Penjelasan

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

M I N O  mengurut dahinya sambil memerhatikan fail-fail kes yang mula meninggi di atas mejanya. Fail-fail itu merupakan fail kes-kes yang lepas yang perlu dibuka semula. Sejujurnya dia tidak faham. Kenapa antara ramai pegawai polis yang ada di dalam balai ini hanya dia saja yang diarahkan ketuanya untuk membuka kes tersebut? Bukankah dia sekarang sedang sibuk menyiasat kes Bloody Bunny itu? Tak faham betullah dia dengan ketuanya itu.

 

"Bos, ada apa panggil saya?"Jinwoo si polis kawaii  muncul di depannya dengan riak muka hairan. Dipandang saja timbunan fail-fail di atas meja bosnya itu.

 

"Dah dapat bukti baru pasal kes Bloody Bunny?"

 

Jinwoo menghela nafasnya. Bos aku ni dah kenapa, hari-hari tanya pasal Bloody Bunny. Obses betul dia dengan kumpulan perompak profesional tu!,bebel Jinwoo dalam hati sajalah. Kalau diluah kata-katanya itu di depan Mino tak mustahil dia mendapat pelempang percuma daripada lelaki itu.

 

"Buat masa ni tak ada,bos. Semuanya masih dalam siasatan. Perompak profesional seperti mereka susah untuk kita tangkap, bukti saja pun susah untuk kita cari."

 

"That's why saya suruh kau orang cari bukti..bukannya duduk dalam pejabat hadap mv Hyuna di laptop! Ingat saya tak tahu ke kamu semua bermalas-malasan di pejabat?"Mino sudah menjongketkan sebelah keningnya, ala-ala Ziana Zain gitu. Ingat handsome sangatlah muka dia buat kening macam tu? Jinwoo yang melihatnya pun mahu termuntah tapi ditahan. Tak macholah muntah depan bos!

 

"Eh bos ni, tak baik tau fitnah kita orang. Kita orang dah cuba sedaya upaya cari petunjuk, bukti dan apa-apa saja yang boleh membantu bos selesaikan kes ni tapi gagal. Macam yang saya cakap, Bloody Bunny ni perompak profesional. Even pasukan penyiasat berkelas tinggi pun buntu macam mana nak cari bukti untuk tangkap mereka."beria-ria Jinwoo meyakinkan bosnya itu agar mempercayai kata-katanya. Bukannya tipu pun. Memang hakikatnya dia dan rakan sekerjanya yang lain berhempas pulas mencari petunjuk tetapi gagal. Pasal tuduhan Mino tentang mereka menghadap mv Hyuna di laptop tu memang betul tapi bukannya selalu. Hikhik

 

Mino merengus perlahan. Ada-ada sajalah alasan yang diberikan pegawai bawahannya itu. Hmm.. macam-mana caranya untuk dia menangkap kumpulan perompak itu? Setelah lama mencari dia akhirnya tahu identiti setiap ahli Bloody Bunny tetapi bukti pula tiada untuk menahan mereka. Dan mereka sebenarnya sangat bijak. Kesemua mereka bekerja dalam bidang-bidang berkelas tinggi. Ketuanya merupakan pengarah syarikat korporat, Himchan pula merupakan seorang jurutera teknologi maklumat, Jongup merupakan seorang doktor pakar, Daehyun merupakan juruterbang, Youngjae pula saintis dan Zelo.. hmm,dengar kata dia adalah ahli Mensa. Mungkin masih belajar.

 

Jinwoo menonong keluar dari pejabat Mino apabila disuruh berbuat demikian. Sebaik saja Jinwoo keluar, Mino mengeluarkan telefonnya. Dan tidak semena-menanya telefon itu berbunyi tanda panggilan masuk.

 

"Helo sensei? Tak.. bagi saya masa sebulan lagi untuk tangkap mereka. Ya, saya akan tangkap mereka di exhibition barangan kemas itu dan bawa mereka berjumpa sensei. Pasti, sensei..."

 

 

Y O N G G U K  menguap perlahan sambil menggeliat. Dia terjaga kerana hujan lebat rupanya. Kemudian matanya beralih kepada Hani disebelahnya yang masih lagi nyenyak tidur. Spontan bibir lelaki itu mengukir senyum. Terasa kelakar pula bila teringat kejadian malam semalam. Malam dimana Hani mabuk teruk gara-gara minum soju hanya kerana cemburu. Yang paling kelakar, dia cemburukan orang yang sudah tiada! Tergelak kecil lelaki dibuatnya apabila teringat peristiwa semalam. Tapi salah dia juga kerana menjadikan gambar mendiang abang kembar serta isterinya itu sebagai wallpaper. Dia meletakkan gambar itu sebagai wallpaper pun sebab rindu sebenarnya.. Rindu kepada kembarnya. Dia dan abangnya sememangnya rapat dari kecil sehinggalah bila abangnya itu berkahwin dengan Shannon.

 

Lelaki itu sudah bangun dan berdiri di birai katil. Dia merenung sebentar muka Hani yang masih tidur sebelum melangkah keluar dari bilik. Dia keluar pun untuk ke bilik Haneul di sebelah. Kebelakangan ini Haneul sudah tidak tidur sekatil dengan dia dan isteri. Ini semua sebab Yongguklah. Ada ke patut dia cakap dekat Haneul..

 

"Kalau Haneul nak dapat adik, Haneul mesti tidur berasingan dengan mama dan papa."

"Kenapa pulak Haneul kena buat macam tu, papa?"

"Sebab...hanya wanita dewasa macam mama dengan lelaki dewasa macam papa saja yang boleh hasilkan adik untuk Haneul. Dan kami kena buat proses tu berdua saja. tanpa orang lain. Kalau Haneul ada nanti susahlah untuk papa dengan mama lakukan proses tu..faham?"

 

Yongguk ni memang otak mereng. Ada ke cakap dekat anak sendiri macam tu? Dan si Haneul ni pula percaya saja cakap papanya. Disebabkan dia teringinkan  seorang adik, dia sanggup tidur seorang diri di biliknya. Hani pula tidak berkata apa kerana dia sangka suaminya itu mahu mengajar Haneul untuk tidur seorang diri. Dia sendiri pun tidak tahu apa-apa pun tentang apa yang Yongguk katakan kepada Haneul pasal buat anak tu.

 

"Eh, masih tidur lagi rupanya."ucap sang ayah perlahan tatkala dia berdiri di depan katil Haneul. Selalunya Haneul bangun awal..kadang-kadang selalu juga dia bangun sendiri tanpa perlu dia atau Hani kejutkan. Tapi mungkin kerana ketika ini hujan turun dengan agak lebat.. Yelah, selalunya orang makin tak mahu bangun bila hujan turun. Sejuklah katakan. Ah, biarkan sajalah si kecil itu tidur. Lagipun hari ni masih lagi cuti jadi tak apa kalau bangun lambat pun. Terus Yongguk berjalan pulang ke biliknya.

 

Masuk saja dia ke bilik, dia berbaring semula di katil. Bergolek ke kiri dan ke kanan. Bosan punya pasal. Kemudian dia baring mengiring menghadap muka Hani. Ish, nyenyak betul dia tidur. Kalau aku buat apa-apa dekat dia mesti dia tak sedar punyalah.. Haha! Please Yongguk, jangan fikir nak buat benda yang nakal-nakal.

 

"Yongguk .."

 

Lelaki itu sudah mengurut dada. Terkejut bukan main dia apabila Hani memanggilnya. Sangkanya gadis itu sudah terjaga tetapi rupanya tidak. Matanya masih tertutup rapat bersulam dengkuran halus. Lega lelaki itu melihatnya. Dia mengigau rupanya.. Spontan bibir Yongguk mengukir senyum. Terpandang pula dia akan pipi sang isteri yang merah. Sejukkah dia sampaikan pipi pun berubah merah? Baru saja tangan lelaki itu mahu mengusap pipi isterinya itu, tiba-tiba mata Hani tercelik luas. Dengan dahi berkerut, dia memandang muka Yongguk yang hanya beberapa inci dari mukanya. Apa lagi, terus disepak lelaki itu sampai terjatuh dari katil gara-gara terkejut.

 

"Aduh.."Yongguk memegang punggungnya yang sakit gara-gara terjatuh tadi. Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu! Dijeling saja Hani yang sudah bersila di katil dengan jelingan maut. Aduhai, bini aku ni main kungfu ke dulu sampai bangun tidur pun masih boleh sepak orang? 

 

"Itu balasan sebab menipu!"

 

Yongguk sudah mengerutkan dahi. "What? Menipu apa pulak sayang?"tanya lelaki itu hairan.

 

"Tak payah nak bersayang-sayang sangatlah dengan saya... Pergi bersayang-sayang dengan perempuan dekat wallpaper telefon awak tu!"marah Hani. semangat betul marahnya padahal baru saja bangun tidur. Matanya sudah merah menahan marah. Terbayang-bayang lagi gambar Yongguk dan perempuan misteri itu pada skrin telefon suaminya itu. Tanpa sedar dia menggengam penumbuk.

 

Sang suami yang berada di lantai bilik sudah menepuk dahi. Aduhai.. belum settle-settle lagi kes wallpaper tu? Ah yelah, semalam dia mabuk dan aku tak sempat nak terangkan hal sebenar kepada dia, bisik Yongguk dalam hati. Perlahan-lahan dia bangun dan mendekati isterinya di katil namun Hani terlebih dahulu bangun dan menjauhinya pula.

 

"Tengok tu.. Kita nak terangkan hal sebenar, dia lari pulak."bebel Yongguk yang kurang senang dengan kelakuan Hani sekarang. Dan baru sekarang dia perasan yang Hani sedang menahan air mata, cuma tunggu masa saja untuk tumpah ke pipi. Aduh dia ni.. emosilah pulak!

 

"Awak nak terangkan apa lagi? Gambar di skrin telefon tu membuktikan segalanya yang awak dah ada perempuan lain!"

 

"Listen, bukan  semua benda yang awak lihat tu awak boleh percaya, tahu tak? Perempuan dalam gambar tu bukan perempuan simpanan saya okey?"

 

"Habis tu awak nak cakap yang dia hanya kawan awak? Kawan apa kalau sampai cium-cium pipi macam tu?"makin lama makin berapi pula Hani dibuatnya melihat riak wajah suaminya yang tenang itu. Dia ni tak ada perasaan ke apa? Aku tengah marah ni dia boleh buat muka macam tak ada apa-apa yang berlaku? Spontan dia membaling bantal yang dipelukn

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~