Anak Kita

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

"P A P A, kenapa mama diam je?"

 

Pertanyaan Haneul membuatkan Hani terkedu. Dadanya tiba-tiba sesak dengan nafasnya sendiri. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang. Gelagat Yongguk dan Haneul yang masih berpelukan membuatkan dahinya berkerut seribu. Seriuslah, siapa anak kecil yang membahasakan dirinya sebagai Haneul dan memanggilnya mama tadi? Tak akanlah suaminya ini dulu merupakan duda anak satu?

 

Yongguk melepaskan pelukan anak kecil itu. Dia membuang pandang ke arah Hani di depannya. Ya, dia tahu apa yang Hani sedang rasakan sekarang. Riak mukanya jelas menunjukkan yang dia sedang terkejut sekarang. Heh, siapa yang tak terkejut bila tiba-tiba dipanggil mama?

 

"Mama kurang sihat Haneul.. Dia demam,sebab itulah dia senyap saja. Ni Haneul ni,dah mandi ke belum?"Tanya Yongguk dengan sengihan. Pipi Haneul yang comel itu dicium perlahan. Dan itu membuatkan Hani terkesima. Tak sangka suaminya yang brutal itu nampak sangat penyayang sekarang.

 

"Alamak! Haneul belum mandi lagilah papa! Hehe.."

 

"Ler... Patutlah busyuk.. Apa kata Haneul masuk dalam dan pergi mandi? Sekejap lagi kita keluar sama-sama ya?"

 

"Okey papa!"cepat-cepat si comel itu berlari masuk ke rumah,meninggalkan dua insan yang kini sedang saling berpandangan.

 

Hani berdehem sebentar sebelum bersuara,"Apa maksud budak tu panggil kita mama dan papa?"

 

"Dah kita berdua ibu bapa dia."selamba saja Yongguk membalas sambil mengorek telinganya. Buruk betul perangai. Dan Hani pula nampaknya sudah lupa untuk memanggil suaminya itu hubby dek kerana rasa marah yang tiba-tiba menyelubungi dirinya.

 

Hani merengus perlahan. "Saya tak lahirkan dia pun jadi dia bukan anak saya."

 

"Tapi dia anak aku. Darah daging aku!"

 

"Anak awak dari perkahwinan yang dulu kan? Kenapa awak tak beritahu je saya yang awak pernah berkahwin dulu?"

 

"Hei, aku bukan macam apa yang kau.."

 

"Uggh,saya benci orang tak jujur macam awak!"dengan rasa marahnya Hani berjalan meninggalkan Yongguk disitu. Dia sendiri kurang pasti mengapa dia marah sekarang. Adakah dia marah kerana Yongguk tidak memberitahunya bahawa dia punya seorang anak lelaki yang super comel atau dia marah kerana Yongguk lebih selesa menunjukkan sifat penyayangnya kepada Haneul? Atau adakah dia marah kerana Yongguk  terlebih dahulu mempunyai anak dengan perempuan lain,bukan dengannya? Entahlah nak~

 

"Woi! Kau nak ke mana? Itu arah nak ke kuburlah."

 

Spontan Hani yang sedang berjalan berpatah balik ke tempat Yongguk. Tahu pulak takut. Haha. Yongguk hanya mampu menahan tawa dalam hati melihat mimik muka isterinya yang teduh itu.

 

"Dah lah, tak payahlah nak merajuk bagai dengan aku. Jom masuk dan dengar penjelasan aku dulu. Aku belum habis cakap lagi tadi tahu tak?"marah sang suami sambil menarik hidung isterinya,geram! Apa lagi,menjeritlah Hani bila dibuat sebegitu rupa. Bukan main kuat hidungnya ditarik lelaki itu sampaikan Hani terasa seperti hidungnya itu akan mancung bak hidung Pinocchio. Ekekek.

 

Tidak cukup dengan hidung ditarik,tangan kanannya pula digenggam erat dan ditarik masuk ke dalam rumah oleh suaminya itu. Fuh,berpeluh-peluh gadis itu dibuatnya. Bukan sebab panas tapi sebab gementar!

