Nyaris-nyaris...

Cintamu Milikku~*

 

 

 


Sunny merancang nak kenakan Sunggyu bila Sunggyu bersendirian dan hari ini adalah harinya apabila Woohyun keluar dari rumah untuk ke kedai bagi membeli makanan yang Sunggyu pesan. Mak Sunggyu pula sibuk membasuh pinggan mangkuk di dapur, manakala ayah Sunggyu sibuk menyiapkan katil bayi di dalam bilik.

 

 

'Nahas kau hari ni! Kau dah musnahkan hidup aku, pisahkan aku ngan Woohyun, so sekarang kau akan terima balasannya.' getus hati Sunny sebelum dia segera melangkah masuk dalam kawasan rumah WooGyu dengan senyap-senyap.

 

 

Sunggyu sedang berehat di taman belakang rumah untuk ambil angin. Dia bosan duduk di dalam rumah tanpa ada benda yang boleh dibuat. Sedang dia asyik bersembang dengan 'baby'nya, telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Dia tersenyum melihat nama si pemanggil di skrin handphonenya itu. Dia segera menjawabnya.

 

"Sorry sayang, saya lambat sikit. Orang ramai sangat kat sini. Saya masih dok beratur lagi ni. Maybe sedap sangat kot ramyun kari kat sini."

 

 

"Memang la sedap. Kalau tak, tak la saya paksa awak ke sana. Ramai lagi, ke? Lambat lagi ke turn awak? Saya ngan baby dah lapar sangat ni."

 

 

"Ramai lagi sampai tak terkira. Sekarang ni saya kena beratur sampai kat luar restoran. Awak makan la apa-apa dulu untuk alas perut. Kesian kat baby tu."

 

 

"Saya tak lalu la makan makanan lain. Saya cuma nak makan makanan tu jer. Ah..."

 

 

"Gyu, kenapa tu? Baby dah nak keluar ke? Mak mana? Awak dok kat mana sekarang ni? Cepat panggil mak!" soal Woohyun dengan cemasnya sebaik saja dia terdengar Sunggyu mengaduh disebalik talian.

 

 

Sunggyu tertawa kecil. "Hyun, tenang la. Saya okey. Baby ni tak reti dok diam. Asyik menendang jer. Maybe dia dah tak sabar nak makan makanan tu. Awak cepat la sikit. Nanti tak pasal-pasal baby lahir sebelum saya sempat makan makanan tu. Terkilan dia nanti. Mak kata, kalau makanan yang diidam tu tak dapat, nanti air liur anak kita akan selalu meleleh. Kesian dia."

 

 

"Iya ker? Tapi saya nak buat macam mana? Takkan saya nak potong barisan? Nanti tak pasal-pasal kena maki plak. Urm...apa kata saya gi beli kat restoran lain? Tentu kat tempat lain tak seramai ni."

 

 

"Taknak! Saya nak dari restoran tu juga."

 

 

"Okey, okey...saya akan cuba apa yang termampu."

 

 

"Hehe, thanks!" balas Sunggyu sambil tersengih. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu jatuh dari arah belakangnya lalu dia segera menoleh. "Apa tu?"

 

 

"Apa dia?"

 

 

"Ntah la. Saya dengar macam ada benda jatuh tadi. Maybe perasaan saya kot."

 

 

"Awak ada kat mana ni?"

 

 

"Kat taman belakang rumah. Kenapa?"

 

 

"Kat taman belakang rumah? Dengan siapa?"

 

 

"Sorang-sorang la. Mak ngan ayah sibuk dengan kerja masing-masing. Saya bosan dok sorang-sorang kat dalam, tu yang saya keluar ni. Kenapa?"

 

 

"Awak ni, bahaya la dok sorang-sorang kat situ. Kalau jadi apa-apa macam mana? Bukannya orang kat dalam boleh dengar. Pergi masuk dalam. Saya risau ni."

 

 

"Awak marah saya, ke?"

 

 

"Tak, jangan la fikir macam tu. Saya cuma risaukan awak. Please..."

 

 

Sunggyu ketawa. "Ya, ya saya tau. Saya gurau jer. Okey la, sayapun rasa tak sedap hati juga ni. Rasa macam ada orang dok perhati saya dari tadi. Saya masuk dulu, ya?"

 

 

"Rasa macam ada orang perhati awak?"

 

 

"Maybe perasaan saya je kot." Sunggyu perlahan bangun dari bangkunya dan mula melangkah untuk masuk ke dalam rumah. "Awak jangan la risau. Selagi saya dok dalam kawasan rumah, takda apa akan jadi."

 

 

"Kau takkan terlepas!" marah Sunny yang tiba-tiba muncul di hadapan Sunggyu membuatkan Sunggyu terkejut dan terlepas handphonenya.

