Balik Rumah

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

H A N I  sedang melipat pakaian Haneul untuk dimasukkan ke dalam beg bila suaminya tiba-tiba muncul di bilik mereka dengan anaknya. Haneul yang merasa pelik dengan kelakuan mamanya cepat-cepat berlari ke arah Hani dan duduk di depannya.

 

"Mama, kenapa mama kemaskan baju-baju Haneul? Kita nak ke mana?"

 

"Mama kemaskan baju Haneul sebab mama dan papa nak bawa Haneul tinggal bersama kami di Seoul. Kenapa? Haneul tak mahu ikut mama dan papa ke?"

 

Ya, kedua mereka sudah bersetuju untuk membawa si kecil itu pulang ke Seoul. Yongguk sudah nekad untuk memperkenalkan siapa Haneul yang sebenarnya kepada kedua ibu bapanya. Cukuplah lima tahun dia menyimpan rahsia dan kewujudan anak saudaranya itu. Lebih baik dia berterus-terang sekarang kerana lambat laun nanti rahsia dia akan terbongkar jua..

 

Hmm, harap-harap mak dan ayah dapat terima Haneul..doa lelaki itu dalam hati sambil memerhatikan anaknya yang sedang membantu isterinya memasukkan baju dalam beg.

 

"Mestilah Haneul nak ikut! Tapi..macam-mana dengan oyang? Oyang tak ikut kita ke papa?"Tanya Haneul yang memanggil moyangnya dengan panggilan oyang. Budak-budak biasalah..pelat sikit.

 

"Kenapa oyang nak ikut pulak? Kan sini rumah oyang?"

 

"Ala papa..tak bestlah kalau oyang takda. Nanti takda siapa nak main dengan Haneul,"si kecil itu sudah membuat muka sedih.

 

Hani sudah ketawa kecil. Comel betul anak aku ni bila buat muka macam tu!

 

"Haneul ni..mama kan ada? Mama boleh main dengan Haneul nanti. Ala, nanti papa cuti kita datang sini main dengan oyang."jawab Hani.

 

Cuti? Rasanya suami aku tu cuti lagi lama dari kerja.. Yelah, lepas merompak dapat duit..lepas tu tunggu duit rompakan yang berjuta-juta tu habis mahu ambil masa berbulan-bulan..fikir sang isteri.

 

Kadangkala terfikir juga Hani bagaimana Yongguk yang punya tahap pendidikan tinggi dan juga datang dari keluarga berada boleh menjadi perompak. Yelah, kalau diikutkan boleh saja Yongguk bekerja di syarikat bapanya. Dengar cerita syarikat bapanya itu terkenal juga dalam dunia perniagaan.. Jadi mengapa suaminya itu menyusahkan diri menjadi perompak? Mesti ada sebabnya lelaki itu menjadi perompak...tapi apa sebabnya itu?

 

"Okey, dah siap."ucap Hani yang sudahpun selesai mengemas pakaian ke dalam beg.

 

"Dah, jom bersarapan dulu. Lepas sarapan baru kita bertolak balik."

 

Hani memerhatikan saja tangannya yang kini berada dalam genggaman suaminya. Baru dia perasan sejak peristiwa di Pantai Daecheon tempoh hari suaminya itu selalu saja memegang tangannya bila berpeluang. Hmm..adakah suaminya itu memegang tangannya sebab dia isterinya atau sebab lelaki itu sukakan dia?

 

 

"A N A K?"

 

"Ya mak. Abang ada anak...anak dia dengan isterinya sebelum mereka meninggal."jawab Yongguk sambil membuang pandang ke arah Hani dan Haneul yang sedang bermain puzzle.

 

Encik Bang mengerutkan dahi. "Jadi,budak yang kamu bawa tu.."

 

"Ya, dialah anak abang. Bang Haneul namanya. Maafkan saya ayah, mak sebab rahsiakan hal ini. Abang yang minta saya rahsiakan sebab dia takut mak dan ayah tak boleh terima Haneul sebagai cucu. Yelah..mak dengan ayah kan menentang hubungan dia dengan Shannon.."

 

Puan Bang sudah menepuk dahi. "Ya Tuhan Yongguk, mana mungkin kami tak terima anak abang kamu sebagai cucu kami sendiri? Memanglah kami tak suka dia berkahwin dengan si Shannon tu tapi selepas mereka meninggal kami dah boleh terima hubungan mereka. Malah kami pula yang menyesal sebab tak bagi mereka berdua restu kami... Tapi, siapa yang jaga Haneul sampai dia besar macam tu?"

 

Yongguk tersenyum. Hatinya benar-benar lega kerana mak dan ayahnya dapat menerima Haneul sebagai cucu. Yahoo! Jadi tak perlulah dia menipu yang Haneul itu anak angkatnya. Lmao.

 

"Sayalah.. Tapi bila saya takda disini atas urusan kerja  saya bagi nenek dan atuk jagakan."

 

"Apa? Jadi atuk dan nenek kamu tahu tentang Haneul?"

 

"Iyoo ayah, nampaknya macam itulah.. Jangan marah,nanti kena jual."Yongguk buat lawak.

 

"Haha..banyaklah kamu punya jual. Hmm, elok pula dia bermain dengan Hani tu. Nampak macam mereka berdua tu anak dan ibu kandung saja."komen Encik Park sambil memerhatikan cucu dan menantunya itu dari jauh. Tersenyum saja dia melihat Haneul yang sedang ketawa dangan Hani. Entah apa yang kelakarnya sampai si kecil itu tidak berhenti ketawa.

 

Yongguk sekadar mengukir senyum saja. Lebih spesifik, senyum bahagia. Well..siapa tak bahagia tengok anak dan isteri bermain? Rasanya melihat muka isterinya hanya untuk beberapa saat saja sudah agak membahagiakan dirinya. Itulah yang dirasakannya dua tiga menjak ini. Mungkin inilah yang dipanggil penyakit angau, satu penyakit yang memerlukan cinta sebagai penawarnya?

 

"Mama, Haneul laparlah.."si kecil itu sudah memuncungkan bibir sambil memegang perutnya, membuatkan Hani disebelah mengerutkan dahi.

 

"Eh, tadikan dah makan tteokbokki. Takkanlah Haneul masih lapar lagi?"

 

"Tteokbokki tadi sikit sangatlah mama. Mama, Haneul lapar..nak makan!"

 

Hani sudah menggelengkan kepala. Pantas dia memanggil suaminya yang sedang berbual dengan orang tuanya.

 

"Ada apa wifey panggil-panggil hubby ni? Ada rumah terbakar ke apa?"

 

"Kalau rumah terbakar panggil bombalah, kenapa panggil hubby pulak.. Ni haa,Haneul nak makan. Lapar katanya."terang sang isteri.

 

"Oh.. Pergilah dapur, masa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~