Chapter 15

Pertemuan Pertama Aku Dan Exo

"Cepatlah bangun,abang",kataku sambil menarik tangannya.Namun malang tidak berbau.Aku terjatuh dan kami terbaring di atas katil.Kini aku di atas badannya!!! Muka kami sangat rapat sampaikan kami dapat rasa nafas masing-masing.Tiba-tiba Baekhyun ketawa."Min-hye nak goda abang ke?",kata Baekhyun sambil tersenyum."Mana ada.Min-hye terjatuh tadi.Abang ok tak?",tanyaku.

"Abang ok.Hmm,datang juga hari ni",katanya perlahan."Apa yang datang?",tanya pelik."Tak ada apa-apa",katanya sambil tersenyum."Ah,dah mula dah.Janganlah senyum handsome sangat.Nanti pengsan pula kat sini",hatiku mengomel."Jomlah turun Min-hye.Abang lapar ni.",katanya.Aku mengikutnya dan aku lihat tiada 1 pun makanan yang ditinggalkan untuk Baekhyun.

"Awak lambat sangat bangun.Sarapan,dah habis,jadi,awak kena buat sendirilah nampaknya",kata Kris dan Tao."Takapalah.Biar Min-hye yang buat sarapan abang.Abang duduk dengan diorang dulu",aku mengarahnya.Aku meninggalkan dia dan pergi ke dapur."Apa yang aku nak buat untuk dia ya? Buat sandwich je lah",akhirnya aku memutuskan untuk buat sandwich untuknya.

Aku mula buat.Tiba-tiba aku teringat tentang insiden tadi."Kenapa aku rasa gembira pula bila aku jatuh dekat dia? Sepatutnya ada perasaan malu ke segan ke? Ni tak,bukan main happy lagi aku.Tapi seriously ni kali pertama aku kena insiden macam tu.Dengan putera kayangan aku pula tu.Hish,tak payah lah fikir sekarang.Buat sarapan ni dulu,baru boleh fikir pasal tu",kataku perlahan.

Tiba-tiba,Baekhyun muncul dari belakang,"Taak siap lagi ke?Nak abang tolong?",katanya."Terkejut Min-hye.Abang dah lapar ke?",kataku.Baekhyun mengangguk."Kalau macam tu,abang kena tolong Min-hye buat sandwich ni sekali,ya?",kataku.Selepas selesai membuat sandwich,kami makan di dapur berdua.Kami hanya kerja masing-masing sehingga...

"Alamak,tertumpah pula",keluh Baekhyun.Aku mendekatinya sambil mengelap bajunya."Macam mana boleh tumpah jus tu?",tanyaku."Tak sengaja tertolak gelas tadi",jelasnya.Baekhyun hanya memandang aku."Nasib baik abang tak mandi lagi,kalau tak,mes..",Baekhyun memotong cakapku,"Kenapa Min-hye ambil berat pasal abang?",katanya."Sebab abang kan abang Min-hye.Mestilah ambil berat",kataku.

"Atau Min-hye suka abang?",katanya.Aku berhenti mengelap bajunya dan memandang."Ma..mana ad..ada.Takkan ll..lah Min-hye nn..nak suka aba..abang.Tak lah,mana ada",kataku sambil ketawa yang dibuat-buat.Aku tunduk ke bawah."Kalau Min-hye tak suka abang,kenapa pipi Min-hye boleh merah bila abang tanya Min-hye suka abang ke?",Baekhyun menduga.

Aku tak tahu itu cuma gurauan atau betul-betul.Aku mula berdiri jauh darinya."Yakah? Mana ada.Biasa je lah",aku menafikannya."Kenapa hati ini suka sangat berdegup kencang,benci betullah",hatiku mengomel."Abang dah habis makan,abang duduk kat depan ya?",katanya.Aku mengangguk.Baekhyun berlalu pergi tapi dia bersembunyi di sebalik dinding.

"Hish kenapalah masa tu pula muka nak merah? Malu gila aku denagn abang Baekhyun tadi.Aku tak nak dia tahu yang aku suka dia.Kalau tak,mesti dia gelakkan aku.Min-hye,lain kali jangan buat lagi ya",aku menasihati diri sendiri."Nampaknya aku tak bertepuk sebelah tangan",kata Baekhyun lalu pergi pada Lay."Lay,ikut saya kejap",katanya.Lay hanya mengikut.

"Saya nak cakap sikit dengan awak.Ni pasal Min-hye",Baekhyun mulakan bicara."Kenapa? Apa yang jadi kat dapur tadi? Dia ada cakap apa-apa kat awak?",tanya Lay bertalu-talu."Kitorang cuma borak kosong",katanya.Baekhyun tidak mahu beritahu sesiapapun tentang insiden tadi mahupun pada Lay."Lepas tu apa jadi?",tanya Lay."Saya pergi lah lepas habis makan.

Tapi tadi saya ada dengar dia cakap yang..."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xkesah #1
Chapter 50: Sad ending lh.
Tapi best. Authornim buatlh sequel yg happy..bolehlh..kesian tgk mereka. Nangis sya baca.buatlah sequel yg mereka jumpa n kahwin..hehehe..bolehlh..sya merayu...best cerita ni tapi lagi best happy ending..
Park_Rafa88
#2
Author-nim awak memang daebak!!! Btw saya nak tanya yang destiny tu sequel ff ni ke? Maaf sebab saya tak baca habis lagi sebenarnya.Ok bye..
Xiuhan25 #3
Chapter 50: Memg DAE to BAK la!!Tpi ending dia sdih....
Overdose_Kpopers
#4
Chapter 1: adakah diorg gay? lolz haha >< chanyeol <3
weloveexoforever #5
Chapter 50: Sedihnyer....
exotic3010 #6
Chapter 50: sedihnye cite ni
kiminni #7
Chapter 50: tak sangka mula citer happy n last-last sedih akhirny....
aisyashuhada
#8
Chapter 50: sedihnya...
tak sangka ending maca tu..
aidasafiah
#9
Chapter 50: Sedey ah!Tapi best :) Teruskan usaha!