Sekali lagi??

Cintamu Milikku~*

 

 

 

"Ish, mana Gyu pergi ni? Macam pelesit la dia ni. Sat jer dah lesap..." Woohyun mengeluh. Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berdering. "Hello?"

 

 

"Yah Nam Woohyun! Kamu kat mana?! Cepat balik rumah!" tengking Tn. Nam disebalik talian.

 

 

"A-ayah?? Kenapa marah-marah ni?" soal Woohyun.

 

 

"Balik cepat! Jangan banyak soal!" Tn. Nam segera mematikan talian.

 

 

"Ish, macam mana ni? Takkan la aku nak balik sorang-sorang tanpa Gyu? Tentu diorang soal aku nanti." Woohyun mulai gelisah.

 

 

><><><><><

 

 

"Gyu, kamu nak makan apa-apa tak?" soal Pn. Nam sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik WooGyu.

 

 

Sunggyu yang sedang berbaring di katil sambil menangis, hanya menggeleng. "Saya tak lapar." ucapnya dengan tak bermaya.

 

 

Pn. Nam duduk di birai katil di sebelah Sunggyu. "Sudah la. Jangan menangis lagi. Nanti, biar dia kena marah dengan ayah dia. Dia tu patut diberi pengajaran."

 

 

"Biar la mak. Dia tak sudi, siapa pun tak boleh paksa. Biar la dia nak anggap saya ni kawan baik dia ke, orang gaji dia ke, saya dah tak kisah. Saya dah tawar hati ni." Sunggyu manyun.

 

 

"Jangan cakap macam tu. Maybe dia cuma ego. Mak tau, dia mesti ada hati kat kamu juga. Kalau tak, masakan dia sanggup tiduri kamu. Itu prinsip dia."

 

 

"Dia tak sengaja, mak. Dia dah jelaskan kat saya pasal prinsip dia tu, dan dia kata dia dah langgar prinsip dia tu dengan tiduri saya. Dia just anggap saya sebagai kawan. Dan mak tau? Dia minta maaf kat saya pagi tadi. Sakit hati saya ni!"

 

 

"Iya? Tak guna betul la si Hyun tu! Degil sungguh!" Pn. Nam mengusap belakang Sunggyu untuk menenangkannya. "Dah, kamu jangan nangis lagi. Biar kami ajar dia nanti!" tegas Pn. Nam.

 

 

><><><><><

 

 

"Saya dah balik!" teriak Woohyun sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah.

 

 

Tn. Nam menghampiri anak lelakinya itu, lalu dia menarik telinga Woohyun dan membawanya ke ruang tamu. Di situ, seisi keluarga Nam dan Kim telah berkumpul. Woohyun tercengang. Dia mulai gugup.

 

 

'Mati la aku macam ni! Semua ada kat sini. Kalau diorang tanya pasal Gyu, apa aku nak jawab?'

 

 

"Ayah, sakit la!" teriak Woohyun apabila telinganya mulai rasa sakit, lalu dia meleraikan pegangan ayahnya dari telinganya. "Kenapa semua berkumpul kat sini? Family reunion ke?" gurau Woohyun, namun semua orang masih memandangnya dengan marah. "Okey, jangan tanya pasal Sunggyu sebab saya tak tau dia kat ma..."

 

 

"Kenapa kamu buat dia macam tu?" soal Pn. Kim.

 

 

"Buat apa?"

 

 

"Kami serahkan dia kat kamu dengan harapan kamu boleh bahagiakan dia. Kami percaya kamu, tapi kamu dah khianati kepercayaan tu." ucap Tn. Kim.

 

 

"Saya minta maaf. Tapi, saya still tak faham apa yang..."

 

 

"Kamu dah tiduri dia, tapi kamu kata kamu tak sengaja? Apa maksud kamu?" marah Tn. Kim.

 

 

Woohyun tersentak. 'Eh, macam diorang tau pasal ni? Hal tu antara aku dengan Sunggyu jer.'

 

 

"Hyung ni memang melampau, tau tak?!" ucap Myungsoo sebelum dia menumbuk Woohyun.

 

 

"Sudah!" teriak Sunggyu yang baru keluar dari bilik.

 

 

"Gyu? Bila masa awak balik? Merata saya cari awak, tau tak?" soal Woohyun. "So, awak la yang bagitau diorang pasal tu."

 

 

"Mak, ayah, ini antara saya dengan Hyun. Biar la kami yang settlekan masalah ni. Mak, ayah, boleh balik. Thanks sebab ambil berat pasal saya." ucap Sunggyu kepada ibu bapanya. Dia taknak keadaan jadi lebih teruk.

 

 

"So, kamu dah okey?" soal Pn. Kim yang risaukan anaknya itu. Dia bergegas ke situ lepas dapat panggilan dari Pn. Nam yang menyatakan Sunggyu balik ke rumah sambil menangis.

 

 

"Saya okey, mak." ucap Sunggyu sambil tersenyum.

 

 

"Baiklah. Betul cakap kamu tu. Ini soal rumah tangga kalian, so kami akan biar kalian yang uruskan. Tspi, kalau kamu dibuli, jangan takut bagitau ayah, okey? Biar ayah ajar dia." Tn. Kim berpura-pura mahu menyiku Woohyun, sehingga Woohyun tersentap.

 

 

"Okey, ayah. Don't worry." balas Sunggyu.

 

 

"Kami pun akan ambil tindakan kalau Woohyun buli dia. Kamu berdua jangan la risau." ucap Pn. Nam memberi jaminan.

 

 

"Hyung, nanti jangan lupa bagitau saya dulu, ek?" bisik Myungsoo.

 

 

"Bagitau apa?" soal Sunggyu.

 

 

"Saya nak jadi orang pertama yang tau berita gembira dari hyung berdua. Okey?" balas Myungsoo.

 

 

Sunggyu mahu memukul Myungsoo, namun Myungsoo sempat melarikan diri. "Yah! Melampau sangat kamu ni!"

 

 

Semua tertawa melihat gelagat dua beradik itu. Namun Woohyun, masih bermuram dan geram. Semua orang berpihak pada Sunggyu.

 

 

><><><><><

 

 

Di dalam bilik WooGyu...

 

 

"Macam mana awak boleh balik?" soal Woohyun.

 

 

"Teksi kan berlambak." balas Sunggyu ringkas. Dia duduk di hujung katil sambil menonton televisyen.

 

 

"Okey..." Woohyun berbaring di atas katil. Kakinya dilunjurkan mengenai Sunggyu.

 

 

"Yah! Awak sengaja, kan?" tegur Sunggyu sambil menolak kaki Woohyun ke tepi.

 

 

"Mana ada? Kaki saya memang panjang la." balas Woohyun, lalu kakinya kembali mengenai Sunggyu.

 

 

Tumpuan Sunggyu sekali lagi terganggu. "Yah! Saya nak cuba tengok tv ni!" marah Sunggyu.

 

 

"Tengok la. Takda siapa yang kacau pun. Control pun awak dah conquer kan? Tengok jer la." sindir Woohyun.

 

 

"Kaki ni, jauh sikit." Sunggyu menolak kaki Woohyun ke tepi lagi dan dia sempat menjeling tajam ke arah Woohyun sebelum dia menonton tv semula.

 

 

'Comel la dia bila marah-marah macam ni. Sebab tu dari dulu aku suka kacau dia.' fikir Woohyun sambil tersengih. Kemudian, dia sengaja menendang Sunggyu sehingga Sunggyu jatuh dari katil.

 

 

Dan kali ini, Sunggyu betul-betul bengang. Dia segera menerkam ke arah Woohyun. "Awak saja, kan? Saja, kan? Memang nak kena la awak ni!" Sunggyu ingin mencekik Woohyun, tapi Woohyun segera mencapai tangannya, dan menukar posisi mereka. Sekarang, Woohyun di atas Sunggyu. Tangan Sunggyu dipinkan ke tilam dan mereka saling berpandangan.

 

 

"Hyun, please no...kalau awak anggap saya sebagai kawan, tolong lepaskan saya...saya taknak awak menyesal esok hari." rayu Sunggyu. Dia tak mahu perkara seperti semalam jadi lagi.

 

 

"Don't worry...i won't..." Woohyun mula mengucup bibir Sunggyu dan bermula la malam pertama mereka buat kali yang ke-2...

 

 

.............................................................................................................................................................................................

A/N: Okey, apa kata awak semua tentang chapter ni? Saya tak tipu bila saya kata yang saya memang dah kebuntuan idea...tapi demi para pembaca, para pengomen dan para subscriber, saya cuba juga untuk update citer ni...harap awk semua enjoy, w'pun hakikatnya, chapter ni tak la enjoyful sgt ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
mpreggoland
wah, sy happy sgt tgk sume komen ni! :D terima kasih semua! ^^

Comments

You must be logged in to comment
cassie_greg #1
Chapter 1: Knape rase geli bace kut malay ㅠㅠㅠ anyway first time bace ff malay woogyu ! Dont blame me heheh -..-
LuckyGirl97 #2
Happy Ending~ The best^^
inspiritly_beauty
#3
Chapter 33: Kyaaaa!! Happy ending.. Lalala... This story is daebak! Nasib buruk Sunny must die.
empresschingyu
#4
Chapter 33: kyaaaa,, twin. woogyu and the twin.
thank you for the nice story. i'm glad they got their happy ending :")
doyce228 #5
Chapter 33: fuhhhhh tahniah akak sebab dah berjaya habiskan cerita ni :D
hehe, finally Gyu dapat kasih sayang yang sepatutnya from husband dia. HAHA XD
yeayyy twins. selamatlah membesarkan babies tu ye Gyu n Hyunnie ^~^
kay_yayah #6
Chapter 33: Tahniah utk mr.nam woohyun dan mrs.nam sunggyu...hehehe..nam minhwan dan nam minhee...cantik comel dan sweet macam mama dan papa dorang...hahaha...

Tahniah juga utk awk yg dh berjaya end kan cerita best ni dgn happy ending...hehehe...
namuchi #7
Chapter 33: Finally end...
Sweetnya name tu baby... :3
Rase sy nak hug mrka orang... XD
onlyforone
#8
Chapter 33: kyaaaa congrats for the babies xD

and thanks for making such a cute story ^^
dooseob_saranghae
#9
Chapter 33: uwaaaaaaaaah tamat...congrate woogyu kkkk