Parti I

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

S O L J I  membuang pandang ke luar kafe. Sambil memerhatikan kelibat orang lalu lalang di depan kafe dia menongkat dagu dengan sebelah tangannya lalu mengeluh perlahan. Penat betullah menunggu orang ni..kena pulak kalau tunggu polis. Nasib baik muka kacak, kalau tidak jangan haraplah aku sanggup tunggu..omel gadis itu dalam hati. Bukan main seronok dia apabila pegawai polis kacak itu mengajaknya keluar semalam. Dia tidak pernah menyangka yang lelaki itu menyimpan minat untuk berkenalan dengan lebih mendalam terhadapnya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Mino sewaktu dia menelefonnya semalam..

 

"Saya nak kenal awak dengan lebih rapat..luar dan dalam. Dan saya harap hubungan kita ni ada perkembangan..you know, from friends to lover maybe?"

 

From friends to lover? Wow, aku tak pernah fikir yang aku akan diminati oleh seorang lelaki yang boleh tahan kacak seperti dia. Ah, mungkin dia adalah Mr. Right yang aku cari-cari selama ni..fikir Solji. Sambil fikirannya melayang ke arah wajah kacak Mino, dia menilik sebentar jam di tangannya. Sudah hampir tiga puluh minit berlalu dan bayangan Mino masih lagi belum kunjung tiba. Solji merengus perlahan. Di hirup kejap kopi suam dalam cawannya. Selesai saja menghabiskan kopi itu, dia bangun dan melangkah keluar dari kafe. Dia sudah penat menunggu jadi lebih baik dia cepat-cepat ke rumah Junghwa. Bukan apa, hari ini hari jadi kawannya itu dan dia telah berjanji untuk menghadirkan diri ke parti tersebut selepas selesai bertemu Mino. Lagi pun, kesemua kawan baiknya termasuk Hani akan turut sama berada di sana jadi tak akanlah dia tak mahu pergi pula?

 

"Solji!"

 

Tersentak gadis it dibuatnya apabila seseorang mencapai tangan kanannya dari belakang. Langkah kakinya tiba-tiba beku. Terus dia berpaling ke belakang. Song Mino! Alamak, dia nampak kacaklah pakai t-shirt berjenama Polo dengan seluar jeans macam tu!

 

"Maaf  sebab lambat, jalan sesak tadi."ucap Mino sambil tercungap-cungap menghirup udara. Dia sebenarnya baru lepas berlari dari satu blok ke blok yang lain kerana dia memarkirkan keretanya jauh dari kafe tempat dia dan Solji berjanji untuk bertemu. Walaupun dia sedang sibuk menghirup udara, tetapi tangannya masih setia memegang tangan Solji.

 

"Takpe.. Maaf, boleh tak kita tunda date kita tu ke hari lain? Saya kena pergi sekarang. Saya dah berjanji dengan kawan nak datang ke majlis hari jadi dia."cepat-cepat dia menarik tangannya dari pegangan lelaki itu dengan pipi yang agak kemerah-merahan. Malu! Belum pernah lagi mana-mana lelaki memegang tangannya seerat ini. Dia pula yang tidak cukup udara untuk bernafas gara-gara malu.

 

Mino yang tadinya sedang melepaskan lelah yang masih bersisa terus berpaling ke arah Solji dan merenung mukanya lama. "Majlis hari jadi siapa?"

 

Kali ini Solji mengerutkan dahi, pelik dengan Mino yang tiba-tiba membuat muka comel. Siap kerdip-kerdip mata lagi tu! Cair terus hati Solji melihatnya!

 

"Err.. majlis hari jadi kawan saya, Junghwa. Kenapa? Awak nak ikut saya sekali ke sana  ke?"Solji sengaja mengajak lelaki itu sebab dia pasti lelaki itu tidak akan mengikutnya. Yelah, polis yang serius macam dia tidak mungkin suka dengan perkara-perkara ceria macam majlis hari jadi ini.

 

Bibir Mino tiba-tiba mengukir senyuman. "Boleh juga. Saya pun takde pelan apa-apa sekarang. Jom pergi!"

 

Eh..biar betul mamat ni..?

 

 

Y O N G G U K  memerhatikan kelakuan isterinya yang sedang memasak di dapur. Dia yang baru saja selesai membaca akhbar cepat-cepat duduk di kerusi menghadap kaunter dapur di mana Hani sedang sibuk memasak sekarang. Hani yang perasan kelibat suaminya hanya menjeling dengan ekor mata. Dah kenapa mamat ni tengok aku lain macam je? Siap buat muka miang lagi? Seram sejuk aku dibuatnya!

 

"Yahh hubby, boleh tak jangan pandang wifey dengan muka miang macam tu?"bidas Hani sambil memotong kecil-kecil lobak merah untuk dimasukkan ke dalam sup ayam yang sedang dimasaknya.

 

"Hahaha..kenapa? Takut tergoda ke? Ke wifey nak ulang yang malam semalam punya cerita?"usik Yongguk sambil menongkat dagunya dengan tangan dan tersenyum nakal. Merah padam muka sang isteri mendengarnya. Malam semalam punya cerita...adalah malam pertama dia dengan Yongguk..waaaarghhh! Malunya! Spontan Hani menyentuh kedua-dua belah pipinya. Panasnya bukan main! Masih terbayang-bayang aksi.... Okey, cukup Ahn Hani!! Berhenti fikir aksi malam semalam yang ert tahap..err.. apa-apa sajalah!  Disebabkan malu, dia tidak membalas kata-kata suaminya itu, sebaliknya dia menyibukkan diri memasak. Kalau dilayan sangat suaminya yang terlebih nakal itu sampai  ke sudah dia tidak siap memasak. Dan kalau dia lambat siapkan masakan maknanya lambat jugalah dia keluar untuk menghadirkan diri ke majlis hari jadi Junghwa nanti.

 

Selepas selesai memasak, Hani menghidangkan makanan di meja makan. Jam di dinding dapur menunjukkan pukul dua belas tengahari, rasanya eloklah kalau dia mengajak suami makan tengahari. Pagi tadi mereka tidak bersarapan kerana Hani terlewat bangun dan tidak sempat memasak. Yongguk yang bangun awal pula sekadar menikmati roti bakar disapu jem dengan Haneul. Selepas sarapan dia menghantar anaknya itu ke tadika. Kemudian dia balik dan mendapati isterinya sudah pun bangun dan sedang memasak.

 

"Jom makan tengahari."ajak Hani yang sudahpun berdiri di sisi sofa kepada suaminya yang sedang menonton rancangan yang disiarkan di televisyen. Lagak Hani tidak ubah seperti orang gaji menjemput tuannya untuk makan di meja.

 

"Ni yang masak awal-awal ni ada pelan nak keluar ke mana-mana ke?"tanya lelaki itu sambil bangun dan mengikut langkah isterinya dari belakang untuk ke dapur. Selalunya isterinya itu kalau mahu keluar dia akan masakkan lauk awal-awal untuk dia dan Haneul. Hani pantas berpaling ke arah Yongguk dengan dahi berkerut. Eh dia ni macam tahu-tahu saja aku nak keluar, omelnya dalam hati.

 

"Memang nak keluar pun. Hari ni hari jadi Junghwa dan dia ada buat parti sikit untuk sambut hari jadi dia tu. So wifey kenalah pergi."

 

Yongguk menganggukkan kepala sambil memerhatikan isterinya mencedokkan nasi ke dalam mangkuk untuknya. Kemudian gadis itu mencedokkan nasi untuk dirinya pula.

 

"Eh eh, tadi cakap nak pergi parti kan? Kenapa sekarang wifey join hubby makan pulak? Dekat parti tu takde makanan ke?"sesedap rasa saja Yongguk bertanya sambil menghirup sup ayam dalam mangkuk kecil yang diletakkan di sebelah mangkuk nasinya. Hmm, sedapnya masakan isteri aku ni..  Terharu aku dibuatnya!

 

Hani sekadar tersenyum saja sebelum membalas, "Ala, makan sikit je ni buat alas perut."

 

Yongguk menganggukkan kepala saja. Malas nak cakap banyak. Dia menikmati makan tengaharinya dengan penuh berselera sekali. Hani yang sudah selesai makan meminta diri untuk naik ke bilik apabila tersedar jam di dinding menunjukkan pukul satu setengah petang. Kalau diikutkan dia perlu berada di rumah Junghwa dalam pukul dua petang. Alamak, aku dah lewat!

 

"Petang nanti hubby pergi ambil Haneul okey?"pesan Hani kepada suaminya ketika dia sedang mencari high heels-nya di rak kasut. Yongguk yang sudah selesai makan dan mengemas meja makan hanya memerhatikan kelakuan dan penampilan isterinya yang satu itu dengan ekor mata. Lawa betul isterinya hari ini memakai dress kuning cair paras peha yang tidak berlengan. Rambutnya pula dibiarkan melepasi bahu. Spontan lelaki itu memegang dagunya. Hmm... lawa pulak dia hari ni.. Tak boleh jadi ni! Cepat-cepat dia berlari menaiki tangga untuk ke biliknya, menukar pakaian dan mengambil satu cardigan biru milik Hani di dalam almari.

 

Hani yang masih sibuk mencari high heelsnya tidak perasan ketiadaan suaminya itu sehinggalah apabila dia menemui high heelsnya itu, memakainya dan berpaling ke belakang untuk bercakap dengan Yongguk. Dahi gadis itu mula menampakkan kerut-kerut tanda hairan. Ke mana pula suami aku pergi? Dah tak sudi nak bagi aku goodbye kiss macam yang dia selalu buat?, bisik Hani dalam hati sebelum mengeluh perlahan. Ah, lantaklah kalau dia tak nak bagi pun..aku dah lewat ni! Cepat-cepat dia membuka pintu  rumah dan melangkah keluar sebelum tiba-tiba saja tangan kanannya disambar seseorang.

 

"Sayang, tunggu dulu! Pakai ni."

 

Makin bertambah kerutan di dahi sang isteri melihat sang suami menghulurkan cardigan biru miliknya yang panjangnya melepasi peha itu kepadanya. Dipandang saja cardigan itu dan wajah suaminya silih berganti.

 

"Kenapa tiba-tiba saja  hubby suruh wifey pakai cardigan ni?"soal Hani pelik. Walaupun berasa pelik, dia ambil juga cardigan itu. Tapi bila dia mahu memakainya,

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~