Gurauan Nakal

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Y O N G G U K  sedang membersihkan rangka pistolnya bila Hani menghidangkan secawan kopi dan semangkuk epal yang sudah dipotong kecil. Kemudian gadis itu berdiri di berhampiran lelaki itu dengan muka pasrah. Agaknya dia pasrah kerana diperlakukan sebagai hamba abdi oleh ketua perompak itu..lol.

 

"Weh..tak boleh ke kau buat muka manis sikit waktu pagi macam ni? Aku nak makan pun tak senang,"bebel Yongguk yang kurang selesa melihat riak muka Hani yang sedih itu.

 

Hani mengeluh perlahan. Mana mungkin selimut tertanggal..eh.. Mana mungkin dia bisa memaniskan muka di depan lelaki itu yang merupakan perompak dan penculiknya? Sudahlah seharian dia didera fizikal dan mental oleh Yongguk.. Ada ke patut dia didenda Yongguk tekan tubi 200 kali hanya kerana lelaki itu tidak suka dengan cara Hani melipat pakaiannya? Ish ish ish! Habis sengal satu badan gadis itu dibuatnya. Bhahaha. Boleh tahan cerewet juga ketua perompak ni.

 

"Saya tak ada mood nak memaniskan muka sekarang,"oppss,terlepas cakap pula! Spontan Hani menekup mulutnya sambil membuang pandang ke arah lelaki di sebelahnya. Lelaki itu sedang menjeling ke arahnya sambil mengunyah epal.

 

"Tak ada mood? Duduk sebilik dengan lelaki kacak macam aku pun tak ada mood?"

 

Astagoo, bongkaknya! Tapi memang dia kacak....ufufufufu,bisik hati kecil Hani.

 

"Tu, diam tu tanda setuju la kan? Well,aku tahu kau pun fikir aku kacak. Memang tak boleh dinafikan ketampanan aku ni.. Apa-apa pun, apa status kau sekarang?"

 

Gadis itu diam saja sambil menggaru kepalanya. Boleh pula dia perasan kacak dengan muka serius macam tu? Kagum pulak aku dibuatnya,fikir Hani.

 

"Status apa encik?"

 

"Statuslah.. Contohnya kau ni bini orang ke pelajar ke apa ke."

 

"Kalau saya tak jawab tak boleh?"

 

"Kalau berani cubalah abaikan soalan aku tadi."Yongguk mengacukan pistol yang telah siap dibersihkan dan dipasang dengan tangan kepada gadis disebelahnya.

 

"Sa-saya bujang dan masih belajar. S-sekarang saya cuti semester tiga bulan!"cepat sahaja gadis itu menjawab dengan kedua belah tangannya diangkat ke atas ala-ala penjenayah yang dikepung polis saja gayanya. Sungguh dia gerun bila Yongguk tiba-tiba saja mengacukan pistol ke arahnya tadi.

 

Terbahak-bahak lelaki itu ketawa melihat kelakuan Hani. Siap tepuk-tepuk peha lagi. Hani mengerutkan dahi. Apa yang kelakarnya?

 

"Kelakar jugak kau ni eh? Pistol yang tak berpeluru pun kau takut? Puhahahaha.."

 

Apa? Tak ada peluru? Spontan Hani menepuk dahinya sendiri. Ishh,membazir je aku rasa takut tadi!

 

 

 

 

"E H bos,mana Hani?"tanya Zelo pelik. Pelik melihat bosnya datang ke kafeteria hotel seorang diri tanpa gadis cantik yang menjadi tebusannya itu. Mereka berhajat mahu keluar bersiar-siar sebentar lagi,melawat tempat-tempat menarik yang ada di pulau terkenal dunia itu.

 

"Hmm, aku ikat dan kurung dia dalam bilik air."

 

"Huuuii,kejamnya Abe Yongguk kita ni. Perempuan lawa macam tu dikurungnya dalam bilik air."tegur Himchan yang sedang mengunyah roti bakarnya.

 

Yongguk menghirup air kosongnya."Lecehlah kalau aku bawa dia sekali. Nak kena kawal dia bagai.. Dibuatnya dia dapat lepaskan diri dari kita dan lapor kat pihak polis,kita juga yang merana."

 

"Kesianlah dia,asyik kena kurung saja. Hmm,kalau macam tu biar aku saja yang jaga dia sepanjang lawatan kita nanti. Aku kan pakar bab-bab kawal orang ni."tiba-tiba Youngjae menawarkan dirinya,membuatkan Yongguk mengerutkan dahi.

 

Daehyun yang sedang menikmati kuih beras pedasnya tiba-tiba menyampuk."Aik Youngjae.. Lain macam permintaan kau. Macam ada udang di sebalik terumbu karang je. Kau..berkenan dekat tebusan kita tu ke apa?"

 

"Oh.. Patutlah kau beria-ria belikan Hani pakaian kelmarin,rupanya nak pikat hati dia."senda Jongup dengan sengihan sambil menyiku Youngjae disebelahnya.

 

"Mana adalah! Aku cuma kesiankan dia je,, Jadi bos kasi tak aku jaga dia?"

 

Yongguk memerhati dengan senyap muka Youngjae yang sedang merona merah. Kemudian dia meneguk air kosong dalam gelasnya sampai habis.

 

"Tak apa.. Terima kasih sajalah. Aku boleh jaga dia sendiri nanti."

 

Selepas mereka selesai makan tengahari di situ,mereka meneruskan pelan mereka yang mahu bersiar-siar tadi kecuali Yongguk. Entah kenapa dia berasa tidak sedap badan pula petang itu. Selepas memaklumkan kepada anak buahnya tentang keadaannya yang kurang sihat,dia mengambil keputusan untuk kembali berehat di bilik hotelnya.

 

Sepanjang dalam lif, kepalanya tidak habis memikirkan kata-kata Daehyun mengenai Youngjae. Dia risau sebenarnya kalau benar Youngjae menyimpan perasaan terhadap tebusannya,Hani. Oleh sebab itu dia menolak cadangan lelaki itu yang mahu menjaga Hani. Dia bimbang Hani akan jatuh hati pada Youngjae..?

 

"Huh? Kenapa aku boleh fikir sampai ke situ pula ni? Ikut suka dialah nak suka siapa pun, kesah pulak aku.."Yongguk mencubit-cubit pipinya sendiri.

 

Tiba di depan pintu biliknya,Yongguk menanggalkan penanda pintu `Do not disturb´ yang disangkut pada tombol pintu. Pintu bilik dibuka. Terus dia melangkah masuk dan duduk di sofa sambil menghembus nafasnya perlahan. Penanda pintu yang dipegangnya diletakkan di atas meja di hadapannya.

 

"Hani.. Oh Hani,"panggil lelaki itu sambil menutup matanya dengan badan disandarkan pada sofa tanda penat. Rasanya sepanjang hari ini dia hanya berjalan saja,bukan berlari atau melakukan aktiviti lasak..tapi kenapa badannya terasa begitu letih?

 

Setelah hampir beberapa minit panggilannya tidak berjawab, barulah Yongguk teringat yang dia mengurung Hani dalam bilik air. Pantas dia bangkit dan melangkah ke bilik air. Jahat betul aku ni, sanggup dikurung gadis itu dalam bilik air sebab tak nak bagi terlepas punya pasal. Aku pun satu..yang gedik sangat nak jadikan perempuan ni sebagai tebusan tu kenapa? Menyusahkan aku sajalah..bebel lelaki itu perlahan.

 

Masuk sahaja dia dalam bilik air, keningnya sudah terangkat sebelah melihat keadaan gadis itu. Aduhai...Spontan dia meraup wajahnya sambil menggelengkan kepala.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~