Kejutan Berganda

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

"A P A  maksud encik dengan minta restu kahwin...? Encik sukakan saya?"Tanya Hani ketika dia dan Yongguk tiba di hadapan sebuah restoran. Hati kecilnya berbunga-bunga bahagia sebenarnya bila mendengar kata-kata lelaki itu tadi. Terasa seperti Tuhan telah mendengar hasrat hatinya yang ingin menjadi isteri lelaki itu? Hmm..yelah tu.

 

Dia mengekori langkah lelaki itu dari belakang dan secara tiba-tiba lelaki itu berhenti berjalan tanpa memberi sebarang signal,membuatkan Hani terlanggar tubuh sasanya.

 

"Ish kau ni.. Selalu je terlanggar badan aku. Mentang-mentanglah badan aku sado."

 

"Mana ada! Encik tu tiba-tiba saja berhenti berjalan,macam mana saya tak terlanggar? By the way, encik belum jawab soalan saya lagi."

 

Yongguk berdiri di depan Hani dengan gaya tangan disilang. "Pasal yang aku cakap aku minta restu tu..kau janganlah salah faham pula. Sebenarnya aku kena temankan mak aku jumpa bakal isteri aku hari ni,kononnya nak bincang pasal hal kahwin kami tapi aku tak mahu kahwin dengan perempuan tu. Jadi aku bawa kau jumpa dengan mak aku sebab nak tunjuk dekat dia yang aku dah ada kekasih dan tak mahu berkahwin dengan calon isteri pilihan dia. Faham?"

 

"Oh.. Jadi encik nak saya berlakon sebagai kekasih enciklah ni?"

 

"Yeap."

 

"Tapi..kenapa saya?"

 

"Sebab kau je perempuan yang aku kenal selain mak aku dan saudara perempuan yang lain. Puas hati?"

 

Hani terharu seketika. Kemudian dia mengeluh perlahan. Huh..ingatkan dia memang suka dan nak kahwin dengan aku,rupa-rupanya nak minta aku berlakon jadi kekasih dia pulak.. Ciss! Hati ini baru saja mahu bergembira,tiba-tiba ribut tornado datang menyerang dengan kuasa turbo..hampeh betullah!  Eh..kejap..tadi dia ada cakap pasal nak jumpa dengan calon isteri.. Alamak! Aku terlupa aku ada janji temu dengan mama sekarang! Cepat-cepat Hani beredar dari situ tetapi langkah kakinya sempat dihalang oleh Yongguk yang tiba-tiba saja menarik tangannya dengan riak muka terkejut.

 

"Hei..kau nak ke mana?"

 

"Saya ada janji temu sekarang jadi saya terpaksa pergi!"

 

"Ah, janji temu tu kejap lagi kau boleh pergi. Temankan aku jumpa mak aku dulu!"terus lelaki itu menarik tangan Hani,memaksa gadis itu masuk ke dalam restoran di depan mereka. Berkali-kali Hani cuba melepaskan genggaman tangan lelaki itu dari tangannya tetapi gagal. Genggaman lelaki itu sungguh kuat sehingga berbekas merah tangan gadis itu dibuatnya.

 

Aduh..macam mana ni? Aku dah lewat sangat dah ni sekarang! Aduh..mesti kaw-kaw mama marah aku nanti! Kenapalah aku boleh terserempak dengan mamat durian ni tadi..,Bebel gadis itu dalam hati dengan paniknya sambil menggigit bibir tanda geram. Terbayang rupa mamanya bila marah..menakutkan! Kalah Adolf  Hitler!

 

Seketika kemudian,mereka berdua tiba di sebuah bilik VIP restoran tersebut. Hani menelan liur. Fuhh, kaya gila mak dia ni sampai berjumpa dekat bilik mahal macam ni..

 

"Maaf mak sebab lambat.. Jalan sesak sikit tadi,"

 

"Haa Hani, sampai pun kamu. Mari duduk di sebelah mama ni."

 

Hani terkebil-kebil. "Eh..mama?"

 

"Mama..?"ulang Yongguk dengan dahi berkerut. Dipandang muka Hani dan wanita berusia awal empat puluhan yang duduk menghadap ibunya silih berganti. Mereka anak-beranakkah? Muka hampir sama..

