Chapter 31

Pertemuan Pertama Aku Dan Exo

Aku bangun dari tidur dan merenung jam di dinding."Baru pukul 11.15 pagi",fikirku.Aku tersedar dan memandang jam itu kembali."Betul ke dah pukul 11.15? Jam tu betul ke tak? Ataupun aku yang dah bangun lambat ni?",fikirku lagi.Aku melihat jam di phone aku dan juga Baekhyun.Semua jam betul,bermakna aku lah yang dah bangun lambat.Aku segera turun dari katil dan keluar dari bilik.

Aku lihat mereka sedang duduk di sofa sambil berbual.Aku tak tahu mereka sudah bersarapan ataupun tidak."Abang,sorry sangat,Min-hye terbangun lambat tadi.Min-hye buat sarapan dulu ya",kataku lalu bergegas ke dapur."Tapi...",percakapan Suho terhenti apabila ternampak Baekhyun turun dari tangga.

"Apa?Kenapa awak semua pandang saya?",tanya Baekhyun."Min-hye mana?",tanya Baekhyun lagi sambil mencari Min-hye dengan matanya."Dia ada kat dapur buat sarapan tapi kami dah pesan ayam",jelas Suho."Kenapa tak cakap kat Min-hye?",tanya Baekhyun."Saya tak sempat nak cakap kat Min-hye.Awak pergi lah cakap kat dia",kata Luhan pula.

Baekhyun pergi ke dapur."Chagiya",Baekhyun berbisik di telinga Min-hye dan memeluk  Min-hye dari belakang.Aku sedikit terkejut."Abang,kenapa?",tanyaku."Min-hye buat apa ni?",tanya Baekhyun kembali.Tangannya masih memeluk pinggangku"Min-hye nak buat sarapanlah untuk abang",jelas ku."Kenapa Min-hye buat sarapan sedangkan abang dah pesan ayam sebelum Min-hye bangun?",tanya Baekhyun lagi.

"Betul ke?",tanyaku pula.Baekhyun mengangguk.Aku meletakkan kembali barang yang aku kumpulkan tadi ke tempat asal.Setelah selesai,aku dapati Baekhyun hanya memandang aku ke mana sahaja aku pergi."Kenapa abang pandang? Ada apa-apa yang tak kena ke?",tanyaku.Baekhyun hanya menggeleng.Dia datang dekat padaku dan aku pula mengundur ke belakang.

Malangnya,aku tersandar ke belakang dan Baekhyun mengunci tempat dimana aku berdiri."Kenapa Min-hye lari dari abang?",tanya Baekhyun sambil mendekatkan lagi mukanya."Sebab Min-hye tak biasa.Abang dah biasa tak apalah.Min-hye tak lagi",kataku."Min-hye tak biasa? Rasanya malam tadi  Min-hye macam dah biasa je.Siap peluk leher abang lagi",Baekhyun cuba mengujinya.

"Hhmm...Yang itu...Hhmm",aku tak tahu kenapa aku boleh jadi gagap seperti itu.Melihat Min-hye yang menjadi gagap seketika,Baekhyun terus menciumnya.Aku terpaku.Tangan Baekhyun yang tadi di dinding sudah memeluk pinggangku.Bibirnya yang lembut mengajak aku untuk bermain bersama tapi aku tidak memberi respons.

Akhirnya aku menutup mata,memeluk lehernya dan bermain bersama.Baekhyun dah mengagak bahawa Min-hye akan beri respons yang baik.Kami terleka membuatnya sehinggakan mereka memanggil kami pun kami tidak menyahut."Biarlah.Diorang tengah bahagia tu",kata Kris.Yang lain hanya tersenyum.Setelah kami leraikannya,Baekhyun tersenyum.

"Min-hye dah biasa nampaknya.Nanti senanglah abang nak buat lagi,kan?",kata Baekhyun."Hhhmmm...Hahahaha",aku hanya tergelak kosong."Dah gelabahlah tu.Jomlah",ajak Baekhyun.Aku hanya mengikut."Min-hye,makanlah ayam ni",ajak Xiumin."Oh ya,Min-hye abang nak cakap sikit",celah Suho."Apa dia?",tanyaku.Aku fokus memandangnya."Petang ni abang kena keluar.Abang kena berlatih untuk persembahan kat Taiwan nanti",jelas suho panjang lebar.

"Oh ok.Pergi je lah,Min-hye tak kisah pun kalau nak kena tinggal sorang-sorang kat rumah ni.Min-hye dah biasa",kataku."Min-hye tak payah nak tinggal kat sini sebab Min-hye ikut sekali.Abang nak tunjukkan kat Min-hye bangunan SMEntertainment",kata Xiumin."Seriously? Kenapa tak cakap? Awak buat saya risaulah",sampuk Baekhyun."Kenapa awak nak risau pula?",tanya Kai.

"Mestilah saya risau",balas Baekhyun."Aigoo,awak ni romantik sangat lah",kata Tao."Saya romantik untuk Min-hye je',balas Baekhyun lagi.Dia tersenyum memandang aku."Handsomenya buah hati aku ni",bisik hatiku lalu aku memberikan sekuntum senyuman untuknya."Tak sia-sia aku suka dia selama ni",fikir Baekhyun pula...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xkesah #1
Chapter 50: Sad ending lh.
Tapi best. Authornim buatlh sequel yg happy..bolehlh..kesian tgk mereka. Nangis sya baca.buatlah sequel yg mereka jumpa n kahwin..hehehe..bolehlh..sya merayu...best cerita ni tapi lagi best happy ending..
Park_Rafa88
#2
Author-nim awak memang daebak!!! Btw saya nak tanya yang destiny tu sequel ff ni ke? Maaf sebab saya tak baca habis lagi sebenarnya.Ok bye..
Xiuhan25 #3
Chapter 50: Memg DAE to BAK la!!Tpi ending dia sdih....
Overdose_Kpopers
#4
Chapter 1: adakah diorg gay? lolz haha >< chanyeol <3
weloveexoforever #5
Chapter 50: Sedihnyer....
exotic3010 #6
Chapter 50: sedihnye cite ni
kiminni #7
Chapter 50: tak sangka mula citer happy n last-last sedih akhirny....
aisyashuhada
#8
Chapter 50: sedihnya...
tak sangka ending maca tu..
aidasafiah
#9
Chapter 50: Sedey ah!Tapi best :) Teruskan usaha!