Malang Tidak Berbau

Cik Tebusan & Encik Perompak
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

"Y A, ya..aku dalam perjalanan ke bank lah ni.. Aku nak keluarkan duit buat belanja di Pulau Jeju nanti. Okeylah kejap lagi kita jumpa ya? Tata."ucap Hani sambil menamatkan panggilannya. Panggilan yang diterima dari sahabat baiknya Solji itu memang ditunggu-tunggu Hani. Melalui panggilan itulah dia bersetuju untuk mengikut Solji dan sahabat mereka yang lain bercuti ke Pulau Jeju sempena cuti semestar yang akan bermula esok.

 

Selepas turun saja dari bas yang dinaikinya, dia berjalan dengan penuh tenang ke arah sebuah bangunan berwarna biru muda. Bangunan itu merupakan bank dimana dia menyimpan wangnya. Sebentar lagi dia akan mengeluarkan wang untuk membeli sedikit barang keperluan serta tiket kapal terbang. Gadis itu ragu-ragu juga sebenarnya bila Solji memberitahunya bahawa mereka akan ke Pulau Jeju dengan menaiki kapal terbang. Yelah,tahun lepas saja sudah berapa banyak tragedi melibatkan kapal terbang berlaku di seluruh dunia dan yang paling mengejutkan dunia tentulah tragedi MH370 yang hilang entah ke mana. Disebabkan tragedi itu, dia jadi gerun pula mahu menaiki kapal terbang. Tapi kalau tak naik apa pula kata kawan-kawannya nanti?

 

Hmm..minta-mintalah aku dengan kawan-kawan selamat sampai di Pulau Jeju esok, doa Hani dalam hati sambil terus berjalan lalu sampai di hadapan bank yang ditujunya. Namun sebelum dia masuk ke bank sempat lagi dia terpandangkan seorang lelaki berpakaian serba hitam berdiri diseberang jalan,sedang membetulkan kaca mata hitamnya sambil memerhatikan manusia yang keluar masuk dari bank di depannya.

 

Kacak juga lelaki tu..tapi kenapa dia pakai serba hitam macam tu? Nak rompak bank ke? Hissh, tak mungkinlah lelaki kacak macam tu nak rompak bank..bisik hati kecil Hani sambil melangkah masuk ke bank. Masuk sahaja ke dalam bank, Hani terus berjalan ke salah satu kaunter yang dibuka. Mujurlah hari ini orang tidak begitu ramai di bank jadi tidak perlulah dia menunggu lama. Tapi pelik juga, kenapa orang tak ramai ya hari ni? Eh..buat apa aku bazir sel otak aku fikir pasal ni?

 

"Selamat datang cik. Boleh saya bantu cik?"tanya si penjaga kaunter dengan penuh ramahnya.

 

Hani membalas senyuman penjaga kaunter itu sambil membalas,"Saya nak keluarkan duit yang agak banyak,boleh ke?"

 

"Agak banyak? Berapa banyak tu ya cik?"

 

"Ermm..dalam 2 juta yen? Eh yen pulak..won?"

 

"Wah..banyak tu! Tapi kalau betul cik nak keluarkan wang tu cik isi dulu slip keluarkan wang ni."ucap penjaga kaunter itu sambil menghulurkan satu slip kertas seperti yang dikatakannya tadi. Hani mengambil slip itu dan membeleknya perlahan. Kemudian dia mengambil pen dari dalam beg tangannya. Memang dia selalu membawa pen ke mana-mana saja dia pergi. Mudah sikit bila nak isi borang ke apa ke.

 

Selepas selesai menulis butiran yang diperlukan pada slip itu, Hani menyerahkan kertas itu kembali kepada si penjaga kaunter."Nah,cik."

 

"Okey cik tunggu sekejap ya, saya proses slip ni dulu lepas tu barulah saya bagi wang yang cik minta."

 

"Okey."balas Hani dengan senyuman sambil menunggu dengan penuh sabar.

 

Namun..sedang dia sabar menunggu tiba-tiba dia terdengar bunyi kaca pecah dan juga jeritan orang. Tidak lupa juga bunyi siren kecemasan yang amat membingitkan telinga! Hani sudah cuak. Apa yang sedang terjadi ini? Terus dia berpaling ke arah pintu masuk bank dan dia tergamam seketika. Pintu kaca yang pecah dan pengawal keselamatan yang sudah pengsan membuatkan dia ternganga.

 

"Angkat tangan anda semua kalau tak mahu ditembak atau jadi tebusan!"arah satu suara garau.

 

Hani yang sememangnya panik cepat-cepat mengangkat tangannya ke atas. Dia memandang empatmanusia berpakaian serba hitam dengan topeng Power Rangers Super Mega Force(ceh asal detail ni bhaha) pelbagai warna di muka berdiri di depan kaunter sambil mengacukan machine gun ke arah dia dan pelanggan bank yang lain. Oh my god, bank ni sedang dirompak dan aku pula terperangkap di dalamnya? Dah lah pakai topeng Power Rangers, buat malu nama diorang je.. Hisshh...Gilalah!!

 

Salah seorang dari perompak itu yang memakai topeng merah berjalan ke arah kaunter di depan Hani lalu mencampakkan sebuah beg besar ke arah penjaga kaunter itu sambil berkata,"Hah kau,c epat isi duit dalam beg ni sebelum peluru mesingan aku ni melalui otak kau."

 

Si penjaga kaunter yang ketakutan cepat-cepat mengisi wang yang ada di bawah kaunter ke dalam beg tersebut. Siapa yang tak akan buat macam tu kalau perompak acu senapang kat kepala? Hani yang berdiri di sisi kaunter hanya mampu melihat dengan hati berdebar-debar. Takut, gerun..semua ada!

 

Tiba-tiba kedengaran bunyi siren polis dari luar bank membuatkan Hani menarik nafas lega. Mesti pihak bank sudah telefon polis tadi!

 

"Perhatian, anda telah dikepung! Sila berhenti dan campakkan senjata anda ke lantai!"

 

"Bos, apa kita nak buat sekarang?"tanya si perompak yang memakai topeng biru dengan nada penuh cuak.

 

Hani memerhatikan kedua perompak itu dari tepi. Heh, padan muka! Nak rompak tak reti..ada hati nak rompak bank!,getus gadis itu dalam hati.

 

"Hmm..kita ikut pelan kedua."tenang saja si topeng merah menjawab sambil memerhatikan penjaga kaunter tadi memasukkan duit ke dalam beg.

 

"Maksud bos...kita ambil tebusan?"ucap si topeng biru separuh berbisik. Biar betul bos aku ni?

 

"Yup..dah, kau ambil beg tu. Dia dah siap masukkan duit dah. Suruh J dan H bersedia dari luar."

 

Hani yang sedari tadi menjadi pemerhati sudah menggigit bibir. Hmm, ni mesti mereka berdua sedang berbincang nak guna pelan apa untuk lari.. Tengok pun dah tahu,bebel gadis itu dalam hati. Alah,jangan kata kau..nenek tua pun tahu apa yang perompak tu sedang bincangkan Hani oi. Haha.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
[Cik Tebusan & Encik Perompak] Akhirnya dah tamat pun cerita ni. Terima kasih kepada pembaca yang selalu baca update aku, yang selalu komen dan upvote. Terima kasih banyak! Tanpa anda semua, siapalah aku /lap hingus pakai baju Himchan/

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Sweet sgt2 sampai bersemut skrin.XD
allysara #2
Chapter 28: akhirnya...tamat jugak citer ni.yayyyy!!! *group hug* saya suka penamatnya sbb the whole ceriter ni sebenarnya berasaskan komedi and kidnapping so, it's a perfect ending for me.byk jugak penjelasan yg awak kena buat, nak squeezekan dalam satu ending chapter ni.hahaha.but it's explain a lot.
thank you for sharing and for finishing this story.
it's been an amazing ride.
jarang nak jumpa citer yg fun mcm ni.
best of luck!
whitelove
#3
Wow yongguk
4D_kimV #4
Chapter 27: Lamanya....berkurun tunggu
Burnkookie
#5
Chapter 27: Akhirnya saya dah boleh keluar dari balang kaca semntara menunggu author update XD .. Hakhakhakhak kena awet mcm katak kena bedah lol .. Ngok ja jaehyung tu error jantina ke apa ?? Tulah tak nak sunat lagi . HAHAHAHAHA . Saya doakan authornim agr dipermudahkan segala nya . Fighting my lav author !!!
Kimtaelover #6
Chapter 26: Tu bukan telinga yongguk kan?kan?...tolongla spa2 selamatkan yongguk...kesian hani ngn baby dekat rumah...cepatla update cite ni...cepatla
starlightkim_
#7
Chapter 26: Akhirnya authornim update gak cerita ni.betul ke telinga manusia tu telinga yongguk?tak sangka inspektor mino tu jahat.nasiblah hani selamat.update soon.
khaisara #8
Chapter 26: wahhh~update pon akhirnya

update lagi!!~