Itu sebabnya...

Cintamu Milikku~*

 

 

 

Sunggyu berjalan dan terus berjalan sehingga dia tiba di sebuah taman. Dia duduk di salah sebuah bangku yang ada untuk berehat. Air matanya, masih lagi mengalir.

 

 

'Sampai hati awak, Hyunnie? Patut la selama 2 bulan kita kahwin awak still tak anggap saya sebagai wife awak...rupa-rupanya awak still cintakan dia...saya ni memang bodoh! Saya tak patut simpan angan-angan untuk miliki awak selama ni...*menyeka air matanya*...saya ingat lepas Sunny pergi untuk kejar impian dia sebagai model, awak akan lupakan dia, dan saya betul-betul fikir yang awak akan pandang saya sebagai seseorang yang special dalam hati awak, tapi...sangkaan saya meleset...sia-sia saya menaruh harapan terhadap awak, dan sia-sia usaha saya yang sentiasa ada di sisi awak di kala suka dan duka...semua itu sia-sia sebab awak tak pernah nak sukakan saya!!' Sunggyu menekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya dan dia mulai menangis teresak-esak.

 

 

><><><><><

 

 

Sementara itu, di pejabat Woohyun...

 

 

"Sunny, antara kita dah takda apa-apa lagi sejak awak tinggalkan saya untuk kejar impian awak tu. So, awak boleh pergi sekarang." tegas Woohyun sambil menunding ke arah pintu biliknya yang terbuka luas.

 

 

"Hyunnie, please...jangan buat i macam ni...you tau kan yang i memang bercita-cita nak jadi seorang model terkenal. So, sebab tu la i terpaksa tinggalkan you untuk ujibakat di Canada. Itu la satu-satunya peluang i untuk jadi model. Please, Hyunnie i'm still love you." Sunny merayu sambil menyegeh pada Woohyun.

 

 

"Still love me?" Woohyun tersenyum sinis sebelum dia menolak Sunny ke tepi. "Jangan nak mengarut la, Sunny. Kalau betul awak cintakan saya, kenapa awak sanggup tinggalkan saya yang perlukan jagaan awak dan kasih sayang awak setelah saya selamatkan awak? Huh?"

 

 

Imbas kembali setahun yang lalu (sebelum WooGyu kahwin)

 

Woohyun dan Sunny sedang asyik bercintan-cintun sambil berjalan berpimpinan tangan di tepi jalan menuju ke pusat beli-belah dari kawasan parking. Dan tanpa diduga, sebuah kereta yang dipandu laju sedang menuju ke arah Sunny dari arah belakang. Pemandu kereta itu ialah bekas kekasih Sunny. Dia ingin membunuh Sunny kerana telah menipu seluruh hartanya sehingga dia jatuh muflis.

 

Woohyun yang terdengar bunyi deruan enjin kereta yang semakin hampir, mula menoleh ke arah belakang. Dia mendapati kereta itu ingin melanggar Sunny, lalu dia segera menolak Sunny ke tepi dan dia dirempuh di kakinya. Pemandu itu segera memandu pergi.

 

Doktor mengesahkan yang Woohyun tidak dapat berjalan buat sementara waktu kerana kecederaan yang dialaminya. Dan dia juga berkemungkinan akan lumpuh selamanya jika dia tak dapat menggerakkan kakinya dalam masa 2 ke 3 hari ni. Dia hampir berputus harapan, namun sokongan daripada Sunggyu a.k.a sahabat baiknya, dia akan terus berharap dan berusaha untuk pulih.

 

Namun, hari demi hari, minggu berganti minggu, kaki Woohyun masih juga tak dapat digerakkan. Sunny yang tidak mahu mempunyai kekasih yang cacat segera mencari alasan untuk meninggalkan Woohyun. Dia mengatakan yang dia ingin ke Kanada untuk ujibakat sebagai model.

 

"Sunny, awak tak boleh tinggalkan dia macam ni. Dia perlukan awak untuk dia sembuh. Dia boleh sembuh kalau awak sanggup bersabar dan bantu dia. Please, Sunny...he need you..." Sunggyu merayu sewaktu mereka berbual di luar wad Woohyun.

 

"Sorry, Gyu. Saya nak jadi model, dan model mana boleh ada kekasih yang cacat macam tu? Buat malu la."

