Pertemuan Ketiga

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

M A S U K  hari ini, sudah seminggu Hani dilarikan perompak. Mino mengurut kepalanya perlahan. Sepanjang seminggu itu jugalah dia asyik ditelefon Solji yang sering bertanyakan tentang Hani. Dan hari ini, dia perlu bertemu gadis itu untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang Hani bagi siasatan lanjut.

 

"Maaf, saya terlewat ke inspektor?"tanya Solji sambil menarik kerusi di depan Mino untuk duduk. Mereka berjanji temu di sebuah restoran makanan laut.

 

Mino menggeleng perlahan."Taklah. Saya pun baru je sampai."

 

Setelah selesai memesan makanan,Mino memulakan perbualan.

 

"Awak ada bawa gambar Hani seperti yang saya minta?"

 

"Ada. Ini dia.. Tapi inspektor,kenapa inspektor nak gambar dia lagi? Bukankah hari tu saya dah bagi?"soal Solji pelik sambil menghulurkan sekeping gambar Hani kepada pegawai polis itu.

 

"Saya minta sebab gambar yang awak bagi tempoh hari kurang jelas sikit. Nanti gambar yang awak bagi pada saya sekarang akan pihak kami cetak dan edarkan ke balai polis seluruh negara untuk memudahkan proses mencari."

 

"Oh.."hanya itu yang mampu dibalas Solji. Seketika kemudian,pelayan membawakan hidangan yang mereka pesan.

 

Solji menghirup kejap jus orennya sebelum kembali bersuara,"Macam mana dengan siasatan kes rompakan tu? Ada perkembangan tak?"

 

Mino yang sedang menghirup kuah sup ketam mengeluh perlahan."Tak ada. Apa yang kami tahu,perompak bank tu merupakan sekumpulan perompak profesional yang menggelarkan diri mereka sebagai Bloody Bunny. Mereka pernah merompak bank-bank lain sebelum ni dan belum pernah ditangkap."

 

Solji menganggukkan kepala. Seingatnya dia pernah juga terbaca tentang kumpulan Bloody Bunny itu dalam akhbar sebelum ini. Memang kumpulan perompak itu agak terkenal kerana kecekapan serta kejayaan mereka yang sering bisa meloloskan diri dari diberkas pihak polis dan tiada sesiapa pun yang pernah tahu bagaimana wajah mereka. Mereka sangat misteri..mereka merompak dengan memakai topeng animasi Power Rangers. Dan itu sebenarnya kedengaran agak kelakar bagi Solji.

 

"Tapi inspektor..kumpulan perompak itu tak pernah membunuh orang kan?"

 

Mino mengusap dagunya perlahan. "Hmm..dengar khabar mereka cuma merompak saja,tak pernah bunuh orang. Lagipun kebiasaannya mereka bila merompak bank mereka tidak pernah menjadikan sesiapa sebagai tebusan. Jadi saya agak musykil dan hairan jugalah bila mereka jadikan kawan awak tu sebagai tebusan."

 

Solji sudah mengerutkan dahi. Biar betul dia ni.. Kalau betullah apa yang dia cakap, kenapa Hani tiba-tiba dijadikan tebusan? Mungkinkah sahabatnya itu ada menyinggung perasaan salah seorang dari mereka sehingga mereka tekad menjadikan dia sebagai tebusan?

 

Oh Tuhan,harap-harap Hani dapat balik ke sini dengan selamat!

 

 

H A N I  yang sedang sibuk memerhati beberapa pasangan kekasih berdating tiba-tiba bersin. Ketika itu dia dan Yongguk sedang duduk di sebuah bangku panjang sementara menunggu Himchan dan yang lain pergi membeli aiskrim memandangkan sekarang mereka sedang berada di sebuah taman tema.

 

Ini semua Daehyun punya angkara,katanya dia tak pernah menjejakkan kaki ke sebuah taman tema sepanjang dia hidup. Jadi terpaksalah mereka semua kesini. Kalau tak bawa nanti makin panjanglah muncung Daehyun sebab merajuk. Ish..nama je perompak tapi perangai mengalahkan kanak-kanak ribena. Ketuanya pun sama, tidur sambil peluk patung Tigger. Haha.

 

Ada orang sebut nama aku ke?,bisik Hani dalam hati sambil mengesat hidungnya perlahan. Selalunya kalau tiba-tiba saja bersin mesti ada yang sedang umpatkan kita..sumber : Nenek Hani.

 

"Bersin tu jauh-jauh sikit. Kang tak pasal pulak aku demam gara-gara terkena bersin kau."tegur si perompak disebelahnya.

 

"Hanya orang lembap je yang boleh terkena demam, encik."

 

"Jadi kau nak cakap aku ni lembaplah?"

 

"Laa,encik demam ke?"Hani pura-pura buat muka terkejut padahal dia sebenarnya sudah dapat agak lelaki itu demam sejak hari dia menyuruh Hani mengurut bahunya. Cuma ketika itu demamnya tidak ketara sangat.

 

"Mana adalah.."Yongguk tiba-tiba mengalihkan pandangannya ke arah lain sambil menggaru belakang lehernya. Eh,dia malukah?

 

Sementara itu.. Himchan dan yang lain sedang beratur di sebuah gerai aiskrim. Sambil menunggu mereka berborak kosong..dalam erti kata lainnya, mungumpat.

 

"Diam tak diam dah seminggu kita di pulau ni. Dan dah seminggu jugalah Hani tinggal dengan kita. Agaknya bilalah bos nak lepaskan dia?"

 

"Entahlah..bos kita tu susah nak diagak tindakannya. Aku masih tak percaya dia sanggup jadikan Hani tebusan sedangkan selama kita merompak ni kita manalah pernah ambil sesiapa jadi tebusan kita."balas Jongup kepada Daehyun. Yang lain cuma mengangguk tanda setuju.

 

Zelo tiba-tiba menyampuk,"Mengikut firasat akulah kan..kalau bos tiba-tiba buat benda yang tak pernah dia buat,itu tandanya bos..."

 

"Tandanya bos apa?"

 

"Hmm..sebab bos punya emosi kurang stabil? Haha.. Ataupun sebab bos berkenan dekat Hani. Itu je kemungkinan yang aku dapat fikir. Sekian,terima kasih."

 

Himchan yang sudah geli hati mendengar penerangan Zelo ketawa terbahak-bahak. "Weh..bos kita a.k.a kawan baik aku tu HATI BATU.. Selama ni pun ramai je perempuan cantik cuba dekati dia tapi dia tak layan pun jadi tak akanlah dia boleh jatuh hati pada Hani pula."

 

"Abe Chan,hati manusia ni boleh berubah-ubah.. Manalah tahu hati batu bos dah berubah jadi lilin lalu mencair serta menyebabkan bos jatuh hati pada Hani? Lagipun Hani tu lawa..tak mustahil bos boleh sukakan dia."Daehyun menyuarakan pendapatnya pula.

 

Youngjae disebelah Jongup sudah tidak senang hati. Kalau benarlah bosnya itu sukakan Hani,mungkin dia memang tidak berpeluang untuk memikat Hani. Ya,dia sukakan Hani. Sebab itu dia sanggup belikan pakaian buat gadis manis itu. Dan kini dia terpaksa menghadapi bosnya sebagai musuh cinta pula? Oh tidak!!

 

 

"J A D I  bekas kekasih adik dah kahwin? Mana adik tahu dia dah kahwin ni?"soal Jaekyung dengan kerutan di dahi kepada adiknya Jin. Mereka berjalan seiringan.

 

Jin memandang kakaknya yang baru sampai di Pulau Jeju malam semalam. Rasanya bekerja di label fesyen terkenal antarabangsa sebagai ketua pereka memang agak memenatkan bagi Jaekyung, sebab itu dia mengambil cuti dan pergi ke Pulau Jeju.

 

"Adik terserempak dengan dia di pulau ni lah kak.. Masa tu kami berjumpa di sebuah restoran dan dia sedang makan disitu dengan seorang lelaki. Lelaki tu perkenalkan diri dia sebagai suami ex adik tu."

 

Jin memang agak sedih sekarang. Sebenarnya dia perlu tinggal di Jordan lagi memandangkan majlis konvokesyennya masih lagi belum diadakan tetapi dia sengaja pulang awal kerana mahu bertemu Hani. Dia mahu memberitahu Hani yang dia menyesal kerana memutusi gadis itu lima tahun lepas hanya kerana ingin mengejar cita-citanya sebagai doktor dan dia mahu hubungan cinta mereka kembali terjalin seperti dulu. Tapi malangnya seorang lelaki kacak bernama Yongguk yang kini merupakan suami Hani membuatkan hajatnya terus terbantut.

 

Hani sendiri pun menerima dengan redha keputusan Jin untuk berpisah. Baginya,jika Jin bahagia dia pun bahagia. Lagipun dia sendiri tidak yakin untuk meneruskan hubungan mereka lagi. Iyalah, di luar negara itu macam-macam boleh berlaku. Silap-silap Jin pulang membawa isteri,Hani juga yang makan hati nanti.

 

"Menyesal sampai keluar air mata darah pun dah tak guna dik..biarkan sajalah dia bahagia. Lagipun,dia dah berkahwin. Tak akanlah adik nak jadi perampas isteri orang pula?"

 

Jaekyung yang sememangnya rapat dengan adik bongsunya itu memang sudah sedia maklum dengan Jin yang sangat mencintai bekas kekasihnya yang bernama Hani itu. Semasa dia belajar di Jordan dulu,jika Jaekyung menelefonnya untuk bertanya khabar,mesti Jin akan memberitahu betapa dia merindui Hani. Siap menangis lagi.. Sebak pula hati si kakak mendengarny

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~