why did you treat me like this?

we're just married!

Luhan terus berjalan kearah Chorong yang sedang duduk diatas sebuah bangku di taman hospital. Sebaik saja Luhan duduk disebelah Chorong, segera Chorong mengesat air matanya yang jatuh sebelum memandang Luhan.

          “awak buat apa disini? Bukan ke tadi awak bawa Kai jalan-jalan?” soal Luhan lembut sambil melepaskan pandangannya pada tasik yang terbentang dihadapannya.

          “ kalau saya tanya awak sesuatu, awak kena janji yang awak kena jawab dengan jujur. Ikhlas dari hati awak.” Pinta Chorong teresak-esak. Luhan memandang Chorong.

           “Heii…awak menangis. Kenapa ni?” pujuk Luhan sambil mengesat air mata Chorong yang berlinangan.

             “Janji dengan saya dulu yang awak akan jawab dengan jujur..” ujar Chorong dengan nada yang sedikit keras. Luhan terdiam.

             “Ok. Saya janji. Tanyalah sebanyak mana yang awak nak tanya..” keluh Luhan.

              “actually, awak cintakan saya tak? And, adakah saya mengisi isi ruang dihati awak?” soal Chorong sambil memandang anak mata Luhan.

Luhan melepaskan keluhan yang berat.

               “Hhmm…sebenarnya saya cuba. Cuba untuk jatuh cinta pada awak, tapi tidak. Hanya ada seorang wanita saja yang berada di takhta hati saya tapi bukanya awak. Saya minta maaf.” Jawab Luhan sambil tunduk memandang kebawah. Chorong terdiam. Sememangnya dia sudah mengagak Luhan akan menjawab soalannya sedemikian.

               “Well, itu bukan salah awak. Maybe salah saya sebab tidak menjadi seorang isteri yang baik untuk awak. Saya akan tunggu awak, sehingga perasaan awak pada perempuan itu padam dan kembali pada saya.” Ujar Chorong lalu terus berjalan pergi meninggalkan Luhan.

 

        Sebaik saja kereta Vellfire yang dipandu oleh Deana berhenti dihadapan pintu utama rumah agam milik keluarga Kai, segera pintu kereta dibuka dari dalam. Papa kelam-kabut mengeluarkan kerusi roda didalam bonet lalu dibuka dihadapan Kai. Deana cuba memengang lengan Kai untuk memberi bantuan namun segera ditepis oleh Kai. Dengan penuh kemesraan, lengan itu tadi mendarat dibahu mamanya lalu papa dan mama membantu Kai untuk duduk diatas kerusi roda itu dengan selamat. Deana hanya memerhati sambil tersenyum walaupun dalam hatinya, tidaklah segembira yang ditayangkan oleh Deana.

           “ Nana, tolong letak kereta itu di garaj. Nanti ada tetamu nak datang..” arah Kai dengan ceria lalu terus Kai menolak kerusi roda itu sendiri masuk kedalam rumah.

           “Hish, kamu ni Kai.Ada ke patut suruh Nana buat? Pak Mat kan ada…Pak mat!!” jerit mama kuat namun ditegah oleh Kai.

            “Ma, takpa. Lagipun tadi nana kan yang pandu kereta ni? Oklah…nana pergi parking dulu ye.” Ujarnya sebelum masuk kedalam kereta. Kai tersengih melihat Deana sebelum menolak kerusi rodanya masuk kedalam rumah.

 

Mrs. Eunbi berjalan dengan laju lalu dulang yang berisi 4 gelas koktel buah dihidang diatas meja. Senyuman terukir diwajahnya sebelum menjemput papa, Kai dan Deana untuk menikmatinya.

             “Yeah, koktel! Thanks mom!” jerit Kai gembira lalu segelas koktel diambil.

