Saat-saat manis bersamamu ^^

Cintamu Milikku~*

 

 

 

A/N: Yay! Saya tak jadi hiatus, so harap korang semua berseronok la dengan chapter terbaru ni ^^ Tapi, chapter untuk mengetahui siapa lelaki yang bersengkongkol ngan Sunny tu masih belum terfikir, maybe Doojoon or maybe orang lain...apa2pun, semoga enjoy! ^^

_____________________________________________________________________________________________________________

 

 

Sebulan kemudian...

Sunggyu berbaring di sebelah Woohyun dengan kepalanya di atas dada Woohyun sambil tangannya memeluk Woohyun. Woohyun juga membalas pelukannya.

 

 

"Hyunnie, saya takut la..."

 

 

"Takut apa?"

 

 

"Sunny masih belum ditangkap. Saya takut dia akan cederakan awak lagi."

 

 

"Dia takkan berani datang la. Diakan dah jadi orang buruan polis, dia takkan berani muncul punya."

 

 

"Tapi, macam mana kalau dia berani? Saya takut la, Hyun. Saya taknak kehilangan awak."

 

 

"Awak takkan kehilangan saya, okey? Dah jangan dok risau sangat. Nanti babypun tak tenang kat dalam ni."

 

 

"Yer la tu. Hyunnie, awak rasa baby kita ni lelaki ke perempuan?"

 

 

"Ermmm...entah la."

 

 

"So, awak nak yang mana? Boy or girl?"

 

 

"Mana-manapun takper, asal awak selamat. Itu saja yang saya harapkan." Woohyun mengucup dahi Sunggyu.

 

 

Tiba-tiba, Sunggyu bangun dari pembaringan dan duduk. Woohyun tersentak dengan tindakan Sunggyu yang tiba-tiba itu. Lalu diapun bangun dan duduk di sebelah Sunggyu.

 

 

"Kenapa ni? Awak okey, tak?" soal Woohyun dengan risaunya.

 

 

"Hyunnie, awak dengar tak?"

 

 

"Dengar? Dengar apa?" Woohyun cuba memasang telinganya dan dia terdengar bunyi perut berkeroncong. "Awak ke tu, Gyu?"

 

 

"Saya rasa baby yang lapar ni." Sunggyu mengusap perutnya.

 

 

"Baby lapar ke, mamanya yang lapar?" usik Woohyun.

 

 

"Dua-dua." ucap Sunggyu sambil tersenyum.

 

 

"Awak nak makan apa?"

 

 

'Saya nak makan beef steak!' getus hati Sunggyu. "Saya nak telur gulung yang awak buat." Sunggyu menipu. Well, dia tahu yang malam-malam macam ni, mana nak dapat beef steak, dan dia taknak menyusahkan Woohyun untuk cari makanan tu.

 

 

"Okey! Itu senang saja! Awak tunggu, ya?" Woohyun segera melangkah keluar dari bilik.

 

 

Sunggyu menyentuh perutnya dan memandangnya. "Sorry baby, mama taknak susahkan papa kamu. Malam-malam macam ni, mana dia nak cari makanan tu? So, sabar ya? Esok baru kita pergi makan." Sunggyu cuba menenangkan babynya.

 

 

Kemudian, Sunggyu melangkah turun ke dapur untuk melihat apa yang dibuatkan oleh Woohyun.

 

 

"Hyunnie, dah siap ke?" soal Sunggyu lalu dia duduk di kerusi meja makan.

 

 

"Sikit lagi. Kenapa? Baby dah lapar sangat, ke?" soal Woohyun yang sedang menggoreng.

 

 

"Lapar sangat..." ucap Sunggyu dengan muramnya. Iya la, dia nak makanan yang lain, bukannya telur gulung.

 

 

"Okey, dah siap! Ta-dah!" ucap Woohyun sambil menghidangkan sepinggan telur gulung di hadapan Sunggyu. "Buka mulut, biar saya suapkan." Woohyun menyuakan makanan itu ke mulut Sunggyu, dan Sunggyu memakannya. "Macam mana? Sedap tak?"

 

 

"Sedap, tapi..."

 

 

"Tapi? Tapi apa?"

 

 

Sunggyu cuba menelan makanan itu, tapi tak lepas dan dia segera menuju ke sinki dan memuntahkannya semula. Woohyun segera mendapatkan Sunggyu.

 

 

"Gyu, kenapa ni? Tak sedap, ke? Takper, saya boleh buatkan yang lain."

 

 

Sunggyu mencapai tangan Woohyun. "Telur gulung ni sedap. Tak payah buat yang lain."

 

 

"Habis, kenapa awak muntah? Awak tak suka, ke?" Woohyun kedengaran kecewa.

