Kisah Lama

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

First part bab ini merupakan POV seseorang. Nak tahu siapa? Bacalah~

"A P A cita-cita kau sesudah tamat belajar nanti, Bang Youngnam?"

 

Youngnam termenung jauh agak lama sebelum perlahan-lahan dia berpaling ke arahku lalu tersenyum.

 

"Menjadi ayah paling penyayang di dunia ini!"

 

"Tapi kalau kau nak jadi ayah kau perlulah kahwin dulu, Youngnam."balasku dengan kening bertaut, hairan dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh sahabat baikku itu. Umur baru saja mencecah angka sembilan belas tapi cita-citanya tak ubah seperti lelaki yang baru berumahtangga!

 

"Aku dah jumpa bidadari aku, sebab itulah cita-cita aku pun mula berubah."

 

"Bidadari?"

 

"Ya. Haa, itu dia. Jom aku perkenalkan dia pada kau."

 

Aku mengikut saja langkahnya ke arah seorang gadis walaupun hakikatnya hati ini sakit... Semuanya kerana aku sukakan Youngnam tapi sayang aku tak luahkan perasaanku kerana takut ditolak... Dan kini dia pula sudah berjumpa gadis yang dia suka, makin tipislah peluang aku untuk mencuri hatinya.

 

"Sekejap... Youngnam, kau suka Shannon?"soalku apabila kami sama-sama bertemu gadis yang Youngnam ingin perkenalkan kepadaku. Shannon namanya, salah seorang pelajar bijak berketurunan Inggeris di kolej. Dan dia fasih berbahasa korea kerana pernah tinggal di Seoul sewaktu kecil sehinggalah dia remaja. Setahu aku sudah beberapa kali namanya tersenarai dalam senarai dekan, sama seperti Youngnam. Ya, Youngnam juga bijak sebenarnya. Sama bijak dengan kembarnya yang aku lupa siapa namanya. Nasib baiklah kembarnya itu belajar di kolej lain, kalau tidak pasti aku pula yang pening untuk membezakan mereka berdua.

 

Youngnam berpaling ke arahku dengan segaris senyuman dibibirnya. "Ya. Dan aku bertuah sebab Shannon pun berkongsi perasaan yang sama dengan aku. Oh Jae, kau patut mula mencari cinta! Dengan cara itulah kau akan tahu dan faham bagaimana perasaan aku sekarang."

 

Faham perasaan kau? Habis perasaan aku siapa yang nak faham? Youngnam, mengapa kau tak perasan aku yang selalu saja ada disamping kau selama ni? Kenapa kau boleh sukakan Shannon yang baru saja masuk dalam hidup kau? Kenapa kau boleh jatuh hati pada non-korea macam Shannon? Kenapa, Youngnam? Kenapa?!

 

Aku memerhatikan kelakuan Youngnam yang sudahpun bertemu Shannon sekarang. Senyuman di bibirnya tidak pernah lekang. Begitu juga dengan Shannon. Serta merta hatiku disapa perasaan meluat yang membuak-buak. Bertambah meluat bila aku menjadi saksi adegan-adegan romantik mereka berdua.

 

“Oh, hai Jae. Jom makan tengahari sekali, saya pun ada bawa bekal lebih ni.”

 

“Tak, Saya tak lapar. Youngnam, aku balik dulu. Tiba-tiba rasa tak sedap badan.”

 

“Jae! Makanlah dulu sebelum balik!”

 

Langkah kakiku yang pantas membawa aku jauh dari kedua mereka…jauh dari dunia yang sedang aku huni sekarang.

 

“Aku benci kau, Bang Youngnam…”

 

 

S E D A R tidak sedar, sudah dua tahun berlalu dan sehingga sekarang aku masih lagi belum bertemu cinta sejati. Aku sebenarnya masih belum boleh melupakan Youngnam. Dia cinta pertama aku sejak di bangku sekolah lagi. Kami selalu saja bersama sehingga kini, kami belajar di kolej luar negara bersama. Dan sehingga kini jugalah aku masih tidak dapat menerima hakikat… Hakikat bahawa dia kini sudah dimiliki orang. Dan orang itu tidak lain tidak bukan…

 

“Shannon dan aku akan berkahwin bulan depan. So Jae, jadilah pengapit aku.”

 

Kata-kata Youngnam membuatkan hati aku retak seribu. Aku mengalihkan pandanganku ke arah Shannon yang sedang memeluk lengan Youngnam erat.

 

Sepatutnya aku yang berada di tempat kau sekarang, Shannon…Bukan kau!

 

“Yeah, jadilah pengapit kami Jae. Saya dah suruh pilih orang lain tapi dia still nak Jae jadi pengapitnya.”

 

Youngnam menganggukkan kepala tanda mengiyakan. Kemudian dia memandang aku dengan penuh harapan. Kedua tangannya tiba-tiba memegang tanganku dan menggenggamnya erat.

 

“Please Jae, jadi pengapit aku. Kau kawan aku kan?”

 

Mana mungkin aku boleh menolak permintaan orang yang aku cinta? Sudahnya aku jadi pengapit beliau juga. Aku menjadi saksi kisah cinta mereka berubah menjadi lebih bermakna dengan terbinanya perkahwinan di antara mereka. Dan aku bencikannya! Amat benci!

 

“Tahniah Youngnam, Shannon! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat~”

 

“Aww…you two look good together. Bagai pinang dibelah dua!”

 

“Bertuahnya kau dapat Youngnam sebagai suami. Sudahlah kacak, bijak, penyayang…memang husband material betul orangnya! Cemburunya aku!”

 

Pujian-pujian yang diberikan oleh sahabat handai keduanya membuatkan telinga aku bingit. Nasib baiklah aku dapat menahan perasaanku. Kalau tidak…sudah pasti aku mengamuk di majlis perkahwinan Youngnam!

 

Oh Bang Youngnam, mengapa susah sekali untuk aku lupakan kau?

 

 

P A G I itu Youngnam datang ke rumahku dengan senyum meleret-leret. Aku tak pasti apa yang membuatkan dia berkelakuan sedemikian. Yang aku tahu, dia datang ke rumahku untuk membincangkan soal kerja. Ya, kami sekarang menjadi rakan kongsi sebuah syarikat pakaian di bawah label yang kami cipta sendiri, Young Forever. Berkat promosi dan rekaan yang meletup, syarikat kami naik sebagai salah satu label pakaian kegemaran ramai di Australia.

 

Ya, kami sekarang menetap di Australia. Kami masih belum berkesempatan pulang ke Korea. Sepatutnya aku boleh saja pulang ke Korea tetapi tidak sanggup pula aku meninggalkan Youngnam disini. Youngnam pula tidak boleh pulang ke Korea kerana ibu bapanya tidak merestui perkahwinannya. Kiranya dia sudah dibuang keluarga dan dia merasakan tiada gunanya dia pulang ke sana jika tiada siapa sudi menerimanya lagi. Walau bagaimanapun, hubungan dia dan adik kembarnya masih lagi baik. Mungkin kerana dia tidak kisah dengan siapa abangnya berkahwin walaupun hakikatnya Youngnam beristerikan seorang yang bukan berbangsa Korea.

 

Sejujurnya, aku masih lagi berharap Youngnam akan membalas cintaku walaupun dia kini sudah beristeri. Ya, aku masih lagi belum meluahkan perasaanku kepadanya dan suatu masa nanti aku akan berbuat demikian. Buat masa sekarang, aku mahu fokus dalam membina empayar bersama Youngnam. Selepas kami betul-betul berjaya nanti barulah aku akan meluahkan segala yang terbuku di hatiku.

 

Gila kan aku? Ya… aku memang gila.

 

“Kau dah kenapa tersengih-sengih macam orang tak betul ni?”

 

“Shannon…”ucap Youngnam sepatah lalu duduk di kerusi berhampiran. Dia meletakkan kertas kerja yang dibawanya di atas meja. Kemudian dia menyandarkan badan dengan penuh selesa di kerusi yang didudukinya sekarang.

 

“Kenapa dengan isteri kau?”

 

“Shannon…hamil sebulan! Aku bakal jadi ayah, Jae! Yahoooo!”

 

Oh crap! Shannon hamil? Tak boleh jadi ni…

 

“Youngnam, boleh aku confess something dekat kau?”

 

“Boleh. Pasal kerja ke?”

 

“Tak. Pasal perasaan aku.”

 

“Oh? Jangan cakap kau dah jumpa cinta sejati kau?”

 

“Aku dah lama jumpa cinta sejati aku, Youngnam. Dan kaulah orangnya. Aku cintakan kau, Bang Youngnam.”

 

“What? Jae, kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Aku dah beristeri dan isteri aku sedang hamil, Jae. Kau tahu kan apa yang aku maksudkan? Oh Jae, aku tak sangka kau berperasaan sedemikian terhadap aku. Aku sangka kau kawan aku dunia akhirat…”

 

“Kau yang bodoh sebab tak sedar perasaan aku!”

 

“Kau lagi bodoh, Jae! Mana mungkin lelaki normal seperti aku terima luahan perasaan dari seorang lelaki?!”

 

 

“H E N T I K A N sajalah niat kau tu abang. Walau apa pun kau buat, kau tak akan dapat si Youngnam tu.”

 

Kata-kata yang dilemparkan adik aku, Seok terhadap aku sememangnya pedas. Dan pedasnya menusuk sehingga ke hati!

 

“Kenapa semua orang tak terima apa yang aku buat?”

 

“Cuba tanya diri kau sendiri, abang. Cermin diri tentang apa yang kau dah buat.”

 

“Aku cuma ingin dicintai. Salah ke?”

 

“Dengan menukar jantina kau? Seriously, kaum wanita dalam dunia ni dah pupus ke sampai kau sanggup ubah jantina semata-mata untuk pikat Youngnam? Dah takde wanita untuk kau cintai sampai kau berubah target ke Youngnam pula? Abang, dia tu dah kahwinlah! Abang tak reti nak back off ke? Lagi satu, sejak bila abang berubah gay ni? Berubahlah, Kim Jaehyung!”

 

“Sekali aku dah nekad, aku tak akan berpatah balik.”

 

“Abang! Ingat TUHAN!”

 

Sayup-sayup kedengaran suara Seok memanggil aku yang kini sudah berjalan laju ke arah balai berle

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~