semuanya tidak benar

we're just married!

Setelah Kai sudah terbiasa untuk menggunakan tongkat, akhirnya Deana dan Kai berpindah kerumah mereka semula. Tatkala pintu pagar terbuka, segera Deana memandu keretanya masuk kedalam garaj namun Deana terkejut melihat sebuah BMW X-5  didalam garaj itu. Deana memandang Kai yang duduk diseat belakang minta kepastian.

                 “kereta baru you ke?” soal Deana sambil meletakkan keretanya disebelah kereta BMW itu.

               “Nanti awak tahulah kereta siapa…” jawab Kai lalu terus keluar dari kereta Deana secara sendiri. Deana menarik muncung masam lalu terus mematikan enjin kereta.

Tiba-tiba pintu rumah terbuka dari dalam dan, “welcome home!” jerit Chorong gembira. Deana tergamam.

                 “awak faham kan kereta tu milik siapa?” soal Kai sebelum melangkah perlahan-lahan menaiki  empat anak tangga sebelum masuk kedalam rumah. Deana buntu.

                 “hai Nana! Lama tak jumpa. Mesti Kai tak cerita kan kenapa I duduk dirumah korang?well, masuklah dulu. Nanti I cerita.” beg yang berada ditangan Deana terus dirampas oleh Chorong sebelum dia berlari masuk kedalam rumah.

Sedikit sebanyak perkara itu berjaya melukakan hati Deana. ‘dia merahsiakan perkara ini dari aku?’

 

Suasana di ruang tamu rumah itu bertukar hiba. Tiga insan yang sedang mendiami rumah itu masing-masing hanya mendiamkan diri sebelum Chorong membuka mulut.

             “sorrylah kalau aku tinggal disini akan kacau korang berdua. Tapi, aku tak ada pilihan lain. Sebenarnya Kai, Nana….aku larikan diri dari rumah.”

Kata-kata Chorong membuatkan Deana dan Kai terkejut.

            “So, hari tu kau kata yang rumah korang tengah renovate baru…hanyalah penipuan semata-mata?”  soal Kai dengn nada terkejut. Chorong mengangguk perlahan.

            “well, maybe sekarang kau dah faham kan kenapa aku larikan diri, Kai?”

Kai mengangguk lemah.  Peristiwa dimana mereka berdua ternampak Luhan berpelukkan mesra dengan perempuan lain bermain difikirannya.

              “tapi aku tak faham…ceritalah…” pujuk Deana sambil memegang tangan Chorong lembut.

Chorong menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin sebelum membuka mulut. Segera Kai melarikan pandangannya kepada Deana.

               “Luhan curang dengan aku Nana. Depan mata aku sendiri dia peluk perempuan lain!” ujar Chorong sambil mengesat air matanya yang mengalir laju. Segera Deana menarik Chorong kedalam dakapannya lalu Chorong terus memeluk Deana erat.

                “Shuu..janganlah macam ni..sepatutnya kau tak boleh menangis.” Pujuk Deana dengan nada lembut. Belakang Chorong diusapnya lembut.

                 “Nana…dia tak cintakan aku….plus, dalam hati dia ada perempuan lain..”

Hati Deana mula berombak kuat namun segera Deana menyangkalkannya. ‘tak..bukan aku! Bukan aku yang berada dalam hati dia!’

                    “mana kau tahu dia tak sayang kau langsung?” soal Kai dingin. Segera Chorong melepaskan pelukannya dan memandang Kai dengan pandangan tajam.

                   “Kai, kami kahwin atas permintaan mak ayah kami! Mana mungkin dia sayang pada aku sedangkan sebelum kami berkahwin, dia menentangnya sekeras yang mungkin!! Well aku terima saja permintaan itu sebab memang sudah lama aku cintakan dia. Aku rasa dia terima juga permintaan tu sebab nak jaga ikatan keluarga dia…. Aku takut….dia ce…ceraikan aku. AKu tak sanggup!” jerit Chorong bagai orang gila. Kecewa benar nampaknya.

            Deana sama sekali tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarnya sebentar tadi. Segala pertanyaan yang sering menghantuinya selama ini telah terjawab! Rupanya nasib Luhan adalah sama dengannya! Deana meraup wajahnya kasar.

              ‘kenapa…kenapa semua ni terjadi?!! Maknanya memang benar Luhan masih menaruh hati pada aku sedangkan perasaan itu sudah lama aku buang!!’

 

Deana memandang skrin telefonnya berkali-kali. Sekarang dia hanya dua pilihan, tekan icon ‘call’ atau tekan icon ‘back’. Nombor yang tertera di skrin telefon direnung lama. Jantungnya berdegup-degup kencang untuk memilih icon yang akan ditekan. Akhirnya satu icon terus ditekan dan handphonenya diletakkan ditelinganya. Ya icon ‘call’ ditekan!

             “Anyeong…” ujar Deana sebaik sahaja panggilannya diangkat.

             “Nana? Op..sa…saya tak sangka awak akan call saya malam ni.” Jawab Luhan terketar-ketar. Dalam hati, berbunga-bunga!

             “aku ada benda penting nak bincang dengan kau. Aku nak jumpa sekarang juga ditempat biasa!” Ujar Deana dengan laju sebelum mematikan talian. Walaupun Deana rasa tidak sedap hati untuk melakukannya, namun diberanikan jua. Cardigan bercorak bunga disarung ke badannya lalu handphonenya diselit didalam poket cardigannya.

Perlahan-lahan Deana membuka pintu biliknya dan memandang sekeliling rumahnya yang gelap. Dengan langkah yang perlahan, Deana menuruni anak tangga satu persatu sebelum berjalan keluar.

               “You nak pergi mana malam-malam buta macam ni?” tegur Kai sambil berjalan perlahan-lahan kearah Deana. Sekelip mata sahaja ruang tamu bertukar cerah. Deana buntu.

               “I…I nak mminum air..” jawab Deana sebelum berjalan dengan laju kearah dapur. Botol air kecil didalam peti sejuk dikeluarkan lalu diteguknya rakus. Walaupun tidak dahaga, teguk je!

               “ you nak minum air pun siap ber-cardigan bagai apasal? Sejuk ke?” perli Kai dingin sebelum duduk diatas sofa. Deana tersenyum kelat. Soalan Kai dibiarkan tergantung.

              “Sebenarnya Chorong pindah ke rumah kita sejak I jatuh lagi…Hah, kenapa tak jawab soalan I tadi?”

              “Urr…I…Hah. Ok, I admit. Actually …..I nak keluar. I kena jumpa kawan lama.” Ujar Deana lalu terus duduk disebelah Kai.

            “kawan? Siapa? Yoona atau Irene?”

Deana terdiam. “bukan mereka berdua. Dia tu sunbae I di sekolah lama…”

             “Sunbae lelaki atau perempuan? And kenapa you tiba-tiba kena jumpa dia sekarang juga? Urgent sangat ke benda yang korang nak bincang sampai tak boleh ditunggu esok?” berjela-jela soalan yang terpancul keluar dari mulut Kai. Nadanya tenang sahaja menyampaikan soalan itu namun cukup menyeksakan Deana untuk menjawabnya.

             “Laa..semestinya awak nak jumpa sunbae perempuan..benda apa nak dibincangkan? Hhmm…mesti dia tengah..bersalin! yes, awak nak tengok dia bersalin! Apalah I ni…benda macam tu pun nak tanya you kan? Hhmm..pergilah. I benarkan.”

Deana terdiam. Tidak tahu hendak berkata-kata.

             “Kenapa duduk sini lagi? Cepatlah pergi! Kecewa dia kalau you datang lambat nanti..” tubuh Deana ditolak sedikit ketepi. Deana akur. Segera Deana berlalu pergi. Kai mengeluarkan handphonenya.

            “Ya, dia dah keluar. Ingat, jangan sampai kau tertangkap pula!” pesan Kai melalui telefonnya sebelum mematikan talian.

