Hubby dan Wifey

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

H A R I  ini merupakan hari paling bersejarah buat Hani dan juga Yongguk kerana..jeng jeng jeng! Mereka berdua akan berkahwin!

 

Jaehyo, abang Hani sudah terharu melihat adiknya berjalan beriringan dengan ayahnya menuju ke arah paderi dan bakal suaminya yang menunggu di altar. Adiknya nampak sangat cantik dengan gaun pengantin rekaan salah satu pereka dari butik terkenal di Seoul. Gaun itu memang mahal, hampir mencecah jutaan won tapi siapa kisah? Bakal adik iparnya yang mengeluarkan semua belanja kahwin ini. Dengar kata dia merupakan sekarang ahli perniagaan jadi tak hairanlah kalau dia membelikan gaun pengantin yang mahal untuk Hani serta mengadakan majlis perkahwinan di hotel mewah.

 

"Awak, tolonglah kawal air mata awak tu. Malulah kalau orang nampak awak menangis,"tegur isteri Jaehyo,Woori yang sudah menggelengkan kepala melihat kelakuan suaminya di sebelah. Memang suaminya itu emotional sikit, pantang tengok orang berkahwin atau melahirkan anak pasti menangis. Sudah betul dapat suami yang hatinya rapuh. Dah macam tajuk Lagu Opick pula. Haha

 

"Saya tak dapat kawal kegembiraan saya, sayang. Saya rasa macam seorang ayah yang melihat satu-satunya anak perempuannya berkahwin..wuuuwuwuw,"

 

Sementara itu, di sudut lain dewan hotel..

 

Ahli geng Bloody Bunny duduk semeja sambil menangisi pemergian ketua mereka,Yongguk. Aishh,bukan pemergian ke alam kubur tapi pemergian ke alam perkahwinan! Lol. Siapa sangka ketua yang tidak punya hati dan perasaan itu yang terlebih dahulu menjadi suami orang dalam kalangan mereka?

 

"Kalah kau Daehyun..kau yang bercinta terlebih dahulu dari ketua tapi ketua pula yang kahwin dulu dari kau."usik Himchan. Tersipu-sipu lelaki itu dibuatnya.

 

Tapi yang jelasnya,Youngjaelah yang paling berduka cita. Apa tidaknya,gadis kesukaannya yang akan menjadi isteri ketuanya sekejap lagi! Tapi lelaki itu hanya redho,pasrah dan menyerah kalah saja. Dia menganggap jodohnya bukan dengan Hani.. Bagus betullah kau ni Youngjae, dapat menerima qada' dan qadar. Tak apa Youngjae, nanti datanglah jodoh kau itu.

 

"Tapi kan ,tak sangka pula bos kahwin dengan Hani. Entah-entah bos memang suka Kat Hani tak sepanjang kita bercuti di Pulau Jeju dulu dan curi maklumat peribadi Hani lepas tu pergi lamar dia di rumah Hani tak?"Zelo menyuarakan pendapatnya yang tak berapa nak cerdik.

 

"Aish budak kecik ni..kau lupa ke ketua cakap dia kahwin dengan Hani sebab ibu mereka? Katanya ibu mereka yang aturkan perkahwinan mereka,"sampuk si Jongup pula sambil mengunyah gula-gula getah perisa durian. Entah dari mana dia dapat gula-gula getah itu, penulis sendiri pun tak tahu. Mungkin dia cipta sendiri kut. Dengar cerita dia dulu pelajar sains kimia yang berkaitan dengan cipta makanan perisa baharu dan pernah cipta Kit Kat perisa petai tapi ciptaannya di-reject sebab siapa nak makan coklat perisa macam tu? Bhahah.

 

Youngjae yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara,"Apa-apa pun, kita sebagai anak buah doakan sajalah ketua bahagia dengan perkahwinannya."

 

"Wuiishh,bukan main dalam ayat kau. Sedalam lubang cacing!"Daehyun berseloroh sambil menyiku Youngjae disebelahnya.

 

Jongup sudah tersengih,"Mana tak dalamnya, dia dulukan suka kat Hani tu. Bukan begitu, Youngjae sayang?"

 

"Itu dululah,Jong. Sekarang tak akanlah aku nak cakap aku masih sukakan dia sedangkan sekejap lagi dia akan jadi isteri bos? Aku tak naklah jadi pemusnah rumahtangga orang macam dalam drama. Aku nak cari cinta baru~~"

 

"Bhahah,kantoi Abang Jae selalu layan drama!"usik si Zelo yang sudah ketawa mengekek melihat mimik muka Youngjae. Pipinya merah menahan malu! Alamak, pecah rahsia yang aku kaki drama!

 

 

 

 

"T A H N I A H  Hani sebab dah jadi isteri orang! Nanti tak dapatlah kau lepak selalu dengan kami..wuuuwuwuu,"Junghwa sudah menangis terharu bercampur tak puas hati sebenarnya. Tak sangka kawan aku yang gila-gila ni boleh kahwin dulu dari aku yang vogue ni. Lol

 

Hani yang ketika itu sedang berdiri sambil mengipas mukanya dengan tangan sudah mengeringai. Dia dan Yongguk baru saja lepas bergambar dengan keluarga,sahabat dan juga tetamu-tetamu yang lain. Banyak juga gambar yang diambil sampai naik penat bibirnya untuk mengukir senyum.

 

"Ala,jangan risaulah. Kita masih boleh lepak bersama lagilah. Lagipun,laki aku tu selalu takda di rumah atas urusan kerja,jadi tak akanlah aku nak terperap kat rumah saja kan? Baik aku keluar lepak dengan kau orang semua, my best friend fuyooh!"Balas gadis itu sedangkan dalam hati lain pula yang dibisiknya..Banyaklah laki kau punya urusan kerja. Urusan kerja apa..pergi merompak adalah! Hissh, Bang Yongguk sayang, bilalah kau nak berhenti merompak?

 

Nasib baik juga suaminya itu sekarang sedang sibuk berbual dengan tetamu. Mungkin tetamu itu sahabat ibu bapanya. Sekali imbas dari jauh suaminya itu nampak agak peramah. Bibirnya tidak henti-henti senyum,begitu juga dengan ketawanya. Buat seketika,gadis itu terpaku melihat suaminya sendiri. Oh Tuhan,kan bagus kalau suami aku itu bersikap macam tu depan aku? Bercakap dengan nada lembut,panggil aku dengan nama manja..

 

 

Tunggu dulu.. Nama manja? Tak,itu semua tidak akan pernah terjadi. Yongguk bukan lelaki yang pandai bermanja sehinggakan mahu memanggil dia dengan nama manja. Ugghh, loya pula tekak ini pula terbayangkan suaminya itu memanggilnya dengan nama manja.. Walaupun hakikatnya lelaki itu pernah memanggilnya 'sayang' dan 'sweetheart' baru-baru ini. Itupun sebab lakonan mereka sebagai suami isteri di depan Jin.

 

"Tengok kawan kita sekarang ni.. Dia risaukan suaminya sampai asyik pandang saja suaminya dari jauh. Langsung tak nak pandang dah muka kita ni."usik Hyojin. Dia menggelengkan kepala saja melihat Hani yang begitu asyik memerhatikan Yongguk yang berdiri tidak jauh darinya. Sayang betul dia pada suaminya, cemburu pula aku yang melihatnya..

 

Youngguk yang tersedar dirinya diperhatikan seseorang sudah tidak sedap hati, pantas dia berpaling ke belakang dan dia dengan jelasnya dapat melihat kelibat isterinya yang sedang memandang ke arahnya. Ahh,rasanya bukan memandang..lebih kepada termenung kerana gadis itu tidak bergerak seinci pun dari tempatnya. Sudah macam patung cendana saja gayanya.

 

Dengan dahi berkerut,lelaki itu berfikir sejenak.. Dah kenapa bini aku ni,pandang aku tak berkelip? Agaknya dia terpegun dengan ketampanan suaminya ini..

 

Haha! Okey,aku nak troll dialah sekejap.. Oh my wifey,here I come!

 

"Alamak,suami dia datang daa! Fuhh,kacaknya!"seloroh Solji yang memang pantang melihat lelaki kacak. Begitu jugalah dengan rakan mereka yang lain. Nasib baik lelaki di depan mereka sekarang adalah suami Hani. Kalau tidak mesti mereka sudah meminta nombor Yongguk untuk ajak dia keluar dating.

 

Yongguk dengan penuh selamba dan bergayanya berdiri betul-betul di depan Hani kali menundukkan kepalanya sehingga paras matanya sama dengan mata gadis itu. Eye to eye contact gitu. Lol.

 

"Hani sayang, awak buat apa ni? Curi-curi intai saya ya?"tegur lelaki itu sambil mencubit pipi isterinya. Spontan gadis itu terjerit kecil, terkejut dengan tindakan tiba-tiba lelaki itu. Dan lebih mengejutkan,muka lelaki itu hanya beberapa sentimeter dari mukanya dan anak matanya pula sedang merenung jauh ke dalam matanya.

 

Heol, sejak bila mamat ni pandai buat hati aku cair ni?,bisik si isteri dalam hati. Sahabatnya yang lain sudah menggigit jari melihat kelakuan Yongguk.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~