Bulan madu tak jadi?

Cintamu Milikku~*

 

 

 

Dah 2 bulan berlalu sejak Woohyun akhirnya membuat pengakuan cintanya terhadap isterinya yang selama ini dianggap sebagai kawan. Seolah-olah mereka baru berkahwin. Sunggyu begitu gembira kerana dalam 2 bulan ni, barulah dia merasa dirinya sebagai isteri yang sah bagi Woohyun.

 

 

"Gyu, apa kata kita pergi honeymoon lagi?" soal Woohyun sambil memeluk Sunggyu dari belakang. Mereka berdua sedang menghayati bulan dari taman atas bumbung rumah mereka.

 

 

"Honeymoon? Kita dah pernah pergi kan. Buat apa nak pergi lagi?" Sunggyu menyoal semula.

 

 

"Dulu kita pergi sebagai kawan sebab saya still anggap awak sebagai kawan masa tu. Tapi sekarang kita pergi sebagai suami isteri yang sah. Amacam?"

 

 

"Boleh juga. Sayapun dah bosan asyik berkurung jer dalam rumah ni. Sekali-sekala pergi bercuti, okey juga. Tapi, kita nak ke mana?"

 

 

"Kita ke Langkawi, Malaysia. Awakkan suka makan coklat. Dengar kata kat sana ada banyak jenis coklat."

 

 

"Okey juga tu. Lagipun saya tak kisah bercuti kat mana, asalkan awak ada dengan saya."

 

 

"Saya akan sentiasa bersama awak, Gyu. Cause i love you!" Woohyun mengucup pipi Sunggyu sebelum dia mengalihkan tubuh Sunggyu menghadapnya.

 

 

"I love you too!" balas Sunggyu pula sebelum mereka mula berkucupan. (P/S: Sorry dengan adegan ni...saya faham kalau awak semua bosan...hehe ^^ Tapi saya suka sangat!)

 

 

><><><><><

 

 

"Mak, ayah, kami ada pengumuman yang nak dibuat." ucap Woohyun sewaktu dalam family meeting yang diadakan di ruang tamu rumahnya.

 

 

"Gyu dah pregnant ke?!" soal semuanya dengan lantangnya.

 

 

Sunggyu yang sedang minum tersedak. Dia mengesat mulutnya. "Apa ni? Kenapa semua orang tak sabar-sabar dengan berita tu? Lambat lagi, okey? Kami tak bersedia lagi." balas Sunggyu malu-malu.

 

 

"Mesti la kami nak dengar berita tu. Kamu berdua dah 4 bulan kahwin. Takkan masih takda apa-apa?" ucap Pn. Kim.

 

 

"Mak ni...baru 4 bulan, belum 4 tahun. Awal lagi, okey?" rungut Sunggyu.

 

 

"Agaknya kamu nak mak mati dulu baru nak dapat cucu. Macam tu?" ugut Pn. Nam pula.

 

 

"Tak la sampai macam tu. Tolong la jangan cakap macam tu. Saya tak sekejam itu." Sunggyu mencebik. Terasa dengan ugutan Pn. Nam itu.

 

 

"Sudah-sudah la kamu berdua ni. Perkara macam tu mana boleh diramal. Dah belum rezeki diorang lagi untuk dapat baby. Nanti ada la tu." Tn. Nam cuba menenangkan keadaan yang hampir tegang.

 

 

"Betul tu. Diorang pun muda lagi. Ada banyak masa lagi." sokong Tn. Kim pula.

 

 

"Thanks, ayah!" ucap Sunggyu lalu dia duduk di antara Tn. Kim dan Tn. Nam. Gembira, ada juga orang yang memahami.

 

 

"Apa pengumuman yang hyung nak bagitau?" soal Myungsoo yang masih tertanya-tanya.

 

 

"Kitorang nak pergi berbulan madu buat kali ke-2." jelas Woohyun.

 

 

"Honeymoon lagi? Untuk apa?" soal semua.

 

 

"Bukan hyung dah pergi ke? Nak pergi buat apa lagi?" soal Myungsoo.

 

 

"Dulu kitorang pergi sebagai kawan walaupun kitorang dah kahwin. Tapi kali ni, kami nak pergi sebagai husband and wife. Tak salahkan?" jelas Woohyun.

 

 

"Oo...kami faham!" balas semua serentak sambil tersenyum.

 

 

"Kat mana?" soal Pn. Kim.

 

 

"Langkawi, Malaysia." jawab Sunggyu.

 

 

"Kat sana ada banyak coklat dengan harga yang murah. Hyung jangan lupa belikan untuk saya juga, ya?" pesan Myungsoo dengan terujanya.

 

 

"Mesti la hyung akan belikan sebagai buah tangan dari sana. Jangan la risau." Sunggyu tersenyum.

 

 

"Jauh sangat tu. Takda ke tempat lain dalam Korea ni yang kamu boleh pergi? Kami risau la." ucap Pn. Nam.

 

 

"Itu la. Pulau Jeju kan ada. Tempat tu selalu jadi lokasi untuk pasangan yang nak berbulan madu." sokong Pn. Kim.

 

 

"Kitorang dah pergi masa honeymoon yang first tu. Sekarang, nak la pergi ke tempat lain pula. Luar dari Korea, belum lagi." jelas Woohyun dan Sunggyu mengangguk tanda bersetuju.

 

 

"Okey la, suka hati kamu la. Janji kamu berdua selamat pergi dan balik." Pn. Kim beralah.

 

 

"Thanks!" ucap WooGyu serentak.

 

 

><><><><><

 

 

Dua hari kemudian, tibalah masa untuk WooGyu bertolak ke tempat berbulan madu mereka. Seisi keluarga mereka mengiringi mereka hingga ke lapangan terbang untuk mengucap selamat tinggal. Kemudian, mereka berangkat ke kapal terbang peribadi mereka.

 

 

"Gyu, awak okey ke? Muka awak nampak pucat la." soal Woohyun sewaktu mereka di dalam kapal terbang.

 

 

"Entah la, Hyunnie. Tekak saya rasa semacam jer."

 

 

"Takkan awak mabuk kapal terbang, kot? Sebelum ni kita pergi Pulau Jeju naik kapal terbang ni juga. Awak okey jer masa tu."

 

 

"Ntah la. Perut saya pun rasa tak selesa ni. Mungkin breakfast pagi tadi, kot."

 

 

"Okey, kalau awak rasa nak muntah, awak boleh guna beg kertas yang ada kat dalam bekas tepi tempat duduk awak tu. Ya?"

 

 

"Okey..." balas Sunggyu dengan lemah.

 

 

"Atau awak nak kita batalkan rancangan bulan madu ni sampai awak sihat. Nak?"

 

 

"Saya okey, Hyunnie. Nanti saya okey la..." tiba-tiba Sunggyu terasa nak muntah dan dia segera mengambil beg kertas yang ada dalam bekas di sebelahnya. "Uweeek..." dan dia mulai muntah.

 

 

"Gyu, awak okey tak?" soal Woohyun dengan risaunya. Dia segera mendekati Sunggyu dan mengurut-urut belakang tengkuknya. "Kita tak mula terbang lagi awak dah macam ni. Saya rasa, kita batalkan jer la rancangan ni. Nanti awak dah sihat, kita pergi. Ya?"

 

 

Sunggyu mengangkat mukanya dari beg kertas itu. "Saya okey, Hyun. Maybe lepas terbang nanti saya okey la. Lagipun..." dia tak dapat menghabiskan kata-katanya bila dia terasa ingin muntah lagi dan beg kertas disorong ke mulutnya semula.

 

 

"Ish, awak nampak teruk ni, Gyu. Kita balik, ya?"

 

 

Sunggyu tidak menjawab sebab dia masih muntah. Dan ini membuatkan Woohyun semakin risau. Dia segera mengambil beg pakaian mereka dari tempat simpanan beg.

 

 

"Keputusan saya muktamad. Kita batalkan rancangan ni, okey?" seloroh Woohyun.

 

 

Sunggyu yang selesai muntah mula mencebik. "Saya nak berjalan. Boring la asyik terperap kat rumah jer. Awak tak faham sebab awak sentiasa busy kat ofis."

 

 

"Awak tak sihat, Gyu. Macam mana awak nak berjalan-jalan dalam keadaan macam ni? Bukan saya taknak pergi, tapi saya risaukan awak. Okey?" Woohyun meninggikan sikit suaranya sebab dia tak tahan dengan kedegilan Sunggyu.

 

 

"Awak tak sayang saya! Saya benci awak!" dengan itu Sunggyu segera turun dari kapal terbang.

 

 

"Gyu! Saya tak cakap macam tu pun!" teriak Woohyun sebelum dia segera mengejar Sunggyu.

 

 

Beg-beg pakaian mereka dibawa turun oleh butler mereka, sementara Woohyun masih mengekori Sunggyu dari belakang.

 

 

"Gyu, wait!" Woohyun mencapai tangan Sunggyu dan tiba-tiba tubuh Sunggyu hampir rebah ke jalan bila Woohyun segera menyambutnya. "Gyu, bangun! Gyu!" Woohyun cuba menggerakkan Sunggyu, namun gagal kerana Sunggyu dah pengsan.

 

 

Woohyun menelefon pemandunya untuk jemput mereka di lapangan terbang. Sebaik sahaja pemandunya tiba, dia mengarahkan pemandunya menuju ke hospital yang terdekat. Namun belum sempat mereka tiba di hospital, Sunggyu mula sedar dari pengsannya.

 

 

"Gyu, awak dah sedar? Bagus la!" ucap Woohyun sambil menunduk melihat Sunggyu yang tidur di ribanya.

 

 

"Saya kat mana ni? Apa dah jadi?" soal Sunggyu perlahan.

 

 

"Kita on the way nak ke hospital. Awak pengsan kat airport tadi." jelas Woohyun.

 

 

"So, kita memang tak jadi pi honeymoon la?" Sunggyu sedikit hampa.

 

 

"Lain kali la kita pi. Awak tak sihat ni. Saya risau tau tak?"

 

 

"Maaf sebab buat awak risau. Kalau tak dapat ke sana pun takper. Asal awak di sisi saya." Sunggyu tersenyum.

 

 

"Tau takper. Jangan awak kata yang saya tak sayangkan awak, tau. Pasal sayangkan awak la, saya nak awak berehat. Nanti awak dah sihat, baru kita ke sana. Ya?"

 

 

"Ya." Sunggyu memejamkan matanya bila Woohyun mengucup dahinya. "Kita balik rumah terus la, Hyun. Saya nak rehat kat rumah."

 

 

"Tapi kita kena pergi hospital untuk pemeriksaan. Saya taknak awak pengsan lagi."

 

 

"Saya dah okey, Hyunnie. Please...saya nak rehat kat rumah jer." rayu Sunggyu dengan manjanya.

 

 

"Okey. Anything for you, my dear." Woohyun beralah dan dia mengarahkan pemandunya membawa mereka balik.

 

 

Sesampai saja di rumah, Woohyun tak bagi Sunggyu berjalan sendiri. Dia mendukung isterinya dan membawanya berehat di dalam bilik mereka.

 

 

"Saya nak telefon mak dan ayah. Nak bagitau diorang yang kita tak jadi pi honeymoon." ucap Woohyun sebaik saja dia membaringkan Sunggyu di atas katil.

 

 

"Tapi jangan bagitau yang saya pengsan. Saya taknak diorang risau. Kata saja yang kita tak jadi pi sebab kita taknak. Atau bagi je apa-apa alasan, tapi jangan cakap pasal saya pengsan, tau?"

 

 

"Okey." Woohyun menelefon Keluarga Kim kemudian dia menelefon Keluarga Nam pula. Dia memberi alasan yang kapal terbang tiba-tiba rosak dan ambil masa yang lama untuk dibaiki.

 

 

.......................................................................................................................................................................................

A/N: Boring tak chapter ni? Kalau tak boring, bagus la! ^^ Kalau boring, saya minta maaf :(

Nanti saya akan cuba update chapter yang tak boring :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk