Apa la...

Cintamu Milikku~*

 

 

 

Imbas kembali

Woohyun tercengang melihat orang yang berdiri di hadapannya kini. Dia ingin menutup pintu semula apabila orang itu menghalangnya.

 

 

"Yah, kau nak apa ha?!" tengking Woohyun.

 

 

"Macam ni ke awak sambut tetamu? Dengan menengkingnya depan pintu ni? Kot ya pun, jemput la masuk dulu." sindir Sunny.

 

 

"Macam mana kau tau rumah aku? Baik kau blah! Aku dah tak ingin nak tengok muka kau lagi! Blah la!" jerkah Woohyun.

 

 

"Benci sangat ke awak kat saya? Awak dah lupa yang kita pernah bercinta dulu? Senangnya awak lupakan saat-saat kita bersama dulu." Sunny mengalirkan air mata.

 

 

"Sudah la, Sunny! Jangan nak berlakon depan aku lagi! Aku takkan terima kau sampai bila-bila dah. Biar air mata darah sekalipun, aku takkan kembali bersama kau semula. Blah dari sini dan jangan kau berani datang ke sini lagi!" tengking Woohyun.

 

 

Sunny mulai bengang dengan layanan buruk yang diberi, lalu dia mengeluarkan sebilah pisau lalu dia menikam Woohyun. "Aku dah bagi peluang kat kau, tapi kau degil. Sekarang biar kau mampus! Kalau aku tak dapat kau, siapapun takkan dapat kau!" dengan itu Sunny segera melarikan diri dengan menaiki keretanya.

 

 

Sunggyu yang sedang makan terhenti. Dia terdengar suara Woohyun yang sedang memarahi seseorang. 'Siapa yang datang? Kenapa Hyun marah-marah kat dia?' getus hati Sunggyu.

 

 

'Ah...aku tak boleh biar Gyu tengok aku macam ni...kesihatan dia tak berapa baik, dan kalau dia tengok aku berdarah macam ni, tentu dia panik...tak...boleh bagi dia tengok...' Woohyun mengambil first aid lalu dia merawat lukanya sendiri di dalam tandas. 'Okey...macam ni dah okey...nasib baik darah aku dah berhenti.' Woohyun tersenyum sebelum dia melangkah menuju ke dapur semula dan dia terlihat Sunggyu baru bangun dari kerusi.

 

 

"Eh, awak nak ke mana tu?" soal Woohyun yang tiba-tiba muncul.

 

 

"Siapa yang mai? Kenapa awak marah dia?" soal Sunggyu.

 

 

"Takda siapa la. Cuma budak-budak nakal yang suka main loceng. Dah, awak jangan fikir banyak. Makan la."

 

 

"Okey."

Imbas kembali tamat

 

 

Sunggyu menemani Woohyun di hospital. Doktor mengatakan yang Woohyun hanya cedera ringan kerana tikaman itu tidak mengenai mana-mana organ penting. Dan dalam beberapa hari, dia akan sembuh. Sunggyu juga dah buat laporan polis mengenai kejadian itu supaya orang yang menikam suaminya akan ditahan dan disoal siasat. Dia takkan lepaskan orang yang mencedarakan suaminya dengan begitu mudah. Orang itu harus dihukum.

 

 

"Hyun, kenapa awak tak bagi tau saya? Awak buat macam ni, lagi saya risau. Tolong la, lepas ni jangan awak sembunyikan apa-apapun dari saya lagi." ucap Sunggyu sambil tangan Woohyun digenggam erat. Air matanya mengalir tatkala melihat Woohyun yang masih tak sedarkan diri.

 

 

"Gyu, apa dah jadi? Kamu okey? Macam mana boleh jadi macam ni? Babypun okey, kan? Kan?" soal Pn. Kim dengan cemasnya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam wad Woohyun diikuti Tn. Kim, Pn. Nam, Tn. Nam dan Myungsoo.