 

Luhan memandang disekelilingnya yang masih gelap. Walaupun taman itu hanya diterangi dengan lampu jalan, Luhan tetap gagahkan diri untuk turun dari kereta lalu duduk disalah sebuah kerusi yang terdapat di taman itu. Jarak kerusi dan keretanya bukannya jauh mana. 5 langkah je!

5 minit, 10 minit, 15 minit sudah berlalu namun Deana masih tidak menonjolkan dirinya. Segera Luhan mengeluarkan handphonenya untuk mendail nombor Deana namun segera dimatikan niatnya apabila sebuah kereta berhenti dihadapannya. Deana turun dari kereta lalu terus berjalan kearah Luhan dengan laju.

                “Hai…awak…lambat 15 minit…kenapa?” soal Luhan lembut sambil mengukir senyuman diwajahnya.

               “15 minit je lambat…aku tunggu kau 6 tahun ada kau kisah?” perli Deana lalu terus menghadiahkan penampar dipipi Luhan dengan kuat. Luhan terkesima sambil memegang pipinya terasa pedih.

               “Itu untuk Chorong. Tak serik-serik ke you sakitkan hati perempuan? You ingat kaum hawa sesenang diperlakukan sedemikian? Hei, baik kau dengar sini baik-baik! Lupakan ajelah aku sebab aku bahagia dengan Kai. Tolonglah…jangan buat Chorong terseksa seperti mana kau pernah lakukan dahulu pada KIM DEANA!” jerit Deana kuat melepaskan segala yang tebuku dihatinya. Luhan terkedu.

              “awak tak faham apa yang berlaku sebenarnya…apa boleh I buat sebab memang betul I tiada perasaan terhadapnya.”

Deana tersengih tatkala mendengar ayat yang keluar dari mulut Luhan.

             “Aku tak faham kau atau kau tak faham perasaan perempuan? Hei..aku tahulah punca sebenar kau tinggalkan aku dahulu. Arrange married kan? Kenapa kau bodoh sangat masa tu?!!” tempik Deana sekuat hati.

             “kalau kau cerita semuanya kat aku sebelum kau dikahwinkan…confirm semua ni takkan berlaku tahu! Yang kau begap sangat nak telan racun tu seorang diri fasal apa? Kau tak fikirkah apa yang akan berlaku pada orang lain kalau kau telan seorang diri secara senyap-senyap? Tak fikir panjanglah kau ni!” jerit Deana sambil menundingkan jarinya berkali-kali di dahi Luhan.

            “Hhmmpphh…dengar sini ye. Aku takkan kembali pada kau, selama-lamanya!! So, stop loving me and go back to Chorong. Sudah takdir kita tidak akan bersama….please. Pujuklah Chorong balik. Dia tinggal dirumah kami. Aku tak nak sebuah rumah tangga musnah hanya disebabkan aku. Please, baliklah!” pujuk Deana sebelum masuk kedalam keretanya dan memecut laju.

 

Deana menyuapkan nasi goreng kedalam mulutnya perlahan-lahan. Sedap juga masakan Chorong! Nampaknya tak berpeluanglah nak tunjukkan skill masak pancake depan Chorong!

           “Chorong, kalau ada masa tolong ajar Nana masak nasi goreng macam ni boleh tak? Kau tahu, satu apa pun dia tak reti nak masak! Yang reti hanya buat pancake, roti and cake. Haish…benda yang berkalori tinggi juga dia reti masak..” rungut Kai sambil menyuap nasi goreng Chorong laju kedalam mulutnya.

           “Ala…kira bersykur juga you dapat makan, bersyukurlah…ada bini…”

           “Hah Chorong, lama kau tak kerja? Tak ada customers ke musim panas macam ni?” pintas Kai cepat-cepat. Deana terdiam lalu mengalihkan pandangannya pada pinggannya.

           “Huh? Urr…apa? Ohh…tu ke…actually…memang tak ada customers.” Jawab Chorong tergagap. Sebenarnya, ada sesuatu yang sedang bermain difikirannya. Kai dan Deana dipandang silih berganti.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!