 

 

"Sunny? Apa kau nak?! Berani kau masuk dalam rumah aku? Pergi sekarang sebelum aku repot kat polis." bentak Sunggyu.

 

 

"Gyu! Hello? Hello?" Woohyun disebalik talian dapat mendengar apa yang berlaku. 'Sunny? Apa yang dia buat kat sana? Gyu dalam bahaya!' dengan itu, Woohyun bergegas ke keretanya untuk pulang.

 

 

"Kau tau apa aku nak. Jangan nak buat-buat tak tau plak!" tengking Sunny sambil dia melangkah menuju ke arah Sunggyu.

 

 

Sunggyu pula mulai berundur. "Jangan datang dekat! Pergi!" teriak Sunggyu yang tak berdaya nak buat apa-apa. Nak lari, dia takut terjatuh memandangkan keadannya yang dah sarat ni. Tapi kalau stay kat sinipun bahaya. Lalu dia buat keputusan untuk menjerit. "Mak! Ayah! Tolong saya!"

 

 

"Panggil la, jerit la! Takda siapa yang akan selamatkan kau! Habis la kau! Hahahaha!" Sunny ketawa jahat. Kemudian dia mengeluarkan pisau lalu dihunuskan ke arah Sunggyu. "Mati kau kali ni!" ucap Sunny sebelum dia cuba menikam Sunggyu.

 

 

"Jangan!" jerit Sunggyu sambil dia mengelak tikaman itu. "Kau gila!"

 

 

"Ya, aku memang dah gila! Kau yang buat aku jadi macam ni! Siap kau!" sekali lagi Sunny cuba menikam Sunggyu, tapi Sunggyu berjaya mengelak lagi. "Pantas juga kau bagi orang yang dah sarat macam ni. Baik, kau nak berkasar ya. Jaga kau!" kali ini, Sunny menerkam ke arah Sunggyu untuk menikamnya.

 

 

Sunggyu mengelak ke tepi, dan tiba-tiba satu tembakan kedengaran. Sunny rebah ke tanah.

 

 

"Hyun!" teriak Sunggyu lalu dia segera mendapatkan Woohyun yang tiba di situ bersama beberapa orang anggota polis.

 

 

"Gyu, awak okey? Ada cedera mana-mana?" soal Woohyun dengan cemasnya.

 

 

"Saya okey." balas Sunggyu dengan suara yang terketar-ketar. Dia masih takut. Air matanya masih lagi mengalir.

 

 

"Dia dah mati." ucap salah seorang anggota polis yang memeriksa Sunny.

 

 

"Hyun..." Sunggyu memeluk Woohyun. Tubuhnya masih menggeletar.

 

 

"It's okey. Semua dah okey. Dia dah takda. Awak jangan takut." Woohyun memujuk sambil dia mengusap kepala Sunggyu untuk menenangkannya.

 

 

Pn. Kim dan Tn. Kim ada di situ juga. Selepas mereka terdengar bunyi tembakan mereka bergegas ke situ.

 

 

Mayat Sunny dibawa pergi oleh ambulans. Semuanya dah selesai. Woohyun menghela nafas lega.

 

 

"Jom kita masuk!" ajak Woohyun.

 

 

Tiba-tiba, Sunggyu mengerang kesakitan. Semua mulai panik semula kecuali Pn. Kim yang tersenyum tenang. "Dah sampai masanya tu."

 

 

"Huh?" Woohyun mengerutkan dahi.

 

 

"Cepat bawa dia ke hospital. Nanti mak ngan ayah menyusul. Kami nak ambil barang keperluan dia." arah Pn. Kim dan Woohyun menurut. Dia mendukung Sunggyu lalu diletakkan di dalam keretany sebelum dia mula memandu pergi.

 

 

"Kena telefon diorang ni." ucap Pn. Kim dengan terujanya. "Hello?"

 

 

"Hello Pn. Kim! Ada apahal ni?" soal Pn. Nam disebalik talian.

 

 

"Kita akan jadi nenek sekejap lagi. So, jumpa kat Central Hospital ya?"

 

 

"Maksud awak, Gyu..."

 

 

"Ya. Hyun baru bawa dia ke hospital. See you there."

 

 

"Okey!"

 

 

"Mari kita ambil apa yang patut. Tak sabarnya saya." ucap Pn. Kim dengan terujanya.

 

 

..........................................................................................................................................................................

Okey, okey saya tau...cepat sangat kan saya bongkarkan semuanya...nak wat camner...saya nak habiskn cepat citer ni sbb dh lama sgt tergantung...

Hehe, harap2 korang puas hati la, ya? ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk