Balik Kampung

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Y O N G G U K  sedang menikmati snek bila isterinya Hani menatang satu dulang berisi secawan kopi panas dan menghidangkannya kepada lelaki itu. Direnung saja muka Hani di depannya itu dengan penuh minat. Sebenarnya dia sedang memikirkan reaksi apa yang akan isterinya tunjukkan bila dia memberitahu rancangannya. Rancangan apa? Jom tengok..

 

"Hubby."

 

Tersentak seketika si suami bila si isteri menegurnya terlebih dahulu.

 

"Hmm."jawab Yongguk dengan menggumam perlahan.

 

Hani menggaru kepalanya seketika,kurang pasti perlukah dia bertanyakan soalan yang bermain-main di benak fikirannya. Tapi rasanya dia perlu tanya juga!

 

"Err..hubby masih merompak ke?"

 

"Wifey rasa?"Yongguk menjongketkan sebelah keningnya.

 

"Rasa curious.."

 

Yongguk sudah menahan tawa. "Huff.. Hmm, buat masa ni tak merompak sebab bekalan wang rompakan tu masih banyak lagi. Tunggu habis barulah hubby merompak semula. Kenapa? Wifey nak join hubby merompak juga ke?"

 

Hani sudah menyeringai. Lembap punya suami..ada ke patut dia ajak aku merompak sekali? Tak patut tak patut..  Memang mamat ni tak ada kesedaran sivik langsunglah..

 

"Terima kasih sajalah. Saya lagi suka kerja biasa-biasa,yang kurang mencabar dan kurang risiko ditangkap polis macam jual bunga ke..office girl ke."

 

Aik, perempuan ni dah pandai-pandai sindir aku pulak ya? takpa..takpa.. Ada ubi ada batas,sakit kaki naik bas!,bisik Yongguk dalam hati. Ah,macam tak kena saja perumpamaan tu? Lantaklah!

 

"Apa-apa sajalah.. By the way, jom pergi bercuti esok."

 

Sebaris ayat terakhir lelaki itu membuatkan Hani tersenyum sehingga ke telinga.

 

"Bercuti ke mana..?"

 

"Adalah.. Tempat hanya kita berdua saja ada disitu. Nak tak?"

 

Hani hanya mampu menganggukkan kepala padahal dia sudah melompat dalam hati mendengar kata-kata suaminya. Gembiranya bukan main!

 

 

"K A U nak pergi bercuti?"soal Himchan tatkala Yongguk datang ke rumah lamanya..markas Bloddy Bunny. Maklumlah,sekarang dia tinggal di rumah baharu dengan isteri.

 

Yongguk mengangguk perlahan sambil mengusap arnab hitam milik Himchan dalam dukungannya. "Ya.. sambil melawat seseorang."

 

"Seseorang? Oh..aku faham. Tapi bukan ke itu bermakna kau dah bersedia nak perkenalkan Hani kepada dia?"

 

"Perkenalkan siapa?"

 

"Opocot!"terus terlepas arnab hitam Himchan dari dukungan si Yongguk. Melatah punya pasal. Itu merupakan satu kelemahan Yongguk yang hanya diketahui oleh gengnya.

 

Daehyun yang menjadi punca Yongguk melatah tadi sudah ketawa mengekek. Himchan turut sama ketawa. Siapa tak melatah kalau tiba-tiba ada tangan misteri mencuit pinggang? Gila betul Daehyun ni. Haha

 

"Kau ni nak makan pelempang aku ke Dae?"

 

"Sorry bos,hehe."jawab Daehyun selamba. Memang dia sudah terbiasa dengan Yongguk yang garang itu. Makin ketuanya itu marah makin tenang pula dia. Penyabar gitu.

 

"Kau ni Daehyun,pergi main jauh-jauh nuh! Kami tengah bincang hal peribadi ni."Himchan tiba-tiba bersuara sambil menolak badan Daehyun ke pintu. Ketika ini mereka berada di bilik Himchan. Pelik juga lelaki itu sebenarnya bila melihat Daehyun muncul di biliknya. Agaknya dia terlupa mengunci pintu bilik tadi.

 

Daehyun hanya ketawa saja sambil keluar dari bilik. Sempat lagi dia menculik arnab hitam milik Himchan itu keluar. Memang dia sengaja masuk ke bilik Himchan dan membuat ketuanya melatah supaya dia boleh mengambil arnab itu. Bukan apa, Daehyun selalu bermain dengan arnab itu jadi kalau sehari tak bermain dengan arnab itu tak sah. Ekeke

 

"Kau la ni.. tak kunci pintu tadi. Nasib dia tak tahu kita cakap pasal apa."bebel Yongguk sambil mengurut dada.

 

Himchan sudah menyeringai. Cepat-cepat dia mengunci pintu biliknya dan duduk semula di sofa menghadap sahabatnya Yongguk.

 

"Aku dah kunci pintu dah. Ala..rahsia kau selamat je dengan aku. Kita dah berkawan lama dah Yongguk,tak akanlah kau tak percayakan aku?"

 

Yongguk menggaru belakang lehernya. "Aku percaya je.. Hmm..Kau rasa patut ke aku perkenalkan Hani kepada dia tu? Aku risau mereka berdua tak dapat terima diri satu sama lain.."

 

"Perkenalkan sajalah kawan. Lagipun aku rasa mereka akan terima diri masing-masing. Percayalah."

 

 

 P E T A N G itu Hani keluar bersama sahabatnya Hyojin dan Hyerin. Kononnya nak bincang pasal cari kerja. Lepasan universitilah katakan. Hani tiada masalah untuk bekerja kerana Yongguk sendiri tidak melarang dia bekerja. Dia lagi suka sebenarnya. Tak adalah banyak sangat duit belanja yang dia perlu keluarkan untuk isterinya itu. Kedekut betul Yongguk ni.

 

Hyojin mengerling Hani disebelah yang sedang termenung. Entah apalah yang gadis ini menungkan?

 

"Alahai Hani,masih tak puas ke pandang muka suami sampai kat sini pun kau nak termenung ingat kat dia?"usik Hyerin sambil ketawa kecil.

 

Hyojin menepuk dahi."Kau tengok? Kau cakap pun dia tak dengar. Hebat betul penangan suami dia."

 

Sebenarnya Hani dengar apa yang dua sahabatnya itu b

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~