Kejutan!

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

S E D A R  tidak sedar,sudah belasan minit berlalu sejak kakinya menjejak lantai balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Hani sepatutnya sudah boleh mengukir senyum bahagian dan gembira ketika ini tetapi apa yang tergambar di raut wajahnya hanyalah kesedihan..kesedihan yang dia sendiri pun tidak pasti.

 

"Nah bagasi awak, Hani."

 

Hani terpinga-pinga seketika bila terdengar namanya dipanggil seseorang. Ah, Daehyun rupanya. Lelaki itu sedang meletakkan bagasi milik Hani yang merupakan pemberian Yongguk kepadanya semalam di hadapan gadis itu.

 

"Terima kasih Daehyun,"

 

"Sama-sama. Err..awak okey,Hani? Muka awak nampak pucat.."

 

Hani meraba-raba mukanya yang mulai panas. "Saya okey saja.. Pucat? Mungkin sebab saya tak sempat makan pagi tadi,"jawab Hani selamba dengan sengihan di muka, cuba menyembunyikan perasaan sedih yang membalutinya segenap ruang hatinya sekarang.

 

Kenapa dengan aku ni? Kenapa hati ini rasa sedih sangat?,gadis itu menyoal dirinya sendiri sambil melangkah mengikuti Daehyun dari belakang. Seketika kemudian,mereka berdua sampai di tempat di mana Yongguk dan yang lain berada.

 

"Hani,betul ke bos cakap awak dah nak balik?"tegur Youngjae dengan muka yang agak sedih.

 

"Ah,ya.. Hari ini saya akan balik ke rumah. Yeay~"

 

"Ala,rasa macam sekejap saja kita bertemu dan kenal-kenal."sampuk Jongup.

 

Seminggu lebih bersama Hani membuatkan gadis itu dan kumpulan perompak tersebut semakin rapat. Walaupun hakikatnya mereka adalah sekumpulan perompak,tetapi mereka sebenarnya sangat baik sehinggakan hilang rasa takut Hani terhadap mereka.  Kadangkala Hani pula yang terasa seperti dia adalah salah seorang dari mereka..gyahaha. Tapi dalam ramai-ramai itu dia cuma agak takut dengan seseorang..siapa lagi kalau bukan Yongguk? Si ketua perompak itu memang sukar diramal sikapnya. Sekejap baik,sekejap garang..sekejap nakal..

 

Jika semua orang menunjukkan riak sedih,berlainan pula dengan si ketua perompak yang hanya membuat muka stone sambil berpeluk tubuh memerhatikan kelakuan anak buahnya dan si tebusan yang sedang berbual,mengucapkan selamat tinggal dan mungkin bertukar nombor telefon..? Ada ke perompak bertukar nombor telefon dengan tebusannya? Entahlah labu~

 

 "Jom kita balik rumah dulu."Himchan memberi arahan kepada ahli Bloody Bunny yang lain bila terperasankan sahabatnya Yongguk yang hari ini memang nampak agak senyap. Ketika mereka di Pulau Jeju tadi pun dia senyap sahaja. Sakitkah?

 

Zelo mengerutkan dahi. "Habis,Hani pulak macam mana?"

 

"Saya boleh balik sendiri, Zelo. Lagipun banyak teksi kat sini,"

 

"Tak payah. Kau ikut kami balik rumah dulu lepas tu baru aku hantar kau dengan kereta."tiba-tiba Yongguk bersuara dengan riak muka serius menyebabkan Hani dan yang lain menganggukkan kepala saja tanda setuju.

 

 

S E L E P A S  mengucapkan selamat tinggal(?) kepada Bloody Bunny, Hani mengikut si ketua perompak menaiki keretanya. Macam yang Yongguk katakan tadi,dia yang akan menghantar Hani pulang. Sebenarnya bunyinya agak pelik bila lelaki itu tiba-tiba saja menawarkan diri untuk menghantar dia pulang. Yelah..kalau diikutkan Yongguk boleh saja menyuruh anak buahnya menghantar dia pulang.. 

 

Tiba-tiba Hani terfikirkan sesuatu.. Dia menjeling-jeling Yongguk disebelahnya. Jangan-jangan dia sengaja cakap nak hantar aku padahal dia nak bunuh aku sebab dia masih kurang percayakan aku tak?

 

"Woi.. Kau dengar tak apa aku cakap ni..?"tegur Yongguk ketika mereka berhenti di lampu isyarat merah.

 

Hani terpinga-pinga. "Eh,encik ada bercakap dengan saya ke?"

 

"Taklah,aku bercakap dengan lembu dekat padang tu ha.."sindir lelaki itu.

 

"Oh..encik boleh faham cakap haiwan rupanya?"

 

"Lembap.. Aku sedang sindir kaulah.. Kau ni,sah-sah kau tak dengar apa yang aku cakap sebab mengelamun jauh tadi."balas Yongguk sambil merengus perlahan. Serius panas sungguh cuaca hari ini,berpeluh-peluh dia dibuatnya padahal dia sudahpun memasang pendingin hawa kereta.

 

"Ya kut.. Encik ada tanya saya apa-apa ke tadi?"

 

"Aku tanya rumah kau dekat kawasan mana.."

 

"Ala,encik drive dulu. Nanti saya tunjukkan jalannya."

 

Sekali lagi lelaki itu merengus perlahan. "Hmm,yelah.."

 

Sepanjang mereka di dalam kereta,kedua mereka tidak banyak bercakap. Dan itu membuatkan masing-masing berasa pelik. Dulu di Pulau Jeju ada sahaja benda yang mereka berdua gaduhkan,tetapi sekarang masing-masing cuma melayan perasaan sendiri saja.

 

"Hani.."seru Yongguk tatkala mereka sekarang sudahpun sampai di hadapan rumah sewa Hani yang dikongsi bersama Solji. Lelaki itu membetulkan duduknya kemudian mengalihkan pandangan kepada Hani disebelahnya.

 

Hani sudah mengerutkan dahi bila lelaki itu tiba-tiba saja menyerunya dengan nada suara yang teramatlah lembut..? Okey,ini memang pelik..super-super pelik! Buat seketika gadis itu tiba-tiba berasa gerun pula dengan Yongguk.

 

"Ya encik?"sahut gadis itu sambil memandang Yongguk. Tiba-tiba timbul rasa segan pula bila lelaki itu merenung wajahnya lama.

 

"Kau nak tak durian? Yang aku beli hari tu banyak juga lebih."

 

Cheh! Aku mati-mati ingat dia nak cakap sesuatu yang romantik.. Eh..? Kejap,apasal pula aku boleh fikir sampai ke situ?

 

"Eeuuu.. Tak naklah! Kan saya dah cakap saya tak suka durian? Encik pun tahu macam mana bencinya saya pada durian."

 

Yongguk sudah ketawa geli hati melihat riak muka Hani yang sedang menahan kerut. Agaknya mukanya jadi begitu kerana terbayangkan rupa durian yang dikopak dua dengan isi kuning keemasan di dalamnya. Oh Hani,mengapa kau begitu bencikan durian? Durian sedap kut..bisik hati kecil lelaki itu.

 

"Aku tahulah.. Saja je nak sakat kau. Lepas ni dah takda orang yang boleh jadi mangsa sakat aku."

 

"Apa susahnya..encik upah la orang gaji seorang, lepas tu encik sakat dia sampai puas."Hani memberi cadangan. Err..cadangankah itu? Apasal bunyinya lain macam? Haha

 

Yongguk menyeka peluh yang timbul di dahinya.

 

"Hmm.. Kalau macam tu,apa kata kau je yang jadi orang gaji aku?"

 

"Eh..kenapa saya pulak?"

 

"Sebab kau saja yang menepati kriteria mangsa sakat aku.. Dengan erti kata lainnya,aku cuma suka sakat kau saja,"balas Yongguk dengan senyum herot bercampur nakal di bibir.

 

Oh,tolonglah jangan goda hati aku dengan senyuman macam tu! Hani sudah sesak nafas sebenarnya mendengar kata-kata lelaki itu. Tak sangka ada juga ya kriteria mangsa sakat? Spontan gadis itu menggaru kepalanya.

 

"Haha.. Kau ni,kenapa serius sangat? Aku gurau jelah. Hmm,dah la.. Pergilah balik. Dan ingat..aku lepaskan kau sebab aku percaya yang kau tak akan dedahkan identiti aku dan yang lain. Tapi seandainya kau dedahkan juga identiti kami,aku

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~