Kehilangan

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

Y O N G G U K  membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa begitu sakit, seperti dipukul dek benda tumpul saja rasanya. Badannya juga terasa sakit. Pandangannya dialihkan kepada badannya. Baju kemeja yang membaluti tubuhnya dibasahi dengan darah dan baru dia teringat yang dia ditembak oleh seseorang dari arah belakang ketika dia sedang berjalan berdua bersama Hani tadi.  Dan ketika itu juga dia perasan keadaannya yang kini sedang duduk di atas kerusi dengan kedua kaki serta tangannya diikat. Mulutnya pula ditampal dengan sepotong pita pelekat berwarna hitam, menyukarkan dia untuk bercakap.

 

Walaupun badan dan kepalanya terasa amat sakit, lelaki itu sempat menoleh ke kiri dan kanannya. Namun disebabkan keadaan sekarang gelap, dia tidak nampak apa-apa pun. Apa yang dia nampak cuma satu lubang kecil jauh nun di atas sana dan lubang kecil itu merupakan sumber cahaya yang ada di sekitarnya.

 

Sial…siapa yang buat begini dekat aku? Dan bini aku…mana bini aku?

 

“Nampaknya kau dah sedar.”Satu suara misteri menegur lelaki itu dari arah yang dia sendiri pun kurang pasti. Yongguk menoleh ke kiri dan ke kanan, cuba mengesan dari mana arah bunyi itu datang.

 

“Kau cari aku ke Yongguk? Hmm?”

 

Tiba-tiba satu tangan misteri mencekik leher Yongguk dari arah depan. Tercungap-cungap lelaki itu menyedut udara. Matanya terpejam rapat tanda dia tidak boleh bernafas. Beberapa saat kemudian, tangan misteri itu melepaskan lehernya dan membuang pita hitam yang menutup bibir Yongguk. Terbatuk-batuk lelaki itu apabila diperlakukan sedemikian rupa.

 

“Kau fikir kau hebatlah boleh cekik orang yang diikat tangan dan kakinya, Song Mino?”Soal Yongguk dengan termengah-mengahnya sambil cuba mendongakkan kepala untuk memandang wajah manusia yang sedang berdiri di depannya. Mendengar dari nada suara itu, dia pasti itu adalah Mino. Ya, Cif Inspektor Song Mino. Lelaki itu bukanlah seorang pegawai polis biasa. Dia merupakan tali barut kepada Blaxx Hxrse!

 

“Tiada yang lebih hebat selain dapat buat kau menderita, Bang Yongguk.”

 

“Jadi kau sertai Blaxx Hxrse sebab mahu tengok aku menderita?”

 

“Tak sangka sudah sebanyak itu yang kau tahu tentang aku.”Ucap Mino lagi sambil tersenyum sinis. Tangannya sedang sibuk memusingkan sebilah pisau Rambo sambil matanya tidak lepas memandang Yongguk. Tak sangka penjenayah yang dia kejar selama ini tahu tentang kegiatan jahatnya.

“Apa motif kau culik aku? Kau nak kaut hasil rompakan geng aku?”

 

“Oh tolonglah, aku tak berminat dengan barang kemas yang kau dah rompak tu.”

 

“Habis tu? Pasti ada sebab kau culik aku. Dan Hani…Mana isteri aku? Mana dia??”Jerkah Yongguk sambil cuba melepaskan diri dari tali yang mengikat kaki dan tangannya. Sedari tadi lagi dia memerhatikan keadaan sekitarnya tapi masih belum nampak kelibat isteri kesayangannya.

 

Mino sekadar tersenyum herot. “Aku cuma mengikut arahan sensei aku saja. Sebab kau sebenarnya yang buat masalah dengan dia. Tak usah risau, kawan aku sedang ‘layan’ isteri kau baik punya…”

 

“Layan…? Tak guna… Kalau sesuatu yang buruk berlaku pada isteri aku, aku takkan lepaskan kau Mino!”

 

“Well, itu aku tak dapat janjilah.”Mino sekadar ketawa terbahak-bahak sambil berjalan meninggalkan Yongguk disitu.

 

 

H A N I  menguap perlahan sambil menggosok matanya. Kemudian dia mencelikkan mata. Di mana pula dia berada sekarang? Bilik yang serba putih dengan beberapa peralatan perubatan itu nampak seperti sebuah hospital…huh? Hospital? Bukankah tadi dia sedang berjalan berdua dengan suaminya, Yongguk? Bagaimana dia boleh berada di hospital pula?

 

“Akhirnya awak sedar juga, Hani…”

 

“Jin? Solji? Kenapa korang boleh ada dekat sini? Dan kenapa aku boleh berada di hospital?”

 

“Hani, bawa bertenang. Kau berada di hospital sebab aku yang bawa. Aku ke rumah kau kelmarin untuk pulangkan barang kau dan ternampak kau terbaring di jalan dalam keadaan berdarah. Sekarang ni Jin yang rawat kau.”

 

“Ya, Hani. Keadaan awak agak teruk masa Solji bawa awak ke sini. Nasib baiklah Solji bawa awak ke sini cepat, kalau tidak mungkin kandungan awak tak dapat diselamatkan.”Balas Jin pula dengan pandangan yang agak sayu. Sayu rasa hati ini melihat wajah bekas kekasihnya yang pucat itu. Solji juga berkongsi rasa yang sama dengan Jin. Sungguh dia sedih melihat keadaan sahabat baiknya itu.

 

“Ah…macam tu ke… Sorry sebab dah susahkan kau, Solji...”perlahan saja suara Hani membalas sambil cuba untuk bangun tetapi dihalang oleh Jin. Dia bimbang keadaan gadis itu semakin teruk pula jika banyak bergerak. Mahu tidak mahu terpaksalah Hani kembali berbaring di katil.

 

“Alah, tak usah berterima kasih dengan aku. Hal kecil je tu. Dah, tak payah sedih-sedih. Bakal ibu mana boleh cengeng.”Solji tersenyum sambil menepuk lembut bahu Hani, cuba untuk menggembirakan temannya itu.

 

“By the way Hani, kenapa awak boleh cedera sebegini rupa? Sebab kecederaan awak nampak macam dibuat orang. Awak ada ingat tak apa yang terjadi sebelum ni?”Tanya Jin pula. Sebenarnya itu yang dia mahu tanya dari tadi. Dia sudah melakukan pemeriksaan terhadap Hani ketika dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dia dapati ada beberapa perkara pelik berlaku ke atas Hani. Terdapat beberapa kesan lebam pada perutnya dan kesan lebam itu nampak seperti tumbukan. Boleh jadi tumbukan itulah yang menyebabkan Hani hampir keguguran.

 

Hani memegang kepalanya yang tiba-tiba pening ketika ini, cuba untuk memulihkan kembali ingatannya sebelum ini.

 

“Hmm…seingat saya, saya tengah jalan-jalan dengan Yongguk. Dia baru saja balik dari outstation masa tu dan dia ajak saya pergi jalan-jalan di sekitar kawasan kejiranan kami. Oh ya, mana Yongguk? Dia pun dirawat di sini juga bukan?”

 

Kedua Jin dan Solji sudah mengerutkan dahi mendengar kata-kata Hani. “Hani, kau pasti ke kau tengah keluar berjalan-jalan dengan suami kau tu? Sebab aku cuma jumpa kau aje masa tu. Takda langsung aku nampak kelibat suami kau berhampiran. Mungkin kau tersalah sangka kut?”

 

Hani pula sudah mengerutkan dahi mendengar kata-kata Solji. Jadi apa yang dia sudah alami kelmarin? Adakah itu semua hanya bayangan semata-mata? Ataupun cuma mimpi yang tidak pasti? Gadis itu mengusap perutnya sendiri. Dia pasti setiap sentuhan Yongguk terhadapnya kelmarin adalah betul dan sahih…bukan mimpi semata-mata!

 

Ah…tak boleh jadi ni...Dia perlu hubungi Himchan. Mungkin Himchan boleh menjawab segala persoalan yang melanda otaknya sekarang.

 

 

“A B A N G, ada panggilan dari isteri bos.”panggil Zelo yang kebetulan ternampak ID pemanggil yang tertera pada skrin telefon Himchan ketika ini. Dia ternampak pun kerana dia sedang menaip laporan dan kebetulan telefon pintar Himchan berada di atas mejanya.

 

Himchan yang ketika itu sedang sibuk memasak menyuruh pemuda itu untuk menjawab panggilan berkenaan. Mungkin Hani mahu meminta dia menjaga Haneul. Selalu itu saja yang menjadi punca Hani menelefonnya.

 

Zelo menurut saja kata lelaki itu. Terus dia menjawab panggilan Hani.

 

“Helo Kak Hani, Zelo yang kacak lagi tinggi dan comel berada di talian kerana Abang Himchan sedang sibuk memasak. Ada apa-apa yang boleh aku bantu kakak?”

 

“Zelo? Kakak nak cakap something sikit dengan Himchan, boleh pass-kan handphone pada dia? Ni urgent!”

 

Mahu tidak mahu terpaksalah Zelo bangun dan berjalan ke dapur untuk memberikan telefon itu kepada Himchan. Himchan mengambil saja telefon itu dan menjawabnya.

 

“Ada apa ni Hani? Zelo cakap awak nak bercakap dengan saya sebab ada hal ugent?”

 

“Yeah, sangat urgent! Saya cari Yongguk sebenarnya. Dia ada di markas korang ke sekarang?”

 

“Apa awak merepek ni Hani? Yongguk dah lama balik ke rumah. Saya sendiri yang hantar dia ke rumah tempoh hari.”Balas Himchan lagi, pelik dengan soalan yang dikemukakan Hani. Hani pula sudah mengerutkan dahi mendengar kata-kata Himchan. Jadi di mana pula dia sekarang?

 

“Okey Himchan, dengar sini baik-baik apa yang saya nak cakap sekarang. Saya sekarang berada di hospital disebabkan cedera dan doktor saya syak ada orang pukul saya. Kawan saya yang jumpa dan bawa saya ke hospital cakap dia cuma jumpa saya sorang saja ketika itu padahal saya dengan jelasnya masih ingat lagi yang saya tengah berjalan berdua dengan Yongguk sebaik sahaja dia pulang ke rumah. Jadi saya rasa dia diculik orang…”

 

“Seriuslah Hani? Awak berada di hospital dan awak tak beritahu kami?Kami akan ke hospital sekarang juga!”

 

 

C A H A Y A  lampu yang terang membuatkan Yongguk terjaga dari tidurnya. Berpisat-pisat matanya memandang lampu yang menjadi sumber cahaya ruang disekelilingnya. Pelik...seingatnya dia berada di sebuah tempat yang tersangat gelap dan diikat pada sebuah kerusi dengan badan yang berlumuran da

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~