Penantian

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

H I M C H A N  menggaru-garu kepalanya tanda buntu. Dia membuang pandang ke arah ahli Bloody Bunny yang lain di sebelahnya yang sedang diam melayan perasaan masing-masing. Sejujurnya kesemua mereka sedang buntu sekarang memikirkan ke mana hilangnya ketua mereka. Jika dihitung-hitung berdasarkan cerita Hani, sudah seminggu Yongguk hilang. Mereka sangka ketua mereka itu sudah pulang ke rumah, meluangkan masa bersama isteri dan anaknya tetapi sekarang lain pula ceritanya. Perlahan-lahan Himchan meneguk air mineral dalam botol kecil yang berada di tangannya, cuba menghilangkan kering tekaknya.

 

"Macam-mana ni Abang Chan? Bos hilang dan kita pula terperuk di sini tanpa buat apa-apa?"Sampuk Zelo yang nampak agak tertekan dengan berita kehilangan bos mereka itu. Bukan apa, dia sangat menyanjungi lelaki itu kerana Yongguklah yang mengajar dia banyak perkara tentang kehidupan. Dan kerana lelaki itulah dia berjaya berubah dari menjadi seorang hacker tak berguna kepada seorang pakar IT terhandal.

 

"Sabarlah...kau ingat aku tak fikir pasal bos ke? Dia kawan baik aku tau tak? Aku dah lama berkawan dengan dia so tak kanlah aku nak biarkan dia hilang macam tu aje."Ujar Himchan lagi. Memang benar dia sedang memikirkan berbagai-bagai kemungkinan mengenai punca kehilangan dan petunjuk untuk mereka mencari Yongguk namun begitu dia nampaknya tidak boleh memikirkan perkara-perkara sebegitu dengan lebih mendalam tatkala teringatkan keadaan Hani siang tadi. Wanita itu nampak begitu takut selepas memperoleh kotak berisi telinga manusia yang dipenuhi dengan darah. Namun begitu setelah telinga itu diselidik oleh Jongup, rupanya telinga itu bukanlah telinga Yongguk yang asli sebaliknya ia merupakan telinga seseorang bernama Kang Haneul, salah seorang penghuni Kota Seoul yang dilaporkan hilang oleh keluarganya baru-baru ini. Jongup tahu pun kerana dia ada terbaca berita dalam surat khabar baru-baru ini.

 

"Aku rasa kita kena minta bantuan pihak atasanlah, Chan."Usul Jongup pula, membuatkan Himchan menggaru kepalanya perlahan.

 

"Bantuan pihak atasan tak mencukupi, Jongup."

 

"Guys, aku rasa aku ada teringat sesuatulah!"Daehyun pula bersuara sambil berlari mengambil Ipad-nya di bilik sebelum keluar kembali dan berdiri di depan teman-temannya. Ipad yang berada di tangannya diletakkan di atas meja sebelum jarinya menyentuh skrin alat komunikasi itu untuk membuka satu fail di dalamnya. Teman-temannya yang lain sekadar mengerutkan dahi saja sebelum Daehyun tiba-tiba menunjukkan sesuatu kepada mereka.

 

"Aku baru teringat yang aku ada pasang alat pengesan pada jam tangan yang Yongguk pakai."

 

"Macam mana kau tahu Yongguk ada pakai jam?"

 

"Sebelum dia nak balik rumah jumpa Hani tu aku bagi dia pakai jam yang aku letak alat pengesan padanya."

 

"Kalau macam tu, kita akan dapat tahu dekat mana kedudukan Yongguklah sekarang?"

 

"Kalau dia masih pakai jam tu, kita akan dapat jejaki dia. Kalau tak...kita mungkin akan kehilangan dia..."

 

 

J I N W O O  meneliti satu laporan yang berada di atas mejanya. Nama yang tertera pada helaian hadapan laporan tersebut membuatkan sebelah keningnya terangkat naik.

 

"Kamu termenung apa, Jinwoo?"

 

Lelaki berwajah comel itu segera mengurut dadanya sendiri. Pantas dia berpaling ke sebelah kirinya dan bertentang mata dengan ketuanya, Mino yang sedang berjalan ke mejanya dengan senyuman yang Jinwoo sendiri tidak dapat tafsirkan apa maksud disebaliknya. Ketuanya itu kadang-kadang sukar ditafsir perangainya. Sekejap okey, sekejap tidak. Macam perempuan datang bulan!

 

"Tak adalah, bos. Bos dari mana ni? Happy semacam nampak?"

 

"Saya baru habis meeting dengan orang atasan tadi pasal kes Bloody Bunny. Mereka minta saya percepatkan siasatan dan mereka beri kebenaran kepada saya untuk terus menahan individu-individu yang sepadan dengan profil setiap ahli kumpulan tersebut. Jadi saya nak kamu dan Taehyun padankan profil ahli Bloddy Bunny dengan profil yang ada dalam pangkalan data. Dan...laporan apa ni Jinwoo?"Tanya Mino seusai matanya menangkap satu fail yang dipegang pembantunya sedari tadi.

 

Jinwoo menunjukkan fail tersebut kepada ketuanya. "Laporan kes orang hilang, bos. Baru saja diterima beberapa jam lepas. Ahha! Bos ingat tak Ahn Hani yang menjad mangsa culik Bloody Bunny beberapa bulan lepas? Dialah yang membuat laporan ini tadi...laporan mengenai kehilangan suaminya."

 

Mino sekadar menganggukkan kepala tanda faham sambil tangannya mengambil fail laporan tersebut dan menelitinya. Tertera nama Bang Yongguk serta gambar dia bersama Hani sebagai rujukan. Spontan lelaki itu tersenyum sinis dan Jinwoo sebenarnya perasan senyuman bosnya itu. Dalam hati dia sudah berapa hairan, kenapa bosnya boleh senyum sebegitu rupa pula tatkala melihat laporan tersebut?

 

"Pasal kes kehilangan suami Hani ni, saya rasa saya mahu take over kes ini, sebab saya lebih kenal Hani memandangkan dia adalah kawan kepada kawan saya. Kamu ambil kes lain."

 

Jinwoo mengerutkan dahi. "Tapi bos, pihak atasan tak bagi bos ambil kes lain selain dari kes Bloody Bunny, sebab itu mereka beri saya siasat kes kehilangan suami Hani ni."

 

Kata-kata Jinwoo membuatkan Mino mengerutkan dahi. Oh , kalau begitu tak bolehlah dia memanipulasi kes Yongguk nanti!

 

 

C A H A Y A  lampu yang memancar masuk ke ruang serba biru itu membuatkan mata Yongguk terbuka dengan sendirinya kerana silau. Dia sendiri sudah lupa hari ini hari apa dan waktu apa sekarang. Perlahan-lahan mulutnya mengaduh kecil. Dia terasa ngilu seketika tetapi dia tidak tahu bahagian badannya yang mana yang terasa ngilu itu. Dia ingin bangun tetapi tangan dan kaki yang dikat kemas pada kepala dan kaki katil membuatkan dia membatalkan niatnya. Lelaki itu mengeluh kasar sebelum matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang berjalan ke arahnya dengan wajah ditutup topeng muka. Dan kini, lelaki itu sedang berdiri betul-betul dihadapannya lalu membuka topeng yang dipakainya.

 

"Seokjin...?"

 

"Ya Yongguk, aku Seokjin. Baguslah kau masih dapat cam siapa aku."

 

"Kau pun...bersekongkol dengan perempuan gila itu untuk hapuskan aku?"Soal Yongguk dengan kerutan di dahinya. Jujur kata, dia agak terkejut melihat bekas kekasih isterinya berdiri di depannya sekarang. Dia tahu Seokjin benar-benar cintakan Hani dan kecewa dengan berita perkahwinan antara dia dan isterinya itu tetapi dia tidak pernah pula terfikir lelaki itu akan bertindak sejauh ini.

 

"Kau silap...Dia bukan perempuan tetapi seorang lelaki. Dan dia adalah abang aku, Yongguk."Ucap Seokjin sambil cuba meleraikan ikatan tali kulit yang mengikat kedua tangan dan kaki Yongguk, membuatkan Yongguk mengerutkan dahi untuk kali yang entah ke berapa.

 

"Apa maksud kau yang dia adalah lelaki? Dan kenapa kau lepaskan aku?"

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~