Percaya la...

Cintamu Milikku~*

 

 

 

Sebaik sahaja Woohyun melangkah keluar daripada bangunan syarikatnya, hujan mulai turun dengan lebatnya. Dia mengeluh sambil berdiri di hadapan pintu masuk bangunan itu.

 

 

"Ish, hujan la plak. Macam mana aku nak cari Gyu macam ni? Harap-harap dia ada bawa payung, ataupun dia dah balik dengan menaiki teksi, ataupun dia dah singgah kat mana-mana tempat untuk berteduh, ataupun..." Woohyun menghela nafasnya. "Ataupun dia masih berjalan dalam hujan lebat lebat macam ni. Ish, tak boleh jadi ni. Kalau orang tengah marah atau merajuk, tentu dia tak pedulikan cuaca apapun. Demam la dia kalau kena hujan. Dia tu dah la sensitif. Kena hujan setitik pun boleh demam, inikan pula hujan lebat macam ni. Aku kena cari dia juga." Woohyun segera berlari menuju ke tempat parking.

 

 

'Gyu, please jangan seksa diri awak sebab saya lagi. Kalau jadi apa-apa kat awak, saya takkan maafkan diri saya sampai bila-bila.' getus hati Woohyun sebelum dia segera memasuki keretanya dan mula memandu.

 

 

><><><><><

 

 

Sunggyu segera berlari ke sebuah pondok yang terdapat di taman itu untuk berteduh.

 

 

"Ish, hujan la plak. Macam mana aku nak balik ni? Benci la macam ni!" Sunggyu menghentak kakinya kegeraman. "Dah la aku tengah sedih ni, hujan plak macam nak mengejek aku jer." ngomel Sunggyu sambil sesekali matanya melihat hujan yang turun itu. "Lebatnya sampai tak nampak jalan. Macam mana aku nak nampak teksi kalau macam ni?" rungutnya pula.

 

 

"Wah, lebatnya hujan! Lencun habis baju aku!" ucap seseorang yang baru muncul untuk berteduh di situ juga. Orang itu berdiri tidak jauh dari Sunggyu dan Sunggyu segera menoleh untuk melihat yang empunya suara itu. Kemudian dia tercengang melihat orang itu tak lain, tak bukan ialah Doojoon.

 

 

"Do-Doojoon?" tegur Sunggyu dan orang itu segera memandangnya.

 

 

"Sunggyu?" ucap Doojoon pula.

 

 

"Awak buat apa kat sini?" soal mereka serentak dan mereka tersenyum kekok.

 

 

"Saya cuma nak berteduh!" jawab mereka berdua secara serentak lagi dan kali ini masing-masing menundukkan kepala kerana segan.

 

 

"Well, kita jumpa lagi." ucap mereka serentak buat kali yang ke-3.

 

 

"Awak cakap la dulu." sekali lagi mereka ucap serentak.

 

 

'Nampaknya, kitorang masih lagi serasi macam dulu. Pemikiran dan timing yang sama.' kata hati Doojoon. 'Baiklah, aku akan tunggu dia cakap dulu.' Doojoon memandang Sunggyu sambil tersenyum, begitu juga Sunggyu yang tersenyum kepadanya. 'Cakaplah.'

 

 

'Kenapa dia tersengih-sengih pula? Cakaplah. Kali ni, aku nak biar dia cakap dulu.' getus hati Sunggyu pula.

 

 

Beberapa minit telah berlalu, dan mereka masih mendiamkan diri. Dan akhirnya, Doojoon yang mula berbicara setelah dia pasti yang Sunggyu takkan bercakap lagi.

 

 

"I'm sorry..." ucapnya perlahan.

 

 

"Apa?" soal Sunggyu yang kurang jelas disebabkan bunyi hujan yang lebat.

 

 

Doojoon menghampiri Sunggyu dan berbisik ke telinganya. "Saya cakap, i'm sorry pasal malam tu. Saya tak sepatutnya kiss awak."

 

 

Sunggyu sedikit berundur menjauhi Doojoon. "It's okey...saya dah lupakannya pun." balas Sunggyu.

 

 

"So, awak dari mana? Macam mana awak boleh terkandas kat sini?" soal Doojoon.

 

 

"Saya baru balik dari ofis Hyun. Tadi saya hantarkan briefcase dia, dan..." kata-kata Sunggyu terhenti tatkala dia teringat tentang situasi tadi. Situasi di mana Woohyun berkucupan dengan Sunny. Dia bersedih semula.

 

 

"Kenapa awak nampak sedih? Hmm, patut la hujan tiba-tiba masa saya berjoging tadi, rupa-rupanya ada orang yang tengah bersedih kat sini. Awak ni boleh control cuaca, ke? Kalau awak sedih, seluruh alam semulajadi pun bersedih." gurau Doojoon dengan harapan Sunggyu tersenyum.

 

 

"Ada-ada jer awak ni." Sunggyu tertunduk malu sambil tersenyum.

 

 

Dan tanpa diduga, hujan yang lebat tadi tiba-tiba berhenti dan matahari mengambil tempatnya semula untuk menyinari bumi ini dengan cahayanya. Mereka berduapun kelihatan terkejut.

 

 

"Wah! Masin la mulut saya! Awak ni memang ada kuasa luar biasa la. Awak boleh kawan cuaca. Daebak!" ucap Doojoon sambil menunjukkan simbol 'good' dengan ibu jarinya.

 

 

"Ia cuma kebetulan, okey? Saya ni manusia biasa jer. Okey la, saya gerak dulu. Banyak lagi kerja yang saya nak buat kat rumah. Bye!" ucap Sunggyu sambil melambai sebelum dia beredar.

 

 

"I'm gonna miss you my first love..." ngomel Doojoon sambil dia memandang Sunggyu dari belakang.

 

 

><><><><><

 

 

"Hujan dah berhenti. Baru senang aku nak nampak dia kalau-kalau dia jalan kat tepi-tepi jalan ni." ucap Woohyun dengan leganya sambil matanya melilau mencari kelibat Sunggyu di tepi-tepi jalan. Dia memandu keretanya dengan perlahan.

 

 

"Aaachooo!" Sunggyu terbersin tiba-tiba. "Aduh, selesema la pula. Kenapa la badan aku ni lemah sangat? Baru kena hujan sikit dah nak demam. Ish!" ngomelnya sambil dia berjalan di tepi jalan untuk menuju ke perhentian bas yang terdekat. Dia memeluk tubuhnya yang mulai terasa dingin. "Sejuknyer! Aaaachoo!" dia bersin sekali lagi.

 

 

Woohyun yang sedang mencari Sunggyu, akhirnya terlihat orang yang dicarinya. Hatinya berbunga riang, sebab Sunggyu kelihatan okey dan masih boleh berjalan. "Gyu, i'm coming!" Woohyun segera memandu menuju ke arah Sunggyu.

 

 

Pandangan Sunggyu mulai kabur, dan kepalanya terasa berat. Langkahnya semakin perlahan sebelum dia tiba-tiba rebah tak sedarkan diri. Woohyun yang dah menghentikan keretanya di tepi jalan, segera keluar dari keretanya dan berlari ke arah Sunggyu. "Gyu, bangun la! Gyu!" Woohyun cuba menggerakkan Sunggyu namun gagal. "Badan awak panas ni! Awak dah demam panas ni!" tanpa membuang masa, Woohyun segera mendukung Sunggyu dan dibawa ke keretanya sebelum dia segera memandu ke hospital.

 

 

><><><><><

 

 

"Dia cuma demam panas biasa. Jangan risau sangat. Kamu boleh melawat dia." jelas doktor yang merawat Sunggyu.

 

 

"Terima kasih, doktor." ucap Woohyun sebelum doktor itu beredar dan dia segera menuju ke wad Sunggyu.

 

 

Sunggyu segera mengalihkan tubuhnya ke arah lain sebaik sahaja Woohyun melangkah masuk ke dalam wadnya. Dia masih marahkan Woohyun disebabkan kejadian tadi. Woohyun hanya miliknya, dan kucupan mesra tu hanya untuknya. Tapi, Woohyun dah kongsikannya pada Sunny tak guna tu dan tiada maaf untuk itu. Woohyun menghampiri katilnya dan duduk di kerusi yang disediakan di tepi katil itu.

 

 

"Gyu, awak okey, tak?" soal Woohyun dengan risaunya.

 

 

"Saya okey atau tak, apa awak peduli?" balas Sunggyu dengan dinginnya.

 

 

"Gyu, kenapa ni? Takkan la disebabkan awak nampak saya dengan Sunny dalam ofis tu pun awak nak marah? Come on la. Kitorang tak buat apapun sampai awak nak marah macam ni." jelas Woohyun yang masih kurang jelas tentang sebab Sunggyu marahkannya.

 

 

"Tak buat apa-apa? Awak ingat saya ni buta, ke?" Sunggyu bangun dari pembaringannya dan menghadap Woohyun dengan rupa yang marah dan mata yang berair. "Awak dengan dia berciuman! Ciuman istimewa yang hanya untuk kita! Kalau awak rasa saya tak patut marah tentang tu, awak memang tak sayangkan saya!" tengking Sunggyu, dan air matanya yang bertakung di matanya sejak tadi mula mengalir.

 

 

Woohyun tercengang. Ini pertama kali dia melihat Sunggyu begitu marah sekali. Nampaknya, dia betul-betul terluka.

 

 

"Awak nampak kitorang...Gyu, ia bukan macam yang awak fikirkan. Saya dengan dia takda apa-apa. Dia yang..."

 

 

"Saya taknak dengar apa-apa lagi dari awak!" Sunggyu menekup kedua-dua telinganya dengan tapak tangannya. "Pergi!"

 

 

"Gyu, please listen to me...Saya dengan Sunny dah putus sebelum kita kahwin lagi. Saya dengan dia..."

 

 

"Cukup! Saya taknak dengar lagi! Kalau awak dah tak sukakan saya, baik kita bercerai saja! Saya dah tak sanggup lagi berharap yang awak akan jatuh cinta kat saya satu hari nanti. Selama ni, saya lakukan macam-macam untuk awak supaya awak akan sedar betapa dalamnya cinta saya kat awak, tapi awak...masih tak sedar...dan saya dah sedar sekarang yang itu semua hanyalah angan-angan belaka sebab awak tak pernah dan takkan cintakan saya...so, saya minta awak lepaskan saya...i'm begging you, Hyunnie. Saya dah tak tahan lagi dengan semua ni..." Sunggyu mulai menangis teresak-esak.

 

 

"Gyu, i'm sorry...tolong jangan minta saya lepaskan awak...saya tak boleh nak lepaskan awak...sebab saya...saya dah mula...cin..."

 

 

"Gyu, apa dah jadi?" sergah Pn. Kim yang tiba-tiba muncul.

 

 

"Gyu, kamu okey?" soal Pn. Nam pula.

 

 

Woohyun mengeluh. Menyesal dia menelefon mereka untuk beritahu tentang Sunggyu yang dikejarkan hospital sebab demam tadi. 'Potong line sungguh la diorang ni...' rungut Woohyun.

 

 

Pn. Nam dan Pn. Kim segera menuju ke arah Sunggyu yang sedang menangis dan mereka memujuknya.

 

 

"Gyu, kenapa ni? Kenapa kamu nangis? Apa dah jadi sebenarnya sampai kamu masuk hospital ni?"soal Pn. Nam.

 

 

"Dia merajuk dengan saya, lepas tu dia meredah hujan sebab nak lari dari saya. Tu yang demam tu." Woohyun meringkaskan cerita, namun Sunggyu menjeling tajam ke arahnya sebab tak memberitahu hal yang sebenar tentang kelakuan dia dengan Sunny yang akhirnya membuatkan Sunggyu jadi macam tu.

 

 

"Betul ke, Gyu? Kamu merajuk dengan dia pasal apa? Dia buli kamu, ke?" soal Pn. Kim.

 

 

"Baru sehari tinggal berdua, kamu dah berani lukai Gyu, ya? Apa nak jadi dengan kamu ni, Hyun?" tegur Tn. Kim yang baru melangkah masuk ke dalam wad diikuti Tn. Nam.

 

 

"Itu la. Baru sehari, kamu dah buat dia demam. Kalau setahun, entah apa plak yang kamu akan buat kat dia. Tak boleh jadi ni. Kami nak Gyu tinggal dengan kami balik." sakat Tn. Nam.

 

 

"Eh, mana boleh. He's my wife okey? So, dia dah jadi tanggungjawab saya. Mana boleh mak ngan ayah yang jaga dia plak? Tak boleh!" bantah Woohyun sekerasnya.

 

 

"He's your wife? Ada kamu anggap dia macam tu ke selama ni? Bukan ke kamu kata dia tu cuma kawan baik kamu? Kalau kamu anggap dia sebagai wife kamu, kamu takkan minta maaf lepas kamu tiduri dia. Ini tak. Dua kali kamu buat dan dua kali juga kamu minta maaf kat dia. Itu tak patut, Hyun." jelas Tn. Kim.

 

 

'Itu masa tu. Sekarang dah lain. Saya dah mula sedar yang saya cintakan dia. Dan saya janji yang saya takkan buat macam tu dah. I love him, mak, ayah. Saya dah pasti dengan perasaan saya sekarang.' Kata hati Woohyun sambil matanya memandang Sunggyu dah mula berhenti menangis sambil ditenangkan kedua-dua maknya itu.

 

 

"Kenapa kamu diam? Cakap la sesuatu." tegur Tn. Nam.

 

 

"Saya nak cakap sesuatu dengan Gyu. Hanya kami berdua saja, so boleh tak..."

 

 

"Baiklah. Tapi kalau kamu lukai hati dia lagi, kami takkan teragak-agak bawa dia balik dengan kami semula." sakat Pn. Nam.

 

 

Setelah semua dah keluar, Woohyun menghampiri katil Sunggyu semula.

 

 

"Saya takkan maafkan awak." rajuk Sunggyu sambil menyilang tangannya.

 

 

"Saya tak minta awak maafkan saya, saya cuma nak awak tau yang saya..."

 

 

"Awak apa?"

 

 

"Saya..." Woohyun merenung muka Sunggyu, kemudian dia memaut leher Sunggyu dan merapatkan muka mereka secara perlahan-lahan sehinggalah bibir mereka bertembung. "I love you!" ucap Woohyun di antara ciuman itu dan itu membuatkan Sunggyu membeliakkan matanya. Woohyun menjarakkan sedikit bibir mereka. "Close your eyes, and feels my love towards you. Kemudian baru la awak akan percaya apa yang saya katakan tadi. Please..." bisik Woohyun dan Sunggyu hanya menurut. Kemudian, mereka berkucupan dengan ghairahnya.

 

 

'Did you feel it? Sekarang awak percaya yang saya betul-betul cintakan awak dan antara saya dengan Sunny takda apa-apa hubungan?'

 

 

'Yes i do...i believe in you...'

 

 

..................................................................................................................................................................................................

A/N: Hehe...malu la kita wat chapter cam ni...amacam? Best tak? Finally, Hyun confess gak kat Gyu...so lepas ni maybe citer pasal erm...their baby? Nak tak? Atau korang still nak chapter sweet2 diorang...apa2pun, segala pendapat dan cadangan sila tulis di ruangan komen...thank you ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk