Parti II

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

"H E I, sejak bila wifey reti malu ni?"soal Yongguk apabila mereka berdua duduk di kerusi taman dan menikmati makanan. Ketika itu Junghwa si birthday girl sedang sibuk melayan tetamu yang lain. Nasib baiklah mereka sampai ketika majlis belum bermula. Beberapa minit selepas mereka sampai barulah majlis bermula. Hani yang duduk di sebelah Yongguk sudah menggelengkan kepala tanda tidak mahu apabila suaminya itu mahu menyuap kek coklat ke mulutnya. Terus dilarikan mukanya jauh dari sang suami yang sedang memegang satu garfu yang dicucuk sedikit cebisan kek coklat tadi. Dah kenapa dengan hubby aku ni, tiba-tiba je nak bersuap bagai dengan aku?

 

"Malulah, orang tengok nanti."

 

"Orang tengoklah sebab dia orang ada mata. Itu pun nak pelik ke?"ucap Yongguk dengan nada pelik yang sengaja dibuat-buat. Dia tahu isterinya itu malu sekarang. Memang dia sengaja mahu menyuap Hani sebab mahu melihat ekspresi muka isterinya itu ketika malu. Muka Hani semasa malu nampak tersangatlah comel di mata Yongguk.

 

"Ish, hubby ni. Orang maksudkan lain, dia faham lain."marah Hani perlahan. Kemudian dia meneguk jus oren dalam gelas di atas meja depannya. Sang suami di sebelah memerhatikan saja kelakuan isterinya. Perlahan-lahan dia menongkat dagu dengan sebelah tangannya pada meja sambil bibirnya perlahan-lahan mengukir sekuntum senyuman.

 

"Wifey ni kan.. masa minum air pun nampak cantik. No, bukan cantik rasanya..lebih kepada seksi."

 

Berkerut-kerut dahi Hani mendengarnya. Seksi?

 

"Seksilah sangat!"

 

"Seksilah. Just like the way you look at me now. Saja nak goda hubby ke apa?"

 

Spontan satu cubitan singgah di peha kanan Yongguk. Apa lagi, terjeritlah lelaki itu dibuatnya. Huii, jangan main-main dengan Hani, dia punya cubitan memang teramatlah sakit! Rasanya macam disengat tebuan pun ada. LOL.

 

"Haa, padan muka, Mengada sangat."bidas Hani. Tergelak saja dia memerhatikan suaminya yang sedang memegang pehanya. Sakit!

 

"Jahat betullah wifey ni main cubit-cubit pakai sepit ketam dia. Takpa, takpa. Malam ni tahulah hubby macam mana nak balas dendam balik dekat wifey. Okeylah, hubby nak ke tandas sekejap. Nak terkucil pulak. Wifey tunggu sini ya. And don't flirt!"

 

Hani tersengih saja mendengarnya. Sebelum ke tandas sempat lagi suaminya itu mencapai dan mencium tanganya. Alahai..siapa yang tak cair kalau diperlakukan sebegitu rupa?

 

Namun, sedang Hani menunggu suaminya itu, tiba-tiba dia didatangi oleh seseorang. Apabila terasa bahunya dicuit, Hani berpaling ke belakang. Sangkanya Yongguk yang mencuit bahunya tetapi sangkaannya meleset apabila melihat James yang sudahpun duduk di sebelahnya. Eh? Kenapa bekas crushnya itu boleh berada di sini pula? Hmm..mungkin dia datang dengan Solji agaknya,fikir Hani. Konon cuba nak bersangka baik.

 

"We meet again, Hani."

 

"Yes, mister principal."jawab Hani dengan acuh tak acuh. Kurang faham dengan James yang selalu saja ingin mendekatinya.

 

"Seorang je? Tak bawa Haneul?"

 

Haneul aku tak bawak, bapak dia yang aku bawak, getus Hani dalam hati. Entah kenapa dia rasa tidak selesa pula apabila lelaki di sebelahnya tiba-tiba saja merenungnya dengan pandangan mata yang agak menggoda. Siap berserta senyuman lagi. Sudah macam iklan Colgate pula lagaknya.

 

"Saya datang dengan suami saya je. Encik lupa ke yang tadika encik buat lawatan ke perkampungan tradisional hari ni?"

 

Serentak itu James menepuk dahinya sendiri. Dia lupa pula guru-guru tadikanya ada memberitahunya yang mereka akan mengadakan lawatan ke sebuah perkampungan tradisional untuk menunjukkan kepada pelajar tentang budaya masyrakat pada zaman dahulu. Sebenarnya ada juga guru-guru dibawahnya itu mengajak dia pergi bersama tetapi dia menolak kerana mahu menghadiri parti hari jadi Junghwa dan itu juga bererti dia dapat bertemu dengan Hani. Apa yang istimewa sangat dengan isteri Yongguk itu sampaikan James mahu bertemunya?

 

"Maaf, saya lupa.. Hmm..kalau awak tak kisah, boleh saya tanya awak sesuatu?"

 

Hani sekadar menganggukkan kepala saja. Dahinya sedikit berkerut ketika ini apabila James tiba-tiba tersenyum ke arahnya. Seukir senyuman yang sukar untuk Hani tafsir apa maknanya.

 

"Awak.. Junior saya, Ahn Hani dari kelas 4 Beta, Sekolah Tinggi Cheonguk bukan?"

 

Semakin bertambah kerutan di dahi Hani tatkala mendengar patah kata yang keluar dari mulut lelaki di depannya. Jadi dia tahu yang aku ni junior dia? Tapi bagaimana?,bisik gadis itu dalam hati sambil meramas-ramas jari-jemarinya sendiri. Timbul secebis rasa gembira di hati ini bila crush zaman sekolahnya itu mengenali dirinya.

 

Sementara itu, Yongguk pula masih lagi berada di tandas. Dia sedang cuba menghubungi Himchan untuk mengetahui status misi seterusnya. Tidak berapa lama kemudian, panggilannya berangkat. Kedengaran suara Himchan bersiul-siul riang. Mesti dia sedang memasak sekarang, fikir lelaki itu sambil membasuh sebelah tangannya di sinki.

 

"Haa, ada apa kau telefon aku ni Yongguk? Bukan kau tengah dating dengan Hani ke sekarang?"

 

"Hmm.. aku call sebab nak tahu perkembangan misi kitalah ngok. Dating, dating jugak. Kerja kena buat."

 

Himchan di talian sudah tersengih. Dia sedang menggoreng nasi sebenarnya sekarang untuk makan tengaharinya. Pagi tadi dia belum sempat bersarapan kerana terlewat bangun. Ahli Bloody Bunny yang lain masing-masing sudah keluar melakukan kerja mereka. Tinggal Himchan seorang saja di markas mereka. Himchan tidak perlu keluar untuk melakukan kerjanya kerana dia bekerja menggunakan komputer saja. Pendek kata, kerja dia cuma berkaitan teknologi maklumat saja jadi dia boleh melaksanakan kerjanya di mana-mana tempat yang ada kemudahan komputer.

 

"Jealous-nya aku tengok kau orang berdua ni. Rasa macam nak lempang je muka kau sebab kahwin dulu dari aku."

 

"Sesedap tangan kau je nak lempang muka aku. Kalau hilang ketampanan aku dek dilempang kau nanti kau nak jawab apa?"

 

"Ek eleh, perasan kacak la pulak mamat ni!"

 

Meletus ketawa Yongguk mendengarnya. Himchan juga turut sama ketawa. Mereka berdua memang suka bergurau senda macam itu. Okey, abaikan lawak mereka yang tidak berapa kelakar itu.

 

"By the way, kau dah siasat tak siapa orang kanan sensei sekarang?"soal Yongguk sambil menyandarkan badannya di dinding bilik air. Himchan di talian yang sedang duduk di meja makan cepat-cepat membuka laptopnya dan membuka sebuah fail di dalamnya. Fail yang bertajuk 'Maklumat Sulit  Kumpulan Blaxx Hxrse'. Kumpulan tersebut merupakan sebuah kumpulan penjenayah profesional dan ketuanya digelar sensei oleh ahlinya. Kebanyakkan ahlinya terdiri daripada perompak, pembunuh dan sebagainya dan dengar kata ahlinya turut sama bekerja di sektor awam dalam pelbagai bidang. Mereka sangat cekap dalam melakukan jenayah, sebab itulah mereka belum dapat ditangkap oleh pihak berkuasa lagi, sama seperti Bloody Bunny.

 

"Hmm.. Aku dah siasat dan menurut maklumat yang aku dapat ni orang kanan dia sekarang bekerja sebagai pegawai polis di Seoul."

 

Yongguk sudah mengerutkan dahi. "Polis?"

 

 

M I N O  duduk di satu sudut majlis sambil menikmati minumannya. Penat juga dia berjalan-jalan di sekitar halaman rumah Junghwa yang agak luas itu. Sebenarnya dia mahu mengajak Solji pulang tetapi gadis masih lagi setia berbual-bual dengan kawan-kawannya. Terus terbatal niat lelaki itu untuk pulang. Tak apalah, sekali sekala berada di luar pun okey juga. Diteguk minumannya buat kali kedua. Namun kemudian aktivitinya terhenti seketika apabila tiba-tiba saja seorang lelaki berdiri di hadapannya.

 

"Hi Chief  Inspector Mino, long time no see huh?"kedengaran suara garau menegur Mino. Siapa lagi yang bersuara garau kalau bukan Yongguk? Terus Mino mendongakkan kepalanya memandang Yongguk yang sedang berpeluk tubuh memandang ke arahnya.

 

"Oh, Encik Bang Yongguk rupanya. Datang nak serah diri ke?"dengan penuh senyum sinis Mino membalas. Tetapi Yongguk tidak cepat melatah. Wajahnya masih maintain steady.

 

"Buat apa aku nak serah diri kalau kau takde bukti untuk menahan aku?"

 

"Jangan terl

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~