Demam

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Y O N G G U K  membuka kelopak matanya perlahan-lahan apabila pipinya terasa sedikit sejuk. Sambil menguap lelaki itu menetapkan fokus pandangan matanya pada tingkap biliknya yang sudahpun terbuka. Langsir yang terpasang pada tingkap itu bergerak ditiup angin yang tiba-tiba datang menyapa bilik itu, mengikut alunan suara seseorang yang sedang bernyanyi riang. Yongguk meluaskan lagi bukaan kelopak matanya, barangkali dia kurang percaya dengan apa yang sedang dilihatnya sekarang ; seorang wanita memakai seluar pendek hitam ketat dan singlet berwarna merah jambu dengan rambutnya disanggul tinggi, sedang sibuk mengemas pakaian dalam almari biliknya.

 

"Wifey?"ucap lelaki itu dengan nada hairan sambil tangannya ligat menenyeh-nenyeh kedua belah matanya. Selesai menenyeh mata dia kembali fokus memerhatikan wanita di depannya. Inikah isterinya, Ahn Hani yang malu-malu biawak komodo itu? Tanpa sedar lelaki itu menelan liurnya sendiri apabila Hani berpaling ke arahnya sambil sebelah tangannya menyeka titik-titik peluh yang sudah mula timbul di dahi.

 

"Oh, good morning hubby. Baru bangun? Ah.. wifey ganggu tidur hubby ya? So sorry!"ucap sang isteri sambil melekatkan kedua belah telapak tangannya tanda memohon maaf dan menunjukkannya kepada sang suami yang sudah duduk bersila di atas katil. Dia terlupa pula yang dia sedang sibuk mengemas bilik ketika Yongguk sedang tidur dan kini hatinya diburu rasa bersalah yang teramat sangat kerana telah membuatkan suaminya itu terjaga dari tidur. Makin bertambah rasa bersalahnya apabila lelaki itu merenung tajam ke arahnya dengan mata yang tersangat merah! Ah, sudah.. Yongguk pernah memberitahunya yang dia paling pantang jika tidurnya terganggu. Hmm.. Sah sekejap lagi telinganya bernanah mendengar bebelan suaminya itu.

 

Yongguk menggelengkan kepalanya sesudah mendengar kata-kata isterinya. Dia meraup mukanya sebentar sebelum mengangkat tangannya dan membuat isyarat kepada Hani agar wanita itu datang kepadanya. Hani, dalam takut dan gerun, mahu tidak mahu melangkah laju ke arah suaminya itu. Dia duduk di sebelah lelaki itu apabila disuruh. Yongguk, dengan mata yang merah akibat baru bangun tidur merenung saja seraut wajah cantik di sebelahnya sambil sebelah tangannya memegang  muka isterinya. Perlahan-lahan dia menyeka peluh di muka Hani dengan sapu tangan yang diambil dari atas meja tepi katil.

 

"Wifey buat apa tadi sampai berpeluh sebegini rupa ni? Hmm?"soal sang suami dengan nada lembut ala-ala guru tadika sedang mengajar muridnya melukis pelangi. Hani yang sedari tadi cuak bercampur bimbang suaminya itu akan memarahinya sudah mengerutkan dahi tanda hairan. Mungkin dia kehairanan kerana lelaki itu tidak memarahinya. Lega serta-merta hati kecilnya.

 

"Wifey cuma kemas bilik sikit je tadi.."

 

"Ye ke sikit? Kalau sikit kenapa wifey berpeluh kuat sangat ni?"tanya Yongguk yang masih lagi leka mengelap peluh isterinya. Tangannya yang tadi berada di dahi sudah turun ke leher Hani. Dia hairan juga mengapa isterinya itu berpeluh agak kuat sedangkan sekarang hujan lebat membasahi bumi.

 

"Entahlah hubby.. Tiba-tiba badan ni rasa panas sedangkan dari tadi lagi hujan turun."selamba saja sang isteri menjawab sambil membiarkan saja Yongguk disebelahnya meneruskan aktiviti mengelap peluhnya. Yongguk pula tidak berkata apa, sebaliknya dia meletakkan belakang telapak tangannya pada dahi isterinya itu. Berkerut-kerut dahi lelaki itu dibuatnya.

 

"Wifey demam rupanya. No wonderlah asyik berpeluh saja dari tadi. Dah, wifey pergi baring atas katil sekarang. Biar hubby saja yang sambung kemas rumah."

 

"Tapi itu kan kerja wi.."

 

"Shh, wifey perlu berehat sekarang sebab hubby tak suka tengok isteri hubby buat kerja dalam keadaan tak sihat. Nanti makin teruk pula sakit wifey, hubby jugak yang susah. So wifey just rehat secukupnya, okey? Dah, pergi baring. Hubby nak ke dapur bawakan ubat dengan makanan untuk wifey."

 

Terharu pula Hani mendengar kata-kata suaminya itu. Diperhatikan saja suaminya yang sudah melangkah keluar dari bilik.

 

 

"S I A P A  Mino bagi kau, Solji?"soal James kepada sepupunya yang sedang sibuk memasak. Semalam dia menumpang tidur di rumah Solji kerana malas pulang ke rumah. Malas memandu katanya. Solji pula tiada masalah untuk membenarkan sepupunya itu tidur di rumahnya memandangkan dia tinggal sendirian. Al maklumlah, teman serumahnya sudah berkahwin dan tinggal bersama suaminya. Siapa lagi kalau bukan si Hani?

 

Agak terganggu tumpuan Solji yang ketika itu sedang memasak apabila mendengar soalan sepupunya itu. Tidak pula dia sangka lelaki itu mengenali Mino.

 

"He's just a friend."jawab Solji selamba. Memang mereka berdua cuma kawan saja sekarang walaupun Mino ada menyuarakan hasrat untuk menjadi kekasihnya. Dia masih belum memberi jawapan kepada Mino lagi. Entah kenapa dia merasa ragu-ragu pula dengan hasrat Mino itu.

 

"Baguslah cuma kawan."

 

"Kalau aku bercinta dengan dia pun kau nak buat apa? Jangan cakap kau suka aku pulak, kang tak pasal melekat frypan ni dekat muka kau."ugut Solji yang sudahpun selesai menggoreng nasi untuk mereka berdua. Dicedok nasi goreng ke dalam sebuah mangkuk besar sebelum meletakkannya di tengah meja. James sudahpun mengambil tempatnya di meja makan. Sambil menunggu Solji memotong buah-buahan untuk pembuka selera dia menuang jus oren ke dalam gelas untuk mereka berdua.

 

"Mana ada. Kau jangan mengarutlah. Kau tu sepupu aku kot. Hmm, aku tak suka sebenarnya kalau kau berkawan dengan dia."

 

Berkerut-kerut dahi Solji mendengarnya.

 

"Kenapa pulak? Dia bukannya orang jahat pun."

 

James tersenyum sinis. "Heh, kau tak kenal lagi perangai sebenar dia macam mana, Solji. Aku ni kawan lama dia sejak sekolah tinggi, aku tahulah dia tu macam mana. Dah terlanjur kau berkawan dengan dia, tak akanlah aku nak suruh kau putus kawan dengan dia pulak. So aku hanya mampu cakap dekat kau, jangan terlalu rapat dengan dia. Dia mungkin akan mempergunakan kau."

 

Terdiam saja gadis itu mendengar kata sepupunya.

 

 

P A G I  itu Hani mendapat panggilan dari mamanya. Dengan penuh malasnya Hani yang baru bangun dari tidur mengambil telefonnya yang berada di atas meja tepi katil lalu menjawabnya. Sempat dijeling ruang di sebelahnya yang kosong. Ke mana pula suaminya itu pergi? Ke tandas agaknya.

 

"Helo mama.."

 

"Helo Hani. Apa khabar sayang? Lama tak jumpa anak mama ni."

 

Hani sekadar tersenyum. Dia duduk sambil menyandarkan badannya pada kepala katil.

 

"Maaflah sebab lama tak singgah ke rumah mama. Yongguk sibuk dengan kerja dia. Hani tak berapa nak sihat, sekarang tengah demam ni tapi mama tak payahlah risau. Tadi Hani dah makan ubat dan sekarang tengah berehat."

 

"Lah yeke? Ah, kamu rehatlah secukupnya. Tak payah buat kerja rumah. Upah je orang gaji, kan senang."sesedap rasa saja Puan Ahn berkata-kata. Tergelak pula Hani mendengarnya.

 

"Tak payah upah orang gaji, Yongguk tu pandai buat kerja rumah. Buat masa sekarang dialah yang buat kerja rumah."ucap Hani pula sambil bibirnya tersenyum kecil. Kelakar juga bila teringat akan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~