 

 

H A N I  merenung lantai bilik yang sedang didudukinya sekarang. Kemudian dia membuang pandang ke arah Yongguk yang sedang berbual dengan satu pasangan warga emas. Pasangan tersebut merupakan datuk dan nenek Yongguk. Ketika dia dan suaminya melangkah masuk ke dalam rumah tadi datuk dan nenek suminya itulah yang menyambut mereka. Setelah berkenal-kenalan dengan kedua mereka, Yongguk menyuruhnya duduk di sofa,kononnya dia mahu membincangkan sesuatu dengan datuk dan neneknya itu.

 

Sejujurnya,dia tertanya-tanya siapa Haneul kepada Yongguk. Sempat diperhati muka anak kecil itu ketika dia memanggil Hani mama tadi. Mukanya ada iras-iras Yongguk. Huh,kalau betullah Haneul itu anak Yongguk dengan perempuan lain,akan dia lancarkan mogok lapar selama sebulan! Yelah,sanggup dia rahsiakan perihal yang dia punya anak kecil dari pengetahuannya?

 

"Atuknya,cantikkan bini cucu kita tu? Pandai betul cucu kita ni pilih bini."ucap Nenek Bang sambil memerhatikan Hani dari jauh,sama seperti apa yang sedang cucunya lakukan sekarang.

 

"Iya neneknya. Rupa dia sama dengan rupa nenek zaman muda dulu,"

 

Yongguk hanya ketawa saja mendengar omongan datuknya.

 

"Kamu dah bagitahu Hani pasal Haneul?"

 

"Hmm..belum lagi nek. Sekejap lagi saya maklumkan kepada dia. Atuk dengan nenek boleh tak tolong tengokkan Haneul sekejap? Saya nak bincangkan sesuatu dengan Hani."

 

Kedua datuk dan nenek Yongguk masing-masing menganggukkan kepala tanda faham. Terus mereka menaiki tangga untuk ke bilik Haneul di tingkat atas. Yongguk kemudiannya berjalan mendekati Hani lalu melabuhkan punggung di sofa menghadapa gadis itu. Ditenung dalam-dalam muka isterinya yang sedang mengusap kucing milik datuknya itu.

 

"Hani.."

 

"Ya?"sahut gadis itu,terpinga-pinga.

 

"Dengar dan hadam baik-baik apa yang aku nak cakapkan ni,"dengan Nada serius Yongguk membalas,membuatkan dahi Hani berkerut-kerut. Cepat-cepat dia menganggukkan kepala tanda dia akan berbuat seperti apa yang suaminya itu suruh. Yongguk menarik nafas sedalam-dalamnya.

 

"Untuk pengetahuan Hani, Haneul tu anak abang kembar aku. Aku ambil tanggungjawab untuk menjaga dia selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia empat tahun lepas. Dan aku bukan duda anak satu okey?"

 

Pernyataan Yongguk membuatkan Hani menarik nafas lega. Rupanya Haneul itu anak saudaranya. Patutlah muka mereka ada iras-iras sikit.. Nasib baik juga jangkaannya meleset,kalau tidak mahu dia makan hati jika betul Heneul adalah anak Yonghuk dengan perempuan lain. Bukan apa,dia kalau boleh mahu suaminya itu mempunyai anak dengan dia sahaja..ekeke. Tapi bolehkah dia mendapat anak dengan lelaki itu?

 

"Mm.. Maaflah,saya dah cakap benda yang bukan bukan dekat awak tadi,"

 

"Hmmph,kau memang. Suka sangat buat aku geram dan naik darah."spontan lelaki itu mencubit kuat kedua belah pipi isterinya. Sungguh kelakuan Hani yang menuduh dia tidak jujur tadi membuatkan dia geram. Haa,puas hati dapat lepaskan geram! Hahha.

 

"Yahh,sakitlah!"dengan pantasnya gadis itu menepis tangan Yongguk dari terus mencubit pipinya. Sempat ditilik mukanya pada cermin yang kebetulan ada diatas meja kopi didepannya. Uishh,merahnya pipi aku!

 

"Padan muka. Itu balasan isteri bersangka buruk pada suami.."Yongguk menjelirkan lidah tanda mengejek.

 

Oh Tuhan,boleh tak aku ker

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~