Sensitif

Cintamu Milikku~*

 

 

 

Pagi itu, Woohyun bangun sendiri tanpa perlu dikejutkan oleh Sunggyu seperti selalu. Sebenarnya selama inipun dia memang boleh bangun sendiri cuma dia pura-pura susah nak bangun sebab dia suka Sunggyu gerakkannya. Tapi hari ni dikecualikan sebab dia tahu Sunggyu tak sihat. Jam loceng yang berbunyipun masih lagi tak dapat mengejutkan Sunggyu seperti selalu. Dia masih lagi nyenyak tidur dan ini bermakna dia memang tak sihat dan perlukan banyak rehat.

 

 

"Morning, honey..." bisik Woohyun perlahan di telinga Sunggyu. "Awak rehat la, ya? Hari ni saya takkan ganggu awak macam selalu sebab awak nampak letih sangat lepas muntah semalam. Sweet dream..." Woohyun mengucup pipi Sunggyu sebelum dia turun dari katil dan menuju ke bilik air.

 

 

Selesai bersiap, Woohyun turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan sendiri. Dia juga tidak lupa untuk menyediakan sarapan untuk isteri tercinta. Dia merasa sunyi kerana terpaksa bersarapan sendirian tanpa ditemani Sunggyu seperti selalu. Tiba-tiba nada mesej masuk memecahkan kesunyiannya.

 

 

'Saya nak jumpa awak kat ofis awak hari ni. Kalau tak, saya akan kacau Gyu bila awak takda kat rumah. I'm serious!'

 

 

Berderau darah Woohyun sebaik sahaja dia membaca mesej dari Sunny itu. Dia betul-betul tak faham dengan perangai perempuan yang sorang ni. Dia yang putuskan hubungan diorang, sekarang dia pula yang terhegeh-hegeh nak kat Woohyun balik. Dan Woohyun menjadi lemah bila soal Sunggyu diketengahkan. So, nak taknak, dia terpaksa jumpa dengan Sunny di pejabatnya nanti. Dia taknak Sunggyu diapa-apakan. Sunggyu adalah kelemahan dia.

 

 

"Tak guna punya perempuan! Berani dia ugut aku dengan gunakan Gyu. Siap dia bila aku jumpa dia nanti." rungut Woohyun.

 

 

Dia selesai bersarapan, lalu dia mengambil sekeping kertas dan menulis nota untuk Sunggyu. Nota itu berbunyi :

Awak makan la sarapan yang saya dah buat ni...makan kenyang-kenyang tau? Balik nanti saya nak tengok awak yang cergas dan sihat...saya susah hati bila tengok awak sakit macam ni. Dan banyakkan rehat. Okey? Lagi satu, awak jangan risau, saya dah masak sarapan sendiri tadi. So, saya tak pi kerja dengan perut kosong sebab saya ingat pesan awak, sarapan harus diutamakan. Okey la, take care...Saranghae ^^

 

 

Woohyun meletakkan nota itu di atas meja bersebelahan hidangan itu. Kemudian dia beredar untuk pergi kerja.

 

 

><><><><><

 

 

Sunggyu pergi ke pejabat Woohyun dengan membawa bekalan makanan tengah hari. Dia sunyi makan bersendirian di rumah, so dia buat keputusan untuk makan bersama Woohyun di pejabatnya. Dia kelihatan teruja sekali sebelum dia membuka pintu pejabat Woohyun dan dia terlihat Woohyun sedang berasmara dana dengan Sunny di sofa. Dia tercengang dan bekalan makanan yang dibawanya terlepas dari pegangannya dan jatuh bertaburan di lantai.

 

 

Woohyun dan Sunny tersentak dengan bunyi benda jatuh lalu mereka mengalihkan pandangan mereka ke arah Sunggyu.

 

 

"Awak buat apa ni, Hyun? Sampai hati awak..." Sunggyu mulai sebak.

 

 

Woohyun bangun dari sofa dan dia menghampiri Sunggyu. "Awak sendiri nampak apa yang kami buat, dan awak tentu faham, kan? So, tak perlu la saya nak explain..." bisik Woohyun ke telinga Sunggyu lalu dia tersenyum sinis.

 

 

Sunggyu terundur sedikit. Dia memandang Woohyun dengan rupa tak percaya yang Woohyun sanggup buat dia macam ni. "Hyunnie, awak..."

 

 

Sunny menghampiri Woohyun dan memeluknya dari tepi. "He's mine! So stop calling him Hyunnie! Hanya saya yang boleh panggil dia macam tu. Arasseo?" dia mengucup Woohyun.