 

 

"Bukan saya tak suka tapi..." Sunggyu menyentuh perutnya. "Rasanya baby yang tak suka."

 

 

"Baby tak suka? Tadi awak kata yang awak mengidam nak makan..."

 

 

"Saya tipu, Hyun. Saya..." Sunggyu menundukkan kepalanya dan air matanya mula mengalir.

 

 

"Gyu, kenapa ni? Hei, kenapa nangis ni?" Woohyun mengangkat muka Sunggyu menghadapnya lalu dia mengesat air mata Sunggyu. "Kenapa ni? Cuba bagitau saya."

 

 

"Saya nak makan...saya nak..."

 

 

"Ya, awak nak apa? Saya akan cuba buatkan. Cakap la. Saya tak suka tengok awak nangis. Ia buat hati saya sakit, tau? Cakap la. Saya akan cuba sedaya upaya untuk buatkan atau carikan makanan itu untuk awak dan baby. Just please don't cry, eoh?" Woohyun memujuk dengan suara yang lembut.

 

 

"Saya nak beef steak..."

 

 

"Beef steak?" Woohyun membeliakkan matanya terkejut.

 

 

"Saya tau ia pelik dan malam-malam macam ni mana ada kedai Western Food yang buka. Saya tau, sebab tu saya taknak cakap. So, tak payah la awak buat muka terkejut sampai macam tu." Sunggyu kedengaran merajuk dan dia segera beredar ke bilik mereka.

 

 

Sunggyu cuba untuk tidur, namun tak boleh sebab perutnya masih belum diisi. "Baby ah, esok baru kita boleh makan beef steak. Sekarang ni, cuba tidur dengan mama, ya? Mama penat dah ni. Kita tidur, ya?" perlahan-lahan dia mengusap perutnya.

 

 

"Gyu, awak dah tidur, ke?" soal Woohyun sebaik sahaja dia membuka pintu bilik itu.

 

 

"Saya tak boleh tidur, Hyun. Baby tak bagi saya tidur." rengek Sunggyu sebelum dia duduk di birai katil sambil memandang Woohyun yang berdiri di muka pintu bilik.

 

 

"Really? Saya ada ubat untuk itu. Sebelum tu, awak tutup mata dulu."

 

 

"Kenapa?"

 

 

"Tutup saja la."

 

 

"Okey." Sunggyu menutup matanya.

 

 

"Mari." Woohyun menghampiri Sunggyu dan memimpin tangannya. Mereka menuju ke tingkat bawah semula, dan ke dapur.

 

 

Woohyun mendudukkan Sunggyu di kerusi meja makan. "Okey, sekarang buka mata awak!"

 

 

Sunggyu membuka matanya dan dia terkejut melihat satu set beef steak terhidang di hadapannya. "Hyun, awak..."

 

 

"Saya buat sendiri."

 

 

"Awak buat sendiri? Saya taktau pun awak pandai."

 

 

"Kepakaran saya dalam masakan adalah masakan western food. Awak patut bagitau saya awal-awal tadi."

 

 

Sunggyu tertunduk malu. "Saya taktau pun. Awak ni malukan saya jer." Sunggyu mencubit lengan Woohyun.

 

 

"Ah! Sakit la!" teriak Woohyun dan Sunggyu tertawa.

 

 

"Lain kali, jangan malukan saya macam tu. Kalau awak tau, cakap saja awak tau. Tak payah nak buat muka pelik macam tadi. Bila saya kata saya nak beef steak, terus awak buat muka pelik."

 

 

"Okey, sorry. Awakpun patut bagitau awal-awal. Awak ingat suami awak ni tak berkemampuan, ke? Selain buat anak, sayapun pandai la dalam bab masak-memasak ni." sakat Woohyun.

 

 

"Apa buat anak? Melampau ya, awak ni?" Sunggyu menampar lengan Woohyun.

 

 

"Aduh! Jangan la marah sayang. Mari saya suapkan awak." Woohyun duduk di sebelah Sunggyu. "Tadi awak kata lapar, kan? Mari saya suapkan. Aaaa..." Woohyun menyuakan steak yang dipotong kecil ke mulut Sunggyu, dan Sunggyu memakannya.

 

 

"Wah, mashida! Sedapnya, Hyun! Thank you!" Sunggyu mendakap Woohyun seeratnya. Dia terharu dan bersyukur sebab dapat suami yang caring dan berkebolehan macam Woohyun ni.

 

 

"Okey, okey, saya tau awak terharu. Tapi, boleh awak habiskan makanan ni? Baby still lapar lagi tu." ucap Woohyun apabila dia terdengar perut Sunggyu berbunyi lagi.

 

 

"Okey." Sunggyu meleraikan pelukan. Mereka saling suap-menyuap dengan bahagianya.

 

 

...................................................................................................................................................................................................

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk