I'm back Venice

we're just married!

(flashback)

Kai menarik tangan Deana laju kearah sebuah jeti yang terdapat di sepanjang saliran itu. Deana hanya membiarkan dirinya diheret oleh Kai.Nak menyampuk, takut rosakkan mood Kai pula.

           “Ok…tada!!” jerit kai gembira sambil menayangkan tangannya kearah sebuah sampan yang cantik dihias dengan bunga. Bunga palsulah!

          “well done! Mana you dapat semua bunga chokia ni?” perli Deana lalu terus turun dan duduk diatas sampan itu.

           “chokia you kata? Hei, bersyukurlah sikit dengan apa yang I buat ok! Ingat senang ke nak minta pemilik sampan ni decorate sampan dia macam ni?” terus Kai mengambil tempat duduk disebelah Deana. Setelah memberi isyarat kepada pendayung sampan itu, terus sampan itu mula bergerak. Deana memandang kota Venice yang terdapat disekelilingnya. Ditambah pula dengan suara merdu pendayung sampan itu. Lagu apa, manalah nak tahu sebab asyik nyanyi lagu dalam bahasa yang tak difahami oleh Kai dan Deana!

             “Nampak hotel kita tu?!” jerit Kai sambil menundingkan jarinya kearah sebuah bangunan yang tinggi. Deana mengangguk laju sambil tersenyum. Serious, memang Deana seronok dengan suasana sebegini. Ditambah pula Kai yang menemaninya sekarang…

Tiba-tiba Kai merangkul pinggang Deana secara senyap-senyap lalu terus tubuh Deana ditariknya.

             “Nana…I harap hubungan kita akan berkekalan lama…I takkan biarkan orang lain merampas awak dari I.” bisik Kai perlahan namun cukup kuat bagi Deana.

(end of flashback)

Deana mengurut-urut dadanya yang berkocak kuat akibat dijerkah oleh neneknya. Haishh..pantang nampak orang mengelamun sikit, mulalah nak gertak!

             “Nek, nasib baik jantung Nana tak terjun masuk dalam sungai tu! Buat terkejut orang je..” rungut Deana lalu terus menyuap roti yang sudah sejuk sedikit kedalam mulutnya sambil matanya berliar-liar memandang kota Venice yang mengalami musim luruh. Lebih cantik pemandangannya berbanding semasa musim panas dahulu.

             “sebab nenek tahu jantung Nana takkan terjun dalam sungai tulah nenek gertak Nana…lama tunggu?” perlahan-lahan nenek tunduk lalu terus duduk disisi Deana.

              “nek..actually, kota Venice ni banyak melakar sejarah rumah tangga Nana…honeymoon kami pun disini…and, tempat yang kita tengah duduk nilah Nana suka duduk dengan Kai sementara tunggu kedai serbaneka tu buka.” Jawab Deana perlahan dengan nada ceria. Deana cuba untuk mengukir senyuman pada wajahnya namun tidak berjaya.

              “sudahlah…nenek tak suka tengok cucu nenek masam minggu lepas…jom! Teksi dah siap tu! Masa untuk jelajah kota Venice!!” jerit nenek lalu terus menarik tangan Deana laju kearah seberang jalan. Deana hanya akur lalu terus mengikut langkah nenek. Apakah yang sedang dilakukan oleh Kai agaknya sekarang?

 

Kai mengambil semula telefonnya yang dilempar sebentar tadi. Skrin telefonnya masih menayangkan nombor Deana ditatapnya lama.

            “arghh!! Sudahlah Kim Jongin!” jerit Kai lalu terus mendail nombor Deana.

             “maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungkan. Sila cuba lagi.” Jawab monitor itu.

Agak dah…mesti sangat Deana mematikan telefonnya! Lagi sekali telefon itu dilempar jauh darinya. Nasib baik tak jatuh katil je..Kai sudah buntu. Tak ada cara lain untuk menyelesaikan masalah ini. Tangan Kai diletakkan diatas dahinya sambil matanya jauh merenung siling biliknya dengan pandangan kosong. Kenangan semasa mereka berdua masih kecil mula bermain di benaknya.

(flashback)

Kai menjenguk ke luar tingkap biliknya.Rumah teres dua tingkat yang terletak bersebelahan dengan rumah dihadapannya direnung lama. Tidak berpuas hati, Kai terus mengambil teropongnya lalu mula mengendap di kawasan rumah itu.

             “mana kau budak? Hhmm…” matanya meliar-liar memandang kawasan rumah itu namun hampa kerana apa yang dicarinya langsung tidak ada disana. Kai terus turun dari bangku yang dipijaknya lalu terus berlari kebawah.

             “Jongin nak pergi mana ni?” tegur mamanya yang sedang menyiapkan pisang goreng untuk minum petang.

            “nak pergi rumah auntie Eunbi kejap..” jerit Kai lantang. Laju saja langkahnya berlari kearah basikal tiga roda lalu dengan sekuat hati Kai mengayuh basikal itu menuju kerumah Mrs.Eunbi.

            “Hei!! Buat apa datang sini?!!” jerit Deana lantang lalu terus menutup pintu pagar rumahnya sebaik saja terpandang Kai yang sedang mengayuh basikal dengan laju kearahnya.

           “orang nak pistol orang balik!!” terus basikal tiga roda itu dilempar ketepi dan Kai mula memanjat pagar itu dan selamat mendarat dihadapan Deana.

            “Kalau awak tak nak bagi balik, say good byelah pada patung Barbie awak!” jarinya terus dituju kearah sebuah Barbie doll yang tergantung dari biliknya. Deana mula gelisah melihat nyawa barbienya yang berada dihujung tanduk saja.

            “cepat…pistol orang balik…” Kai tersenyum jahat kerana rancangannya berjalan lancar!

Deana menarik muncung masam lalu terus berlalu masuk kedalam rumahnya. Seminit kemudian, Deana muncul semula dengan pistol kesayangan Kai ditangannya.

            “Nah, pistol awak. Lepaskan Barbie orang balik!”

Kai tersenyum jahat lalu terus keluar dari rumah Deana.

            “Orang tak janji nak bag kat awak kalau awak bagi pistol orang balik!!” jerit kai nakal lalu terus mengayuh basikalnya laju.

             “KIM JONGIN!!! Siap awak di tadika esok!!”

(end of flashback)

Knock,knock,knock!! Ketukan pintu rumahnya yang bertalu-talu berjaya mematikan lamunannya.Butiran jernih yang mengalir membasahi pipinya segera diseka sebelum Kai bangun dan membuka pintu.

             “Luhan?” Kai sama sekali tidak percaya melihat wajah yang berada dihadapannya kini.

 

Luhan menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab soalan cepumas Kai.

             “yang sebenarnya, aku dengan Chorong sudah berbaik semula. Saya datang pun nak ambil barang-barang dia disini.”

              “betul apa yang aku dengar atau sebenarnya kau sedang rancang sesuatu?” lelaki dihadapannya bukan boleh dipercaya sangat!

              “aku tahu aku layan Chorong teruk sangat selama ni. Kini aku kembali dalam hidupnya untuk menebus balik segala kesilapan aku dahulu. Aku tak ada niat untuk sakitkan hati Chorong langsung… memang aku ikhlas terhadapnya, untuk menjadi seorang suami kepada Park Chorong.” Jawab Luhan sambil merenung tepat kedalam anak mata Kai.

              “tapi sebelum tu…boleh aku berjumpa dengan Nana sekejap? Ada benda mustahak aku nak..”

              “kau jangan nak porak porandakan rumah tangga kami Luhan!! Cukuplah dengan masalah sekarang!!” tempik kai sambil mencekup kolar baju Luhan.

                  “apa kau merepek ni!! Benda ini tak ada kena mengena dengan rumah tangga koranglah! Aku mengaku dulu memang aku ada pasang niat nak porak porandakan rumah tangga korang, tapi sekarang tak…aku dah jumpa ‘tulang rusuk’ aku. Anyway, thanks for jaga Chorong dengan baik sepanjang dia tumpang di rumah korang…” terus Luhan menyentap tangan Kai dan bingkas bangun. Dua buah beg Chorong segera diangkat lalu dibawa keluar.

                 Kai terduduk lesu. Maknanya Luhan langsung tidak tahu menahu tentang Deana sekarang…Kalaulah Luhan dapat tahu apa yang dia sudah lakukan terhadap Deana, entah apa yang terjadi selepas ini.

                 “Nana…I still love you….”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!