Rahsia

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

H A R I  ini hari Sabtu dan cuaca hari ini tersangatlah cerah serta ceria. Jadi Haneul pun mengajak mama dan papanya pergi berkelah di taman berhampiran. Hani bersetuju saja untuk berbuat demikian tetapi tidak Yongguk. Dia menyuruh anaknya itu pergi berkelah berdua dengan isterinya kerana dia ada kerja yang perlu diselesaikan. Berkerut-kerut dahi Hani mendengarnya. Apa pula kerja yang suaminya itu perlu laksanakan di hujung minggu macam ini?

Sekejap..jangan cakap dia nak..

Merompak?

 

"Hubby nak ke mana sebenarnya?"tanya Hani sambil memerhatikan Yongguk yang sedang memakai jaket kulitnya di dalam bilik mereka. Kacak betul lelaki itu hari ini bila dia memakai seluar jeans hitam ketat dipadankan dengan jaket kulit yang juga berwarna hitam. Rambut pula digayakan ala-ala rambut Edward Cullen.. Sempat lagi gadis itu berbisik dalam hati melihat penampilan lelaki itu.. Alahai suami aku ni..kenapa handsome sangat?

 

Yongguk dengan muka keringnya hanya memandang isterinya dengan ekor mata sambil berkata,"Kerjalah. Takkan tak faham lagi kot?"

 

"Merompak?"

 

"Habis tu takkan jual pisang goreng pulak?"

 

Hani merengus kecil. "Wifey ingat hubby dah tak merompak lagi.."balas gadis itu perlahan sambil tunduk memandang lantai. Sudah beberapa minggu dia menjadi isteri lelaki itu dan dia benar-benar menyangka suaminya itu sudah tidak merompak. Bukan apa..wang rompakannya yang terdahulu masih lagi belum habis. Mana mungkin wang sebanyak beberapa ratus juta won itu boleh habis dalam masa yang singkat memandangkan Yongguk sendiri bukanlah manusia yang suka menghabiskan duit. Hani sendiri sudah sedia maklum dengan sikap tangkai jering suaminya itu. Bayangkanlah, anak sendiri minta belanja lolipop pun dia teragak-agak nak keluarkan duit untuk membelinya? Kedekut betullah Yongguk  ni.

 

Yongguk yang sudahpun selesai menyiapkan diri hanya tersenyum sinis sebelum dia bergerak mendekati gadis itu lalu berdiri di depannya dengan gaya kedua tangannya disilang. "Dear,perompak tetap perompak. Itu fakta yang tak boleh diubah.. Dan satu lagi, hubby tak akan berubah mengikut apa yang wifey mahukan, jadi tolong terima diri your husband ni seadanya..okey?"

 

Satu keluhan berat dilepaskan oleh sang isteri. Terima diri kau seadanya? Kalau aku tak terima diri kau seadanya sudah tentu kita tak akan jadi suami isteri seperti sekarang!

 

"Tapi hubby, masih sempat lagi hubby ubah diri hub.."

 

"Gotta go now. Talk to you later."

 

Hani menyentuh pipi kanannya yang terasa hangat gara-gara dicium suaminya yang sudahpun melangkah keluar dari bilik, meninggalkan dia yang sedang terpinga-pinga sendirian. Arrgghhh, dia cium aku masa aku sedang sibuk bercakap lagi! Haissshh!!

 

 

H I M C H A N  merenung skrin telefonnya sebelum mengeluh kecil. Waktu sekarang sudah menginjak ke pukul 9 pagi tetapi bayangan sahabat baiknya masih lagi belum timbul di mana-mana pun. Puas juga dia menunggu Yongguk sehinggakan beberapa kali dia singgah di kedai donut berhampiran untuk membeli donut. Namun tidak berapa lama kemudian dia ternampak kelibat lelaki itu yang sedang keluar dari kereta dan berjalan ke arahnya. 

 

"Lewat betul kau hari ni. Selalunya kau yang sharp pasal waktu ni."

 

"Jalan sesak sebab ada accident tadi. Hmm, mana yang lain?"soal Yongguk  yang hairan bila melihat hanya Himchan saja yang berada di situ. Dibuka kaca mata hitam yang dipakainya lalu disangkutkan pada kolar bajunya. Sempat lagi matanya melihat keadaan sekeliling.

 

"Diorang dah siap sedia di posisi masing-masinglah. Sekarang ni tinggal kita je yang perlu ambil tempat dan jalankan misi."

 

Yongguk menganggukkan kepala tanda faham. Terus dia mengikut langkah lelaki itu ke pameran barang kemas yang hanya beberapa meter dari tempat mereka bertemu tadi. Himchan pula, sambil berjalan dia meneliti skrin telefonnya, cuba berhubung dengan ahli Bloddy Bunny yang lain untuk menegtahui keadaan mereka. Misi mereka kali ini sangat berat kerana melibatkan barang kemas dalam jumlah yang besar dan mahal. Sebab itulah mereka merangka misi ini sebulan yang lepas.

 

"Hei Yongguk.. Kau belum beritahu Hani hal yang sebenar-benarnya bukan?"tanya Himchan ketika mereka sudahpun masuk ke dalam pameran barang kemas tersebut.

 

Mereka masuk ke sana selepas selesai menyalin pakaian mereka kepada pakaian yang lebih formal..tuksedo! Himchan memakai tuksedo biru manakala Yongguk memakai tuksedo hitam. Mahu tidak mahu mereka perlu memakainya kerana itu merupakan salah satu syarat untuk masuk ke pameran tersebut.. Pameran yang dikhaskan untuk golongan kaya namun dalam masa yang sama menjadi tumpuan para perompak dari serata dunia.

 

Yongguk menghela nafas. "Tak. Dia dapat terima suami dia adalah seorang perompak jadi buat apa aku beritahu hal sebenar dekat dia?"jawab lelaki itu selamba sambil mengunyah gula-gula getah jenama Bommer perisa oren. Siap buat belon lagi. Fuhh, kalah budak-budak. Tapi hal apa pula yang lelaki ini rahsiakan dari isterinya?

 

Himchan tiba-tiba ketawa kecil. "Macam-mana dia tak percaya kau ni perompak kalau kau sendiri pun berlagak betul-betul macam perompak? Dulu masa kita semua bercuti dekat Pulau Jeju tu bukan main kau buli dia dengan acu pistol dekat kepala dia, siap ugut dia lagi supaya tak dedahkan identiti kita semua kepada orang lain."

 

Yongguk hanya tersengih saja. Memang benar dia sengaja membuli gadis itu dengan pistol ketika di Pulau Jeju dulu. Sebabnya senag saja..kerana Hani adalah tebusannya dan nampak seperti senang dibuli jadi apa salahnya dia menggunakan title perompaknya untuk membuli gadis itu? Lagipun..ekspresi wajah Hani bila takut dan cuak nampak agak comel  itu juga merupakan salah satu sebab Yongguk membulinya. Ufufufufu

 

Kedua lelaki kacak itu berjalan di sekitar kawasan pameran, melihat-lihat barang kemas yang dipamerkan sambil memerhatikan keadaan sekitar. Mereka cuba mencari target mereka dengan mengimbas keadaan sekitar menggunakan kanta lekap yang dipakai mereka. Sekali lihat kanta tersebut seperti kanta lekap berwarna-warni yang dijual dipasaran tetapi kanta tersebut sebenarnya merupakan alat berteknologi tinggi yang membolehkan pemakainya mengesan senjata yang berada di tubuh badan manusia dengan sekali imbas! Dan alat itu juga boleh mengesan seseorang jika data mengenai individu itu dimasukkan dalam simpanan data kanta lekap itu.

 

"Kau tahu tak, kau ni jenis yang susah terpikat dengan perempuan walaupun perempuan tu secantik dewi. Tapi aku hairan jugalah macam-mana kau boleh bersetuju untuk kahwin dengan Hani. Yelah, dulu-dulu pun mak kau pernah juga nak jodohkan kau dengan orang lain tapi kau tolak habis-habisan. Kenapa eh? Ada apa-apa rahsia yang aku tak tahu ke?"tanya Himchan sambil berjalan seiringan dengan sahabatnya itu. Sudah lama sebenarnya dia mahu bertanyakan soalan itu tapi tidak berkesempatan memandangkan Yongguk kini sudah tidak tinggal sebumbung dengan dia dan ahli Bloody Bunny yang lain.

 

Tiba-tiba Yongguk terbatuk kecil, terperanjat dengan pertanyaan sahabat baiknya itu. Memang susah untuk meyimpan rahsia dari Himchan kerana lelaki itu pandai membaca isi hatinya. Agaknya Himchan ini punya pertalian darah dengan Nujum Pak Belalang, sebab itu dia pandai membaca isi hati dan fikiran orang.

 

"Rahsia apa pulak kau ni?"soal Yongguk dengan dahi berkerut.

 

"Rahsia hati kaulah. Kau ingat aku tak tahu kau sukakan Hani sejak kau jadikan dia tebusan lagi?"Himchan menjongketkan kening dua kali tanda mengusik.

 

Yongguk buat-buat tak dengar. Malas pula dia mahu menjawab soalan cepu emas Himchan itu. Dia berjalan ke arah meja yang menempatkan makanan dan minuman lalu mengambil segelas jus oren. Diteguk perlahan jus tersebut sebelum tiba-tiba kanta lekapnya menunjukkan tanda amaran menandakan target mereka berada berhampiran. Sepantas kilat dia berpaling ke arah target dan dia ternampak seorang lelaki tinggi lampai bertuksedo putih sedang sibuk memerhatikan The Red Monkey, sebutir berlian bersaiz penumbuk manusia berwarna merah dari Afrika yang juga merupakan salah satu barang kemas paling ma

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~