Chapter 16

Pertemuan Pertama Aku Dan Exo

"Yang apa? Awak suka sangat buat saya terta.."."Yang dia suka saya",Baekhyun memotong katanya."Betul ke? Sekarang ni awak nak buat apa",tanya Lay."Sekarang ni saya nak dia tahu sendiri yang saya suka dia,so,saya tak payah lah buat apa-apa",katanya yakin."Suka hati awak lah nak buat apa",kata Lay.Tiba-tiba Tao menghampiri mereka,"Korang,jomlah duduk kat luar",kata Tao."Kenapa? Ada apa-apa masalah ke?",tanya Baekhyun.

"Tak ada,cuma ada sedikit perancangan je",kata Tao ringkas."Perancangan? Apa dia?",tanya Lay pula."Kitorang ada rancang nak bawa Min-hye pergi taman tema air.Min-hye ada cakap yang dia sukakan taman tema air",kata Tao."Bagus juga tu.Tapi jauh ke tempat tu?",tanya Baekhyun lagi."Saya tak tahu,jomlah duduk kat luar",kata Tao lagi.Dia malas nak menjelaskan perkara itu pada mereka dengan lebih lanjut lagi.Biarlah hanya Suho sahaja yang menjelaskannya.

 Baekhyun pula sudah mula terbayangkan saat dia dan Min-hye bermain air di taman tema itu (ayat tak boleh blah)."Baekhyun apa lagi yang awak buat tu? Jomlah keluar",kata Tao."Korang turun bawah dulu,saya pergi panggilkan Min-hye ya",katanya sambil memberi isyarat mata pada Baekhyun.Baekhyun hanya mengangguk.Lay terus pergi ke dapur apabila ternampak Min-hye di dapur."Min-Hye buat apa tu?",kata Lay mengejut.

Aku tersentak dan hampir terlepas gelas."Abang ni buat terkejut Min-hye je lah.Abang nak apa?",kataku."Oh ye ke? Sorrylah ya.Jomlah duduk dengan abang.Ada benda yang abang nak cakap",kat Lay seraya mengajak aku ke ruang tamu."Apa benda?",tanyaku ringkas."Adalah,mana boleh bagitahu Min-hye.Jomlah duduk dengan abang dulu.Jom",kata Lay lalu memegang bahuku untuk ikut bersamanya.Aku mengikutnya.

Sebaik sahaja aku duduk di sofa,Baekhyun datang dan duduk di sebelahku menyebabkan hati rasa gementar tapi aku cuba tenangkan diri."Apa yang abang nak cakapkan?",aku bersuara."Sebenarnya abang ada rancang nak bawa Min-hye pergi taman tema air",kata Xiumin."Betul ke? Yeay !! Min-hye dapat pergi !! Kat mana taman tema tu? Min-hye teringin nak pergi kat Ulsan sebab dekat situ Running Man pernah buat penggambaran kat situ.Macam best je Min-hye tengok",kataku panjang lebar.

"Oh ye ke? Abang memang nak pergi situ pun",kata Baekhyun tiba-tiba.Dia beranikan diri untuk berbual dengannya kerana sudah agak lama dia tidak bercakap dengannya di hadapan yang lain."Ok,Min-hye nak pergi.Bila kita nak pergi?",kataku  gembira."Sabar Min-hye,sabar.Janganlah excited sangat.Kita pergi esok,so,malam ni kita kena tidur awal",kata Kyungsoo dan Sehun."Hah,tak sabarnya nak pergi.Kalau macam tu,Min-hye tidur dulu ya,takut nanti kena tinggal dengan abang pula.Min-hye naik dulu.Selamat malam",kataku lalu menuju ke tingkat atas.

"Selamat malam",kata mereka perlahan."Nampaknya dia tak sabar nak pergi sana.Harap semua berjalan dengan lancar",kata Suho."Persiapan untuk esok siapa yang sediakan?Kita sediakan sendiri ke?",tanya Kris."Taklah,Encik Kim yang uruskan",jelas Suho."Oh ya,saya dah lama tak nampak Encik Kim.Dia sibuk ke?",tanya Luhan pula.Suho hanya mengangguk.

"Korang tak excited ke?",tanya Kai tiba-tiba."Mestilah excited.Takkanlah tak.Kenapa awak tanya soalan macam tu?",soal Baekhyun pula."Yelah,tengok Min-hye tu.Disebabkan kita cakap kena tidur awal,dia sanggup tidur awal.Excited punya pasal.Jomlah tidur,saya dah ngantuk ni",kata Kai panjang lebar.Jam sudah menunjukkan pukul 1.45 pagi dan mereka naik ke atas.Sebaik sahaja Baekhyun lalu di depan bilik Min-hye,dia berbisik..

"Selamat malam Min-hye.Mimpi indah-indah ya.Harap-harap esok hari yang bertuah untuk kita",.....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xkesah #1
Chapter 50: Sad ending lh.
Tapi best. Authornim buatlh sequel yg happy..bolehlh..kesian tgk mereka. Nangis sya baca.buatlah sequel yg mereka jumpa n kahwin..hehehe..bolehlh..sya merayu...best cerita ni tapi lagi best happy ending..
Park_Rafa88
#2
Author-nim awak memang daebak!!! Btw saya nak tanya yang destiny tu sequel ff ni ke? Maaf sebab saya tak baca habis lagi sebenarnya.Ok bye..
Xiuhan25 #3
Chapter 50: Memg DAE to BAK la!!Tpi ending dia sdih....
Overdose_Kpopers
#4
Chapter 1: adakah diorg gay? lolz haha >< chanyeol <3
weloveexoforever #5
Chapter 50: Sedihnyer....
exotic3010 #6
Chapter 50: sedihnye cite ni
kiminni #7
Chapter 50: tak sangka mula citer happy n last-last sedih akhirny....
aisyashuhada
#8
Chapter 50: sedihnya...
tak sangka ending maca tu..
aidasafiah
#9
Chapter 50: Sedey ah!Tapi best :) Teruskan usaha!