Chapter 48

Pertemuan Pertama Aku Dan Exo

20 minit kemudian,Encik Kim datang di perkarangan rumah itu.Dia segera menolong  aku masukkan beg aku dan aku terus masuk ke dalam kereta.Aku cuba untuk tahan mena ngis dengan memandang luar."Oh ya,Min-hye ada cakap yang Min-hye nak ke suatu tempat kan? Kat mana tempat tu?",tanya Encik Kim."BWCW je.Saya nak tinggalkan surat untuk mereka",jawabku."kalau macam tu,Min-hye nak pergi sekarang ke?",tanya Encik Kim."Kalau tak keberatan,boleh juga.Lagipun ada beberapa jam je lagi",jawabku.Perjalanan kami diteruskan untuk sampai ke Gangnam.

Sampai sahaja di sana aku terus masuk ke dalam manakala Encik Kim menunggu diluar,tak nak ganggu aku katanya.Aku terus naik ke atas dan pergi locker itu.Aku memandang locker mereka.Airmataku mengalir perlahan,nasib bailah tiada siapa yang perasan.Aku segera lakukan apa yang ingin aku buat.Aku menulis dengan leka sampaikan orang lalu lalang pun aku tak perasan.Setelah itu,aku memasukkan surat itu satu per satu ke locker mereka.Ketika itu,hati aku berkata,"Kau kenapa jadi macam ni hah?Kau tak patut bertindak melulu macam ni.Tengok,sekarang kau dah menyesal kan?Kau dah tak boleh betulkan keadaan sekarang ni.Kau dah terlambat.Kau terpaksa teruskan semua ni".."Dah selesai ke Min-hye?",tanya Encik Kim.Aku mengangguk perlahan.

"Jom,kita gerak sekarang.Dah pukul 6 petang ni.Nanti tak sempat pula nak buat apa-apa",kata Encik Kim.Aku hanya masuk ke dalam kereta dengan langkah yang perlahan.Dalam kereta aku banyak mendiamkan diri sahaja.Aku tak tahu topik apa yang sesuai untuk dibualkan."Encik Kim,boleh tak kalau saya nak makan dulu sebelum saya berlepas? Saya tak makan lagi",kataku."Boleh juga.Lagipun saya pun tak makan lagi",jawab Encik Kim.Sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon,Encik Kim menolong menolak beg rodaku."Saya nak uruskan penerbangan Min-hye.Min-hye tunggu sini dulu ya",kata Encik Kim lalu terus ke kaunter penerbangan.Aku duduk di tempat duduk yang tak jauh di tempat aku berdiri.Ketika aku menunggunya,aku sempat menelefon Ika.

"Hello Ika,kau buat apa tu?",tanyaku."Aku nak mandi ni.Kenapa?",jawab Ika."Aku nak jumpa kaulah.Kau nak jumpa aku tak?",tanyaku lagi."Kau nak jumpa aku? Kau dah sampai sini ke ?! Kau tak bagitahu aku pun yang kau dah sampai sini.Boleh aku ambil kau kat KLIA",jawab Ika."Aku tak sampai lagilah.Aku kat Incheon lagi.Penerbangan aku pukul 7.30.Aku tak tahu sampai sana pukul berapa.Kau bersedia jelah",ujarku."Oh yakah? Oklah,nanti kau bagitahu aku kau dah sampai ke belum.Nanti boleh aku sampai awal.Bolehlah aku melawat KLIA.Rasanya dah lama aku tak pergi sana",ujar Ika."Kali terakhir kau datang KLIA bila?",tanyaku."Masa hantar ayah aku pergi Jepun untuk urusan bisnes,tulah kali terakhir aku pergi",kata Ika berbaur sedih.

"Alaa,kesiannya kawan aku ni.Tak apalah,nanti kau pakai cantik-cantik ya.Mana tahu nanti tersangkut Nepal seorang",gurauku."Jahat kau kan.Tapi mak ayah kau tahu tak kau balik ni?",tanya Ika."Tak lagi.Aku ingat nak bagi kejutan maut kat parents aku",gurauku lagi.Ika ketawa besar.Ketika itu,Encik Kim berjalan padaku."We,aku tutup dulu tau.Nanti aku bagitahu kau kalau aku dah nak sampai.Bye",kataku lalu segera menutup perbualan kami."Semuanya dah siap.Jom makan",ajak Encik Kim.Aku hanya mengikut nya dari belakang.Di restoran tempat kami makan,Encik Kim berbual dengan aku tentang kegigihan mereka apabila mereka lakukan persembahan di beberapa buah negara yang membuatkan aku sedih mendengarnya.

15 minit lagi hampir pukul 7.30 malam,aku sudah bersedia untuk memasuki balai berlepas."Encik Kim,saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab Encik Kim sudi terima saya dengan hati yang terbuka.Saya nak minta maaf kalau saya ada menyusahkan Encik Kim dengan yang lain",kataku.Encik kim hanya tersenyum."Min-hye tak perlu minta maaf.Min-hye tak buat salah pun.Sebaliknya saya nak ucapkan terima kasih sebab menyokong EXO selama Min-hye ada di sini.Terima kasih ya",jawab Encik Kim.Aku hanya tersenyum."Perhatian.. Bagi penumpang yang menaiki pesawat PQ 1038 pada pukul 7.30 malam,sila ke pintu 12,pesawat akan berlepas dari Incheon ke Malaysia sebentar lagi.Terima kasih",pengumuman yang berkumandang membuatkan aku tak nak pergi dari situ.

"Encik Kim saya pergi dulu ya.Kalau yang lain tanya pasal Min-hye,suruh mereka pergi BWCW je.Min-hye tinggalkan surat untuk diorang",ujarku.Encik kim mengangguk.Perlahan-lahan aku melangkah ke balai berlepas dengan hati yang berat..."Ah,penatnya",luah Kai.Mereka pulang awal kerana waktu tengah malam akan jadi sesak kerana kebanyakan pekerja akan pulang lewat malam."Kenapa rumah ni senyap je? Mana Min-hye?",tanya Tao."Mungkin dia dah tidur kot.Tak apalah.Kita tidur dulu.Saya dah mengantuk ni",kata Suho.Yang lain terus naik ke atas dan menyalin pakaian tidur.Pada mulanya Baekhyun ingin tidur bersama Min-hye tapi niatnya terbantut apabila Chen mengajaknya tidur bersama."Selamat malam Baby-baby semua",gurau sehun sambil menutup lampu tidur...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xkesah #1
Chapter 50: Sad ending lh.
Tapi best. Authornim buatlh sequel yg happy..bolehlh..kesian tgk mereka. Nangis sya baca.buatlah sequel yg mereka jumpa n kahwin..hehehe..bolehlh..sya merayu...best cerita ni tapi lagi best happy ending..
Park_Rafa88
#2
Author-nim awak memang daebak!!! Btw saya nak tanya yang destiny tu sequel ff ni ke? Maaf sebab saya tak baca habis lagi sebenarnya.Ok bye..
Xiuhan25 #3
Chapter 50: Memg DAE to BAK la!!Tpi ending dia sdih....
Overdose_Kpopers
#4
Chapter 1: adakah diorg gay? lolz haha >< chanyeol <3
weloveexoforever #5
Chapter 50: Sedihnyer....
exotic3010 #6
Chapter 50: sedihnye cite ni
kiminni #7
Chapter 50: tak sangka mula citer happy n last-last sedih akhirny....
aisyashuhada
#8
Chapter 50: sedihnya...
tak sangka ending maca tu..
aidasafiah
#9
Chapter 50: Sedey ah!Tapi best :) Teruskan usaha!