Chapter 37

Pertemuan Pertama Aku Dan Exo

Aku bangun sahaja pagi itu,hati aku mula rasa tak sedap.Aku tak tahu apa sebabnya,tiba-tiba sahaja perasaan ini datang."Ada apa-apa yang dah berlaku kat rumah ke? Atau Ika?",fikirku.Tanpa berlengah lagi,aku terus menelefon ibu."Gello adik.Kenapa call ibu? Ibu sibuk ni",kata ibu."Ibu,kat rumah semua orang sihat tak?",tanyaku."Semua ok je.Kenapa ni dik?",tanya ibu."Tak ada apa-apa.Ibu teruskanlah kerja ibu tu.Adik tutup dulu.Bye",aku terus tutup telefon,takut nanti banyak pula soalan cepumas dari ibu.

Setelah itu,aku telefon Ika pula."Kau ni dah kenapa call aku pagi-pagi ni?",tanya Ika sebaik sahaja dia mengangkat."We,kau sihat tak?",tanyaku."Aku?Sihat je.Siap berguling-guling lagi atas katil ni",gurau Ika."Betul-betullah kau ni.Kau sihat ke tak?",aku tanya dia sekali lagi."Lebih dari sihatlah ni.Yang kau tanya aku sihat ke tak kenapa?",tanya Ika pula."Tak adalah,aku bangun je tadi,hati aku macam tak sedap lah.Aku rasa macam sesuatu perkara akan berlaku.Sebab tu aku tanya.Kot-kot kau ke yang aku fikirkan",jelasku.

"Oh,ni mesti kau banyak sangat berfikir ni.Tak ada apa-apalah tu.Perasaan kau je tu.Tak payahlah difikirkan sangat",jawab Ika.Mungkin betul juga apa yang Ika cakapkan itu betul.Sejak kebelakangan ini,aku banyak berfikir pasal diorang,pasal EXO lagi."Oklah kalau macam tu.Aku nak tanya tu je.Aku tutup dulu.Bye",aku tutup telefon setelah Ika membalas.Setelah itu,aku terus pergi ke tandas untuk mandi sebelum aku turun ke bawah.Sesudah itu,aku duduk di laman rumah dan duduk berhampiran kolam ikan.Hatiku yang tak tenang menjadi tenang melihat suasana pagi di situ.

"Korang,ada nampak Min-hye tak? Dia tak ada dalam biliklah",tanya Baekhyun ."Kitorang tak nampak dia.Mungkin dia ada kat dapur",duga Chen."Kat dapur pun tak ada",jawab Baekhyun.Baekhyun mencari Min-hye satu rumah dan dia ternampak Min-hye yang berada di taman dari tingkap bilik atas.Dia keluar ke laman rumah dan menghampiri Min-hye yang duduk termenung di situ."Min-hye buat apa kat sini?",tanya Baekhyun lalu duduk di sebelah Min-hye.

Aku sedikit terkejut dengan kehadirannya.Tapi aku cuba berlagak biasa."Saja je.Dah lama tak hirup udara pagi",jawabku.Ketika mereka berbual,mereka tak sedar bahawa mereka sedang diperhatikan.Bukan EXO,tapi....Tiffany yang perhatikan mereka.Tiffany yang memandang hanya mendengus geram."Semalam diorang tipu aku rupanya? Apa kau cakap? Saudara? Pembohong.Tak apa,kau akan dapat balasannya",kata Tiffany lalu dia pergi dari situ agar orang lain tidak nampak dia sedang memerhatikan mereka.

Dia pergi ke bar yang dia selalu pergi untuk tenangkan diri."Perempuan tak guna !! Sanggup kau rampas Baekhyun dari aku?Baekhyun milik aku sorang je!! Tak ada siapapun yang boleh bercinta dengan Baekhyun selain aku !! Kau tunggulah apa yang aku balas nanti !! Perempuan tak guna !! Perampas boyfriend orang !!",kata Tiffany ketika dia mabuk.Tapi dia tidak mabuk sepenuhnya kerana dia hanya minum beberapa teguk sahaja.Tiba-tiba dia mendapat akal jahat untuk buat mereka berselisih faham sekaligus berpisah.

"Aku tahu apa yang aku kena buat.Bersedialah Min-hye untuk menangis air mata darah",bisik hatinya.Mereka yang baru balik dari latihan terus ke atas kerana badan mereka makin lemah untuk lakukan apa-apa melainkan tidur.Ketika mereka naik ke atas,loceng rumah mereka berbunyi."Tak apalah,korang naiklah dulu.Saya pergi tengok",kata Baekhyun yang kebetulan orang yang terakhir masuk."Siapa tu?",tanya Baekhyun."Ni saya,Tiffany",balasnya."Kenapa suara dia macam dia tengah mabuk ya?",fikir Baekhyun."Ok,tunggu kejap.Saya bukakan pintu",kata Baekhyun.

"Akhirnya",kata Tiffany perlahan.Baekhyun menunggu di luar dan dia ternampak Tiffany berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang."Mesti dia mabuk ni",kata Baekhyun perlahan."Hai Baekhyun.Kenapa awak tak tidur lagi?",tanya Tiffany.Sesekali dia juga memandang Baekhyun sambil tersenyum."Awak minum ke?",tanya Baekhyun."Hmm? Mana ada.Sikit je",kata Tiffany.Selepas itu,Tiffany berpura-pura terjatuh dan Baekhyun memegang tangannya untuk mengelakkan Tiffany daripada terjatuh.

"Baekhyun",panggil Tiffany."Ya? Ada apa?",tanya Baekhyun.Dia mula rasakan Tiffany ini bersikap aneh."Awak tahu tak yang saya sayangkan awak? Sampai saya mati saya cintakan awak.Tapi kenapa awak tak nampak cinta saya?",tanya Tiffany.Tangannya mula memegang tangan Baekhyun.Baekhyun mula panik,takut nanti Min-hye ternampak mereka berdua."Apa yang awak cakap ni? Saya tak faham lah.Awak dah minum banyak  ni",kata Baekhyun."Kenapa awak lukakan hati saya?",tanya Tiffany."Saya...",tak sempat Baekhyun mahu bercakap,Tiffany memeluknya.

Baekhyun cuba untuk lepaskan diri tapi Tiffany memeluk dengan lebih erat lagi."Abang,abang Baekhyun mana?",tanyaku pada Kyungsoo."Dia ada kat luar sebab tadi ada orang datang tadi.Mungkin diorang berbual kat luar",jelas Kyungsoo."Oh ok.Thanks",balasku ringkas.Aku pergi keluar untuk lihat siapa yang datang.Aku tersenyum apabila ternampak Baekhyun dengan seseorang."Abang,siapa yang da...",

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xkesah #1
Chapter 50: Sad ending lh.
Tapi best. Authornim buatlh sequel yg happy..bolehlh..kesian tgk mereka. Nangis sya baca.buatlah sequel yg mereka jumpa n kahwin..hehehe..bolehlh..sya merayu...best cerita ni tapi lagi best happy ending..
Park_Rafa88
#2
Author-nim awak memang daebak!!! Btw saya nak tanya yang destiny tu sequel ff ni ke? Maaf sebab saya tak baca habis lagi sebenarnya.Ok bye..
Xiuhan25 #3
Chapter 50: Memg DAE to BAK la!!Tpi ending dia sdih....
Overdose_Kpopers
#4
Chapter 1: adakah diorg gay? lolz haha >< chanyeol <3
weloveexoforever #5
Chapter 50: Sedihnyer....
exotic3010 #6
Chapter 50: sedihnye cite ni
kiminni #7
Chapter 50: tak sangka mula citer happy n last-last sedih akhirny....
aisyashuhada
#8
Chapter 50: sedihnya...
tak sangka ending maca tu..
aidasafiah
#9
Chapter 50: Sedey ah!Tapi best :) Teruskan usaha!