            “Kai…Nana, mama dan papa cadang baik korang berdua tinggal sini ajelah. Kan senang mama nak tengok-tengokkan anak mama ni bila Nana pergi bakery kan?” cadang mama dengan nada memujuk. Tangan Deana diramasnya lembut.

            Deana memandang Kai untuk minta penjelasan.

          “Ehehmm…baguslah macam tu. Lagipun rumah kami tu bertangga. Nak ke dapur pun ada tangga.! Kai rasa duduk sini lagi ok. Mama kan ada nak tolong Kai belajar berjalan dengan tongkat?” ujar kai dengan nada ceria.

            “And, mama…boleh asingkan bilik Kai dengan Nana?” permintaan Kai berjaya mengejutkan seisi rumah disitu.

 

Deana menolak kerusi roda Kai perlahan masuk kedalam bilik. Suis lampu dihidupkan lalu Deana duduk diatas kerusi lalu menghadap Kai.

         “Haish..kenapa tak bincang dulu dengan I sebelum cakap benda nonsence macam tu depan mama dan papa?” soal Deana dengan nada perlahan. Tidak mahu menimbulkan syak wasangka ada mama dan papa.

           “salah ke apa yang I cakap tadi? Bukan ke you yang nak sangat kita asingkan bilik selama ni? So you have to enjoy this,right?” ujar Kai lalu terus menolak kerusinya disebelah katil.

            “nasib baik mama termakan juga dengan alasan you yang takut I tertindih atas kaki you yang patah masa tidur. Kalau tak, meraunglah sebab tahu kita ni memang tak tidur sebilik dibelakang dia..and semua orang…” ujar Deana sambil cuba membantu Kai bangun dari kerusi roda itu namun segera ditepis oleh Kai.

             “aku boleh buat sendiri…” bentak Kai lalu dengan kudrat yang ada, Kai bangun lalu terus duduk diatas katil.

             “Rasanya, aku tak perlukan khidmat kau disini kot. Sebab, aku tak suka layanan yang tak ikhlas! Aku nak tidur.” Ujar Kai dingin lalu terus berbaring. Deana terkesima.

             “apa yang you merepek ni?! Baik you cakap sekarang! Sejak you accident, you asyik…acting dingin macam ni? Apa yang tak kenanya? You ni hilang ingatan ke apa?” tempik Deana kuat lalu selimut yang membaluti tubuh Kai ditariknya.

             “ I tak merepek. Betullah apa yang I tengah buat ni. And, yes. Maybe I telah ‘hilangkan’ ingatan I. Maybe itu yang terbaik sekarang kan?”

             “Kai..I serious ni! Cakaplah apa yang I dah buat sampai you treat me like this!” jerit Deana kuat sambil menyeka air matanya yang bertakungan.

             “Kenapa tiba-tiba you nak marah bagai ni? Chill-lah. I penatlah nak layan you sweet-sweet. Lainlah kalau you betul-betul mahukannya…” perli Kai lalu terus sambung tidur.

 

 

           Pinggan dipenuhkan dengan nasi kosong lalu seketul kepak ayam golek diletakkan diatas nasi itu. Penutup botol kicap ABCD dibuka dan dengan riangnya Deana menuangnya keatas hidangan itu. Segelas cawan dipenuhkan dengan jus carrot lalu Deana mengangkat hidangan itu kedalam bilik Kai.

             “Tak kiralah alasan apa pun yang you nak bagi sekarang, you kena juga makan dan I yang akan suapkan!” pesan Deana sambil mengejutkan Kai bangun dari tidurnya. Kai terpisat-pisat bangun sambil menenyeh-nenyeh matanya. Dulang yang berisi juadah makan malam dikerlingnya sebelum Kai mengambil posisi duduk.

             Deana meletakkan dulang itu diatas meja kecil disebelah katil Kai. Pinggan diambil lalu sesudu besar dipenuhkan dengan nasi dan secubit ayam.

             “Cepat buka mulut! Kali ni jangan harap I nak lepas you macam tu je!!” pesan Deana sambil menjenggilkan matanya. Kai akur lalu membuka mulutnya seluas-luas yang mungkin. Terus Deana menyumbat mulut Kai dengan sudu tersebut.

            “Hhmm..bagusnya Kim Jongin. Nak air?”

Kai menggeleng-geleng kepalanya lembut. ‘kenapa tetiba dia layan kau macam ni?’

Wajah Deana yang lembut direnungnya lama. Hanya mulut yang masih bergerak untuk mengunyah makanan yang disuapkan oleh Deana.

            ‘marah ke dia dengan aku?’

(flashback)

Kai merenung tongkat yang dibeli oleh papa. Tiba-tiba timbul satu rasa ingin mencuba. Tongkat disebelahnya dicapai lalu dengan sekuat hati Kai cuba bangun dari kerusi roda sambil tangannya kuat memegang tongkat itu.

 Satu, dua dan tiga! Akhirnya Kai berjaya juga untuk bangun dengan sendirinya! Kedudukan tongkat diperbetulkan sebelum Kai cuba melangkah di halaman rumah parentsnya.

Perlahan-lahan Kai mengatur langkahnya yang terhad hanya disebabkan kaki kanannya disimen.

         Deana hanya memandang cubaan Kai untuk menggunakan tongkat dari jauh. Segera Deana melangkah merapati Kai dan berdiri disebelahnya.

         “awal balik? Bukan selalu you balik petang ke?” perli Kai dingin namun tetap tumpukan perhatian pada langkahnya.

         “suka hati I-lah nak balik bila. Bakery tu I punya kan.”  Jawab Deana sambil memandang wajah Kai.

  Tiba-tiba Kai hilang pertimbangan akibat satu dari tongkatnya tiba-tiba tenggelam kedalam tanah. Secepat yang mungkin Kai cuba mengimbangi tubuhnya tetapi Deana sudah memeluk Kai erat, menghalangnya dari terjatuh.

           “apa ni peluk-peluk orang? Kacau mood je..” rungut Kai sambil menolak Deana ketepi. Tongkat yang tenggelam ditariknya kasar lalu Kai menyambung aktiviti ‘berjalan’nya.

Deana mengeluh sebelum berlari kearah keretanya dan memecut laju keluar dari rumah. Kai memandang kereta Deana kosong.

(end of flashback)

Pang!! Secara tiba-tiba kepala Kai diketuk dengan sudu oleh Deana. Segera Kai menggosok-gosok kepalanya sambil membuang sisa nasi yang melekat dikepalanya.

               “Hah…kalau nak rasa lagi, beranganlah! Haishh..” rungut Deana lalu terus menyumbat nasi yang terakhir kedalam mulut Kai sebelum berlalu pergi.

             “Ahh!! Nak air!!” rengek Kai manja sambil tangannya terawang-awang diudara.

            “Nak? Meh ambil sendiri!” ejek Deana sambil menayang-nayang gelas yang masih berisi jus lobak merah diudara. Kai tersengih nakal sebelum tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

            ‘Kai!! Jangan terpedaya!!’ bisiknya sebelum riak wajahnya bertukar 360 darjah.

Kai mengambil tisu lalu mengesat mulutnya sebelum membalingnya kearah Deana.

             “Jangan lupa kutip tu sekali and tutup pintu tu!” pesan Kai dengan nada dingin sebelum mencapai I-padnya. Butang ‘on’ ditekan lalu game megapolis dibuka.

Senyuman yang terukir diwajah Deana mulai pudar sebelum Deana tunduk dan mengutip tisu yang dibaling oleh Kai. Segera pintu bilik ditarik lalu dihempas dengan kuat.

Pintu bilik yang tertutup dipandangnya dengan penuh geram.

             “apa kau ingat aku ni bibik kau?!” jerit Deana dalam hati sebelum berjalan pergi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!