Mabuk

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Y O N G G U K  menghirup kopi panas di dalam cawan yang dihidangkan isterinya sambil sebelah lagi tangannya memegang akhbar hari ini. Sambil menghirup kopinya dia mencuri-curi pandang ke arah Hani yang sedang memasak. Spontan lelaki itu mengerutkan dahi. Biar betul bini aku ni memasak?

 

"Dah selesai ke kerja hubby tempoh hari?"tanya Hani kepada suaminya yang sedang duduk di meja makan. Jarak meja makan dengan tempat Hani sedang memasak cuma beberapa langkah saja.

 

"Dah."jawab Yongguk pendek sambil matanya memerhatikan gelagat isterinya memasak. Anehnya,Hani nampak seperti seorang cef profesional pula. Entah boleh dimakan atau tidak masakannya nanti. Hani cuma menganggukkan kepala tanda faham. Dia sendiri pun sebenarnya malas mahu menyoal suaminya banyak-banyak, nanti dia pula yang sakit hati. Kadangkala dia semacam tidak percaya yang dia bersuamikan seorang perompak dan dia pula sebagai isteri tidak melakukan apa-apa untuk menghalang suaminya dari terus merompak. Apa boleh buat, suaminya itu degil betul orangnya. Sudah dia larang dan memujuk Yongguk agar tidak merompak tetapi lelaki itu tidak mendengar larangannya.

 

"Wifey masak apa?"

 

Hani mengurut dadanya sendiri, terkejut dengan kehadiran Yongguk di sebelahnya yang agak tiba-tiba itu. Sudahlah muncul secara mengejut, dipeluk pula pinggang ramping isterinya dari belakang. Berpeluh-peluh Hani dibuatnya. Tak pasal mereka keracunan makanan nanti sebab termakan penkek bercampur peluh yang dimasaknya sekarang. Eeuuu!

 

"Huh? Err masak penkek saja. Kenapa? Hubby tak suka penkek ke?"tanya Hani sambil memusingkan badannya menghadap Yongguk dan mengerdipkan matanya ke arah lelaki itu. Yongguk cuma menggelengkan kepalanya perlahan lalu tersenyum. "Mana ada.. I'll eat whatever my wife cook for me. By the way, where's Haneul?"

 

"Haneul masih tidur. Biarkan sajalah dia tidur."

 

"Eleh, cakap sajalah wifey tak nak kejutkan Haneul sebab nak berdua-duaan dengan hubby."usik sang suami yang sudahpun melepaskan pelukannya dan duduk di kerusi. Dia memerhatikan saja Hani menghidangkan penkek yang sudah siap dimasak di atas meja dengan beberapa bekas jem dan juga krim putar. Kemudian gadis itu duduk menghadap suaminya dengan muka blur-nya.

 

"Ada jugak yang nak kena ketuk dengan spatula ni karang."Hani memegang spatula di tangannya sambil buat aksi mahu memukul suaminya itu dengan spatula padahal dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana segannya dia bila suaminya berkata demikian. Mamat ni, macam tahu-tahu saja aku nak berdua dengan dia, getus Hani dalam hati. Kemudian dia terpandangkan telefon Yongguk di atas meja. Skrinnya tiba-tiba bercahaya dan dia ternampak wallpaper telefon suaminya itu. Serta-merta hilang senyuman di bibirnya.

 

"Ketuklah kalau berani. Nanti malam kaw-kaw hubby baham wifey!"

 

Hani mencebikkan bibir. "Jangan nak menggatallah! Lempang kang baru tahu."sang isteri sudah menyuakan buku limanya kepada sang suami. Berdekah-dekah Yongguk ketawa melihatnya. Alahai Ahn Hani, kenapa kau comel sangat ni walaupun hakikatnya kau tawarkan pelempang pada aku?

 

"Tadi cakap nak lempang tapi tunjuk penumbuk..macam mana tu wifey? Lagi satu, kenapa tiba-tiba wifey berubah garang ni? Datang bulan ke atau salah satu simpton pembawakan budak?"makin lama makin kuat pula si Yongguk  ni mengusik isteri sendiri. Dia jadi begitu pun kerana kejadian awal pagi tadi. Kejadian yang membuatkan Hani sendiri terkesima. Rasanya anda, pembaca tahu apa yang penulis maksudkan. Tak faham? Sila rujuk bab 17,ayat berwarna merah jambu. Muahahah

 

Hani memandang saja muka Yongguk sambil mengetap bibirnya sendiri. Dia tidak tahu pula Yongguk boleh berubah dari seorang yang garang kepada seorang yang romantis sampai ke tahap Hani boleh terkena kencing manis gara-gara terlalu banyak mendengar ucapan suaminya yang sweet itu. Sebenarnya dia masih terkejut dengan pengakuan Yongguk awal pagi tadi. Yongguk meluahkan perasaannya bahawa dia sudah jatuh cinta kepada Hani tetapi Hani pula sepertinya tidak mampu untuk mempercayai kata-kata lelaki itu. Baginya, lelaki itu cuma bergurau. Dia tidak percaya Yongguk yang heartless itu boleh jatuh cinta terhadap dia atau mana-mana perempuan sekalipun. Walaupun mereka adalah suami isteri, dia masih lagi tidak percaya lelaki itu akan menganggapnya sebagai isteri. Lebih-lebih lagi bila dia ternampak wallpaper telefon suaminya tadi..

 

"Pembawakan budak apa pulak, kita bukannya pernah bersama pun.."

 

Yongguk menongkat dagunya dengan sebelah tangan di meja sambil merenung ke dalam anak mata isterinya sepuas hati. Dari riak muka Hani, dia perasan..malah dia sedar gadis itu tidak mempercayai  pengakuannya tadi. Pelik betul perempuan ni, bila aku cakap aku suka dia,dia tak percaya pulak. Pening aku dibuatnya!

 

"Ya tak ya jugak.. So apa kata malam ni kita buat projek bersama?"

 

"Project? Please,i'm not your toy!"

 

"Memanglah, siapa cakap wifey ni mainan hubby?"Yongguk sudah mengerutkan dahi, kurang faham dengan sikap Hani yang tiba-tiba saja melenting. Dia ni period ke apa?

 

Hani menghela nafas. "Memang hubby tak cakap..tapi.. Hmm, wifey nak pergi kejutkan Haneul dulu."

 

Yongguk sudah menggaru kepalanya bila melihat riak muka isterinya yang tiba-tiba berubah sedih. Hmm..memang tak sah lagi,mesti dia datang bulan. Mama selalu cakap orang datang bulan kadang-kadang memang emosinya tak stabil.. Aduh, aku baru nak bermanja-manja dengan dia..fikir Yongguk sambil memerhatikan saja Hani beredar dari dapur. Kemudian dia menyuap penkek air tangan isterinya ke mulut.

 

"Sedapnya..Akhirnya Tuhan makbulkan doa aku supaya isteri aku pandai memasak."

 

 

P E T A N G  itu, Hani membawa anak tirinya ke taman permainan berhampiran kawasan kejiranan mereka. Sengaja dia membawa Haneul ke taman ketika Yongguk tidur siang dengan harapan agar lelaki itu tidak menyertai mereka. Dia seboleh-bolehnya mahu menjauhkan diri dari suaminya untuk seketika. Dia perlu tenangkan fikirannya.. Wallpaper telefon Yongguk masih lagi bermain-main difikirannya sehingga ke saat ini. Kerana wallpaper itulah dia tiba-tba memarahi suaminya pagi tadi. Tapi rasanya memang patut lelaki itu dimarahi. Segala apa yang dia buat hari ini nampak terlalu plastik di mata Hani. Senyumannya, sentuhannya, lirikan matanya..semuanya plastik!

 

Hani duduk di satu sudut taman sambil memerhatikan Haneul bermain dengan anak jiran mereka. Tadi dia terserempak dengan jiran sebelah kanan rumah mereka iaitu Victoria dan mereka berbual-bual sebentar. Sekadar berbasi-basa sesama jiranlah katakan. Kemudian Victoria meminta dia untuk tengok-tengokkan anaknya, Nina kerana dia mahu ke kedai sebentar untuk membeli barang. Hani hanya bersetuju saja memandangkan dia sendiri sedang free sekarang. Mungkin dengan melihat telatah kanak-kanak riang bermain boleh mengurangkan lagi sakit di hati ini.

 

"Kenapa dia permainkan aku.."ucap Hani perlahan sambil merenung gambar perkahwinannya di skrin telefonnya sekarang. Dia sedang duduk bersila di atas tanah sebenarnya memandangkan dia malas nak berjalan ke bangku taman yang terletak jauh nun di hujung taman. Alah, setakat duduk di atas tanah itu apalah sangat..

 

"Siapa yang permainkan awak, Hani?"

 

"Eh..Jin? Awak buat apa dekat sini?"tanya Hani dengan nada terkejut. Memang dia betul-betul terkejut sekarang kerana dia tidak pernah menyangka dia akan bertemu bekas kekasihnya itu di sini..di Korea Selatan. Pelik betul..bukankah Jin ke Bosnia sebagai sukarelawan? Tapi kenapa dia nampak semakin kacak ni? Sempat lagi dia memerhatikan Jin dari atas ke bawah.. Men-scan-lah konon. Gaya rambut dan cara pemakainnya nampak stailo habis! Tapi suami aku lagi handsome..Hahah

 

Jin yang sedang berdiri cuma tersenyum sebelum duduk bersila di sebelah Hani lalu membalas,"Saya sedang mencari saudara jauh saya sebenarnya.. Dia cakap dia tinggal di kejiranan ini. Awak pula? Awak tinggal di kejiranan ini ke?"

 

Hani cuma menganggukkan kepala, mengiyakan saja soalan Jin. Spontan bibir Jin mengukir senyuman. Dia gembira sebenarnya kerana dapat bertemu Hani. Agaknya hari ini memang hari bertuahnya, sama seperti ketika dia di Pulau Jeju dulu. Pulang saja dari luar negara, dia terserempak dengan Hani tapi malangnya ketika itu Hani sudah bersuami. Masih terbayang-bayang wajah suami bekas kekasihnya yang bernama Bang Yongguk itu. Kacak dan sado orangnya. Memang jauh berbeza dengan dirinya yang hanya memiliki ketampanan wajah saja. Rasanya dia tahu mengapa Hani memilih lelaki itu sebagai suaminya.. Ini kerana Hani memang suka dengan lelaki berbadan sado. Sabar sajalah Jin.

 

"Tapi kan..bukan ke awak pergi ke Bosnia sebagai sukarelawan ke? Saya dengar khabar angin sajalah."

 

"Oh, awak pun tahu saya ke Bosnia sebagai sukarelawan? Saya tak jangka pula saya ni begitu popular sampai berita sebegitu pun awak boleh tahu dari orang lain. Hmm..memang saya ke sana sebagai sukarelawan dan khidmat saya sebagai sukarelawan di sana sudah tamat dua hari lepas. Kiranya, saya bertugas sebagai sukarelawan di sana selama setahun saja seperti dalam perjanjian antara saya dengan Palang Merah dan bila tempoh setahun tu dah habis, saya boleh pulang semula ke sini untuk bekerja. Ah, awak seorang saja ke sekarang ni? Mana suami awak yang dikasihi tu?"tanya Jin dengan nada ber

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~