Perompak Busuk...!

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

"B E T U L  ke apa yang encik cakapkan ni?"Soal Hani kepada Yongguk yang sedang berdiri di depan cermin, sedang membutangkan butang di pergelangan baju kemejanya. Hani pula ketika itu sedang sibuk membancuh kopi untuk lelaki itu.

 

"Ya..betul. Berapa kali aku nak ulang ayat yang sama? Aku dah cakap tadi yang aku akan lepaskan kau esok sebaik saja kita sampai di Seoul."

 

Hani tersenyum sampai ke telinga. Memang inilah berita baik yang ditunggu-tunggunya sejak seminggu yang lalu..iaitu bebas! Ya,Yongguk bersetuju untuk membebaskan dia! Yahoo!

 

Tapi..mengapa hati ini rasa semacam saja? Bukankah dia sepatutnya berasa gembira dengan berita itu? Jadi mengapa hati ini terasa seperti keberatan dan sedih pula? Pelik sungguh..

 

"Ouchh! Aduh.."Hani menjerit kecil bila air panas di dalam gelas tertumpah dan terkena jarinya. Ah,semua ini salah dirinya..kalau dia tidak kusyuk memikirkan mengapa hatinya sedih tadi sudah pasti jarinya tidak menjadi mangsa lecuran air panas. Direnung jarinya yang sudah merah.

 

"Hoi,kau buat apa ni?"

 

"Hah?"

 

"Ishh.. Meh sini!"Yongguk menarik tangan dimana jari gadis itu terkena air panas ke sinki lalu dialurkan air sejuk pada jari tersebut.

 

"Ah..terima kasih encik,"ucap Hani perlahan,hampir tidak kedengaran butir bicaranya tapi Yongguk dengar itu. Dia kemudiannya menutup paip sinki dan bergerak ke peti sejuk untuk mengambil ais.

 

Lelaki itu merengus perlahan." Macam manalah kau buat kerja sampai jari terkena air panas? Cemerkap betullah.."

 

Dalam membebel itu,tangan Yongguk masih setia menekap jari Hani yang merah dengan ais yang diambil dari peti sejuk. Entah mengapa terusik hati kecil gadis itu melihatnya. Dia kurang pasti mengapa dadanya berdebar-debar tatkala terpandangkan riak serius Yongguk ketika ini. Nampak seperti dia sedang merawat seseorang yang amat penting bagi dirinya? Entahlah..

 

"Apa-apa pun,sekejap lagi kau bersiap-siap. Kita nak pergi suatu tempat. Dan jangan banyak tanya."

 

 "Okey.."perlahan saja Hani membalas sambil memerhatikan Yongguk yang sudah melangkah pergi ke bilik air. Kemudian dia merenung jarinya yang melecur tadi. Melecurlah sangat..cuma merah saja. Tiba-tiba dahinya berkerut seribu.

 

Bila masa mamat tu lekatkan plaster pada jari aku ni? Hmm.. Agaknya aku yang kuat sangat mengelamun sampai tak sedar jari aku dah berplaster. Dahlah corak arnab..  Kyaaa comel gila!

 

 

TE N G A H A R I  itu Hani mengikut Yongguk dan anak buahnya ke pelabuhan berhampiran. Kata Yongguk,untuk mengambil barang. Barang apa,Hani sendiri pun kurang pasti. Minta-minta mereka tak seludup dadah.. Aku tak nak jadi rakan subahat mereka!,doa gadis itu dalam hati.

 

Youngjae memerhatikan Hani disebelahnya yang sedang menyedut air susu coklat dalam kotak yang diberikan oleh Zelo. Kemudian dia terpandangkan jari telunjuk tangan kanan Hani yang berbalut plaster berwarna merah bercorak arnab.

 

"Kenapa dengan jari awak tu Hani?"

 

"Ini? Ah..tadi jari saya terkena air panas."

 

"Dan plaster tu..dari mana awak dapat?"

 

Hani merenung plaster di jarinya. "Ketua awak yang bagi tadi. Kenapa?"

 

Youngjae tersenyum. "Tak ada apa-apalah. Saja je tanya."

 

Hani membalas senyum Youngjae. Dia kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah Yongguk dan yang lain yang sudah berjalan jauh ke depan. Lelaki itu sedang berbual-bual dengan Himchan. Kadangkala riak mukanya serius..kadangkala dia ketawa. Entah apa yang mereka berdua bualkan,gadis itu sendiri pun kurang pasti. Dan tanpa sedar bibir Hani mengukir senyuman tatkala melihat tawa ketua perompak itu.

 

Setelah beberapa minit berjalan disepanjang laluan tepi pelabuhan,mereka bertujuh sampai di hadapan sebuah kapal kontena. Melopong saja Hani melihat kapal kontena yang besar itu. Agak-agak sama besar tak dengan kapal Titanic? Lol.

 

"Weh..yang kau tercegat dekat situ lagi tu kenapa? Cepat ikut aku,"kedengaran suara garau Yongguk memanggilnya dari jauh. Hani mengerdipkan mata. Hishh,apa kena aku ni asyik melopong je? Cepat-cepat gadis itu mengekori langkah ketua perompak itu dari belakang.

 

"Err encik,barang apa yang encik nak ambil dari sini? Dadah ke?"

 

"Amboi mulut kau..boleh tahan celupar juga eh? Kang aku toreh bibir kau dengan pisau ni kang baru tahu..nak?"tiba-tiba Yongguk mengeluarkan sebilah pisau Rambo yang kecil saiznya dari poket kotnya dan menunjukkannya kepada gadis di sebelahnya.

 

Hani dengan pantasnya menekup bibir dengan kedua belah telapak tangannya sambil menggelengkan kepala tanda protes. Dalam hati sempat lagi dia membebel..mamat ni semua benda dia bawa..pistolllah pisau rambolah.. Nasib baik torpedo tu besar,kalau ada torpedo saiz kecil nak juga dia bawa dalam poketnya tu. Tapi lega juga hati ni bila tahu dia tak seludup dadah..muahaha

 

"Tahu takut. Baik kau diam je sekarang dari terus tanya aku soalan yang menyakitkan hati."

 

Secara automatiknya gadis itu diam tidak terkutik. Dia hanya mengikut saja Yongguk dari belakang sehinggalah mereka berdua berhenti di hadapan Himchan dan yang lain-lain yang sedang mengacukan pistol ke arah beberapa lelaki berpakaian ala-ala tentera.

 

Hani sudah menelan liur. Apa pulak yang mereka semua buat ni..nak main tembak-menembak di atas kapal ni pulak ke? Eh..tak akanlah mereka nak rompak kapal ni pulak kot?! Sempat dikerling muka lelaki disebelahnya yang nampak tersangatlah tenang. Siap berdiri sambil berpeluk tubuh dan tersenyum herot lagi.

 

"Encik,kenapa encik boleh tersengih sedangkan yang lain semuanya buat muka serius nak mati? Encik tak takut ke? Kalau encik kena tembak nanti macam-mana?"bertubi-tubi gadis itu menyoal Yongguk sehinggakan naik pening pula ketua perompak itu dibuatnya.

 

Yongguk merenung wajah gadis disebelahnya dengan riak muka stone.

 

"Kan aku dah suruh kau diam tadi.. Kau ni degil jugak eh?"balas lelaki itu sambil menarik hidung Hani semahu-mahunya. Terjerit gadis itu dibuatnya dan jeritan itu menyebabkan yang lain memandang ke arah mereka. Mereka kehairanan seketika melihat kelakuan dua manusia itu.

 

"Bos,mereka semua tak mahu bagi barang kita melainkan kalau kita bayar harga baru yang mereka letakkan."tiba-tiba Jongup bersuara.

 

Seriously, barang apa yang mereka minta ni?,Hani berteka-teki dalam hati sambil memerhatikan kelakuan anak buah Yongguk dan lelaki-lelaki misteri itu yang masih dalam posisi mengacukan pistol ke arah satu sama lain.

 

"Hani,berdiri di belakang aku. Kalau kau ditembak nanti,aku juga yang susah."

 

Entah kenapa berbunga-bunga hati kecil gadis itu mendengar patah kata yang keluar dari mulut tebal Yongguk yang seksi itu. Err..seksi ke? Entahlah..sekali pandang nampak seksi..ala-ala Angelina Jolie dan Kylie Jenner gitu.. Apa-apa pun,Hani menurut saja arahan ketua perompak itu dengan berdiri di belakangnya sambil memegang belakang badan kot yang dipakai lelaki itu.

 

Yongguk yang terasa belakang badan kotnya ditarik Hani sudah berdebar-debar. Spontan dia mengurut dada. Haishh..kenapa dengan hati aku ni? Tiba-tiba je berdebar.. Hmm..nak kena pergi hospital buat pemeriksaan kesihatan ni,takut-takut aku ada lemah jantung ke apa ke,bebelnya dalam hati.

 

"Wah korang.. Kami dah bagi berapa juta won pun korang nak minta lebih lagi? Dasar makan suap,"kutuk Zelo yang memang agak lancang mulutnya.

 

"Eh bro..makan boleh sebarang makan,cakap jangan sekarang cakap.. Kang tak pasal berkecai otak kau aku tembak dengan pistol ni!"

 

"Ewah ewah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~