 

 

"Anyeong, Kim Sunggyu! I'm not in love with you anymore! And starting now, you're not Mrs. Nam anymore. She is." ucap Woohyun dengan angkuhnya sambil tangannya memaut pinggang Sunny.

 

 

"Tidakk!!"

 

 

"Ahhhhhhhhhh!" teriak Sunggyu yang mulai tersedar dari mimpinya. Peluh mula membasahi mukanya. Dia melihat keadaan sekeliling dengan nafas yang tercungap-cungap. Kemudian, baru dia sedar yang itu semua hanyalah mimpi. Dia menghela nafas lega. "Nasib baik itu cuma mimpi. Harap-harap la."

 

 

Sunggyu dapati Woohyun dah tiada di sebelahnya, dan dia segera melihat jam locengnya. "Dah pukul 12 tengah hari! Alamak, lamanya aku tidur! Tentu Hyun dah pergi kerja dengan perut kosong sebab aku tak masak hari ni. Apa la aku ni. Bini jenis apa ntah? Biar laki pi kerja dengan perut kosong." Sunggyu mengeluh sebelum dia bangun dari katilnya, namun kepalanya tiba-tiba terasa pening dan dia terduduk semula di katil sambil memegang kepalanya. "Aduh, peningnya kepala aku! Ni mesti pasal terlebih tidur. Takper, biar aku relaks dulu, then baru aku bangun balik."

 

 

Setelah peningnya beransur hilang Sunggyu perlahan bangun dari katil lalu dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

 

 

Kemudian, dia menuju ke bilik makan dan dia dapati sarapan untuknya dah disediakan. Oleh siapa? Dia mengerutkan dahi sebelum dia menemui satu nota di situ. Dia tersenyum sebaik sahaja selesai membaca nota itu.

 

 

"Pandai pula dia berdikari hari ni. Sarapan untuk akupun dia sediakan. How sweet..." Sunggyu menarik kerusi dan duduk. "Wah, gimbab dan telur gulung! Mana dia tau aku memang teringin nak makan makanan ni? Apa-apa la. Perut akupun dah berkeroncong ni. Ini dah bukan sarapan, ini makanan tengah hari dah. Takper la. Asal boleh makan sudah." ngomel Sunggyu sebelum dia mula menjamu selera. "Omo! Mashida!" ucap Sunggyu dengan mulut penuh. Dia begitu gembira menikmati masakan itu.

 

 

Selesai membasuh pinggan, Sunggyu memulakan kerja mengemas rumahnya. Walaupun keadaan rumah dah teratur dan kemas, tapi Sunggyu tetap nak mengemas juga sebab dia dah takda kerja lain untuk dibuat. Kalau duduk saja, dia bosan. Selama 2 bulan tinggal di rumah ni bersendirian, itu saja kerja yang mampu dibuatnya. Kadang-kadang dia akan keluar bersama kawan-kawan baiknya.

 

 

Habis saja dia memvakum di dalam rumah, dia keluar ke halaman belakang rumah untuk menyiram pokok-pokok bunga di taman mini yang direkanya. Banyak juga pokok bunga yang ditanamnya sebab dia suka bunga. So, tak heran la dulu masa waktu sekolah dia digelar Flower Boy. Di tengah-tengah taman itu pula terdapat set meja makan taman yang berbumbung. Memang elok untuk sesiapa saja yang nak release tension.

 

 

"Saya minta maaf sebab tak siram awak semua dalam 2 hari ni, sebab saya tak sihat. Tapi, Hyunnie ada siram, kan? Sebab tu la awak semua masih hidup dan segar sampai hari ni." Sunggyu tersenyum sambil menyiram.

 

 

Tiba-tiba, handphonenya berbunyi menandakan mesej masuk. Dia duduk di kerusi, lalu dia mengambil handphonenya yang diletakkan di atas meja. Dia tersenyum melihat nama si penghantar mesej itu.

 

 

From: MyHubby

Hi! Awak dah bangun, ke? Macam mana awak rasa? Still muntah lagi? Kalau awak rasa tak sihat lagi, bagitau saya cepat-cepat. Saya akan sampai secepat yang mungkin dan kita ke hospital, okey?

 

 

Sunggyu tersenyum membaca mesej itu. Woohyun benar-benar ambil berat akan dirinya. Kemudian, dia membalas :

To: MyHubby

Ya, saya baru jer bangun dan saya sihat. Jangan la risau sangat. Dah tak muntah dah. Breakfast yang awak buat tadi, sedap la. Esok boleh buatkan lagi?

