Pengakuan

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

H A M P I R  beberapa hari berlalu semenjak Yongguk keluar merompak. Hani dan Haneul meneruskan kehidupan mereka tanpa apa-apa masalah. Err..sebenarnya ada. Haneul sering bertanyakan kepada mamanya tentang keberadaan papanya dan sudah pasti gadis itu terpaksa menipu anak tirinya itu dengan mengatakan papanya pergi ke luar negara atas urusan kerja.. Dan itu sebenarnya membuatkan Hani bencikan dirinya sendiri. Dia benci kerana terpaksa menipu anak kecil yang tidak tahu hal sebenar tentang bapanya itu. Kebenciannya semakin meningkat bila dia perlu menipu Haneul dalam jangka masa yang panjang kerana dia tidak tahu bila suaminya itu akan pulang ke rumah.

 

Hani merengus perlahan apabila nombor telefon Yongguk yang didailnya dijawab operator. Masuk hari ini,s udah tiga puluh kali dia menghubungi suaminya itu tapi satu pun tidak berjawab.

 

"Susah sangatkah mahu menjawab panggilan telefon isteri sendiri?"rungut Hani sambil menggoreng telur dadar untuk Haneul yang sedang menunggu sarapannya di meja makan. Nasib baiklah anak kecil itu tidak mendengar apa yang dia rungutkan, kalau tidak mahu pening pula kepala Hani mahu bersoal jawab dengan Haneul nanti. Telefon yang sedang dipegangnya diletakkan di dalam poket seluarnya. Sambil memasak sempat lagi dia memikirkan perihal suaminya. Agaknya ke manalah lelaki itu berada sekarang? Sihatkah dia?

 

Selepas selesai menikmati sarapan, Hani menghantar Haneul ke tadika. Kemudian dia memandu keretanya menuju ke rumah sewa Solji pula untuk bertemu dengannya. Dia ke rumah kawannya itu kerana mahu belajar memasak sebenarnya memandangkan Solji pandai memasak. Yelah, daripada dia duduk saja di rumah 'menternak' badan ada baiknya dia buat sesuatu yang berfaedah iaitu belajar memasak. Manalah tahu suaminya akan berasa kagum pula dengannya bila dia  pulang dan merasa masakan air tangannya nanti. 

 

"Eh, cepatnya kau sampai?"tanya Solji sebaik saja dia membuka pintu rumahnya dan ternampak muka Hani yang sedang tersengih di depannya seperti kera mendapat bunga. Dia pelik juga sebenarnya kerana mereka berjanji untuk berjumpa pada pukul sepuluh pagi dan Hani sampai di rumahnya setengah jam lebih awal.

 

"Aku sengaja datang awal."

 

"Kenapa?"

 

"Saja nak tahu macam-mana perasaannya datang awal. Biasa je rasanya."balas Hani dengan muka stone-nya. Terangkat sebelah kening Solji melihatnya.

 

Solji mempesilakan sahabatnya itu duduk di sofa berhampiran sambil berkata,"Sejak bila kau pandai buat muka stone macam tu? Selalunya muka kau ni penuh dengan eksperesi ceria je."

 

Hani tidak menjawab. Sebaliknya dia ke dapur untuk minum. Tiba-tiba tekaknya terasa dahaga yang teramat sangat.

 

"Laki aku pandai buat muka macam tu jadi mungkin virus muka stone dia tu berjangkit dekat aku."jawab Hani selamba sambil meneguk segelas air kosong. Selesai minum dia meletakkan gelas tersebut di sinki dan ditenung kejap gelas tersebut. Entah bagaimana dia terkenang pula peristiwa lalu. Peristiwa dimana jarinya melecur sedikit dek terkena air panas ketika dia membancuh kopi untuk Yongguk di Pulau Jeju dulu. Masih lagi segar dalam ingatannya bagaimana riak wajah lelaki itu ketika merawatnya..riak wajah penuh kerisauan yang menyebabkan dada Hani berdebar-debar.

 

Terkadang dia terlintas juga di benak fikirannya tentang mengapa Yongguk tekad mengambilnya sebagai isteri sedangkan hubungan mereka sebelum ini tidaklah baik sangat. Iyalah, bukankah pelik si perompak berkahwin dengan tebusannya? Adakah dunia ini sudah berubah? Kisah cinta apakah ini sampaikan perompak dengan mangsa tebusannya pun boleh berkahwin?

 

"Yelah tu. Haa, suami kau belum balik dari luar negara lagi ke?"lembut saja Solji bertanya sambil melabuhkan punggung di kerusi menghadap sahabatnya. Hani sekadar menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Serius dia tidak tahu bila lelaki itu akan pulang. Mungkin juga dia tidak akan pulang...

 

"Aik, tak akanlah tak tahu bila suami sendiri balik? Teruk betul!"marah Solji dan dalam masa yang sama dia pelik. Pelik kerana Hani nampak agak tidak bersemangat. Mungkin kerana demam rindukan suaminya, fikir Solji. 

 

Hani tiba-tiba bangun dan mengambil apron yang kebetulan tersangkut di dinding berhampiran lalu memakainya sambil berkata,"Tadi kau cakap nak ajar aku memasak kan? Haa, tunggu apa lagi?"

 

 

S E T E L A H selesai sesi kelas memasak dengan Solji pada kira-kira pukul dua petang, Hani terus singgah ke tadika Haneul untuk mengambilnya. Namun sebelum itu dia sempat lagi cuba menghubungi suaminya untuk bertanya khabar... atau mungkin cuba untuk meluahkan rasa rindu yang makin menebal di kalbu. Tapi tidak mungkin semua itu berlaku melainkan dia punya keberanian setinggi Burj Khalifa untuk melaksanakannya. Malang sekali, dia tidak punya keberaniaan setinggi itu.

 

"Pick up my call dear hubby,"omel gadis itu perlahan sambil menunggu panggilannya berbalas. Ketika itu dia sedang berada di dalam kereta berhampiran tadika Haneul. Ditilik sebentar jam di tangan. Ah...lupa pulak jam ni dah jadi arwah,s ekadar menjadi hiasan di tangan aku saja..bisik Hani dalam hati bila tersedar jarum saat jam yang statik di tempatnya. Pandangan matanya dialihkan kepada jam kereta pula. Sudah tiba waktu Haneul keluar dari tadika dan kelihatan ramai ibu bapa menjemput anak-anak mereka pulang. Namun Hani mengambil keputusan untuk membiarkan Haneul menunggunya seketika bagi membolehkan dia menelefon Yongguk.

 

"Tutt tutt... tutt tutt.."

"Tutt tutt... tutt tutt.."

 

Bunyi panggilan tidak berjawab yang masuk kali ke sepuluh membuatkan Hani geram. Tersangatlah geram. Hati ini sedang merindu dan meronta-ronta untuk menatap wajah sang suami, tetapi sang suami pula hilang entah ke mana. Kalau dia telefon bertanya khabar tak apalah juga,ini tidak. Diam saja tanpa khabar. Isteri mana yang tak marah kalau suami buat macam tu? Terbayang-bayang senyuman suaminya itu di minda. Senyuman yang jarang sekali terbit  di bibir Yongguk. Mungkin lelaki itu jarang senyum kerana senyumannya boleh mencairkan hati sesiapa saja yang melihatnya.

 

"Apa bendalah yang dia buat sampaikan panggilan isteri sendiri pun tak boleh nak jawab? Sibuk berfoya-foya dengan perempuan lain ke apa? Ke sibuk cari calon isteri baru?"hah ambik kau, sampai ke situ si Hani fikir pasal Yongguk. Orang kalau dah nak marah dan geram tu macam-macamlah yang dia terfikir. Benda yang dia tidak pernah fikir pun dia boleh terfikir. Hebat tak? Bhaahahah

 

"Itu yang wifey fikir masa hubby tak ada?"

 

"Huh...?"

 

"Apa huh huh? Tak ada perkataan lain ke yang wifey nak cakapkan selain huh?"suara garau Yongguk yang tiba-tiba naik satu oktaf menampar-nampar gegendang telinga Hani di talian, menyebabkan gadis itu tiba-tiba tersedar dari lamunan lantas bibirnya mengukir senyum. OMG aku tak bermimpi...dia jawab panggilan aku!

 

"I-ini.. Ba-bang Yongguk ke?"tanya Hani dengan rasa kurang percaya. Setelah hampir seminggu tidak mendengar suara sang suami,fikirannya seakan-akan hilang keseimbangan dan mungkin hilang sedikit ingatan kerana tiba-tiba saja dia terlupa bagaimana bunyi suara Yongguk!

 

Yongguk merengus perlahan. Dialih dan ditenung sebentar smartphone-nya dengan kening bertaut. Minah ni dah lupa ke aku ni siapa?

 

"What the hell?..  Yeah,i'm Bang Yongguk, your one and only husband in this world. Kejap..Jangan cakap wifey dah lupa yang wifey dah bersuami?"

 

Tanpa sedar bibir Hani mengukir senyum saat dia mendengar ayat suaminya yang berbunyi your one and only husband itu. Alahai suami aku ni,sempat lagi dia buat statement sweet macam tu..

 

"Mana ada! Saya ingatkan saya tersalah dail nombor tadi.."

 

"Haa baguslah, nombor telefon suami sendiri pun tak ingat. Nanti kalau ada apa-apa kecemasan awak nak telefon siapa? Jin?"

 

Pelik pula Hani bila mendengar suaminya itu memanggilnya 'awak'. Yelah, selalu Yongguk ber'kau' 'aku' bila bercakap dengannya. Paling sopan pun dia panggil wifey dan hubby. Entah tersampuk apalah mamat itu sehingga memanggilnya awak? Dan kenapa pula dia harus menyebut nama bekas kekasihnya sekarang?

 

"Macamlah awak kisah saya ingat ke tak nombor awak.. And excuse me, why should i call him if i have you?"

 

"Manalah tahu takut dalam kepala tu masih teringat-ingatkan dia. Orang cakap cinta pertama ni susah untuk dilupakan,"balas Yongguk dengan nada memerli bercampur marah sebenarnya. Tak tahu pula marah sebab apa. Pelik betul suami Hani ni. LOL. Hani yang sedari tadi fokus mendengar butir bicara yang keluar dari mulut lelaki itu sudah mengerutkan dahi. Seriuslah, kenapa mamat ni tiba-tiba macam nak marah aku pulak?

 

"Helo Encik Bang Yongguk, saya call untuk bertanya khabar suami saya..bukan untuk dimarahi atas perkara yang saya tak pernah buat! Kalau saya tahu saya akan kena perl

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~