Chapter 30

Pertemuan Pertama Aku Dan Exo

"OOO,maknanya korang lah yang bagitahu diorang?",tanya Baekhyun sambil berpeluk tubuh."Sorrylah,lagipun kitorang tak sengaja.Diorang yang paksa,kitorang terpaksalah cakap.Lagipun,ni untuk kebaikan Min-hye dan awak juga.Kalau disimpan lama-lama,nanti diorang tahu juga.Baik bagitahu sekarang,kan?",kata Kyungsoo dan Lay."Pandainya abang cakap.Oklah,Min-hye maafkan.Kalau abang buat lagi,Min-hye akan balik Malaysia",kataku."Janganlah!!",jerit mereka.Termasuk Baekhyun.Aku tersenyum.

"Dahlah,Min-hye nak tidur ni.Selamat malam",kataku.Tapi sebaik sahaja aku ingin menutup pintu,seseorang menegur,"Abang,kenapa?",tanyaku."Min-hye,kalau abang nak tidur dalam bilik Min-hye boleh tak?",tanya Baekhyun."Kenapa?",tanyaku lagi."Diorang tak bagi abang masuk dalam bilik",kata Baekhyun sambil buat muka comelnya di hadapan ku(nak buat aku tertariklah tu).Chen yang terdengar perbualan itu terus memotong.

"Eh,eh,eh,siapa cakap awak tak boleh tidur dalam bilik? Dah,jom tidur.Awak dah janji nak tidur dengan saya",kata Chen lalu menarik tangan Baekhyun."Min-hye selamat malam",kata Baekhyun lalu masuk ke dalam biliknya.Aku terus menutup pintu kerana waktu itu aku terlalu mengantuk."Selamat malam Wolf",kataku sambil memandang gambar Baekhyun di skrin telefonku.Baru sahaja aku melelapkan mata,aku sudah pun tidur lena dibuai mimpi.

Di bilik,Baekhyun tidak dapat melelapkan mata kerana asyik terfikirkan pasal Min-hye."Macam mana aku nak lepaskan diri ni kalau Chen peluk aku dari tadi?",fikir Baekhyun.Dia mendapat satu idea."Aku cakaplah nak pergi tandas.Kenapalah aku tak fikir dari tadi?",fikir Baekhyun lagi.Dia perlahan-lahan turun dari katil."Awak nak pergi mana?",tegur Chen sebaik sahaja ternampak Baekhyun turun dari katil."Saya nak pergi tandas kejap.Tak tahan ni",kata Baekhyun.

Dia sengaja keluar laju untuk menunjukkan yang dia benar-benar tak tahan untuk pergi ke tandas.Sebaik sahaja dia menutup pintu,Baekhyun menghela nafas lega.Dia pergi ke bilik Min-hye secara senyap-senyap.Dia membuka pintu dan dia ternampak Min-hye tidur dengan lena.Perlahan-lahan dia mendekati dan naik ke atas katil Min-hye.Dia mengamati wajah orang yang dia sayangi itu lalu mengusap lembut pipi Min-hye.

Aku dapat rasakan yang ada orang di hadapan aku.Aku tak berani untuk membuka mata tapi aku gagahkan juga untuk bukakan mata."Eh,abang.Abang buat apa kat sini?',tanyaku terkejut."Abang rindulah kat Min-hye",jawab Baekhyun ringkas."Rindu?Sampai macam ni sekali? Abang ni biar betul.Kalau abang Chen tahu abang ada kat sini macam mana? Matilah kita",kataku cemas."Mati? Ok apa? Kita bersama sehidup dan semati",kata Baekhyun lagi.Aku lihat mukanya tenang je."Boleh pula abang nak bergurau masa ni? Pergi lah tidur dalam bilik abang",kataku.

"Tak apalah,abang dah bagitahu abang Chen yang abang tidur dengan Min-hye",jawab Baekhyun."Betul ni?",tanyaku lagi.Dia hanya mengangguk.Dia terpaksa buat begitu semata-mata ingin bersama Min-hye pada malam itu."Oklah,Min-hye dah mengantuk ni,Min-hye tidur dulu.Selamat malam",kataku lalu kembali melelapkan mataku."Selamat malam Angel",balas Baekhyun.Dia merapatkan badannya pada Min-hye dan memeluk Min-hye."Ahhh,selesanya",kata Baekhyun dalam hati.Perlahan-lahan mata Baekhyun tertutup dan lena dibuai mimpi yang indah.

Aku memberanikan diri untuk letakkan tanganku di dadanya.Aku dapat bau badan Baekhyun kerana Baekhyun memelukku terlalu dekat.Baunya sangat wangi walaupun dia tak pakai perfume.Dalam pelukan Baekhyun yang hangat itu,aku tersenyum sendirian...

Pagi itu,mereka terpaksa bangun awal disebabkan Chen.Sebenarnya,Chen mencari Baekhyun yang hilang sejak malam tadi.Apabila mereka masuk ke bilik Min-hye,mereka dapat mengagak yang Baekhyun ada bersama Min-hye pada malam itu."Saya dah agak.Mesti dia nak tidur dengan Min-hye juga.Jealous pula saya tengok diorang ni",kata Chen apabila terpandang Baekhyun yang lena tidur di sebelah Min-hye."Awak sedih ke? Tak payahlah sedih.Awak carilah pengganti.Lagipun bukan dia sorang je yang comel.Saya comel apa?",kata Suho sambil membuat buing buing di hadapan Chen.

"Perasannya.Dahlah,jom turun.Memandangkan Min-hy tak bangun lagi,Kyungsoo malas nak masak,kita pesan jelah.Boleh tak?",tanya Chen pada Suho."OK.Kita nak pesan apa?",tanya Suho."Saya nak ayam",kata Kai."Saya nak buljajang",kata Kyungsoo."Saya nak jajangmyeonlah",kata Kris pula."Saya nak bosam",kata Chen."Awak ingat ni apa? Restoran?Semua yang awak minta ni boleh dapat masa makan tengah hari.Ni baru pagi",kata Suho."Oklah,kami pilih..",baru sahaja mereka sedang fikir,Kai memotong,"Pilih ayam !!",."Ok,ayam",kata Suho lalu memesan ayam.

"Tapi,kami..",percakapan Chen terhenti apabila Kai memotong lagi."Ssshhh...Ayam,ayam,ayam.Titik...",kata Kai.Chen hanya memandang geram.Sekarang mereka sudahpun memesan ayam dan mereka cuma perlu tunggu sekarang...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xkesah #1
Chapter 50: Sad ending lh.
Tapi best. Authornim buatlh sequel yg happy..bolehlh..kesian tgk mereka. Nangis sya baca.buatlah sequel yg mereka jumpa n kahwin..hehehe..bolehlh..sya merayu...best cerita ni tapi lagi best happy ending..
Park_Rafa88
#2
Author-nim awak memang daebak!!! Btw saya nak tanya yang destiny tu sequel ff ni ke? Maaf sebab saya tak baca habis lagi sebenarnya.Ok bye..
Xiuhan25 #3
Chapter 50: Memg DAE to BAK la!!Tpi ending dia sdih....
Overdose_Kpopers
#4
Chapter 1: adakah diorg gay? lolz haha >< chanyeol <3
weloveexoforever #5
Chapter 50: Sedihnyer....
exotic3010 #6
Chapter 50: sedihnye cite ni
kiminni #7
Chapter 50: tak sangka mula citer happy n last-last sedih akhirny....
aisyashuhada
#8
Chapter 50: sedihnya...
tak sangka ending maca tu..
aidasafiah
#9
Chapter 50: Sedey ah!Tapi best :) Teruskan usaha!