Tebusan atau Hamba?

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 H A N I  mengheret bagasi milik..ah,dia pun kurang pasti bagasi milik siapa yang sedang dia heret sekarang. Kalau semalam dia menjadi tebusan sekumpulan perompak bertopeng Power Rangers, hari ini dia berubah menjadi hamba abdi mereka pula!

 

"Woi, cepatlah bawak bagasi tu! Nanti kita terlewat naik kapal terbang pula!"kedengaran suara garau Yongguk si ketua perompak memekik ke arah Hani yang sedang sibuk menyeka peluh di dahi. Entah apa bendalah yang ada dalam bagasi ni, berat nak mampus..bebel gadis itu dalam hati.

 

"Ya,tunggu sekejap..Saya datang!"sahut Hani lalu mengheret bagasi itu kembali ke arah Yongguk yang berdiri beberapa meter darinya dengan gaya tangan disilang.

 

"Eii..kau ni, jalan lambat macam sloth kudung kaki. Kang terlepas naik kapal terbang nanti baru tahu."sesedap rasa Yongguk membebel bila Hani sudahpun sampai di depannya setelah selesai menghantar bagasi tadi di tempat meletakkan bagasi. Mereka berjalan seiringan ke balai berlepas.

 

"Huh..Macam mana tak jalan lambat kalau bagasi kau ni berat mengalahkan batu.."

 

"Apa kau cakap?"

 

"Takda apa-apa. Encik cepatlah masuk, dia dah panggil tu!"Hani cuba mengubah topik. Tak sangka pula lelaki itu boleh mendengar apa yang dia bisikkan tadi. Telinga gajah betullah.

 

Masuk sahaja Hani ke dalam kapal terbang, dia mengintai-intai ke kiri dan ke kanan..cuba mencari dimana tempat duduknya menerusi nombor kerusi yang tertulis tiket pemberian Yongguk pagi tadi. Dalam sibuk-sibuk mencari tempat duduknya, sempat lagi Hani berfikir sejenak.. Ah Ahn Hani! Apa yang kau sedang buat ni? Sudahlah jadi tebusan,telefon pula dirampas.. Sepatutnya sekarang ni kau naik kapal terbang dengan kawan-kawan untuk ke Pulau Jeju,tapi sebaliknya kau terperangkap dengan perompak yang mungkin boleh cederakan kau bila-bila masa saja!

 

"Maafkan saya, cik sedang cari tempat duduk cik ke?"

 

Hani tersentak. Dia berpaling ke arah seorang pramugari di sebelahnya. "Ah ya. Saya tengah pening kepala ni. Boleh cik tolong carikan tak?" Hani memberikan tiket yang dipegangnya kepada pramugari itu. Pramugari itu menunjukkan tempat duduknya..yang mana membuatkan Hani membeliakkan mata.

 

"Cik, cik pasti ke tempat duduk saya kat sini?"bisik Hani di telinga pramugari itu.

 

Pramugari itu mengerutkan dahi."Ya cik, nombor di kerusinya sama dengan yang tertera di tiket. Kalau takda apa-apa saya minta diri dulu ya cik."

 

Hani menggaru-garu kepalanya sambil melihat tempat duduk di depannya. Alahai...kenapa dalam banyak-banyak tempat kerusi ni juga yang aku dapat? Lagi satu..mana anak buah dia yang lain? Takkanlah naik kapal terbang asing-asing kot?

 

"Hah Hani..kau ke mana baru muncul kat sini? Jangan-jangan kau cuba lari dari sini tak?"

 

"Mana ada encik! Saya cuma tersesat je tadi. Kapal terbang ni luas sangat,"

 

"Yelah tu. Dah,cepat duduk."Yongguk menepuk-nepuk ruang di tempat duduk disebelahnya, menyuruh Hani duduk sambil menghadiahkan renungan tajam ke arah gadis itu. Hani menelan liur. Terus saja dia duduk di sebelah lelaki itu dengan penuh sopan-santun. Kemudian dia mengeluh..kenapalah aku kena duduk di sebelah mamat bibir tebal ni? Sudahlah 24 jam asyik buat muka kejam dan ketat dia je..seram aku tengok!

 

Sepanjang perjalanan,Hani diam tidak terkutik. Langsung tidak dipandang Yongguk di sebelahnya. Dia cuma mampu memandang ke luar kapal terbang saja,itupun kerana dia duduk betul-betul bersebelahan tingkap. Nasib baik juga dia tidak mabuk bila memerhatikan permandangan di luar kapal,kalau tak mahu pucat saja mukanya menahan loya. Setelah puas memerhatikan permandangan, Hani berpaling ke depan. Entah macam mana dia tergerak hati untuk berpaling ke sebelahnya. Spontan dia mengerutkan dahi apabila melihat Yongguk yang sudahpun terlena sambil sebelah tangannya memeluk satu patung harimau.

 

Mak ai! Biar betul mamat ni? Ke aku ni sedang berhalusinasi sekarang? Apasal dia tidur sambil peluk patung Tigger?,bisik hati kecil gadis itu sambil menenyeh kedua belah matanya tanda tidak percaya.

 

*Tigger - harimau serta kawan baik Pooh dalam cerita Winnie The Pooh

 

Disebabkan terlalu terperanjat serta tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang,Hani mendekatkan mukanya pada muka Yongguk. Dia berani berbuat demikian kerana lelaki itu sedang tidur..haha. Kalau dia berjaga jangan kata nak pandang muka, pandang bayang-bayang pun dia gerun!

 

Sambil memerhatikan setiap inci wajah lelaki itu Hani sempat lagi berbisik dalam hati.. Ini ke perompak garang dan menyeramkan yang selalu acu pistol dan ugut nak tembak kepala aku sampai otak berkecai kelmarin? Tak sangka dia nampak baik dan suci masa tidur...siap peluk patung lagi tu..pffr..dan lagi satu..

 

Kenapa dia nampak kacak sangat semasa dia tidur ni?

 

 

S O L J I  mengesat matanya yang berair. Di depannya berdiri seorang lelaki segak beruniform polis yang sedang memerhatikan gadis itu dengan gelengan kepala.

 

"Kami masih sedaya upaya menjejak perompak tersebut yang melarikan Cik Hani, kawan cik semasa rompakan bank kelmarin. Jadi saya harap cik dapat bersabar.."

 

"Encik Mino tahu tak hari ni kami sepatutnya pergi bercuti ke Pulau Jeju dengan kawan-kawan kami,tapi.."Solji mengelap air matanya lagi. Dia sebak dan sedih memikirkan nasib sahabatnya Hani yang kini dijadikan tebusan perompak. Bukan main terkejut dia apabila nama sahabatnya itu disenaraikan sebagai tebusan ketika dia menonton berita di tv semalam mengenai rompakan di sebuah bank di ibu kota.

 

Mino menepuk lembut bahu Solji."Bersabarlah Cik Solji. Kami akan sedaya upaya jejak perompak tu dan selamatkan Cik Hani secepat mungkin,okey?"

 

Solji cuma mampu mengangguk lemah. Dalam hati dia berdoa agar Hani selamat dan tidak dicederakan oleh perompak itu.

 

 

J O N G U P  menguap perlahan. Disebelahnya duduk Zelo, Himchan,Youngjae dan Daehyun yang sedang sibuk menikmati makanan ringan.

 

"Adoi.. Kenapa kita duduk di kelas ekonomi sedangkan bos duduk di kelas pertama hah? Sudahlah si Hani pun dia angkut se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~