Suami Palsu

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

T E R K U L  A T -kulat Hani apabila mendengar kata-kata Yongguk tadi. Matanya dikerdipkan beberapa kali sambil memandang wajah lelaki itu. Sejak bila pula aku bersuamikan lelaki ini? Jin pula sudah mengerutkan dahi. Tidak pula dia sangka bekas kekasihnya itu sudah bersuami!

 

"Suami Hani? Wow Hani..tak sangka pula saya awak dah kahwin. Bila Encik Yongguk dan Hani berkahwin ni?"ujar Jin sambil berjabat tangan dengan Yongguk.

 

"Kami baru berkahwin dua hari lepas. Sekarang kami dalam mod berbulan madu..kan sayang?"balas Yongguk selamba sambil membuang pandang ke arah gadis di depannya dengan senyuman di bibir. Siap kenyit-kenyit mata lagi tu!

 

Hani yang sedang blur membalas saja senyum lelaki itu dengan senyuman. Dalam hati sempat lagi dia mengumpat... Uishh mamat ni,pandai betul dia bermuka-muka depan orang. Boleh menang anugerah Oscar ni!

 

"Oh ya ke? Hahah.. maaflah,saya tak tahu awak berdua sedang berbulan madu. Kalau macam tu saya minta diri dululah. Jumpa lagi ya Hani, Encik Yongguk."

 

Yongguk memerhatikan saja lelaki itu beredar dengan senyum plastik tertampal di muka. Selepas yakin lelaki itu hilang dari pandangannya,dia kembali duduk di kerusi dan menikmati dagingnya. Dan itu membuatkan Hani hairan. Boleh pula dia berlagak tenang selepas mengaku jadi suami aku tadi?

 

"Encik! Kenapa encik cakap macam tu dekat Jin tadi?"

 

"Sebab kau lah. Aku tahu kau nak bagitahu dia hal sebenar kan?"

 

"Mana ada! Saya pun tengah fikir nak bagi alasan yang munasabah dekat Jin tadi. Ish encik ni..kan saya dah janji saya tak akan dedahkan identiti sebenar encik pada orang. Kalau saya nak dedahkan dah lama saya terpekik melolong kat sini untuk minta orang ramai tangkap encik tau?"marah Hani.

 

"Kejap.. Berani kau marah aku? Kau sedar tak kau sedang bercakap dengan siapa sekarang?"Yongguk sudah mengacukan pisau yang diguna untuk memotong daging ke muka gadis di depannya dengan mata yang sengaja dijegilkan. Nasib baiklah tiada pelanggan lain yang duduk di sekitar mereka kalau tidak tak adanya Yongguk berani berbuat demikian.

 

Hani sudah cuak. Spontan gadis itu menggelengkan kepala berkali-kali. "Maafkan saya encik, terlebih emosi pula tadi.. Ampunkan patik tuanku~"

 

"Apa tuanku-tuanku? Ingat aku ni putera raja zaman Joseon?"marah lelaki itu pula. Dia memang kurang gemar orang memanggilnya tuanku. Tidak tahu kenapa.

 

Eh eh eh dia ni. Kalau orang lain bila dipanggil tuanku, mesti dah suka sampai melompat ke bulan.. Dia pula marah bila dipanggil macam tu? Apa ke pelik sangat perompak ni?,bisik Hani dalam hati sambil tunduk memandang lantai. Dia hanya mampu mendiamkan diri kerana tiada idea untuk membalas. Kadangkala terfikir juga dia sebenarnya,bagaimanalah lelaki di depannya ini begitu berbakat dalam membuatkan orang tidak dapat membalas kata-katanya?

 

"Hah,kenapa diam? Tak ada idea nak balas?"

 

"Dah encik tengah marah,saya diam sajalah. Tak akan saya nak gelak macam badut sarkas pula,nanti tak pasal-pasal kena denda tekan tubi 200 kalilah itulah inilah."

 

"Uggh.. Lupakan sajalah! Buat penat je bercakap dengan perempuan banyak songeh macam kau ni. Dah, habiskan makanan tu cepat. Kejap lagi kita nak pergi beli baju pula."

 

Hani diam saja menikmati daging bakarnya. Cis..ada ke patut dia cakap aku banyak songeh? Aku takda minta dengan dia apa-apa kot selama dua hari ni kecuali makanan.

 

 

K E E S O K K A N  paginya,Yongguk bersetuju untuk menyertai lawatan anak buahnya ke sebuah akuarium. Katanya si Zelo, mereka mahu melihat ikan lumba-lumba berwarna putih yang menjadi salah satu tarikan mengapa pelancong ke situ. Itupun sebab mereka tertonton Cho Sarang dan Song's Triplets berenang dengan ikan lumba-lumba ketika mereka bercuti di Pulau Jeju dalam rancangan `Superman's Return´ subuh tadi. Ekeke

 

"Hish..lambatnya perempuan ni. Aku tinggal jugak dia karang,"bebel Yongguk yang sedang berdiri di luar bilik,betul-betul di depan dinding kaca hotel sambil melirik jam di tangannya. Kemudian dia membuang pandang ke luar hotel,memerhatikan permandangan sekitar. Oh, lupa nak cakap yang Hani pun turut sama mengikut Yongguk ke lawatan tu. Lol.

 

Seketika kemudian,Hani melangkah keluar dari bilik hotel dan berdiri di belakang Yongguk dengan perasaan ragu-ragu.

 

"Encik, saya dah siap."gadis itu mencuit bahu kanan Yongguk, menyebabkan Yongguk berpaling ke belakang. Terkesima sebentar di dibuatnya bila melihat penampilan Hani.

 

Hmm..nampak comellah pulak dia pakai macam tu. Dress merah jambu berlengan pendek paras lutut dengan corak bunga putih yang kecil.. Sungguh comel dan feminin dalam masa yang sama. Well,tengoklah siapa yang belikan? Bang Yongguk yang punya cita rasa fesyen yang tinggi inilah belikan kepada gadis itu malam semalam sampai naik hairan Hani dibuatnya. Yelah,siapa tak pelik kalau tiba-tiba saja orang yang selalu buli kita belikan baju untuk kita?(Hani anggap Yongguk tu pembuli lol)

 

"Encik? Oh encik? Encik okey ke?"panggil Hani sambil melambaikan kedua belah tangannya di depan muka Yongguk yang nampak seperti patung cendana. Langsung tidak bergerak sedari tadi. Apa, teruk sangat ke baju yang aku pakai ni?

 

Yongguk mengerdipkan mata seketika bila tersedar dari lamunan. Spontan dia berpura-pura melirik jam di tangannya untuk menutup rasa malunya. Ish..kenapa aku boleh terpegun sangat dengan penampilan dia ni?

 

"Baju ni tak okey ke? Kalau tak okey saya pakai baju yang Youngjae bagi sajalah."

 

"Jangan nak mengada. Dah lewat ni. Jom pergi."

 

Woo.. Mod garang dan dingin dia dah diaktifkan!,bisik Hani dalam hati sambil mengikut Yongguk masuk ke perut lif untuk turun ke lobi.

 

Setibanya mereka berdua di lobi,Youngjaelah yang nampak sangat gembira dalam ramai-ramai anak buah Yongguk itu. Mana tidaknya, Hani turut sama mengikut mereka ke akuarium.

 

"Hai Hani,lama tak nampak. Sihat?"tegur Himchan dengan sengihan. Dia ni memang terlebih peramah sikit. Lol.

 

"Baik..sihat saja,"jawab Hani kembali. Dalam hati dia sudah mengomel.. Kenapalah perompak-perompak ni semuanya kacak-kacak belaka? Oh Tuhan,aku tak boleh terima kenyataan yang semua lelaki kacak depan aku ni adalah perompak yang jadikan aku sebagai tebusan mereka!

 

"Hoi..kau dah kenapa tarik-tarik rambut ni? Cepat masuk,orang dah nak pergi dah ni."

 

Hani tersentak. Tak sedar pula dia

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~