eh? Dengar sini, kalau bukan sebab omma aku, dah lama aku reject kau! Ok, senang citer apa kata kita teruskan juga semua plan ni..But perkahwinan kita nanti disertakan ini!” Sekeping kertas yang sudah ditaip terus diletakkan diatas meja itu. Kai memandang kertas itu lalu terus mengambilnya dan membacanya:

Senarai Peraturan Buat EN.KIM JONGIN

  1. Perlu hormat privasi KIM DEANA
  2. Jangan nak complain masakan KIM DEANA
  3. Perlu tinggal bersama omma KIM DEANA pada hari pertama kita sah sebagai suami isteri
  4. Jangan nak bawa balik perempuan dalam rumah *suatu hari nanti*
  5. Jangan nak paksa KIM DEANA buat benda yang KIM DEANA tak suka
  6. Jangan nak stalk handphone KIM DEANA
  7. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan *except ikan*
  8. Membuli KIM DEANA sama sekali tidak dibenarkan
  9. Genap setahun kita berkahwin, CERAI!

 

Kai tesentak apabila membaca peraturan yang terakhir. Pen yang berada didalam poketnya segera dikeluarkan dan terus menconteng a.k.a memadam peraturan yang terakhir. Deana tersentap melihat kelakuan Kai. Segera kertas putih itu direntapnya kasar.

            “Apa ni? Suka hati je nak cancel apa yang aku buat?” tempik Deana sambil melipatkan kertas itu menjadi kecil.

            “ Aku sama sekali tak setuju dengan peraturan nombor 9. Kau tahu, aku tak sanggup dapat gelaran duda ok! Kau nak ke dapat pangkat janda?” soal Kai dengan nada menjengkelkan. Segera Deana membuka semula lipatan tadi dan mengoyak peraturan nombor 9 dari senarai peraturan itu. Dia pun tak nak sebenarnya!

           “benda cerai tu kita jangan nak fikir lagi. Sekarang kita kena fikir our next wedding. Hah, aku pun ada syarat untuk kau PN.KIM DEANA! First, no secret between us! Second, jangan nak merela dengan jantan lain. Third, kau kena layan aku sebagai seorang suami pada kau. Senang citer, kau kena jadi isteri yang pallliiinggg taat kat aku! OK?”

Deana berfikir sejenak. Tidak susah mana pun syarat yang ditetapkan.

               “Ok, deal!”

(end of flashback)

 

Kai tersenyum nakal melihat Deana yang mula termenung jauh memandang laut yang luas terbentang. Hot dog ditangan Deana masih lagi tidak dihabiskan olehnya. Perlahan-lahan Kai mendekati Deana dan,

          “termenung apa Pn.KIM DEANA?!!”

Deana tersentak dari lamunannya. Dadanya mula berkocak kuat akibat terkejut dijerkah oleh Kai. Deana mengetap bibir sebelum mula mencubit isi perut Kai sekuat yang mungkin.

            “Adeh!! Ampun,ampun PUAN!! Berentilah puan…puan ni tak berhati perut betul!” rungut Kai geram lalu terus duduk disebelah Deana apabila Deana sudah berhenti mencubitnya.

            “Cantik kan pemandangan dari sini…I suka dengan angin yang sepoi-sepoi macam ni, redup..tambah-tambah pula matahari tengah terbenam. Memang tempat yang romantic pernah I jumpa!” jerit Deana gembira. Kai tersenyum melihat reaksi Deana.

             “Anyway, kenapa keluar dari bilik tanpa inform I dulu? Ada orang nak kena jentik ni! Nakal!” cuping telinga Deana dijentik dengan kuat oleh jari halus Kai. Deana mula merengek manja.

              “Ahh…sakitlah cik abang oi! Ok, cik adik nak minta maaf sebab keluar macam tu je…cik abang mandi kalahkan perempuan! Tulah cik adik keluar dulu..lagipun cik adik bukannya pergi jauh mana, tepi hotel juga kan?.....actually, tadi I terserempak dengan Krystal.”

Jawapan Deana menyebabkan kai tersentak. Segera Kai memandang Deana, “Nana, apa yang dia cerita?”

               “well, nothing. Pasal kerja dia and bla,bla,bla. Dia ada juga cerita fasal you sikit.”

Deana terdiam sebentar, “heh, dia suruh I berhati-hati dengan you je…baiknya dia!”

 Kai mencebik meluat. “amboi, pesan macam tu pun dah cop dia baik? Ni dengar I nak cerita pula. Tadi mama dan omma call. Diorang kirim salam. Tu yang lambat sikit bersiap, duk sembang dengan diorang dalam bilik jap.”

                “What?? Aghhh…kenapa tak call I suruh naik je tadi? I rindu dioranglah!!” rungut Deana manja sambil menumbuk-numbuk tubuh Kai kuat. Sakit oi! Bukan macam dalam drama yang pukul macam angin~

             “adeh, sakitlah! Nanti you call-lah diorang balik. Tapi bukan sekarang! Sekarang adalah masa untuk kita shopping and makan seafood! Duit sendirian berhad!” pesanan Kai berjaya menaikkan lagi amarah Deana.

            “yah..!!You kan suami I…belanjalah!” rengek Deana manja lalu terus bersandar pada bahu Kai.

            “Pujuklah macam mana pun, tetap I tak nak belanja sebab you tinggal I tadi!” jerit Kai lalu terus melarikan diri.

 

Deana memandang beg plastic yang berada disebelah kerusinya. Banyak tak terkira! Semuanya untuk ahli keluarga dan sahabat handainya. Senyuman terukir pada bibirnya.

           “amboi…seronok nampak dapat beli semua tu! Tapi, bukannya reti nak berterima kasih!” cebik Kai lalu mula menarik muncung. Mak ang, hodohnya!

          “Alolo….thanks! Yeah, ikan bakar  sampai!!” jerit Deana apabila pelayan mula menghidang juadah yang dipesan oleh mereka sebentar tadi. Apple juice dihirupnya laju sebelum sudu dan garfu diambil.

         “let’s diggin!!” jerit Deana lalu terus memotong isi ikan itu sedikit. Kuah yang terdapat disekeliling ikan dicedok sedikit sebelum dimasukkan kedalam mulutnya untuk proses penghadaman.

          “mmm…mamamia! Sedap…trylah ikan ni!” jerit Deana sebelum menyumbat ikan itu kedalam mulutnya lagi. Kai menggeleng-geleng kepala melihat telatah Deana yang kebuudak-budakkan. Udang kara yang besar itu dikopeknya laju sebelum turut serta dalam menelan ikan yang dimaksudkan Deana.

          “hhmm..bolehlah…I nak try ni pula!” jerit Kai lalu terus mencuba juadah sotong.

          “Ni, you try pula hidangan ni!” sesudu besar sotong disua ke mulut Deana secara tiba-tiba.

           “er…” Deana tersengih sumbing apabila dilayan sedemikian. Kai menjenggilkan matanya memberi arahan lalu dengan perlahan-lahan Deana memakannya.

          “barulah jadi isteri yang baik…selalu dengar cakap suami!” bebel Kai sambil menyuap udang kara kedalam mulutnya. Bangga dapat menyuap Deana!

Deana tersenyum nakal. Segera sudunya dipenuhkan dengan kulit ikan yang berlendir lalu ditutup dengan isi ikan yang putihh gebu. Segera sudunya disua ke mulut Kai pula.

           “siapa nak jadi suami yang terbaik? Meh makan ni…” Kai tersenyum lalu terus membuka mulutnya. Dengan selamat Deana menyuapkan Kai dengan hidangan specialnya.

            “Urmm…sedapnya! Mana you tahu I suka giler dengan kulit ikan ni?” Kai mengunyah kulit tadi dengan gembira. Deana tergamam, ‘dia suka kulit ikan? Err…geli mak!’

Kai terus memenuhkan sudunya dengan isi udang kara pula. Perghh…putih gebu mak ang! Terus sudunya disua kearah Deana lalu tanpa segan silu Deana memakannya. Deana dan Kai memandang antara satu sama lain sambil tersenyum gembira.

            ‘Nana, aku tak tahu apa perasaan kau sekarang tapi apa yang aku tahu….aku gembira sangat sekarang ni, bersama kau.’

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!