 

Berderau darah Sunggyu mendengar kata-kata Sunny itu. Ikutkan hati, nak saja dia lempang muka si pembawa sial ni! Mana tak sialnya...pasal nak selamatkan dia la Woohyun jadi macam ni. Itupun dia still tak sedar-sedar lagi.

 

"Yah! Jangan lupa yang awak la penyebab dia jadi macam ni tau?!" Sunggyu mula meninggikan suaranya sikit. Takut staf-staf hospital marah.

 

"So, what? Saya tak suruh dia selamatkan saya, dia sendiri yang nak, so jangan nak salahkan saya." balas Sunny dengan angkuhnya.

 

Panas telinga Sunggyu mendengar itu. Kalau sini bukan hospital, dah lama dia belasah budak perempuan yang tak guna ni! Sunggyu hanya mampu menggenggam penumbuknya.

 

"Dia selamatkan awak, sebab dia cintakan awak. So, awak patut jaga dia sampai dia sembuh untuk balas budi dia yang dah selamatkan awak tu." tegas Sunggyu.

 

"Dia takkan sembuh okey? Awak dah lupa apa yang doktor cakap? Kalau dia still tak boleh gerakkan kaki dia dalam masa 2 ke 3 hari ni, dia akan lumpuh selama-lamanya. Dan sekarang ni, dah berminggu-minggu dia still macam tu, so awak tentu tau apa maksudnya, kan. Saya dah taknak orang tak berupaya macam tu. Menyusahkan. Kalau awak nak, awak ambil la dia. Kahwin dengan dia dan jadi la bini mithali yang sanggup jaga si suami yang cacat..."

 

'BUK!' satu tumbukan dari Sunggyu melayang ke rahang Sunny menyebabkan si gadis jatuh terjelopok ke lantai hospital sambil mengerang kesakitan.

 

"Saya boleh jaga dia sampai dia sembuh. Dan bila tiba masa tu, jangan awak berani datang untuk ambil dia semula. Arasseo?!" tengkingan Sunggyu bergema di seluruh koridor itu dan menyebabkan Sunny terketar-ketar ketakutan.

 

Bermula dari hari itu, Sunggyu dan keluarga Nam la yang menjaga Woohyun apabila Woohyun dibenarkan pulang. Kediaman Keluarga Nam merupakan kediaman kedua buat Sunggyu sebab dia sentiasa di sana untuk menjaga Woohyun. Kedua-dua buah keluarga dapat merasakan betapa Sunggyu amat menyayangi Woohyun dan dalam diam, mereka telah mengaturkan rancangan untuk menyatukan mereka berdua setelah Woohyun sembuh. Ya, Woohyun mesti sembuh! Dengan adanya keprihatinan mereka dan kasih sayang dari Sunggyu, Woohyun akan sembuh.

 

"Hyun, awak lapar tak? Mari saya suapkan awak. Saya dah buatkan gimbab kesukaan awak dan telur gulung." ucap Sunggyu dengan senyuman, dan dia duduk di birai katil untuk menyuapkan Woohyun.

 

"Aku taknak! Pergi!" jerit Woohyun lalu dia menepis tangan Sunggyu yang dah sedia nak suapkan dia gimbab. Gimbab itu jatuh ke lantai.

 

"Hyun, awak kena makan. Dah beberapa hari awak tak makan. Kalau macam ni, macam mana nak sembuh?"

 

"Biar aku mati lagi senang! Awek aku sendiri dah tinggalkan aku, so buat apa kau nak pedulikan aku! Pergi! Jangan ganggu aku!" Woohyun menolak Sunggyu hingga jatuh dari katil. Pinggan berisi makanan yang ada diriba Sunggyu juga jatuh bertaburan di lantai.

 

Sunggyu mengutip makanan-makanan itu dengan sayunya. Dia tak salahkan Woohyun sebab dia memahami perasaan Woohyun. Siapa yang tak bengang bila diri sendiri dah tak berupaya lakukan apa-apa dengan sendiri?

 

Selesai mengutip, Sunggyu berdiri semula. "Saya akan buatkan yang lain. Yang ni dah kotor, tak boleh dimakan. Awak tunggu ya?" Sunggyu segera beredar dengan air mata yang berlinangan. Walaupun dia memahami keadaan Woohyun, namun hatinya tetap terasa dengan perbuatan Woohyun itu.

 

Woohyun mengeluh apabila dia terlihat Sunggyu mengalirkan air mata tadi. 'Kenapa, Gyu? Kenapa awak baik sangat dengan saya? Ya, awak kawan baik saya, tapi cara awak layan dan jaga saya ni dah lebih dari seorang kawan sedangkan awek saya sendirpun dah tinggalkan saya...please, don't tell me that you love me, cause i can't...saya taknak susahkan awak...' getus hati Woohyun.

 

Sunggyu juga mengikut nasihat doktor untuk sentiasa mengurut kaki Woohyun dan cuba membantunya menggerakkan jari kakinya.

 

"Pergi la! Aku takkan boleh berjalan sampai bila-bila! Tak payah kau nak bazirkan masa kau buat semua ni. Pergi!" Woohyun menepis tangan Sunggyu yang sedang mengurut kakinya.

 

"Hyun, jangan degil boleh tak! Sepatutnya awak yang tak berputus asa untuk sembuh. Kalau awak sendiri yang taknak usaha untuk sembuh, kami pun tak boleh nak buat apa dah!" marah Sunggyu yang mulai bengang dengan sikap Woohyun.

 

"Aku kata pergi, pergi la!! Jangan nak tunjuk baik kat sini!!" Woohyun menengking sehingga Sunggyu menitiskan air mata lagi.

 

Sunggyu terpaksa menghadapi karenah Woohyun seperti itu selama beberapa hari, namun disebabkan dia tidak berputus asa, Woohyun mula mengalah dan menerima kebaikan Sunggyu untuk menjaganya.

 

Sehinggalah pada suatu malam, Woohyun tiba-tiba dapat menggerakkan kakinya.

 

Imbas kembali tamat

 

 

"Hyunnie, i'm sorry..."

 

 

Woohyun mengheret Sunny ke pintu pejabatnya sebelum menolak Sunny keluar dari pejabatnya. "Get lost!" Woohyun menghempas pintu di hadapan muka Sunny.

 

 

"I hate you!" teriak Sunny sebelum dia segera berlari keluar dari tempat itu kerana malu diperlakukan sebegitu di hadapan semua pekerja.

 

 

Woohyun merasa lega kerana dia rasa dia dah buat perkara yang betul dengan mengasari Sunny macam tu. "Puas hati aku!" Kemudian, pintu pejabatnya diketuk. "Tak balik lagi ke perempuan tak guna tu? Apa lagi yang dia nak?" ngomel Woohyun lalu dia segera membuka pintu dengan kasar. "Nak apa?!" tengkingnya sebelum dia mendapati orang yang berdiri di situ ialah setiausahanya. "Ops sorry, salah orang..." Woohyun tersengih. "Ya, ada apa?"

 

 

"Ini briefcase bos, kan?" setiausaha itu menunjukkan briefcase yang diambil dari lantai sewaktu Sunggyu tak sengaja menjatuhkannya tadi.

 

 

"Aik, seingat saya, saya tertinggal di rumah. Macam mana boleh ia ada di sini?" Woohyun mengambil briefcasenya itu.

 

 

"Tadi, isteri bos yang mai hantar, tapi dia terus lari balik lepas jatuhkan briefcase ni di hadapan pejabat bos."

 

 

"Gyu yang mai hantar, tapi dia lari balik?" Woohyun mengerutkan dahinya.

 

 

"Dia lari balik sambil nangis."

 

 

"Nangis?" Woohyun tersentak. "Masa bila tu?"

 

 

"Masa Cik Sunny ada dengan bos..."

 

 

"Oh no! Dia salah faham agaknya tu. Saya kena explain kat dia..." Woohyun menyerahkan briefcasenya kepada setiausahanya sebelum dia segera berlari keluar dari pejabatnya untuk mencari Sunggyu.

 

 

.............................................................................................................................................................................................................

A/N: Update lagi ^^ Kali ni chapternya tentang sebab musabab parents diorang aturkan perkahwinan diorang...dan ia sebenarnya takda kena mengena langsung  dengan syarikat diorang pun...ia sebab parents diorang dah tau yang Gyu memang sukakan Hyun, cuma Hyun yang still taknak terima cinta seseorang yang dia dah anggap sebagai kawan...tapi masa menentukan segalanya bila Hyun dah mula ada hati kat Gyu...hehe

amboi macam sinopsis plak...ok la...apa2pun, jgn lupa komen okey? Saya sayang awak semua! ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk