Cemburu Buta

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Y O N G G U K, macam biasa..bangun di pagi hari terlebih dahulu dari isterinya sendiri. Kadang-kadang Hani ada juga bangun lebih awal dari lelaki itu tapi jarang-jarang juga kejadian sebegitu berlaku. Dan secara tidak langsungnya dia jugalah yang menyiapkan Haneul untuk ke tadika serta sarapan mereka. Hani pula kebiasaannya bangun dengan sendirinya setelah terbau masakan suaminya. Hebat betullah deria hidung heroin kita ni. Bhahaha

 

"Mama baru bangun ke papa?"tanya Haneul separuh berbisik pada papanya di sebelah yang sedang sibuk memasak apabila anak kecil itu ternampak kelibat mamanya yang sedang berjalan ke arah peti sejuk lalu meneguk segelas susu yang dituang dari kotaknya.

 

"Ya kut. Haneul pergilah tanya mama sendiri. Papa tengah sibuk memasak ni."

 

Haneul yang lurus lagi bendul pun apa lagi, menurut saja kata-kata papanya. Terus dia mendekati mamanya yang sudahpun duduk di meja makan sambil menenyeh-nenyeh matanya sendiri.

 

"Mama baru bangun ke?"

 

"Ya sayang, maafkan mama sebab tak mandikan Haneul pagi ni. Mama penat sangat, sebab itu mama bangun lewat."jawab Hani sambil menguap perlahan. Spontan tangannya mengusap rambut anak tirinya sambil fikirannya melayang ke peristiwa semalam. Peristiwa yang membuatkan dia penat sehingga terlewat bangun..main permainan video dengan Yongguk!

 

Kelakar kan? Siapa sangka suaminya yang brutal itu rupanya kaki games? Err lately tak berapa nak brutal sebenarnya..lebih kepada sweet? Yongguk pun satu hal..ada ke patut diajaknya Hani main game perang tengah malam buta, dalam pukul dua belas malam macam itu hanya kerana dia kebosanan? Siap bertaruh lagi siapa yang menang dulu boleh tidur dulu. Nasib baik jugalah Hani pandai juga main game tersebut, dapatlah dia kalahkan suaminya itu dan tidur. Kalau tak rasanya sampai ke pagi tak tidur-tidur gadis itu jawabnya.

 

"Tak apalah mama. Tapi mama kena janji dengan Haneul yang mama akan bangun awal dan mandikan Haneul esok..okey?"

 

Hani memandang anak kecil itu yang sedang menghulurkan jari kelingking tangan kanannya kepada dia, kononnya untuk buat pinky promise. Spontan bibir gadis itu mengukir senyum. "Okey,mama janji!"

 

"Sudah-sudahlah berjanji tu, mari makan sarapan ni. And you Ahn Hani, please take a bath first. Hubby tak suka orang makan sarapan dulu sebelum mandi."ucap Yongguk yang sedang menghidangkan roti bakar dan omelet di atas meja.

 

Hani sudah menyeringai. Memang dia tahu lelaki itu akan berkata sedemikian tadi. Apa tidaknya, hampir setiap hari suaminya itu mengucapkan ayat yang sama kepadanya sebaik saja dia bangun dari tidur. Kadangkala timbul juga di benak Hani.. Tak penatkah suaminya itu mengucapkan ayat yang sama setiap hari? Rasa macam dengar rakaman berulang kali dari pita rakaman pun ada. Lol

 

"Nak pergi mandilah ni."

 

Sepuluh minit kemudian.. Hani yang baru lepas mandi pun muncul di dapur. Dia mengambil tempat di sebelah Haneul dan menikmati sarapannya dengan penuh nikmat. Namun sambil makan sempat lagi dia memerhatikan suaminya yang sedang bercakap di talian dengan seseorang. Mukanya berkerut-kerut ketika bercakap dan agak keruh. Pelik. Dengan siapa suaminya itu bercakap sampaikan riak mukanya berubah sedemikian rupa?

 

"Hubby..bercakap dengan siapa tadi?"Tanya sang isteri walaupun dalam hati sebenarnya timbul juga rasa takut. Takut suaminya memarahinya kerana bertanya.

 

"Himchan. Hubby kena keluar jumpa dia and the gang sekarang, ada hal penting sikit. Wifey tolong hantar Haneul ke tadika boleh?"

 

"Okey.. Tapi lepas hantar Haneul nanti wifey nak keluar dengan kawan boleh?"

 

"Kawan yang mana?"tiba-tiba nada Yongguk berubah serius sehingga meremang pula bulu roma Hani mendengarnya. Jangan cakap dia dah kembali ke mod perompak dia masa dekat Pulau Jeju dulu..

 

"Erm.. Solji?"

 

"Okey.. Tapi jangan balik lewat sangat. Ah, got to go. I'm late. Take care."

 

Terkesima seketika Hani bila suaminya itu tiba-tiba saja mengucup pipi dan dahinya sebelum melangkah pergi. Terjatuh sudu yang dipegangnya sekarang dek terkejut dengan perbuatan lelaki itu.

 

"Aisshh..mamat tu dah pandai serang hendap dah sekarang.."bisiknya perlahan sambil mengusap pipinya sendiri. Alahai pipi, bertuah betul kau hari ni dapat kucupan percuma!

 

 

Z E L O  mengunyah roti bakarnya sambil memerhatikan Yongguk yang sedang berjalan masuk ke kafe. Hari ini mereka berjanji untuk bertemu kerana mahu mengadakan sedikit perbincangan mengenai misi mereka yang seterusnya. Misi apa? Jom kita saksikan..

 

"Seronok berbulan madu?"tegur Himchan dengan sengihan sambil menjongketkan kening ke arah Yongguk.

 

"Bos pergi berbulan madu ke? Bila?"sampuk Jongup yang sedang menghirup kopi aisnya.

 

Yongguk yang sudahpun duduk disebelah Himchan sudah buat gaya mahu menumbuk lelaki itu, barangkali bengang dengan usikannya. "Bila masa pulak aku pergi berbulan madu?"

 

"Ekeleh bos ni..acah-acah marah konon padahal dalam hati bos tu ada taman, kan? Kalau betul pun bos pergi berbulan madu apa salahnya? Pergi dengan isteri sendiri kut..ke bos pergi dengan perempuan lain?"Daehyun bersuara pula. Memang dia terlebih berani mengusik Yongguk selain Himchan. Yang lain sudah ketawa mengekek mendengarnya.

 

"Hei Jung Daehyun...Muka aku ni nampak macam muka kasanova ke sampai kau berani tanya aku macam tu?"hah ambik kau Daehyun, bos kau dah naik angin!

 

Zelo dan yang lain sudah menekup telinga dengan kedua belah tangan,t idak mahu mendengar ayat yang akan keluar dari mulut bos mereka selepas ini. Kalau Yongguk tiba-tiba saja memanggil nama penuh mereka itu tandanya itu tandanya dia sedang marahlah.. Habislah kau Daehyun..

 

Daehyun terpinga-pinga. Tiba-tiba dia cuak bila mendengar bosnya itu memanggil nama penuhnya tadi. Peluh mula timbul di dahinya. Niatnya hanya mahu bergurau dengan bosnya itu tapi tak sangka pula bosnya itu terlebih sensitif pula hari ini..adui, nak jawab apa ni?

 

"Mana ada bos. Saya bergurau saja..maafkan saya bos!"

 

Yongguk menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan,cuba menenangkan diri. Pelik betul, biasanya dia tak akan terasa dengan gurauan tahap budak tadika macam apa yang Daehyun buat tadi tapi hari ini tiba-tiba saja hatinya cepat terasa. Malah sebelum keluar dari rumah tadi pun dia rasa tidak sedap hati. Rasa macam ada sesuatu yang tidak diduga akan berlaku saja..

Adakah..

Malaikat maut mahu mencabut nyawanya hari ini?

 

Tiba-tiba Yongguk mencubit pipinya sendiri. Bang Yongguk, cubalah optimis macam Hani sikit! Kenapa kau berani fikir pasal mati ni? Kau lupa ke kau ada anak dan isteri untuk ditanggung? Kalau kau mati siapa yang nak tanggung Hani dan Haneul?

 

"Kau dah kenapa Yongguk? Tiba-tiba cubit pipi sendiri ni? Kau sihat ke tak ni?"Soal Himchan dengan sebelah kening terangkat, pelik melihat kelakuan sahabatnya itu sekarang. Tadi bukan main marah, sekarang gelagatnya macam orang tak betul saja.

 

"Huh? Ah..pipi aku tiba-tiba rasa kejang sikit. Sebab tu aku cubit.. Dan kau Daehyun, lain kali jangan bergurau dengan aku macam tu lagi. Aku tak suka. Kalau kau buat macam tu lagi, aku keluarkan kau dari kumpulan ni."

 

Daehyun sudah menelan liur. "Baik bos, saya janji tak buat macam tu lagi."balasnya sambil mengangkat tangan tanda berjanji. Lol.

 

Setelah berpuas hati dengan janji Daehyun, Yongguk pun menyuruh Himchan memulakan perbincangan.

 

"Mengikut sumber, bermula lusa ada pameran barang kemas sedunia di Seoul selama seminggu. Lokasinya masih lagi dalam perbincangan pihak penganjur. Dengar kata hampir semua berlian dan permata termahal dalam negara yang turut sama menyertai pameran itu akan dipamerkan disitu. Jadi inilah peluang kita untuk merompak barang-barang kemas tersebut serta melonjakkan nama kumpulan kita ni supaya naik ke dalam senarai orang buruan Interpol. Lagipun,memang itulah matlamat kumpulan kita ni bukan?"terang Himchan sambil meneliti butir-butir penting perbincangan mereka pada skrin tabletnya. Huh? Merompak untuk masuk dalam senarai orang buruan Interpol? Dahsyat sungguh matlamat kumpulan ni.

 

Jongup yang sedang menggigit biskut sudah membeliakkan mata. "Wow, kalau macam tu mesti ramai perompak yang akan turut sama sambil bahagian dalam aktiviti rompakan kat sana nanti."

 

 "Gila tak pergi,semua berlian dan permata kat pameran tu mungkin mencecah bertrillion dolar kalau dijual di pasaran gelap."sampuk Youngjae pula.

 

"Bukankah itu tandany

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~