 

 

Selesai membalas, dia menerima mesej lagi.

From: MyHubby

Boleh. Apa saja untuk awak. <3 Betul ke awak dah, okey? Atau awak saja nak mengelak dari pergi hospital? Ingat saya tak tau yang awak tu takut nak pergi hospital. Takut kena cucuk konon. XD

 

 

Sunggyu tertawa kecil sebelum dia membalas :

To: MyHubby

Tau takper. Saya memang tak suka pergi hospital. Baunya buat saya pening. Tapi betul la, Hyun. Saya okey. Sihat dan cergas lagi lepas makan makanan yang awak buat. Thanks ^^

 

 

Sunggyu meletakkan handphonenya di atas meja sebelum dia menerima mesej dari Woohyun.

From: MyHubby

You're welcome ^^ Ia memang tanggungjawab saya untuk pastikan awak sihat. Kalau tak, tentu parents kita takkan lepaskan saya if something bad happen to you...

 

 

Sunggyu mencebik membaca mesej itu, lalu dia membalas:

To: MyHubby

So, awak jaga saya dengan baik hanya sebab awak takut dimarahi parents kita la? Bukan sebab awak sayang saya? Okey FINE! Malas nak layan awak dah!

 

 

From: MyHubby

Gyu, bukan macam tu la. Saya sayang awak. Jangan la merajuk. I'm sorry...*ketuk-ketampi sambil pegang telinga*

 

 

To: MyHubby

Betul ke awak dok ketuk-ketampi tu? Bohong la. Awak just nak pujuk saya jer. Tak nak kawan.

 

 

From: MyHubby

Taknak kawan?? Memang kita dah tak berkawan. Kita dah kahwin okey. :D

 

 

To: MyHubby

Jangan nak loyar buruk. Saya taknak mesej awak dah. Anyeong!

 

 

Selesai saja sesi menghantar mesej, tiba-tiba handphone Sunggyu berdering. Dan dia segera menjawab panggilan dari Woohyun itu. "Ya, ada apa?"

 

 

"Gyu, jangan la merajuk. Saya tak senang hati la macam ni. Saya betul-betul sayangkan awak bukan sebab parents kita. I really love you. Tolong jangan ragui cinta saya, okey?"

 

 

"Hyunnie, kenapa awak ni emosional sangat? Saya gurau jer la. Of course la saya tau yang awak memang sayangkan saya sebab sayapun sayang kat awak and i'm not doubting your love towards me, okey. So, don't worry."

 

 

"Saya cuma tak sanggup kehilangan awak, Gyu. Dan saya tak boleh hidup tanpa awak."

 

 

"Ya, saya tau sebab sayapun macam tu. I can't live without you too. Awak dok buat apa? Takda kerja ke dok telefon saya, ni?"

 

 

"Saya tengah lunch ni dengan Howon. Sat lagi baru nak balik ofis. Awak plak?"

 

 

"Saya baru lepas siram pokok bunga. Ada kat taman sekarang ni." jelas Sunggyu. "Hyunnie, awak boleh balik awal tak hari ni?"

 

 

"Kenapa? Awak tak sihat, ke?"

 

 

"Bukan macam tu. Saya...erm...saya rindu la kat awak. Taktau kenapa, tapi saya nak sangat awak temani saya sekarang. Saya..." kata-kata Sunggyu terhenti bila dia terasa air matanya mula mengalir. Dia bingung. 'Eh, aku nangis, ke? Kenapa ni? Tiba-tiba jer...' getus hatiya.

 

 

"Gyu, kenapa awak diam? Awak okey tak? Baiklah, saya akan cuba balik awal hari ni, ya?"

 

 

"Okey. Jangan lupa beli strawberi coklat bila awak balik nanti. Saya teringin plak nak makan. Ya?"

 

 

"Okey, nanti saya beli. Take care. Bye!"

 

 

"Bye!" Sunggyu mematikan talian. "Aduh, kenapa aku ni emosi sangat. Cakap rindupun boleh nangis, ke? Ish, merapu la."

 

 

><><><><><

 

 

"Kenapa tu? Korang gaduh, ke?" soal Howon yang sedari tadi melihat perbualan telefon antara Woohyun dan Sunggyu.

 

 

"Takda la. Saja jer nak mesra-mesra. Jangan jeles." seloroh Woohyun.

 

 

"Ee, takda pasalnya aku nak jeles. Betul ke korang tak gaduh? Aku tengok kau macam dok pujuk dia jer tadi. Lepas tu, cakap nak balik awal. Kenapa?"

 

 

"Ntah la. Akupun tak faham. Tiba-tiba jer dia cakap yang dia rindu kat aku. Dan cara dia cakap tu macam sedih jer. Macam suara orang yang baru nak start nangis." jelas Woohyun sambil dia mengacau-ngacau minumannya.

 

 

"Wow, emosionalnya dia. Kalau camtu, kau memang nak balik awal la ni?"

 

 

"Nampaknya macam tu la. Lagipun, kalau lambat-lambat nanti, strawberi coklat habis plak. Kau tau la kan, strawberi tu laku sangat sekarang ni. Kalau lambat, habis nanti."

 

 

"Strawberi coklat? Bukan kau kata kau tak suka, ke? Kenapa tiba-tiba nak beli plak?" Howon meneguk airnya.

 

 

"Gyu yang nak. Dia yang pesan tadi."

 

 

"Really? Okey la tu. Sekarang ni memang ramai orang suka makan makanan tu." Howon meletakkan gelasnya semula. "So, apa yang Sunny buat kat ofis kau awal-awal pagi tadi?"

 

 

"Dia nak aku ceraikan Gyu."

 

 

Howon tersentak. "Apa?! Gila ke?!"

 

 

"Dia tu memang gila. Ikutkan aku, nak jer aku sumbatkan dia dalam wad sakit jiwa."

 

 

"Habis tu, kau jawab apa kat dia?"

 

 

"Aku minta dia jangan kacau rumah tangga kitorang kalau dia nak selamat. Kalau tak, aku takkan teragak-agak ambil tindakan ke atas dia."

 

 

"Bagus tu! Jangan bagi muka sangat kat dia tu." sokong Howon.

 

 

><><><><><

 

 

Woohyun yang selalu balik pada pukul 10 malam, terpaksa balik pada pukul 7 malam disebabkan janjinya pada Sunggyu. Sebaik saja dia melangkah masuk dalam rumah, Sunggyu yang sedang menunggunya di ruang tamu segera menerpa ke arahnya dan memeluknya.

 

 

"Hyunnie, saya rindu sangat kat awak!" ucap Sunggyu sebelum dia tiba-tiba nangis. Woohyun mulai panik.

 

 

"Hei, kenapa ni? Kenapa awak nangis? Gyu, saya ada buat salah, ke?" soal Woohyun sambil menggosok-gosok belakang Sunggyu untuk menenangkannya.

 

 

"I'm sorry..." ucap Sunggyu lalu dia meleraikan pelukan dan menundukkan kepalanya.

 

 

"Hey, what's wrong?" Woohyun menyentuh dagu Sunggyu dan mengangkat mukanya. "Kenapa nangis ni? Baru beberapa jam saya pergi kerja takkan dah rindu sampai macam ni? Hmm?"

 

 

"Mesti la. Awak sepatutnya temani saya, bukan pergi kerja sebab awakkan dah ambil cuti seminggu untuk kita pergi honeymoon."

 

 

"Tapikan honeymoon tak jadi. Tu yang saya masuk kerja balik."

 

 

"Honeymoon ke Langkawi tak jadi, tak semestinya kita tak boleh pergi ke tempat lain. Awak sibuk jer dengan kerja awak. Pentingkan kerja jer dari saya. Awak boleh bawa saya jalan-jalan ke tempat lain. Bukannya tinggalkan saya sorang-sorang kat rumah ni. Bosan tau tak?" rengek Sunggyu.

 

 

"Okey, okey, i'm sorry. Esok kita keluar jalan-jalan, ya? Dah jangan nangis." Woohyun mengesat air mata Sunggyu. "Ni, saya dah belikan strawberi coklat yang awak pesan tu."

 

 

"Really? Wah, sedapnya! Thanks, Hyunnie!" ucap Sunggyu yang tiba-tiba ceria semula. Dia mengambil beg kertas yang berisi makanan itu, lalu dia menuju ke dapur untuk menghidangkannya di dalam bekas lain.

 

 

Woohyun hanya melihat gelagat Sunggyu dengan hairan. 'Eh, tadi bukan main sedih dan marah, sekarang tiba-tiba ceria plak. Pelik la perangai dia sekarang ni. Biar la. Asal dia dah okey, okey la.'

 

 

.....................................................................................................................................................................................

A/N: Ehem, ehem...hehe :D

Saya dah happy ni sebab komen-komen yg diberikn mmg menaikkn semangat sy utk terus update citer ni...terima kasih kpd semua yg sudi baca, komen dan subscribe citer ni ^^

Saya betul2 menghargainya!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk