Terima kasih cinta

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

H A N I menuang teh ke dalam cawan di depan Yongguk. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dia sedang alami sekarang. Hakikat bahawa suaminya kini sedang menghirup teh di depan matanya dengan penuh tenang membuatkan dia keliru seketika. Setakat apa yang dia tahu, suaminya itu hilang diculik musuh. Kalau benar dia diculik, pasti rupanya berbeza...pasti rupanya nampak selekeh dan tidak terurus memandangkan hampir beberapa minggu juga dia menghilang tanpa khabar berita. Tetapi bagaimana sekarang dia nampak sangat tenang dan kemas? Dan telinganya...cuping telinganya masih berada disitu!

 

"Wifey menungkan apa tu? Hmm?"Panggil Yongguk sambil mendekatkan dirinya dengan Hani yang duduk di sebelahnya. Hani yang sedang termenung terkebil-kebil seketika apabila tersedar suara garau sang suami memanggilnya.

 

"Tak...takde papelah..."

 

"Betul ni? Hubby tahu wifey ada banyak soalan untuk hubby...kan?"Lelaki itu merenung sekilas wajah isterinya di sebelah sebelum meletakkan cawan yang dipegangnya di atas meja.

 

Hani meramas-ramas jari-jemarinya. "Erm...macam mana hubby boleh terselamat dari semua ini?"

"Itu sebab anak buah hubby datang selamatkan hubby, sayang...Lagi?"

"Siapa dalang disebalik apa yang berlaku pada hubby ni?"

"Kalau hubby beritahu ni wifey jangan terkejut pula..okey?"

 

Hani menganggukkan kepala. Yongguk pula mula menarik nafas sedalam mungkin.

 

"Dalangnya kawan Youngnam, kembar hubby dulu... Namanya Kim Jaehyung. Dia sukakan Youngnam sampai sanggup tukar jantina...tapi masa tu Youngnam dah kahwin. Disebabkan cemburu, dia bunuh Youngnam dengan isterinya. Hubby rasa dia tersalah sangka yang hubby ni Youngnam, sebab tu dia culik hubby. Kalau wifey nak tahu, James dan juga Cif Inspektor Mino tu sekutu Jaehyung."Jawab Yongguk. Teringat dia akan apa yang Jaehyung cerita kepadanya semasa dia dalam tahanannya dulu. Fakta bahawa kedua abang kembar serta isterinya ditembak oleh Jaehyung membuatkan dia benar-benar terkejut. Dia tidak menyangka abang kembarnya mati di tangan kawan baiknya. Yongguk tahu Jaehyung kawan baik Youngnam kerana abangnya itu ada memberitahunya dulu...ketika mereka sama-sama bekerja bersama bangunkan syarikat mereka. Dan Youngnam sangat sayangkan Jaehyung tidak lebih dari seorang kawan. Dia menganggap lelaki itu sebagai ahli keluarganya sendiri, seseorang yang amat bermakna dalam hidupnya selain Shannon kesayangannya. Tapi itulah, tidak semua yang diharapkan itu indah.

Hani sudah membeliakkan matanya tanda kurang percaya. Pegawai polis yang menyiasat kes culiknya dengan crush ketika zaman sekolahnya turut terlibat dengan semua ini? Wow, sesuatu yang langsung tidak terlintas pun di fikiran Hani. Maknanya mereka berdua sama sahajalah jahatnya dengan Yongguk memandangkan Yongguk merupakan seorang perompak. Tapi kata Yongguk, dia sudah tidak menjadi perompak. Entah betul, entah tidak...tidak pula Hani tahu. Dia tidak dapat mengagak apa yang Yongguk fikirkan walaupun lelaki itu adalah suaminya. Dia masih belum sampai ke tahap memahami suaminya itu lagi.

"Jadi Cif Inspektor Mino tu...bukan polis betullah? Menyamar jadi polis?"

"Dia memang polis betul sayang....tapi at the same time dia orang jahat. Dia orang kanan kumpulan Blaxx Hxrse, kumpulan penjenayah yang diketuai Jaehyung. Samalah juga dengan James. Nasib baiklah kesemua mereka dah ditangkap polis, kalau tak mungkin sampai sekarang kita terpisah jauh lagi..."Yongguk merapat jarak diantara mereka lalu memeluk bahu isterinya erat.

 

Hani membiarkan saja suaminya berbuat demikian sebelum membalas,"Tapi...macam mana hubby tahu Mino tu jahat? Wifey selalu ingat dia seorang polis yang baik memandangkan dia yang siasat kes wifey kena culik dulu."

Yongguk tiba-tiba tersengih."Well...anak buah hubby yang tolong siasat sebab dia suspicious sangat. Dia tak tahu hubby and the gang lagi hebat dari dia, lagi superior, lagi tinggi pangkatnya dari dia."

 

"What do you mean by superior?"Hani mengerutkan dahi tatkala mendengar ayat yang keluar dari bibir suaminya itu. Namun kerutan di mukanya disambut dengan hilai tawa sang suami yang nampaknya geli hati dengan reaksi si isteri.

 

"Sebenarnya..hubby ni ketua pasukan perisik elit yang menyamar sebagai perompak untuk menangkap kumpulan Blaxx Hxrse tu."

 

"A-apa!?"

 

 

J I N W O O merenung kertas kerja di depan matanya sekarang. Kertas yang tertulis nama bekas ketuanya membuatkan dia berasa teramat pelik. Dia membuang pandang pula ke arah plak nama di mejanya. Tertulis namanya berserta pangkat barunya iaitu Cif Inspektor Kim Jinwoo. Ya, selepas Mino ditangkap di atas kesalahan terlibat dalam kumpulan penjenayah paling dikehendaki Jinwoo dinaikkan pangkat terus menjadi cif inspektor menggantikan posisi Mino. Siapa tak suka naik pangkat? Bila pangkat naik, gaji pun naik dan kerja pun makin bertambah...aishhh! Sabar jelah Jinwoo...hahaha

 

Sejujurnya Jinwoo mengambil masa yang agak lama untuk mengetahui belang Mino yang sebenarnya. Terima kasih kepada kelakuan Mino yang agak pelik setelah menerima kes rompakan Bloody Bunny, Jinwoo tiba-tiba tergerak hati untuk melakukan sedikit siasatan dalam diam terhadap bekas ketuanya itu. Dan sepanjang siasatannya itulah dia menemui banyak perkara pelik mengenai Mino sehinggalah sampai ke satu tahap dia ternampak lelaki itu membunuh seorang lelaki dengan sebilah pedang samurai yang Jinwoo agak sebagai orang bawahannya yang gagal menjalankan tugas yang dia beri. Sejak hari itu, Jinwoo lebih berhati-hati ketika berada berhampiran Mino.

 

Sementara itu, di Penjara Kajang (mohon lempang penulis wkakakaka), Solji menunggu seseorang di ruang menunggu. Setelah sepuluh minit menunggu, seorang lelaki tinggi lampai berpakaian pakaian penjara berwarna oren pun keluar dan berjalan ke arah gadis itu. Solji merenung wajah lelaki itu yang kini sedang duduk di depannya. Spontan kedua mereka mencapai gagang telefon yang berada di depan mereka dan mula berbual.

 

"Ada apa kau nak jumpa aku ni, Solji?"Nada suara Mino kedengaran seperti menyampah dengan apa yang dilihatnya sekarang.

 

"Betul ke apa yang saya dengar pasal awak? Tentang pengkhianatan awak terhadap pihak polis?"Soal Solji di talian sambil merenung wajah kacak di depannya yang sebenarnya di pisahkan oleh sekeping kaca di antara mereka. Mino mengeluh perlahan tatkala mendengar pertanyaan gadis itu.

 

"Pengkhianatan apa? Aku cuma jalankan tugas aku. Aku sertai polis sebab nak balas dendam dengan Yongguk, suami kawan baik kau tu."

"Jadi selama ni..awak dekati saya sebab Yongguk dan Hani?"

Mino menganggukkan kepala, mengiyakan pertanyaan Solji. Solji terdiam agak lama sebelum tiba-tiba Mino bersuara kembali.

"Aku tak pernah sukakan kau. Jadi aku mohon, buang semua perasaan kau terhadap aku. Kau boleh dapat lelaki yang lebih baik."

 

Solji terkaku dengan kata-kata Mino. Dia memandang lelaki itu sekilas sebelum perlahan-lahan melepaskan ketawanya. Ketawa yang langsung tidak ikhlas, bahkan sebenarnya itu cuma ketawa yang dibuat-buat untuk menyembunyikan rasa kecewa dengan apa yang sedang dialaminya. Matanya hampir saja menitiskan air mata tetapi ditahan. Dia tidak mahu lelaki jahat itu melihat dia menangis. Dia tidak mahu nampak lemah di depan seorang lelaki yang berjaya menghancurkan hatinya.

 

"saya memang bodoh sebab sukakan lelaki jahat macam awak."Ujar Solji lagi sebelum bangun dan meninggalkan ruang menunggu itu, menyebabkan Mino mengeluh perlahan.

 

"Padan muka kau, Song Mino..."

 

 

S E D A R tidak sedar, sudah tujuh bulan berlalu. Kini, segalanya sudah terjawab. Misteri demi misteri yang menghantui hidup Hani selepas berkahwin dengan Yongguk mula terungkai satu demi satu. Dari siapa dalang yang menculik suaminya itu serta siapa sebenarnya Bang Yongguk.

 

Menurut Yongguk, dia dan teman-teman Bloody Bunny sebenarnya merupakan satu pasukan perisik elit yang bernaung di bawah Kementerian Pertahanan. Pangkat pasukan tersebut lebih tinggi dari ketua polis negara memandang pasukan tersebut menjalankan tugas-tugas penting dan berisiko tinggi dalam memastikan keselamatan negara terjamin. Hanya pegawai-pegawai besar dalam Kementerian Pertahanan saja yang tahu identiti sebenar Yongguk dan teman-temannya. Dalam konteks kes Yongguk, dia dan pasukannya menyamar sebagai perompak untuk menjejaki kumpulan Blaxx Hxrse yang didapati terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah seperti rompakan bersenjata, pemerdagangan manusia, pengedaran serta penghasilan dadah dan pembunuhan di serata Korea Selatan. Dan demi menyempurnakan penyamaran mereka, mereka bertindak sebagai perompak sebenar tanpa pengetahuan pihak polis sendiri. Sebab itulah Mino dan Jinwoo yang mengendalikan kes rompakan Bloody Bunny di Pulau Jeju tidak pernah tahu Bloody Bunny sebenarnya adalah perisik rahsia.

 

Dan bagi Hani pula, dia terkejut selepas mengetahui identiri sebenar suami serta rakan-rakannya. Dia tidak pernah menyangka dia sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh keenam-enam lelaki itu kerana rompakan serta tingkah laku mereka semua tidak ubah seperti orang jahat sewaktu dia menjadi tebusan lelaki-lelaki tersebut. Lagi-lagi Yongguk...dia ingat lagi bagaimana dingin dan kurang ajarnya Yongguk setiap kali bercakap dengannya. Tetapi layanan dingin dan kurang ajar itu semakin lama semakin berkurang apabila mereka berkahwin. Yongguk yang brutal di mata Hani perlahan-lahan berubah menjadi seorang suami yang romantik, penyayang dan memahami.

 

Jin, bekas kekasih Hani sekarang sudah berpindah ke luar Bandar membuka kliniknya sendiri selepas abangnya Jaehyung atau nama perempuannya Jaekyung dipenjarakan seumur hidup di atas pelbagai kesalahan. Begitu juga dengan James dan Mino serta konco-konco mereka. Boleh dikatakan kes Blaxx Hxrse sudah hampir sampai ke penutupnya dan mungkin dalam sebulan dua kumpulan ini akan terbubar dengan sendirinya dengan penangkapan demi penangkapan ahlinya yang masih lagi bebas di serata negara. Jangan risau, itu semua kerja Jinwoo dan pasukannya untuk menangkap kesemua mereka.

 

Haneul adalah satu-satunya perkara yang membuatkan Hani tidak pernah langsung terfikir tentangnya. Sepanjang dia mengenali Yongguk, dia sangka Yongguk adalah lelaki bujang. Siapa tahu dia mendapat anak ekspres pula bila menjadi isteri lelaki itu? Walau bagaimanapun, Hani sebenarnya lega apabila mengetahui Haneul cuma anak mend

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~