rahsia!

we're just married!

Kai meneguk air liurnya yang terasa kelat. Satu persatu wajah yang sedang merenungnya dipandangnya dengan pandangan yang gerun. Semua yang ada dihadapannya kelihatan seperti nak telan je dia!

                  “actually, Nana lari. Kami bergaduh semalam, lepas tu terus dia angkut semua baju dia and then pergi. Mulanya Kai tak tahu pula yang Nana nak lari. Ingatkan Nana nak keluar kejap. Tapi tak sangka pula Nana betul-betul larikan diri.” Ujar Kai dengan suara perlahan.

                  “kenapa tak bagitahu omma fasal ni? Kan senang kalau Kai cerita awal-awal. Ni dah tengah malam macam ni baru omma dapat tahu? Tu pun dari V juga…” Mrs. Eunbi mula mengurut-ngurut kepalanya yang terasa pening. Pening dengan masalah anak dara dia!

                  “Ehhmm…baru pukul 10 malam… Anyway, Kai tak cuba call Nana ke? Maybe dia lembut hati ke nak jawab..” cadang appa pula.

   Kai menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mati akal nak jawab macam mana! Tiba-tiba je mertuanya datang malam-malam macam ni…mana nak sempat susun idea dulu nak jawab soalan killer ni!

                   “Kai..sebenarnya..tak call Nana langsung…”

PUK!! Satu ketukan hinggap diatas kepalanya. Nampaknya omma Nana memang sudah naik angin!

                  “yang kamu pun satu….sudah-sudahlah merajuknya! Bawa berbincang dulu masalah korang ni. Apa yang korang gaduhkan pun omma tak faham. Sampai nak larikan diri pula tu? Si Nana ni macam budak-budak!” rungut omma laju sambil mengurut dadanya. Nasib baik tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lama pergi batu 2!

                  “appa rasa Nana mesti tumpang di rumah sapa-sapa kan sebab si Nana tu tak suka duduk hotel seorang diri. Penakut sikit dia tu. Kai dah tanya kawan-kawan Nana?”

                 “diorang dah call Kai, tanya mana Nana..confirm sangat Nana tak pergi rumah diorang…” jawapan Kai berjaya menyulitkan lagi teka-teki kehilangan Deana.

                 “Hah, trylah call saudara awak ke…kot-kot dia tumpang di rumah diorang?” cadang appa sambil menyiku tubuh omma.

                  “I dah call awal-awal dah…Nana tak ada disana…” jawab omma dengan nada perlahan. Pasrah benar nampaknya.

                 “biarlah Nana tenangkan diri dulu…bagi dia masa sikit untuk selesaikan masalah dia. Appa percaya Nana selamat diluar sana walau dimana pun Nana berada. Habis, parent kamu tahu tak Nana larikan diri?”

Kai menggeleng-geleng kepalanya perlahan. Kalau cerita kat parentsnya, memang makin rumitlah keadaan sebab mulut mamanya takkan berhenti pot-pet!

 

           Deana mengeluh panjang melihat mesej yang bertimbun-timbun masuk. Semuanya tanya soalan yang sama je…mana kau Nana? Nombor yang tertera di miss call bukan main banyak juga! Paling banyak pun dari Yoona, Irene dan Chorong. Ni mesti heboh sebab Deana tak datang kerja. Dan, nombor dari omma dan appa turut ada juga! Nampaknya, omma dan appa dah maklum akan kehilangannya.

          “KORANG SEMUA TAK FAHAM PERASAAN AKU SEKARANG!!!aku terseksa….“jerit Deana sekuat hati lalu terus melemparkan handfonnya kedalam hutan. Sebak didada tidak tertanggung lagi. Laju saja air  matanya mengalir keluar lalu Deana terus menakup wajahnya dengan tapak tangannya. Peristiwa hitam mula bermain difikirannya.

          “ak..aku takkan maafkan kau atas apa yang kau sudah lakukan!!”

 

             “Nek, hari apa nek nak pergi Venice?” jerit Deana sambil berlari kedalam rumah nenek semula.

             “isnin depan…Nana nak ikut juga ke?”

Deana menggangguk laju. Terus lebar senyuman nenek dengan jawapan yang Deana berikan. Terpaksa, bukannya rela pun nak pergi Venice!

Tiba-tiba telefon rumah nenek berdering. Dengan pantas tangan nenek mengangkat ganggang telefon lalu diletakkan ditelinganya.

                 “anyeong…sapa ye?”

                 “omma, ni Eunbi. Nana ada dirumah omma ye?”

Nenek mati akal. Terus ganggang telefon dijauhkan dari telinga dan mikrofon telefon itu dikatup dengan tangannya.

                “omma kamu! Dia tanya mana kamu!!”

               “Hah? Letak telefon nek!” jerit Deana lalu terus merampas ganggang telefon dan panggilan dimatikan.

                “nenek, kan nenek dah janji tak nak bagitahu sapa-sapa tentang ni?!!”

               “amboi!! Nana marah nenek ke sekarang ni?!! Dengar sini baik-baik ye. Nenek tak bagitahu omma kamu pun lagi tau!” cuping telinga Deana menjadi mangsa.

               “adeh, nek. Nana melawak je…bukannya nana marahkan nenek pun….” Rengek Deana yang kesakitan akibat dicubit.

Nenek menarik muncung masam lalu terus mendail nombor Mrs.Eunbi melalui telefon rumahnya.

              “anyeong Eunbi. Hah, tadi Snowy tiba-tiba kacau omma.Apa yang kamu tanya tadi?” ujarnya sebaik saja Mrs.Eunbi menjawab panggilannya.

              “Nana, dia ada kat sana tak?”

            “Nana? Mimpi apa dia ada disini? Tak betullah budak tu kalau tiba-tiba je dia nak datang sini..Kamu pun tahu kan Nana mana suka datang sini…”

Deana hanya setia mendengar perbualan nenek dengan ommanya.

            “Hhm…tak pelah. Saja je Eunbi call. Anyeong!” talian dimatikan. Deana termenung jauh. Betulkah keputusannya untuk pergi jauh dari suaminya sendiri?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!