 

Puan Bang menarik tangan anaknya supaya duduk di sebelah. Yongguk duduk saja tanpa banyak bicara. Dia keliru sebenarnya sekarang. Dijeling Hani yang kini sedang duduk menghadapnya.

 

"Haa Yongguk, inilah Hani. Dialah bakal isteri kamu yang mak cakapkan tu."

 

Yongguk dan Hani tercengang.

 

 

Y O N G G U K  melepaskan keluhan berat.. Tersangatlah berat sehinggakan keluhannya itu berjangkit kepada Hani di depannya. Gadis itu turut sama mengeluh. Apa kes laa depa ni pakat mengeluh depan bilik air restoran? Hari ini memang cukup gila bagi Yongguk. Kononnya nak tolak perempuan yang bakal dijadikan isterinya dengan memberitahu ibunya bahawa Hani adalah kekasihnya, tup tup perempuan pilihan ibunya adalah Hani! Pelik betul.. Adakah itu satu kebetulan atau permainan takdir?

 

Seraut wajah cantik gadis di depannya dengan riak muka risau ditenung dalam-dalam. Apa agaknya yang difikirkan gadis itu? Sedari tadi asyik menggigit kuku sahaja kerjanya. Adakah gadis itu juga punya niat untuk menolak dia dari menjadi suaminya?

 

"Tak sangka mak encik dan mama saya kawan lama.."

 

"Ya.. Cliche betul hidup kita,tiba-tiba saja terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga."

 

Hani memandang wajah Yongguk. "Encik memang dari awal tak ada niat nak kahwin dengan perempuan pilihan mak encik iaitu saya bukan? Jadi apa kata encik cakap je dekat mak encik yang encik tak nak kahwin dengan saya..okey?"

 

Ekeleh Hani, mulut je cakap macam tu padahal dalam hati meronta-ronta merayu agar lelaki itu bersetuju dengan keputusan emaknya. Tapi apakan daya lelaki itu memang tidak pernah sukakan dia,..

 

"Oh.. Jadi kau nak tolak semua kesalahan pada akulah ya?"

 

"Kesalahan apa pulak? Bukankah encik juga yang cakap awal-awal pada saya tadi yang encik memang tak nak dijodohkan dengan perempuan pilihan mak encik?"protes Hani dengan dahi berkerut. Masih dia ingat apa yang lelaki itu katakan ketika mereka di depan restoran tadi.

 

Yongguk merengus kecil. Memang dia cepat lupa sebenarnya. Jadi tak hairanlah kalau dia bertanya hal yang sama banyak kali. Tapi pelik juga,dalam banyak-banyak perkara mengapa benak kepalanya boleh teringat akan gadis di depannya ini?

 

"Okey.. Tapi macam mana kalau mak aku dan mama kau paksa kita kahwin juga? Kau nak buat apa? Lari ke luar negara?"

 

Hani menggaru pipinya. Betul juga apa yang dia kata..macam mana kalau mereka dipaksa kahwin? Aku takda masalah nak terima dia..tapi dia pula? Nak ke dia terima aku...?

 

"Saya...anak yang mendengar cakap ibu bapa,jadi saya turutkan sajalah apa kehendak mereka."

 

Yongguk menjongketkan sebelah keningnya,"Walaupun kau terpaksa kahwin dengan orang yang kau tak cinta iaitu aku?"

 

Hani terkebil-kebil seketika. Mahu saja dia balas,'Siapa cakap aku tak cintakan kau? Kau je yang tak sedar perasaan aku..' Tapi kata-kata tersebut hanya mampu diungkapkan dalam hati saja. Dia tidak punya kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya kepada lelaki itu sekarang. Dia tak kuat!

 

"Macam mana pula dengan encik? Encik pun sanggup kahwin dengan perempuan pilihan keluarga?"Soal Hani pula.

 

Yongguk mengumam perlahan.

 

"Hurmm.. Sanggup,itupun kalau perempuan yang mak aku pilih lawa macam Megan Fox ke, Katy Perry ke,"

 

"Jadi encik nak cakap saya tak lawalah?"Soal gadis itu dengan gaya bercekak pinggang. Terasa betul hatinya bila

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~