majlis yang GRAND

we're just married!

Deana masih tersenyum dengan soalan bertubi-tubi dari rakan-rakan ommanya (satu geng ngan omma Kai jugak). Kai kelihatan tenang menjawab soalan cepumas mak dara yang sibuk.

     "so kiranya, omma koranglah punca korang berkahwin...And, korang just ikut je...?"

Deana hanya mengangguk. Dalam hati, bukan main banyak sumpah seranah berbaris keluar dari hatinya.

     "well, ada kan cinta lepas kahwin?" jawab Kai dengan penuh keyakinan.

     "eleh...itu semua hanya drama melayu...bohonglah kalau kamu hanya ikut je...mesti ada apa-apa kan?"

Deana meneguk air liurnya kelat. 'adeh, kenapa rasa macam kena tikam ni?'

      "mana ada..lagipun memang saya mengaku auntie yang Kai ni romantik...I like.." terus dagu Kai dicuit Deana manja. Walaupun Kai agak terkejut dengan reaksi spontan Deana, namun Kai hanya berlagak selamba.

       "Hhmmm...well, congrate! auntie minta diri dulu..."

Seorang demi seorang mula meninggalkan mereka berdua. Deana dan Kai menghela nafas lega sebelum kedua-duanya ketawa terkekek-kekek.

       "macam-macam mak cik sekarang kan?"

Deana hanya mengangguk mengiakan kata-kata Kai.Walau Deana rasa hari ini merupakan hari yang amat bahagia bagi dirinya, namun tiba-tiba Deana teringatkan sesuatu. Tiba-tiba Deana berasa ada sedikit kurang pada majlis itu. Tapi apa erk?

    "You tunggu sini kejap..I nak cari omma I tau!!" apabila teringatkan perkara itu, terus Deana menghilangkan diri disebalik ratusan tetamu. Nampaknya, hanya Kai seoranglah yang perlu melayan tetamu sekarang...

Mata Deana meliar-liar disebalik ratusan tetamu. Deana tidak kira. Walau sejam pun masa yang diperlukan, Deana tetap hendak berjumpa dengan ommanya!

PUK...Deana menggosok-gosok bahunya apabila terlanggar seseorang.

     "Laa..Nana buat apa disini? mana Kai? kenapa dia tak ada dengan Nana ni?" 

Soalan bertubi-tubi dari papanya hanya dijawab dengan gelengan.

     "papa, mana mama?"

      "huh, mama?ada kat pelamin tadi.." dalam sesaat je, terus Deana menghilangkan diri.

      "Hush..macam parasit!"

 

Deana mengatur langkahnya agak laju. Dress yang labuh itu diangkat sedikit untuk memudahkan pergerakkannya. Tanpa disedari, tiba-tiba seseorang tepijak kain Deana. Akibatnya Deana hilang keseimbangan dan jatuh tersembam.

deana memejam matanya serapat yang mungkin. Takut! Nasib Deana baik. Rupa-rupanya seseorang telah menyambutnya dan apabila Deana membuka matanya kembali, rupa-rupanya Luhan yang menariknya kebelakang, menyebabkan Deana terdorong kedalam dakapan Luhan dalam sekelip mata. 

Apabila menyedari bahawa Deana berada dalam dakapan Luhan, segera Deana melepaskan diri dari pelukan itu.

     "t..terima kasih," tanpa berpaling kebelakang, terus Deana melarikan diri.

'kenapa dia turut hadir dalam majlis ni! Hish..jangan-jangan kerja Kai!'

 

Setelah 5 minit berlalu, akhirnya Deana dapat juga bertemu dengan ommanya. Cepat-cepat Deana menarik tangan ommanya keluar dari dewan sebelum membuka mulut.

        "Omma, kenapa nenek tak sampai lagi? bukan ke kita dah beritahu dia yang Nana akan berkahwin hari ni?"

Omma Deana tersenyum kelat.

        "well actually..hari tu omma dah call nenek kamu tapi dia tak angkat.So, omma hantar fax, surat, email, mesej dan wassup pada nenek kamu, tapi dia tak balas...hari tu papa kamu dengan V ada balik kampung nak jemput nenek kamu tapi dia tak ada kat rumah...omma rasa nenek kamu merantau lagilah..." jawab ommanya panjang lebar.

Sedikit sebanyak Deana lega sedikit. Nasib baik neneknya sudah dimaklumkan. Kalau tak, alamatnya memang perang besarlah! Deana sudah difahamkan yang neneknya itu suka mengembara. Pernah sekali Deana diajaknya pergi ke Africa untuk mengembara. Sejak dari itu, Deana sudah serik nak ikut neneknya mengembara!

        "takpelah...itu je Nana nak tahu..nana masuk dulu!"

 

Kai dan Deana masih lagi tersenyum walaupun sudah rasa lenguh nak senyum. Tapi untuk tetamu, senyum sajalah walaupun diorang sendiri tak kenal!

        "Nana noona! congrate!!" jerit rakan-rakan V serentak sebelum tunduk hormat pada mereka berdua. Deana tersipu-sipu malu.

        "tapi kan...hyung memang bertuah tau dijodohkan dengan Nana noona!" jerit Jimin kuat, teruja.

        "kalau hyung apa-apakan nana noona, rasakan penangan sulung J-hope ni!!" kali ini, J-hope pula yang berasa teruja.

         "hehehe...sebenarnya, korang ni siapa pada Nana noona?" soalan cepumas...itu jelah yang boleh ditanya oleh Kai sekarang~

         "tak tahu kami ni siapa? haish..! hyung ni..kecewanya..!" jerit Suga pula.

         "hehe..actually, diorang semua ni geng Taehyung...tapi tak taulah dia lesap mana sekarang..." bebel Deana pula.

         " Noona! V kat sini ok! jangan nak tuduh V curi tulang ok!" jerit V yang sibuk mengutip pinggan tetamu. Nak duit lebih dari omma!

        Deana tersenyum jahat meihat kesengsaraan adiknya semata-mata mencari duit poket! Well, budak zaman sekarang memang patut diajar sedemikian...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
syasyabilly
update di chap 22! continue read from it~

Comments

You must be logged in to comment
tyra-99
#1
Chapter 43: sweet sweet sweeet. suka suka sgt suka. best best best gilos. tahniah kai dan nana krna dpt baby yg comel. mesti comel macam kai. hahaha sequel klau boleh
nurulaqilah #2
Chapter 43: Chapter 43: yeahhhhhhhh... Happpy endingggg... Ff ni jjangggg...
b2utyxoxo #3
Chapter 43: best la ff ni...sequel please!!!
minion27
212 streak #4
Chapter 43: Yehet happily ever after ♥
b2utyxoxo #5
Chapter 31: bestnyer ff ni.. good job.. keep update...
JeonAra #6
Chapter 31: Update soon !!
thedreamer_ #7
Chapter 22: Waaaa sweetnyaaaaa update soon
JeonAra #8
Chapter 12: Update soon !! Im waiting!!
JeonAra #9
Chapter 11: Update soon!
thedreamer_ #10
Omg best best update lagi ,!!!