betul!

we're just married!

Chorong bersiul-siul gembira berjalan kearah bilik kerja Luhan. Mesej yang baru disampaikan oleh Luhan dibaca sekali lagi.     

              Luhan: let’s go lunch together with me? Come to my office..luv u! <3

Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu terus Chorong membuka pintu bilik Luhan dengan luas. Namun apa yang terhidang dihadapannya betul-betul mengejutkannya sehinggakan telefon yang berada ditangannya terlepas dari genggamannya.

              Luhan amat terkejut melihat Chorong yang berdiri dihadapannya kini. Terus Luhan menyarungkan butang kemejanya semula sebelum mendapatkan Chorong. Seohyun berpaling melihat Chorong dan Luhan.

             “Chorong…Chorong…dengar sini…” pujuk Luhan lembut sambil cuba menghalang Chorong berlari keluar dari biliknya. Takkan nak berlari keluar dikhalayak ramai dengan berpakaian selekeh tanpa kasut? Segera Chorong mengesat air matanya sebelum membuka mulut.

             “apa yang pembohongan yang you nak I dengar lagi? Cukuplah Luhan!! Apa yang I lihat tadi sudah cukup membuktikan yang you ada scandal dengan Seohyun!!” jerit Chorong sambil menundingkan jarinya kearah Seohyun yang masih berdiri ditepi katil tadi.

            “Park Chorong!! Dengar sini!! I dengan husband you tak ada apa-apa hubungan pun selain doctor dan pesakit!! Even, sebenarnya Luhan ni kawan lama I di SM University…” tempik Seohyun cuba menerangkan perkara sebenar. Tak tahan nak tengok drama bollywood depan mata!

            “Seohyun…!!” Luhan segera menekup mulut Seohyun agar rahsianya tidak dibongkarkan oleh Seohyun lagi.

           “apa ni Luhan, Seohyun…I tak faham..”

Seohyun terus meronta-ronta untuk melepaskan diri dan akhirnya berjaya!

            “suami awak sakit Chorong!!”

Hati Chorong terus berkecai. Luhan hanya mampu menundukkan wajahnya, tidak berani untuk bersemuka dengan Chorong.

           “Ya Chorong…dia sakit sekarang…I, sebagai doctor pakar cuba tolong dia sekarang…dari dulu lagi dia cuba rahsiakan benda ni dari you, Chorong! Tapi I tak setuju dengan permintaan dia. Karut! You sebagai isteri dia kenalah tahu benda ni kan?!” dengan penuh perasaan Seohyun menceritakan segala-galanya apa yang telah berlaku selama ini.

           Air mata Chorong mengalir lebih deras dari tadi. Terus tubuh Luhan digoncangnya dengan kuat.

          “kenapa..?kenapa you tak cerita semuanya pada I?!!! kenapa you kena simpan rahsia ni dari I??!” dada Luhan ditumbuknya dengan perlahan sebelum Luhan menariknya masuk kedalam dakapannya.

          “I…I terpaksa…I tak nak tengok you macam ni….” Jawab Luhan sambil mengusap-ngusap belakang Chorong lembut. Chorong menangis semahu-mahunya didalam dakapan Luhan.

 

Sebulan Deana menghabiskan musim luruhnya di kota Venice. Banyak tempat yang Deana terokai bersama neneknya walaupun kesemua tempat itu pernah dilawatinya bersama Kai. Hampir sepanjang tempoh Deana di kota Venice, kenangannya bersama Kai disana selalu bermain di benaknya. Walaupun hatinya telah dikuasai dengan perasaan marah, namun masih ada ruang dihatinya yang menyatakan dia rindu akan lelaki itu.

          Walaupun kini dia dan neneknya sudah kembali ke Korea, namun dia masih tidak cukup berani untuk berhadapan dengan lelaki itu. Biarlah apa yang nak berlaku di Seoul sekalipun, Deana sudah bertekad untuk tidak kembali. Hanya takdir yang bakal menentukan apa yang harus dilakukan selepas ini.

         “Nana..nenek tak sanggup tengok kamu macam ni..sudah sebulan lebih kamu lari dari Seoul. Apa masalahnya sampai kamu merajuk macam ni?nenek tak rasa benda ni kecil-kecil je kan..mesti masalah besar sampai omma dan appa kamu pun kamu nak berahsia…jujur dengan nenek! Ingat nenek tak tahu ke Nana selalu sangat menagis bila duduk dalam bilik. And, nenek jumpa ni kat dalam hutan sebelah…” I-phone Deana dihulurkan sebelum Deana mengambilnya. Habis retak seribu skrin telefon kesayangannya. Rasa menyesal pula lempar telefon ni…

            “Nana nak cari jawapan yang sebenar nek…jawapan untuk semua masalah Nana…Nana pernah kata kat nenek yang Nana bergaduh kan? Sebenarnya bukan gaduh kecil, gaduh besar. Masa tu Nana takut sangat Kai ceraikan Nana waktu itu juga tapi tak…”

Nenek mendengar cerita itu dengan teliti. Tak mahu terlepas semua perkara penting yang sedang diceritakan.

              “apa yang Nana buat sampai takut Kai ceraikan Nana? Ke nana main kayu tiga dengan Kai?”

            “Nek!! Nana bukannya seteruk macam tu! Ada salah faham antara kami berdua. Nenek ingat tak Luhan?”

Nenek mengangguk laju. Siapa tak kenal budak comel yang baik hati lagi bersopan santun?

             “ sebenarnya, dia selalu datang and minta Nana kembali pada dia..walhal dia sudah berkahwin nek. Sebab benda tu je…Kai naik angin. Dia tuduh Nana macam-macam!” air mata mula membasahi pipinya namun segera Deana menyekanya.

              “So, nana lari macam tu je?”

Deana terdiam. Ada lagi benda yang tidak diceritakan namun Deana sudah bertekad untuk tidak ceritakan semua itu pada sesiapapun. Perlahan-lahan Deana mengangguk.

              “Nana…apa yang Nana buat sekarang ni akan menyebabkan masalah Nana lagi rumit. Nenek bukannya nak halau Nana, tapi berbaiklah dengan Kai semula. Pujuk dia elok-elok, bawa bincang. Maybe dia akan terbuka hati untuk terima Nana semula? And, nenek tak nak cicit nenek lahir tanpa papa…”

Deana tergamam. Wajah nenek ditenungnya lama tapi nenek hanya tersenyum nakal.

 

Kai meneliti laporan yang dihantar oleh Kyungsoo. Selepas berpuas hati, helaian seterusnya diselak.

           “Oklah…kau buat jelah apa yang terbaik untuk syarikat ni..” fail setebal kamus dihulurkan semula kepada Kyungsoo yang duduk dihadapannya. Terus Kai bersandar pada kerusinya dan wajahnya dikatup dengan lengannya.

           “Kau kenapa beb? aku tengok kau ni macam zombie korea je… ada masalah ke?”

Kai hanya menggeleng-geleng kepalanya tanpa memandang Kyungsoo. Tumpuannya terhadap syarikatnya turut berkurang.

            “rindu bini kau ke? Well, dengar sini.Kalau aku jadi kau…aku akan cari dia juga sampai dapat. AKu rasa mesti dia tinggal di rumah sapa-sapa ni tapi diorang dah berkomplot, tak nak admit. Banyak dah benda macam ni berlaku dalam drama…anyway, pagi tadi papa kau bising gila bila dapat tahu saham syarikat ni jatuh 10%! Kau tau kenapa?”

Kai terus bangun lalu memandang Kyungsoo dengan serious.

            “apa maksud kau ni?”

            “kau ingat tak accident kau di tapak projek mega haritu?”

Kai mengangguk laju. Takkan sesenang perasa je nak lupa kes tu? Habis beribu ringgit juga nak siasat kes kecil macam tu je. Tapi kena batang hidung sendiri bila dapat tahu bahan binaan tidak cukup bagus..kontaktor yang bertanggungjawab pula larikan diri~ Punahh…

               “sebenarnya…berita tu dah tersebar ke public!! Tapi, diorang tak tahu mangsa runtuhan itu ialah kau..sebab tu benda ni jadi huge gila! Dari mana diorang korek benda ni pun aku tak tahu…”

Kai berfikir sejenak. Rumit juga masalah ni. Kalau berterusan masalah ni…boleh bankrupt empire yang telah diusahakan berabad lamanya oleh atuk neneknya!

               “Kyungsoo…aku tak tahu menahu pun benda ni..tapi aku harap kau boleh selesaikan masalah ni tak? Kau pun tahu kan aku ada masalah yang lebih besar yang perlu aku lakukan sekarang?”

Kyungsoo mengangguk tanda faham. Kai memegang tiket penerbangannya ke Venice dengan kuat.

                “kau yakin dia pergi sana?”

                “trylah dulu…maybe dia ada disana kan?”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!