Misteri

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

J A M E S  menumbuk-numbuk beg pasir di depannya. Kemudian dia berhenti seketika, mengelap titik-titik peluh yang mula membasahi wajahnya lalu duduk di sebuah bangku panjang berhampiran. Memang setiap pagi dia akan melakukan senaman di gim peribadi di rumahnya dan salah satu prop kegemarannya untuk bersenam adalah beg pasir. Baginya, menumbuk beg pasir adalah salah satu cara untuk dia melepaskan tekanannya. Kadangkala dia membayangkan beg pasir itu sebagai Yongguk dan mungkin sebab itu beg pasir di gimnya sering berganti. Ya, dia memang bencikan Yongguk dan ada sebab mengapa dia bencikan lelaki itu.

 

"Macam mana aku nak yakinkan perempuan tu untuk tinggalkan suami dia ya? Sayang betul dia dekat suami dia tu."

 

"Kau ni... dalam ramai-ramai perempuan bini orang jugak yang kau nak. Takde perempuan lain ke yang kau nak kacau?"tegur satu suara dari arah belakang. James tersentak sebentar sebelum berpaling ke belakang. Berdiri seorang wanita berpakaian kasual di belakangnya dengan gaya berpeluk tubuh, sedang memandang tepat ke arahnya.

 

"Eh...bila masa kau sampai ni wahai sepupuku?"soal James. Solji sekadar menghela nafas. "Tadi. Kusyuk betul kau kerjakan beg pasir tu sampai aku masuk pun kau tak perasan."

 

James tersengih-sengih sambil menggaru belakang kepalanya. Dia kemudiannya menjemput gadis itu duduk di kerusi berhampiran. Solji menurut saja tanpa banyak soal. Dia pun memang mahu duduk sebenarnya. Letih berdiri sedari tadi.

 

"Kau bercakap pasal perempuan mana tadi? Kenapa kau takde cerita pun dekat aku yang kau sedang meminati seseorang?"soal sepupu James itu dengan kerutan. Agak hairan dengan lelaki itu kerana dia tidak banyak menunjukkan minatnya terhadap perempuan. Kalau ada pun mungkin dia tidak tunjukkan.

 

Kalau aku beritahu yang aku tengah gilakan si Hani mesti kau-kau punya kau bash aku!,ucap James dalam hati.

 

"Takdelah Solji. Aku kenal seorang perempuan ni. Dia dah bersuami dan dia tak tahu suami dia tu sebenarnya penjahat. Maksud aku, suami dia ni curang dengan perempuan lain dan aku nampak perbuatan suami dia tu. Aku dah maklumkan kepada dia tentang perbuatan suami dia tu tapi dia tak percaya. So tadi aku tengah fikirkan cara macam mana nak yakinkan kawan aku tu tentang perangai buaya suaminya."tipu James. Nasib baiklah dia sempat memikirkan idea suami curang itu tadi. Kalau tidak mahu pening pula kepalanya memikirkan jawapan yang sesuai untuk soalan Solji.

 

Solji sudah menaikkan sebelah keningnya. "Eh, seriuslah perempuan tu tak percaya suami dia curang? Mungkin sebab kau tak tunjuk bukti sahih sekat kawan kau tu kot. Maksud aku, kau tak tunjuk gambar suami dia dengan skandal dia tu dekat kawan kau."

 

"Aku dah tunjuk tapi dia masih tak percaya dan anggap suami dia baik macam malaikat. Senang cerita, dia memang terlalu sayangkan suami dia sampaikan tak percaya benda-benda jahat yang suami dia buat. Aku sebagai kawan cuba nak bantu dia tapi dia pulak tak mahu percaya. Sedih betul."James mula mempamerkan reaksi sedih. Sedih yang dibuat-buat sebenarnya. Sempat lagi dia mengerling ke arah Solji yang nampaknya seperti percayakan kata-katanya tadi.

 

"Kalau macam tu...aku akan tolong kau yakinkan kawan kau pasal kecurangan suaminya. Aku dah selalu hadapi perkara macam ni masa aku jadi kaunselor separuh masa dekat universiti dulu jadi tak ada masalah lah untuk aku bantu kau."

 

Perlahan-lahan bibir James mengukir senyum sinis. Termakan juga sepupunya dengan penipuannya itu.

 

 

Jongup memerhatikan bosnya yang sedang termenung memandang dinding di hadapannya dengan gaya menongkat dagu. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan beberapa kali dengan senyum kecil terukir di bibir. Kadangkala kelakar juga bila melihat kelakuan bosnya itu. Muka saja nampak ganas tapi dalam hati sebenarnya penuh dengan taman bunga! Rasanya dia tahu mengapa lelaki itu termenung sedari tadi. Sudah pasti dia sedang memikirkan perihal isterinya, Hani. Dengar cerita dari Himchan, Hani kurang sihat dan itu membuatkan bosnya itu bimbang keadaan isterinya itu di rumah. Nasib baiklah birasnya sudi menjaga Hani sepanjang dua hari dia berada di luar kawasan ini.

 

"Bos risaukan Hani ke?"

 

Yongguk tersentak seketika dari lamunannya. Pertanyaan Jongup membuatkan dia kembali ke dunia nyata. Sejujurnya tadi memang dia sedang memikirkan Hani. Hatinya tidak senang bila terpaksa berjauhan dengan sang isteri. Namun apa lagi yang bisa dia lakukan? Kerja menuntut dia untuk berjauhan seketika dengan isteri dan keluarga.

 

"Siapa tak risaukan isteri sendiri, Jongup oi.."

 

"Sibuk jelah kau ni Himchan, aku baru nak jawab soalan Jong tadi."bebel Yongguk. Tergelak Himchan mendengarnya. Dia baru keluar dari tandas sebenarnya. Matanya galak memerhatikan Yongguk yang sedang meraup mukanya.

 

"Kau okey tak ni?"

 

"Aku okey jelah. Cuma penat sikit."balas Yongguk perlahan. Ya, memang dia akui dia agak kepenatan kebelakangan ini. Penatnya itu muncul gara-gara dirinya sendiri juga.  Misi yang sedang dia rancang memerlukan kerja yang teliti sehingga menyebabkan dia sendiri keletihan.

 

"Oh ya, aku baru teringat! Nah, maklumat yang kau minta tempoh hari."

 

Yongguk mengambil fail yang dihulur Himchan lalu membukanya. Dia membaca maklumat yang terdapat pada helaian kertas di dalamnya. Perlahan-lahan dia mengukir senyum sinis.

 

"Aku dah agak dah..."

 

 

W O O R I  dan Hani sedang sibuk bermain game PS4 bila Jaehyo muncul di rumah milik Yongguk itu. Sudah agak lama juga dia tidak menjejakkan kaki ke rumah adik iparnya itu. Kali terakhir dia melawat setelah sebulan usia perkahwinan Hani. Selepas itu dia sudah jarang ke sana kerana sibuk bekerja. Terperanjat bukan main lelaki itu melihat kelakuan isteri dan adiknya yang begitu kusyuk bermain game berunsurkan pergaduhan antara kumpulan gengster.

 

"Amboi amboi amboi awak ni, main game ganas macam tu tak padan dengan perut memboyot!"tegur Jaehyo dengan gelengan. Dia melabuhkan punggung di sofa berhampiran.

 

"Ada undang-undang ke yang melarang wanita mengandung main game macam ni?"sampuk sang isteri agak kuat sambil matanya difokuskan pada skrin. Hani senyap tidak terkutik. Dia nampak fokus benar. Sesekali boleh terdengar dia mengumpah kerana serangannya terhadap kakak iparnya tidak mengena. Tergelak Jaehyo melihat gelagat adiknya itu.

 

"Takde, tapi kelakarlah tengok awak main dengan perut boyot macam tu."

 

"Alah, kenapa akak kuat sangat ni? Hish, malaslah nak main dengan akak lagi!"Hani sudah tertekan. Masuk yang ini sudah dua puluh lima kali dia berlawan dengan Woori dan dua puluh perlawanan dimenangi oleh wanita itu. Bengang? Memang dia bengang. Selama ini dia belum pernah dikalahkan oleh seorang perempuan! Well, memanglah kau tak pernah rasa macam tu sebab selama ini kau main ps4 dengan abang dan ayah kau je Hani oi.

 

Woori sudah tergelak melihat adik iparnya merajuk dengan gaya bibir dimuncungkan tanda tidak puas hati. Itulah, nak sangat berlawan dengan pakar game, kan dah kalah? Hahaha. Jaehyo pula sudah melepaskan ketawa kecilnya.

 

"Awak tak nak main game ni dengan saya?"

 

"Malaslah. Letih."Jaehyo meregangkan badannya beberapa kali. Memang dia letih pun. Dari pagi sehingga ke petang dia berada di tapak projek untuk meneliti kerja-kerja yang dilakukan di situ.

 

"Malas atau takut dikalahkan oleh saya? Hmm?"

 

"Kalah? Heh, saya dulu pemenang tournament game ni di peringkat kebangsaan tau?"cepat-cepat Jaehyo mengambil game controller dari tangan adiknya. Sambil bersedia dia membetulkan gaya rambutnya, membuatkan Woori di sebelahnya mencebik. Mulalah tu nak tunjuk poyo dia.

 

"Siapa kalah masak makan malam."sampuk Hani pula. Sengaja dia mengutarakan cadangan tersebut sebab dia malas memasak hari ini. Maklumlah, hari ini kedua abang dan kakak iparnya bermalam di rumahnya. Nasib baiklah Haneul sekarang berada di kampung bersama atuk dan nenek Yongguk. Sengaja suaminya menghantar dia ke situ kerana cuti sekolah yang bakal menjelma selama seminggu nanti dan juga kerana lelaki itu ingin membawa dia berbulan madu. Tak sabar pula Hani mahu berbulan madu bersama suaminya nanti!

 

Perlawanan dimulakan. Namun malang sekali bagi Hani. Dia tidak dapat melihat perlawanan epik-lah-sangat antara Jaehyo dan Woori kerana Yongguk tiba-tiba menghubunginya. Apa lagi, dengan langkah seribu gadis itu berlari ke biliknya semata-mata untuk menjawab panggilan tersebut.

 

"Hello sweetheart, how are you?"suara garau milik sang suami menampar lembut gegendang telinga Hani. Tanpa sedar bibir Hani di talian mengukir senyum. Senyum bahagia.

 

"Hello hubby. I'm just fine."

 

Yongguk di talian tersenyum-senyum sehingga mengundang senyum nakal di bibir Himchan dan Jongup yang kebetulan berada berhampiran mereka. Tak mahu kacau daun, mereka berdua melangkah pergi dari situ untuk memberi ruang kepada bos mereka melepaskan rindu. Gila tak rindu, dah tiga hari lamanya dia dan Hani tidak bertemu kerana terpaksa ke luar kota bagi menyiapkan 'projek' mereka.

 

"Dah makan ke belum ni? Hmm?"

 

"Dah. Hubby pulak?"

 

"Belum lagi."

 

"Kenapa belum makan lagi?"macam orang bodoh Hani bertanya. Entah mengapa perbualan mereka hari itu kedengaran agak  janggal. Tanya pendek, jawab pun pendek. Barangkali masing-masing segan kerana sudah lama tidak bertemu muka. Ceh, padahal baru malam semalam mereka berbual di telefon.

 

"Sebab hubby takde selera nak makan bila berjauhan dengan wifey?"

 

Merona merah pipi Hani mendengarnya, sama seperti apa yang disangka suaminya di talian. Nasib baik ini cuma satu panggilan biasa saja. Kalau ini panggilan video sudah pasti Hani menekup kamera telefonnya dengan tangan kerana tidak mahu suaminya itu melihat muka merahnya.

 

"Honey, are you there?"Yongguk bersuara lagi bila tiada respon dari isterinya. Senyap je. Ke mana pulak dia pergi?

 

"Ye-yes! Sorry, tadi wifey minum air sekejap. Dahaga."tipu Hani, cuba nak coverline.

 

Yongguk sudah tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Ingat kita tak kenal lagi perangai dia agaknya. Tak payah nak tipu sangatlah sayang oi...

 

"Iyelah. By the way, bunyi apa yang bising sangat tu? Wifey tengah tonton filem ke apa?"

 

"Ah, taklah. Abang Jae dengan Kak Woori ni haa, tengah kusyuk main PS4."

 

"Really? Ah, yelah. Lupa pulak wifey ada cakap semalam yang dia orang nak tidur dekat rumah kita malam ni."Yongguk menepuk dahi, terlupa akan perkara yang isterinya ada maklumkan kepadanya semalam.

 

"Macam mana tak terlupa kalau hubby asyik teringat dekat wifey aje."

 

Yongguk tiba-tiba tersedak udara, terperanjat dengan kenyataan berani mati Hani. Aik, sejak bila dia pandai buat ayat pick-up line ni?

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~