Ayam untuk Hani

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

K E E S O K K A N  paginya, Yongguk yang terlebih dahulu bangun dari Hani. Dia terbangun pun kerana badannya ditendang Hani. Nasib baiklah lelaki itu tidak terjatuh dari katil,kalau tidak mahu dia mengamuk. Hai,nasiblah dapat isteri tidur buas macam budak kecil,bebel si suami dalam hati sambil merenung muka isterinya disebelah yang masih tidur.

 

Selepas puas menatap muka isteri,si suami bangun dan bergerak ke bilik air dengan tuala diselempang di bahu. Memang sudah menjadi lumrah dia mandi sebaik sahaja bangun dari tidur. Dia bukan seperti lelaki lain yang tidur hingga ke tengahari kemudian bangun dan melantak makanan yang tersedia di dapur ..dia punya cara hidup yang agak teratur walaupun dia merupakan seorang perompak. Hmm,apa-apa sajalah.

 

Hani terbangun bila terdengar bunyi orang mandi di bilik air dalam bilik tersebut. Berpisat-pisat matanya memandang pintu bilik air yang tertutup rapat. Kemudian baru dia teringat yang dia tidur di bilik tersebut dengan suaminya,Bang Yongguk. Mesti lelaki itu sedang mandi sekarang. Seketika kemudian dia terfikirkan sesuatu..  Cepat-cepat dia bangun dan mengintai badannya di sebalik selimut. Fuh, syukurlah aku masih berpakaian lengkap! Itu tandanya laki aku tak buat apa-apa dekat aku malam tadi.. Hikhik, bisik Hani dalam hati. Dia tak tahu sekejap lagi akan ada bala yang datang menimpa dia nanti.

 

Seketika kemudian..

 

"Ha..dah bangun pun wifey. Tolong ambilkan baju your hubby ni dekat bilik wifey sekejap."arah Yongguk sebaik sahaja keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Dia berkata sedemikian kerana dia ternampak kelibat isterinya yang sedang melipat selimut di katil.

 

"Baju apa?"Soal Hani yang masih setia melipat selimut tebal. Dia tidak sedar suaminya itu sedang berdiri di belakangnya.

 

"Baju untuk dipakailah.. Kan semalam kau letak beg pakaian aku di bilik kau dekat tingkat bawah tu."

 

"Oh.. Sekejap, saya nak lipat selimut tebal ni dulu."balas Hani yang masih bergelut melipat selimut tebal itu. Sudahlah tebal,panjang pula. Menyusahkan orang untuk lipat je,bebel gadis itu dalam hati.

 

Yongguk sudah menggelengkan kepala melihat aksi Hani yang sudah berpeluh-peluh melipat selimut itu.

 

"Kau ni lembap betullah! Dah,bagi aku lipat selimut tu. Kau pergi ambilkan baju dan seluar aku."

 

Sebaik sahaja selimut itu bertukar tangan,Hani terpegun seketika melihat lelaki yang berada di depannya kini. Dan spontan gadis itu menutup kedua belah mata dengan tangannya. Dia malu kerana matanya menjadi saksi suaminya itu hanya bertuala paras pinggang! Sudahlah hanya bertuala,badan pula.. Sado gila! Uggh,mahu berdarah hidung Hani dibuatnya. Bukan apa,Hani memang kipas susah mati lelaki berbadan sado..wakaka.

 

"Kenapa kau tutup.."belum sempat Yongguk menghabiskan ayatnya,Hani sudahpun berlari keluar dari bilik. Malu ler tu. Hahah.

 

 

S E L E P A S  selesai mandi, Hani turun ke dapur. Nasib baiklah Yongguk tidak berperuk dalam bilik,kalau tidak sampai sudahlah dia tak mandi jawabnya sebab segan. Tak akanlah dia nak tukar baju depan ketua perompak itu? Bukankah terlalu awal untuk dia berbuat demikian? Lainlah kalau mereka berkahwin atas sebab cinta.. Jangan kata pakai baju depan Yongguk,mandi sekali dengan lelaki itu pun dia sanggup!

 

Namun bila dia tiba di dapur,dia mengerutkan dahi melihat suaminya itu sedang memasak sendirian di dapur. Langsung tidak terlihat kelibat ibu bapanya mahupun abang dan kakak iparnya. Eh,mana orang lain?

 

"Baca nota di peti sejuk tu."suara garau Yongguk menampar gegendang telinga Hani yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Hani memerhatikan saja suaminya itu yang sedang menggoreng sesuatu sebelum bergerak ke arah peti sejuk berhampirannya.

 

 

Dear Yongguk & Hani,

Kami semua keluar shopping sampai ke malam. Jadi pandai-pandailah kamu berdua jaga diri ya. Kalau nak masak,bahan-bahan ada je dalam peti sejuk. Kalau kamu berdua nak keluar honeymoon nanti kuncilah pintu ya?

 

 

Tersedak udara gadis itu dibuatnya selepas membaca ayat terakhir nota yang tertampal pada pintu peti sejuk. Siapalah yang tulis nota merapu ni? Mana mungkin dia dan Yongguk pergi berbulan madu? Itu semua mustahil! Nasib baiklah Yongguk sedang sibuk memasak. Kalau tidak mahu lelaki itu ketawa terbahak-bahak melihat aksinya tadi.

 

"Aku rasa mereka semua sengaja tinggalkan kita berdua. Konon nak bagi kita rapat.."

 

"No comment,"jawab Hani. Walaupun sebenarnya kata-kata lelaki itu kedengaran agak masuk akal baginya.

 

"Entah-entah kau yang sengaja suruh mereka semua pergi shopping sebab nak tinggal berdua dengan aku kan?"

 

Hani merengus perlahan melihat lelaki itu menjongketkan kening ke arahnya sambil tersenyum herot tanda mengusik. "Ish..mana ada!"

 

Ketawa mengekek sahaja lelaki itu sebelum dia mencedok sesuatu ke dalam mangkuk yang diambilnya tadi. Hani yang sekadar menjadi pemerhati sudah menggaru kepalanya. Reti pula dia ni memasak.. Agaknya apalah yang dia masakkan ni?,bisik gadis itu dalam hati dengan penuh hairan.

 

"Awak,awak masak apa ni?"

 

"Kau panggil aku apa tadi?"

 

"Err..awak? Salah ke?"

 

Yongguk menggelengkan kepala. "Salahlah. Kan aku suruh kau panggil aku hubby semalam. Kau lupa ke?"

 

Hani meramas-ramas jari-jemarinya. "Kita tinggal berdua je kot sekarang. Tak akanlah saya kena panggil awak macam tu juga?"

 

"Oh..Jadi kau akan panggil aku hubby bila di depan orang lain jelah? Bila kita tinggal berdua je kau tak nak panggil? Bijak..bijak.. Siapa ajar kau buat macam tu?"Yongguk buat-buat mahu menyekeh gadis di sebelahnya itu dengan senduk di tangannya tanda geram. Maklumlah,dia sedang memasak sekarang,jadi haruslah ada senduk di tangan.

 

Eii mamat ni,membebel macam orang tua! Ish..menyampah pula aku dibuatnya.

 

"Okey,okey! Hubby tengah masak apa ni?"

 

"Haa,macam itulah baru betul. Hmm..cuba teka hubby masak apa?"

 

Si isteri mengerutkan dahi. Apa kena mamat ni tiba-tiba suruh aku teka dia masak apa? Demam ke apa? Lalu Hani pun menjenguk ke arah kuali untuk melihat apa yang sedang suaminya itu masak.

 

"Nasi goreng?"

 

"Salah.."

 

"Habis tu apa?"

 

"Kimchi fried ricelah,"

 

Hani sudah menepuk dahi. Ada juga yang nak kena hempuk dengan aku nanti. Tapi pandai juga dia goreng nasi. Nampak sedaplah pula nasi goreng dia ni..

 

Seketika kemudian,Yongguk sudahpun selesai memasak. Nasi goreng kimchi yang dimasaknya dihidangkan di dalam pinggan lalu diletakkan di hadapan Hani yang sudahpun duduk di meja makan. Dia duduk bukan sebab sengaja tetapi sebab suaminya itu yang suruh. Kata suaminya,kalau tak mahu tolong baik duduk di meja saja.

 

Huh,nak tolong apanya kalau dia sendiri pun sudah selesai memasak?

 

"Makanlah."pelawa si suami dengan senyuman di bibir sambil menongkat dagu dengan sebelah tangannya pada meja. Dan itu membuatkan si isteri tiba-tiba seram sejuk melihatnya. Pelik melihat lelaki yang jarang senyum it

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~