 

 

"Mak, relaks dulu, okey? Saya okey. Babypun okey. Cuma papa dia jer yang cedera sikit. Woohyun's fine, mom." balas Sunggyu.

 

 

"Apa dah jadi?" soal Tn. Kim.

 

 

"Sayapun tak tau ayah. Petang tadi ada orang datang lepas tu saya dengar Woohyun dok marah-marah kat orang tu. Bila saya tanya, Hyun kata cuma budak-budak nakal yang suka main loceng rumah. Dan malam ni, tiba-tiba jer dia berdarah banyak kat badan dia sebelum dia pengsan. Sayapun dok tunggu dia sedar untuk ceritakan hal sebenar." jelas Sunggyu dengan pandangan sayu.

 

 

"Ntah-ntah, ini kerja Sunny noona?" teka Myungsoo.

 

 

"Sunny? Kenapa plak?" soal Sunggyu.

 

 

"Woohyun hyung kan dah taknak kat dia, so maybe dia marah sebab di reject." jelas Myungsoo.

 

 

"Takkan la dia marah sampai cuba nak bunuh, Hyun? Tapi boleh jadi juga. Hyun mana ada musuh." fikir Sunggyu.

 

 

"Kamu dah buat laporan polis?" soal Tn. Nam.

 

 

"Dah, ayah. Diorang dok jalankan siasatan. Nanti diorang bagitau kalau diorang dah jumpa si pembunuh tu." balas Sunggyu.

 

 

"So, si pembunuh tu masih terlepas? Bahaya ni! Macam mana kalau dia tau Woohyun masih hidup dan dia cari kamu berdua sampai ke sini? Bahaya la macam ni!" Pn. Nam mulai cemas.

 

 

"Apa susah, kita upah saja bodyguard untuk lindungi mereka berdua." jelas Tn. Kim.

 

 

"Betul tu. Biar mereka lindungi Hyun, dan Sunggyu kamu tinggal dengan kami sementara Woohyun masih di sini. Bahaya kalau kamu tinggal di rumah sorang-sorang." cadang Pn. Kim.

 

 

"Tak, mak! Saya nak temankan Hyun kat sini. Kalau pembunuh tu datang, biar dia bunuh kami serentak. Saya tak boleh hidup tanpa Hyun." bantah Sunggyu.

 

 

"Gyu, kalau pembunuh tu datang, kamu bukan saja bahayakan diri kamu, tapi baby kamu sama. Kamu tak kesiankan dia, ke? Takkan kamu nak dia mati sebelum dia lahir ke dunia ni? Jangan berdegil. Ikut kami balik." Pn. Kim mencapai tangan Sunggyu.

 

 

Sunggyu menyentap tangan maknya. "Taknak! Saya nak temankan Hyun! Biar kami bertiga mati bersama kalau itu yang tertulis dalam takdir kami." Sunggyu masih berdegil. "Saya takkan tinggalkan Hyun!" tegas Sunggyu.

 

 

"Sudah la, awak. Lagipun, bodyguard kita kan ada. Diorang boleh lindungi mereka berdua. Jangan risau, ya?" Tn. Kim memujuk Pn. Kim.

 

 

"Baiklah, suka hati kamu la. Tapi kalau ada apa-apa, jangan lupa telefon kami, okey?" pesan Pn. Kim.

 

 

"Okey." balas Sunggyu.

 

 

"Bertuah Woohyun dapat isteri macam kamu. Terharunya." Pn. Nam mengesat air matanya.

 

 

"Sudah la awak ni. Ini bukan drama la." sakat Tn. Nam sambil tertawa kecil. Semuapun ikut ketawa.

 

 

Waktu melawat dah tamat, jadi mereka berlima mula mengundur diri meninggalkan Sunggyu yang dibenarkan untuk menjaga Woohyun di situ. Bodyguard yang diupah pula dibenarkan berjaga di luar wad. Sunggyu akhirnya terlelap di katil Woohyun sambil menggenggam erat tangannya.

 

 

><><><><><

 

 

Sunny bersembunyi di rumahnya tanpa mengetahui yang polis sedang mencarinya. Sunggyu menelefon pihak polis dan memberitahu tentang suspek utama kes Woohyun ditikam ialah Sunny. Oleh itu, Sunny telah menjadi orang yang dikehendaki kerana dia mempunyai motif.

 

 

Sunny melempar pisau yang digunakan untuk menikam Woohyun tadi ke bawah katil selepas selesai membersihkannya. Dia duduk di birai katil dan menggeletar ketakutan kerana ini adalah kali pertama dia melakukan perkara jahat seperti itu. Dia melihat kedua-dua tangannya dan dia mulai takut.

 

 

"Apa aku dah buat ni? Macam mana kalau Woohyun betul-betul mati? Aku tak berniatpun nak buat macam tu. Aku..."

 

 

Tiba-tiba kedengaran siren kereta polis dan Sunny mulai panik. Dia menyusup keluar dari rumahnya melalui pintu belakang dan apabila dia hampir ditangkap polis, seorang lelaki telah menyelamatkannya dengan membawa dia lari dengan menaiki kereta. Pihak polis hilang jejak mereka.

 

 

"Si-siapa awak? Kenapa awak selamatkan saya?" soal Sunny.

 

 

"Sebab keinginan kita sama. Awak nak Woohyun dan saya nak isterinya, Kim Sunggyu. So, kita boleh bekerjasama untuk pisahkan diorang." jelas lelaki itu sambil memandu.

 

 

"Awak siapa?" soal Sunny.

 

 

Lelaki itu tersenyum sebelum dia melemparkan sebuah buku ke riba Sunny. Sunny membuka buku itu dan dia terkejut melihat isi kandungan buku itu.

 

 

"Semuanya gambar Sunggyu masa sekolah dulu!" Sunny terlopong. "Awak ni stalker dia, ke? Awak ambil gambar dia dalam diam."

 

 

"Boleh dikatakan macam tu. Tapi orang lebih suka gelar orang macam saya ni psiko. Dia yang buat saya jadi macam ni. Sejak sekolah dulu, saya memang suka dia sebab dia pandai, baik hati, comel, dan saya suka segala-galanya tentang dia. Malangnya, dia tolak cinta saya dengan alasan dia sukakan si Hyun tu, walaupun Hyun hanya anggap dia sebagai kawan. Saya kecewa sangat sampai jadi gila macam ni." lelaki itu ketawa. "Dah lama saya cari dia, dan sekarang saya dah tau kat mana dia tinggal. Thanks to you!"

 

 

"Saya? Kenapa plak?"

 

 

"Sebab kes awak ni, dah masuk dalam berita. Diorang siarkan alamat rumah dia, sebab di situ la tempat kejadiannya, kan? So, sudi bekerjasama?"

 

 

"Tapi saya dah jadi buruan polis, macam mana nak jalankan plan kita?"

 

 

"Selagi awak bersama saya, takda sesiapapun yang boleh ganggu awak sebab saya perlukan awak."

 

 

"Maksudnya, bila awak dah tak perlukan saya, awak akan bunuh saya la?"

 

 

"Tak la. Dah jangan cakap banyak. Kita perlukan plan untuk pisahkan diorang. Dan kalau plan kita tak menjadi, kita bunuh saja diorang berdua supaya hati kita tak sakit bila tengok diorang bersama."

 

 

"Okey..."

 

 

.........................................................................................................................................................................

A/N: Pengumuman! Saya akan hiatus untuk cerita ni sementara waktu...dan kemungkinan chapter seterusnya adalah chapter yang terakhir (mungkin la, tak pasti lagi)...so saya harap awak semua bersabar la, k? So, enjoy! ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk